SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 23
Baixar para ler offline
Menjahit Blaus                                              Blaus




A.     POLA BAJU BLAUS

Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Labuh baju

       Lakarkan garisan labuh baju di atas kertas kuning.

       Ukuran hendaklah dibuat dari tanda A ke B.




Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Lebar bahu


       Lakarkan garisan lebar bahu dari A ke C.




Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Menanda
Paras Dada

       Lakarkan garisan keliling dada dari A ke D.

       Ukuran A ke D = ¼ ukuran dada.




Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Paras
Pinggang

       Lakarkan garisan paras pinggang dari A ke E.

       Ukuran ini merupakan ukuran dari bahu ke pinggang.




                                       1/23
Menjahit Blaus                                               Blaus




Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Paras
Pinggul

       Lakarkan garisan pinggul dari E ke F.

Tips:
Standard ukuran garisan pinggul ialah 8 inci.

Lazimnya, ukuran ini dilebihkan sekurang-kurangnya 1 inci
bagi wanita yang telah melahirkan anak.




Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Lebar
Dada

       Lakarkan garisan lebar dada dari D ke G.

       Ukuran D ke G = ¼ ukuran dada + ¾ inci.




Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju –
Lubang Lengan

                 Lakarkan garisan pola dari C ke J.

                 Dari C, turunkan 1 inci dan labelkan K..

                 Tandakan garisan tengah di antara K dan J
                 dan labelkan L.

                 Dari L, masukkan ½ inci dan labelkan M.

                 Dari G, turunkan ½ inci dan labelkan N.

                 Kemudian, lakarkan garisan dari K, M, dan
                 N dengan menggunakan sesiku untuk
                 mendapatkan garisan lubang lengan.




                                          2/23
Menjahit Blaus                                                            Blaus




Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Lubang Leher

       Dari A, turunkan ½ inci dan labelkan O.

       Dari A, jarakkan 1/6 leher dan labelkan P.

       Lakarkan garisan lengkung dari P ke O dengan
       menggunakan sesiku.

       Selepas itu, lakarkan garis lurus dari P ke K.




                                                 Merajah Pola Bahagian Badan
                                                 Belakang Baju – Lebar Pinggul

                                                            Lakarkan garisan lebar
                                                            pinggul dari F ke H.

                                                            Ukuran F ke H = ¼ ukuran
                                                            pinggul + ½ inci.

                                                            Lakarkan garisan lurus
                                                            dari N, H dan I.




Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju –
Bentuk Pinggang

       Labelkan Q seperti yang ditunjukkan.

       Dari Q, masukkan 1 inci dan labelkan R.

   Lakarkan bentuk bahagian pinggang dari N, R
   dan ke H dengan menggunakan pembentuk.




                                       3/23
Menjahit Blaus                                                           Blaus




                                           Merajah Pola Bahagian Badan Belakang
                                           Baju – Kaki Baju

                                                   Dari I, naikkan ½ inci dan
                                                   labelkan S.

                                                   Lakarkan garisan kaki baju
                                                   dengan menggunakanpembentuk
                                                   seperti yang ditunjukkan.




Merajah Pola Bahagian Badan Hadapan Baju – Kaki Baju

Lakarkan garisan lurus dari bahagian badan belakang baju terus ke bahagian hadapan
badan baju seperti berikut:

       garisan lurus dari A ke 1;
       garisan lurus dari D ke-2;
       garisan lurus dari E ke 3;
       garisan lurus dari E ke 4;
       garisan lurus dari B ke 5.




                                    4/23
Menjahit Blaus                                             Blaus


Merajah Pola Bahagian Badan Hadapan Baju –
Bahagian Bahu, Dada dan Pinggul

Bahagian Bahu

     Lakarkan garisan lurus dari 1 ke 6.

     Ukuran 1 ke 6 = ½ ukuran lebar
     bahu.

 Bahagian Dada

     Lakarkan garisan lurus dari 2 ke 7.

     Ukuran 2 ke 7 = ¼kuran dada + 1
     inci.

 Bahagian Pinggul

     Lakarkan garisan lurus dari 4 ke 8.

     Ukuran 4 ke 8 = ¼ ukuran pinggul + ¼ inci.


Merajah Pola Bahagian Badan Hadapan Baju – Lubang Lengan

     Lakarkan garisan lurus dari 6 ke 9.

     Dari 6, turunkan 1 inci dan labelkan
     10.

     Tandakan garisan tengah di antara
     9 dan 10 dan labelkan 11.

     Dari 11, masukkan ¾ inci dan
     labelkan 12.

     Dari 7, turunkan ½ inci dan
     labelkan 13.

     Lakarkan bentuk lubang lengan
     dari 10, 12 dan 13 dengan
     menggunakan sesiku.




                                      5/23
Menjahit Blaus                                                    Blaus




Merajah Pola Bahagian Badan Hadapan Baju –
Lubang Leher

       Garisan 1 ke 14 = 1/6 ukuran leher.

       Garisan 1 ke 15 = 1/6 ukuran leher
       + 1 inci.

       Garisan 15 ke 17 = 1/6 ukuran
       leher.

       Dari 17, naikkan 1 ¼ inci dan
       labelkan18.

       Lakarkan garisan lurus dari 18 ke
       15.

       Lakarkan bentuk lubang leher dari
       14 ke 15 dengan menggunakan
       sesiku.




Merajah Pola Bahagian Badan Hadapan Baju- Pinggang, Pinggul dan Selisih
Butang

Pinggang dan Pinggul
     Lakarkan garisan lurus dari 13 ke
     8 dan terus ke kaki baju.
     Tandakan titik tengah 13 ke 8 dan
     labelkan 19.

       Dari 19, masukkan 1 inci dan
       labelkan 20.

       Lakarkan bentuk pinggang dari 13
       ke 20 dan terus ke 8 dengan
       pembentuk.

       Dari 18, naikkan ½ inci dan
       labelkan 21.




                                       6/23
Menjahit Blaus                                            Blaus




Bahagian Selisih Butang

       Dari 1, keluarkan ¾ inci dan labelkan 22.

       Dari 5, keluarkan ¾ inci dan labelkan 23.

       Lakarkan garis lurus dari 22 ke 23.


Merajah Pola Bahagian Badan Hadapan Baju – Basi Lipatan

       Dari 22, keluarkan 3 inci
       dan labelkan 24.

       Dari 23, keluarkan 3 inci
       dan labelkan 26.

       Lakarkan garis lurus dari 24
       ke 26.




Merajah Pola Bahagian Badan Hadapan Baju – Labuh Baju

       Dari 23 turunkan ¾ inci dan
       labelkan 25

       Dari 26, turunkan ¾ inci dan
       labelkan 27.

       Lakarkan garisan berbentuk
       dari 21 ke 26 dan 27
       dengan menggunakan
       pembentuk.

       Lakarkan garis lurus dari 25
       ke 23 dan dari 27 ke 26.




                                       7/23
Menjahit Blaus                                                                  Blaus




Merajah Pola Bahagian Lengan Pendek

       Lakarkan garians lurus dari
       A ke B.

       Garisan AB = Garisan KJ.
       (ukuran bahagian belakang
       baju)

       Lakarkan garisan lurus dari
       A ke C mengikut ukuran
       labuh lengan.

       Dari A ke D = 1/8 ukuran dada.

       Dari C ke E = ½ ukuran bukaan tangan.



                                                   Garisan DF = AB

                                                   Lakarkan garisan lurus dari A ke F.

                                                   Bahagi 3 garisan A ke F dan labelkan F,
                                                   G dan H.

                                                   Dari G, keluarkan 1 inci dan labelkan I.

                                                   Dari H, keluarkan ¾ inci dan labelkan J.

                                                   Lakarkan bentuk lengan bahagian
                                                   belakang dari A, I, J dan ke F.


                 Dari J, masukkan ¼ inci dan
                 labelkan K.

                 Lakarkan bentuk lengan
                 bahagian hadapan dari I,
                 K dan ke F.




                                            8/23
Menjahit Blaus                                                        Blaus



Merajah Pola Bahagian Kolar – Kolar Sport/Hawaii

Lebar Kolar
      Ukuran A ke B = 3 inci.

Panjang Kolar
      Ukuran A ke C = ½ ukuran
      leher.

       Ukuran AB = Ukuran CD.

       Dari B, naikkan ¼ inci dan
       labelkan E.

       Dari D, naikkan ¼ inci dan
       labelkan F.

       Dari C, keluarkan ½ inci dan labelkan G.

       Lakarkan garisan berbentuk dari F ke H, ukurannya 1/6 leher.

       Lakarkan garisan berbentuk dari E ke H.

       Lakarkan garisan lurus dari F ke G.

       Dari F ke I, ukurannya 2 inci.

       Dari I, turunkan ¼ inci dan labelkan J.

       Lakarkan garisan berbentuk dari D ke J.



Merajah Pola Bahagian Kolar Kontinental - Kepok

Lebar Kepok
      Ukuran A ke B = 1¼ inci.

       Ukuran AB = Ukuran CD.

Panjang Kepok
      Ukuran A ke C = 1/6 ukuran leher

       Ukuran AC = Ukuran BD.

       Dari C, keluarkan 1 inci dan labelkan E.

       Ukuran C ke E = Ukuran D ke F

       Dari C, turunkan ½ inci dan labelkan G.


                                        9/23
Menjahit Blaus                                                            Blaus




       Ukuran C ke G = Ukuran D ke H

Dengan menggunakan pembentuk, lakarkan garisan berbentuk:
     dari A ke G;
     dari B ke H, dan terus ke J;
     dari E ke I = 1/6 ukuran leher inci + 1 inci.

Dari J, masukkan ¼ inci dan labelkan K.




Merajah Pola Bahagian Kolar Kontinental - Kolar

       Dari B, naikkan ½ inci dan labelkan L.

       Lakarkan garis lurus dari L ke M.

       Ukuran LM = Ukuran BD = ½ ukuran leher.

       Lakarkan garis lurus dari L ke N.

       Ukuran LN = 1½ inci.

       Lakarkan garis lurus dari N ke O.

       Ukuran NO = Ukuran LM

       Dari O, keluarkan ½ inci dan labelkan P.

       Lakarkan garisan berbentuk dari L ke D.


B.     MENGGUNTING FABRIK


Menggunting Fabrik Baju Blaus


Hadapan dan Belakang Badan Baju

1. Bentangkan fabrik dan lipat dua memanjang.

2. Susun pola bahagian hadapan dan belakang baju di atas fabrik yang telah dilipat.

3. Sematkan pola pada fabrik dengan jarum peniti.

4. Tambah basi jahitan dan basi lipatan.

5. Gunting fabrik mengikut pola.


                                      10/23
Menjahit Blaus                                                               Blaus




Lengan Pendek

1. Lebihan fabrik daripada bahagian
   badan baju dilipat dua mengikut ukuran
   lebar lengan.

2. Susun atur pola bahagian lengan di
   atas fabrik dan sematkan dengan jarum
   peniti.

3. Tambah basi jahitan dan lipatan.

4. Gunting fabrik mengikut pola.


Lengan Panjang

1. Susun atur pola bahagian lengan di atas fabrik sematkan dengan jarum peniti.

2. Tambah basi jahitan dan lipatan.

3. Gunting fabrik mengikut pola.

4. Gunting interlining keras untuk
   mansit dengan basi jahitan ½
   inci.



Kolar Sport (Tiada Kepok)

1. Tambah basi jahitan sebanyak ½ inci di sekeliling kolar.

2. Gunting fabrik mengikut bentuk kolar. Hasilkan dua keping fabrik kolar.



Kolar Kontinental (Tambah Kepok)

1. Tambah basi jahitan sebanyak ½ inci di sekeliling kolar.

2. Gunting fabrik mengikut bentuk kolar.

3. Gunting fabrik untuk menghasilkian dua keping fabrik kepok.




                                      11/23
Menjahit Blaus                                                               Blaus




C.      MENANDA BASI JAHITAN



Menanda Bahagian Hadapan dan Belakang Baju

1. Tandakan basi jahitan dan basi
   lipatan bahagian bawah kaki baju
   sebanyak 1¼ inci dengan
   menggunakan kapur.

2. Tandakan tengah bahagian leher
   dengan mengguntingnya sedikit
   (snap).




Menanda Lengan

     1. Tandakan basi jahitan di bahagian keliling lengan dan basi lipatan di hujung
        lengan baju.

     2. Lengan yang siap ditanda.




                                       12/23
Menjahit Blaus                                                                   Blaus



D.     MENJAHIT


Mengosok Lipatan Belahan Bahagian Hadapan Kiri dan Kanan

1. Lipat bahagian lipatan belahan kiri ke dalam dan gosok.

2. Lipat bahagian lipatan belahan kanan ke dalam dan gosok.




Menyediakan Kolar Sport/Hawaii

1. Letakkan kain interlining lembut bergam yang telah
   digunting di atas fabrik dan gosok.

2. Gunting fabrik mengikut bentuk kolar dan basi lipatan.
   (Rujuki diagram yang dipaparkan).

3. Calitkan gam kanji di atas lipatan.

Lipat basi lipatan di atas kain keras bergam dan gosok.



Menjahit Kolar Sport/Hawaii

1. Jahit mesin selebar ¼ inci ke atas basi lipatan tadi.

2. Gunting basi jahitan.

3. Letakkan bahagian luar fabrik kolar kedua di bawah bahagian luar fabrik kolar
   pertama.

4. Jahit mesin di sekeliling kain interlining. (Pastikan jahit keluar sedikit daripada kain
   interlining).

                                                  5.       Gunting basi jahitan selebar ¼
                                                           inci.

                                                  6.       Snap bahagian kolar yang
                                                           melengkung.

                                                  7.       Terbalikkan kolar dan gosok
                                                           untuk kekemasan.



                                         13/23
Menjahit Blaus                                                                   Blaus




Menyediakan Kolar Kontinental

1. Letakkan kain interlining keras bergam di atas fabrik kolar pertama dan gosok.

2. Letakkan bahagian luar fabrik kedua di atas bahagian luar fabrik pertama.



Menjahit Kolar Kontinental
1. Jahit keliling kolar seperti yang ditunjukkan.

2. Gunting bahagian basi jahitan dan
   tinggalkan basi jahitan sebanyak
   kurang daripada ¼ inci.




3. Gunting sedikit (snap) pada bahagian basi jahitan yang berbentuk di tepi dan di
   atasnya.

4. Terbalikkan kolar ke bahagian luar dan gosok.

5. Jahit keliling kolar sebanyak ¼ inci atau satu tapak zip.

6. Jahit jelujur kasar bahagian basi jahitan di kolar.


Menyediakan Kepok

1. Letakkan kain interlining keras bergam di atas fabrik kepok pertama dan gosok.

                                                    2.   Calitkan gam kanji di atas basi
                                                         lipatan fabrik, lipat basi lipatan ke
                                                         kain interlining keras bergam dan
                                                         gosok.




                                        14/23
Menjahit Blaus                                                              Blaus




3. Jahit bahagian kepok yang telah dilipat dengan jarak ¼ inci.

4. Gunting lebihan fabrik untuk menghasilkan basi jahitan selebar ¼ inci pada
   bahagian atas.

5. Lipat dua dan gunting sedikit (snap) di fabrik basi jahitan kepok sebagai tanda
   tengah.


Mencantumkan Kepok dengan Kolar

1. Lipat kedua kolar yang telah siap dan buat tanda tengah dengan menggunting
   sedikit (snap).

2. Letakkan kepok di atas kolar dan temukan kedua-dua tanda tengah kepok dan kilar.
   Pastikan bahagian hadapan kolar dan kepok ditemukan.

3. Letakkan fabrik kepok kedua di bahagian belakang kolar.
   Jahit mesin dari tengah hingga ke tepi kiri.




4. Gunting basi jahitan selebar ¼ inci di keliling kepok dan snap bahagian kepok yang
   melengkung.

5. Terbalikkan kepok pertama dan kedua. Kemudian, gosok.

6. Tindih bahagian atas kepok dari kiri ke kanan untuk kemasan selebar ¼ inci atau
   satu tapak mesin.


Mencantum Bahagian Badan - Bahu Kiri dan Kanan


1. Temukan bahagian luar hadapan dan
   luar belakang fabrik bahagian bahu.

2. Jahit kedua-dua bahu kiri dan kanan
   ini.




                                      15/23
Menjahit Blaus                                                              Blaus




3. Gosok kelim bahagian dalam dan luar bahu.



Mencantum Kolar Kontinental ke Leher


1. Tanda basi jahitan ¼ inci pada fabrik.

2. Lipat 2 keruk lubang leher dan snap di bahagian tengah.

3. Acukan kolar pada leher baju untuk menyamakan kolar dan lubang leher.

4. Samakan kolar di bahagian lipatan hadapan baju dan semat dengan jarum peniti.
   Kemudian, jahit dari kiri ke kanan.

5. Snap basi jahitan keliling lubang leher dan masukkan basi jahitan ke dalam kepok.

6. Tindih di atas kepok bahagian tepi sepanjang leher dan keliling kepok.

7. Gosok dan kemaskan kolar yang telah dijahit.



Mencantum Kolar Sport ke Leher


1. Tanda basi jahitan ¼ inci pada fabrik.

2. Lipat 2 keruk lubang leher dan snap
   di bahagian tengah.




3. Acukan kolar pada leher baju untuk menyamakan kedudukan tengah bahagian
   belakang leher dengan bahagian belakang kolar.

4. Sematkan dengan jarum peniti.




                                      16/23
Menjahit Blaus                                                                Blaus




5. Letak dan samakan kolar di tanda selisih butang, iaitu ¾ inci ke dalam dari lipatan
   belahan hadapan. Pastikan kolar diletak di bahagian lua baju. Sematkan dengan
   jarum peniti.

                                                    6. Buat di kedua-dua belahan
                                                       hadapan.

                                                    7. Jahit dari kiri ke kanan.

                                                    8. Gunting bahagian selilsih butang
                                                       di garisan leher di kedua-dua
                                                       bahagian.




9. Snap basi jahitan di keliling lubang leher.

10.    Masukkan basi jahitan leher ke dalam bahagian kolar.

11.    Tindih di atas kolar bahagian tepi sepnajang leher.

12.    Gosok dan kemaskan kolar yang telah siap dijahit.

Jahit di bahagian tepi lipatan sebelah kiri baju bahagian hadapan terus kolar dan akan
berakhir di bahagian tepi lipatan sebelah kanan baju. Jarak jahitan dari tepi baju ialah ¼
inci atau selebar satu tapak mesin.



Mencantum Lengan Pendek


1. Temukan fabrik bahagian lengan hadapan
   dan belakang. Pastikan fabrik bahagian
    luar yang ditemukan.

2. Jahit dari bahagin lubang lengan hingga ke
   hujung lengan.



3. Buka kelim dan gosok kedua-dua belah kiri dan kanan. Gosok juga bahagian lipatan
   hujung lengan.



                                        17/23
Menjahit Blaus                                                        Blaus




Mencantum Lubang Lengan Pendek


    1. Lipat dua bahagian lubang lengan dan tandakan bahagian tengah bahu dengan
       membuat snap.

    2. Temukan bahagian lengan dengan bahagian badan baju. Pastikan fabrik
       bahagian luar yang ditemukan.

    3. Kedudukan lengan mestilah sepadan
       dengan keruk lubang lengan di badan.

    4. Kelim bahagian lengan hendaklah
       dimasukkan ¼ inci ke bahagian
       hadapan baju.




    5. Sematkan dengan peniti bahagian keliling lubang lengan.

    6. Jahit keliling lubang lengan di kedua-dua kiri dan kanan.



Mencantum Lubang Lengan Panjang

    7. Lipat dua bahagian lubang lengan dan tandakan bahagian tengah bahu dengan
       membuat snap.

    8. Temukan bahagian lengan dengan bahagian badan baju. Pastikan fabrik
       bahagian luar yang ditemukan.

    9. Kedudukan lengan mestilah sepadan dengan keruk lubang lengan di badan.

    10. Kelim bahagian lengan hendaklah dimasukkan ¼ inci ke bahagian hadapan
        baju.

    11. Sematkan dengan peniti bahagian keliling lubang lengan.

    12. Jahit keliling lubang lengan di kedua-dua kiri dan kanan.




                                       18/23
Menjahit Blaus                                                                Blaus




Membuat Kaf

    1. Letakkan kain keras bergam di atas bahagian dalam fabrik dan gosok.

    2. Lipatkan basi jahitan ke atas kain keras bergam.

    3. Jahit bahagian basi jahitan yang telah dilipat tadi dengan jarak ¼ inci dari tepi
       atau selebar satu tapak mesin.

    4. Letakkan fabrik kain keras bergam ini di atas satu lagi fabrik kaf yang telah
       digunting. Pastikan bahagian luar kedua-dua fabrik bertemu.

    5. Jahit keliling kaf mengikut kain keras bergam yang telah ditemukan.




    6. Terbalikkan kaf ke bahagian luar dan gosok dan tandakan basi jahitan pada
       fabrik kaf.


Mencantum Kaf ke Lengan


1. Temukan fabrik mansit bahagian depan dan belakang lengan.

2. Ukur dan tanda 4 inci dari garisan basi
   jahitan hujung lengan untuk belahan kaf.




                                       19/23
Menjahit Blaus                                                                Blaus




3. Jahit dari tanda belahan kaf hingga ke lubang lengan. Buka kelim dan gosok.

4. Jahit jelujur mesin di basi jahitan hujung lengan di bahagian belahan kaf sebanyak
   dua baris.

5. Tarik jelujur mesin ini untuk menghasilkan kedut.

6. Tanda di keliling bukaan tangan di kaf yang telah disiapkan tadi dan letak bahagian
   hujung lengan yang telah dikedutkan pada tanda tersebut.

7. Jahit dari hujung kiri ke kanan dan keliling kaf tersebut.


Mengemaskan Hujung Lengan dan Kaki Baju

                                           1.    Gosokkan bahagian basi lipatan bawah
                                                 kaki baju.

                                           2.    Jelujur tangan basi lipatan tersebut.

                                           3.    Jelujur tangan keliling hujung lengan.

                                           4.    Jahit silang pangkah bahagian bawah
                                                 kaki baju dan hujung keliling lengan.



Menanda Kedudukan Butang dan Lubang Butang Kolar Sport

1. Dari garisan lapel, turunkan ½ inci
   untuk tanda butang pertama.




                                         20/23
Menjahit Blaus                                                           Blaus




                                       2.    Ukur 6 inci dari kaki baju dan tandakan
                                             untuk butang kedua.




3. Ukur jarak di antara butang pertama dan kedua.




4. Bahagikan ukuran jarak tersebut kepada 4 untuk menentukan kedudukan butang
   dan lubang butang ketiga, keempat dan kelima.




                                    21/23
Menjahit Blaus                                                          Blaus




5. Jahit butang dan lubang butang di bahagian belahan hadapan yang telah ditanda.




Menjahit Kedudukan Butang dan Lubang Butang – Kontinental


   1. Butang pertama terletak pada kepuk.



                                                2. Dari butang pertama, turunkan
                                                   3 inci untuk butang kedua.




       3. Dari bawah kaki baju, naikkan
          6 inci untuk butang ketiga.




                                     22/23
Menjahit Blaus                                                           Blaus




   4. Ambil ukuran jarak dari butang kedua hingga ketiga.




                                                    5. Bahagikan ukuran jarak ini
                                                       kepada 4 untuk
                                                       menentukan kedudukan
                                                       butang dan lubang butang
                                                       ketiga, keempat, kelima
                                                       dan keenam.




   6. Jahit butang dan lubang butang di hadapan belahan hadapan yang telah
      ditanda.

Menanda Butang dan Lubang Butang – Kaf


    1. Lubang butang terletak pada
       hujung belahan.




    2. Kedudukan butang adalah di bahagian
       1 inci lebihan kaf tersebut.

    3. Jahit butang dan lubang butang.




                                     23/23

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados (20)

Penghilangan Gelembung Jahitan KH Ting 1
Penghilangan Gelembung Jahitan KH Ting 1Penghilangan Gelembung Jahitan KH Ting 1
Penghilangan Gelembung Jahitan KH Ting 1
 
Panduan menjahit
Panduan menjahitPanduan menjahit
Panduan menjahit
 
NOTA CARA MENGAMBIL UKURAN BADAN
NOTA CARA MENGAMBIL UKURAN BADANNOTA CARA MENGAMBIL UKURAN BADAN
NOTA CARA MENGAMBIL UKURAN BADAN
 
Kancing dan-butang
Kancing dan-butangKancing dan-butang
Kancing dan-butang
 
Pengubahsuaian Pola
Pengubahsuaian PolaPengubahsuaian Pola
Pengubahsuaian Pola
 
Isi kandungan tugasan
Isi kandungan tugasanIsi kandungan tugasan
Isi kandungan tugasan
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Folio jahitan
Folio jahitanFolio jahitan
Folio jahitan
 
Slaide cara2 mengukur badan
Slaide cara2 mengukur badanSlaide cara2 mengukur badan
Slaide cara2 mengukur badan
 
baju kurung pesak buluh dan kain ombak beralun
baju kurung pesak buluh dan kain ombak beralunbaju kurung pesak buluh dan kain ombak beralun
baju kurung pesak buluh dan kain ombak beralun
 
Pola skirt wanita
Pola skirt wanitaPola skirt wanita
Pola skirt wanita
 
kaedah mengukur badan
kaedah mengukur badankaedah mengukur badan
kaedah mengukur badan
 
TINGKATAN 1 KHB ERT - JAHITAN ASAS
TINGKATAN 1 KHB ERT - JAHITAN ASASTINGKATAN 1 KHB ERT - JAHITAN ASAS
TINGKATAN 1 KHB ERT - JAHITAN ASAS
 
Tutorial lubang butang bersirat
Tutorial lubang butang bersiratTutorial lubang butang bersirat
Tutorial lubang butang bersirat
 
KHB TING2-Belah
KHB TING2-BelahKHB TING2-Belah
KHB TING2-Belah
 
Lisu Pemadan
Lisu PemadanLisu Pemadan
Lisu Pemadan
 
Pemilihan fabrik sains rumah tangga tingkatan 4 cikgu cantik
Pemilihan fabrik sains rumah tangga tingkatan 4 cikgu cantikPemilihan fabrik sains rumah tangga tingkatan 4 cikgu cantik
Pemilihan fabrik sains rumah tangga tingkatan 4 cikgu cantik
 
Tajuk 2 - Pemilihan pakaian
Tajuk 2 - Pemilihan pakaian Tajuk 2 - Pemilihan pakaian
Tajuk 2 - Pemilihan pakaian
 
Asimen jahitan
Asimen jahitanAsimen jahitan
Asimen jahitan
 
NAMA DAN FUNGSI ALATAN JAHITAN
NAMA DAN FUNGSI ALATAN JAHITANNAMA DAN FUNGSI ALATAN JAHITAN
NAMA DAN FUNGSI ALATAN JAHITAN
 

Destaque

Destaque (20)

Baju kurung pesak gantung
Baju kurung pesak gantungBaju kurung pesak gantung
Baju kurung pesak gantung
 
Mari belajar asas jahitan
Mari belajar asas jahitanMari belajar asas jahitan
Mari belajar asas jahitan
 
Pola baju kurung pesak gantung
Pola baju kurung pesak gantungPola baju kurung pesak gantung
Pola baju kurung pesak gantung
 
Langkah Membuat Pola Baju Melayu
Langkah Membuat Pola Baju MelayuLangkah Membuat Pola Baju Melayu
Langkah Membuat Pola Baju Melayu
 
Langkah Membuat Pola Seluar Lelaki
Langkah Membuat Pola Seluar LelakiLangkah Membuat Pola Seluar Lelaki
Langkah Membuat Pola Seluar Lelaki
 
Teknik mengambil ukuran baju melayu cekak musang
Teknik mengambil ukuran baju melayu cekak musangTeknik mengambil ukuran baju melayu cekak musang
Teknik mengambil ukuran baju melayu cekak musang
 
BAJU KURUNG PESAK GANTUNG
BAJU KURUNG PESAK GANTUNGBAJU KURUNG PESAK GANTUNG
BAJU KURUNG PESAK GANTUNG
 
KHB TING 1 - Bab 5 Jahitan
KHB TING 1 - Bab 5 JahitanKHB TING 1 - Bab 5 Jahitan
KHB TING 1 - Bab 5 Jahitan
 
Pola baju melayu
Pola baju melayuPola baju melayu
Pola baju melayu
 
Ukuran kain plaket, kolar, & poket baju melayu cekak musang
Ukuran kain plaket, kolar, & poket baju melayu cekak musangUkuran kain plaket, kolar, & poket baju melayu cekak musang
Ukuran kain plaket, kolar, & poket baju melayu cekak musang
 
Seluar Slek Lelaki (pola)
Seluar Slek Lelaki (pola)Seluar Slek Lelaki (pola)
Seluar Slek Lelaki (pola)
 
Jahitan Asas
Jahitan AsasJahitan Asas
Jahitan Asas
 
Report jahit blaus kasual
Report jahit blaus kasualReport jahit blaus kasual
Report jahit blaus kasual
 
Penghasilan baju kedah
Penghasilan baju kedahPenghasilan baju kedah
Penghasilan baju kedah
 
Jahitan
JahitanJahitan
Jahitan
 
Jahitan asas
Jahitan asasJahitan asas
Jahitan asas
 
NOTA BLAUS WANITA KEDUT HADAPAN
NOTA BLAUS WANITA KEDUT HADAPANNOTA BLAUS WANITA KEDUT HADAPAN
NOTA BLAUS WANITA KEDUT HADAPAN
 
Mengukuran Tubuh dan Grading Pola Dasar
Mengukuran Tubuh dan Grading Pola DasarMengukuran Tubuh dan Grading Pola Dasar
Mengukuran Tubuh dan Grading Pola Dasar
 
FASHION DESIGN DETAILS
FASHION DESIGN DETAILSFASHION DESIGN DETAILS
FASHION DESIGN DETAILS
 
Langkah Membuat Pola Kemeja Lelaki
Langkah Membuat Pola Kemeja LelakiLangkah Membuat Pola Kemeja Lelaki
Langkah Membuat Pola Kemeja Lelaki
 

Blaus

  • 1. Menjahit Blaus Blaus A. POLA BAJU BLAUS Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Labuh baju Lakarkan garisan labuh baju di atas kertas kuning. Ukuran hendaklah dibuat dari tanda A ke B. Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Lebar bahu Lakarkan garisan lebar bahu dari A ke C. Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Menanda Paras Dada Lakarkan garisan keliling dada dari A ke D. Ukuran A ke D = ¼ ukuran dada. Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Paras Pinggang Lakarkan garisan paras pinggang dari A ke E. Ukuran ini merupakan ukuran dari bahu ke pinggang. 1/23
  • 2. Menjahit Blaus Blaus Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Paras Pinggul Lakarkan garisan pinggul dari E ke F. Tips: Standard ukuran garisan pinggul ialah 8 inci. Lazimnya, ukuran ini dilebihkan sekurang-kurangnya 1 inci bagi wanita yang telah melahirkan anak. Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Lebar Dada Lakarkan garisan lebar dada dari D ke G. Ukuran D ke G = ¼ ukuran dada + ¾ inci. Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Lubang Lengan Lakarkan garisan pola dari C ke J. Dari C, turunkan 1 inci dan labelkan K.. Tandakan garisan tengah di antara K dan J dan labelkan L. Dari L, masukkan ½ inci dan labelkan M. Dari G, turunkan ½ inci dan labelkan N. Kemudian, lakarkan garisan dari K, M, dan N dengan menggunakan sesiku untuk mendapatkan garisan lubang lengan. 2/23
  • 3. Menjahit Blaus Blaus Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Lubang Leher Dari A, turunkan ½ inci dan labelkan O. Dari A, jarakkan 1/6 leher dan labelkan P. Lakarkan garisan lengkung dari P ke O dengan menggunakan sesiku. Selepas itu, lakarkan garis lurus dari P ke K. Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Lebar Pinggul Lakarkan garisan lebar pinggul dari F ke H. Ukuran F ke H = ¼ ukuran pinggul + ½ inci. Lakarkan garisan lurus dari N, H dan I. Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Bentuk Pinggang Labelkan Q seperti yang ditunjukkan. Dari Q, masukkan 1 inci dan labelkan R. Lakarkan bentuk bahagian pinggang dari N, R dan ke H dengan menggunakan pembentuk. 3/23
  • 4. Menjahit Blaus Blaus Merajah Pola Bahagian Badan Belakang Baju – Kaki Baju Dari I, naikkan ½ inci dan labelkan S. Lakarkan garisan kaki baju dengan menggunakanpembentuk seperti yang ditunjukkan. Merajah Pola Bahagian Badan Hadapan Baju – Kaki Baju Lakarkan garisan lurus dari bahagian badan belakang baju terus ke bahagian hadapan badan baju seperti berikut: garisan lurus dari A ke 1; garisan lurus dari D ke-2; garisan lurus dari E ke 3; garisan lurus dari E ke 4; garisan lurus dari B ke 5. 4/23
  • 5. Menjahit Blaus Blaus Merajah Pola Bahagian Badan Hadapan Baju – Bahagian Bahu, Dada dan Pinggul Bahagian Bahu Lakarkan garisan lurus dari 1 ke 6. Ukuran 1 ke 6 = ½ ukuran lebar bahu. Bahagian Dada Lakarkan garisan lurus dari 2 ke 7. Ukuran 2 ke 7 = ¼kuran dada + 1 inci. Bahagian Pinggul Lakarkan garisan lurus dari 4 ke 8. Ukuran 4 ke 8 = ¼ ukuran pinggul + ¼ inci. Merajah Pola Bahagian Badan Hadapan Baju – Lubang Lengan Lakarkan garisan lurus dari 6 ke 9. Dari 6, turunkan 1 inci dan labelkan 10. Tandakan garisan tengah di antara 9 dan 10 dan labelkan 11. Dari 11, masukkan ¾ inci dan labelkan 12. Dari 7, turunkan ½ inci dan labelkan 13. Lakarkan bentuk lubang lengan dari 10, 12 dan 13 dengan menggunakan sesiku. 5/23
  • 6. Menjahit Blaus Blaus Merajah Pola Bahagian Badan Hadapan Baju – Lubang Leher Garisan 1 ke 14 = 1/6 ukuran leher. Garisan 1 ke 15 = 1/6 ukuran leher + 1 inci. Garisan 15 ke 17 = 1/6 ukuran leher. Dari 17, naikkan 1 ¼ inci dan labelkan18. Lakarkan garisan lurus dari 18 ke 15. Lakarkan bentuk lubang leher dari 14 ke 15 dengan menggunakan sesiku. Merajah Pola Bahagian Badan Hadapan Baju- Pinggang, Pinggul dan Selisih Butang Pinggang dan Pinggul Lakarkan garisan lurus dari 13 ke 8 dan terus ke kaki baju. Tandakan titik tengah 13 ke 8 dan labelkan 19. Dari 19, masukkan 1 inci dan labelkan 20. Lakarkan bentuk pinggang dari 13 ke 20 dan terus ke 8 dengan pembentuk. Dari 18, naikkan ½ inci dan labelkan 21. 6/23
  • 7. Menjahit Blaus Blaus Bahagian Selisih Butang Dari 1, keluarkan ¾ inci dan labelkan 22. Dari 5, keluarkan ¾ inci dan labelkan 23. Lakarkan garis lurus dari 22 ke 23. Merajah Pola Bahagian Badan Hadapan Baju – Basi Lipatan Dari 22, keluarkan 3 inci dan labelkan 24. Dari 23, keluarkan 3 inci dan labelkan 26. Lakarkan garis lurus dari 24 ke 26. Merajah Pola Bahagian Badan Hadapan Baju – Labuh Baju Dari 23 turunkan ¾ inci dan labelkan 25 Dari 26, turunkan ¾ inci dan labelkan 27. Lakarkan garisan berbentuk dari 21 ke 26 dan 27 dengan menggunakan pembentuk. Lakarkan garis lurus dari 25 ke 23 dan dari 27 ke 26. 7/23
  • 8. Menjahit Blaus Blaus Merajah Pola Bahagian Lengan Pendek Lakarkan garians lurus dari A ke B. Garisan AB = Garisan KJ. (ukuran bahagian belakang baju) Lakarkan garisan lurus dari A ke C mengikut ukuran labuh lengan. Dari A ke D = 1/8 ukuran dada. Dari C ke E = ½ ukuran bukaan tangan. Garisan DF = AB Lakarkan garisan lurus dari A ke F. Bahagi 3 garisan A ke F dan labelkan F, G dan H. Dari G, keluarkan 1 inci dan labelkan I. Dari H, keluarkan ¾ inci dan labelkan J. Lakarkan bentuk lengan bahagian belakang dari A, I, J dan ke F. Dari J, masukkan ¼ inci dan labelkan K. Lakarkan bentuk lengan bahagian hadapan dari I, K dan ke F. 8/23
  • 9. Menjahit Blaus Blaus Merajah Pola Bahagian Kolar – Kolar Sport/Hawaii Lebar Kolar Ukuran A ke B = 3 inci. Panjang Kolar Ukuran A ke C = ½ ukuran leher. Ukuran AB = Ukuran CD. Dari B, naikkan ¼ inci dan labelkan E. Dari D, naikkan ¼ inci dan labelkan F. Dari C, keluarkan ½ inci dan labelkan G. Lakarkan garisan berbentuk dari F ke H, ukurannya 1/6 leher. Lakarkan garisan berbentuk dari E ke H. Lakarkan garisan lurus dari F ke G. Dari F ke I, ukurannya 2 inci. Dari I, turunkan ¼ inci dan labelkan J. Lakarkan garisan berbentuk dari D ke J. Merajah Pola Bahagian Kolar Kontinental - Kepok Lebar Kepok Ukuran A ke B = 1¼ inci. Ukuran AB = Ukuran CD. Panjang Kepok Ukuran A ke C = 1/6 ukuran leher Ukuran AC = Ukuran BD. Dari C, keluarkan 1 inci dan labelkan E. Ukuran C ke E = Ukuran D ke F Dari C, turunkan ½ inci dan labelkan G. 9/23
  • 10. Menjahit Blaus Blaus Ukuran C ke G = Ukuran D ke H Dengan menggunakan pembentuk, lakarkan garisan berbentuk: dari A ke G; dari B ke H, dan terus ke J; dari E ke I = 1/6 ukuran leher inci + 1 inci. Dari J, masukkan ¼ inci dan labelkan K. Merajah Pola Bahagian Kolar Kontinental - Kolar Dari B, naikkan ½ inci dan labelkan L. Lakarkan garis lurus dari L ke M. Ukuran LM = Ukuran BD = ½ ukuran leher. Lakarkan garis lurus dari L ke N. Ukuran LN = 1½ inci. Lakarkan garis lurus dari N ke O. Ukuran NO = Ukuran LM Dari O, keluarkan ½ inci dan labelkan P. Lakarkan garisan berbentuk dari L ke D. B. MENGGUNTING FABRIK Menggunting Fabrik Baju Blaus Hadapan dan Belakang Badan Baju 1. Bentangkan fabrik dan lipat dua memanjang. 2. Susun pola bahagian hadapan dan belakang baju di atas fabrik yang telah dilipat. 3. Sematkan pola pada fabrik dengan jarum peniti. 4. Tambah basi jahitan dan basi lipatan. 5. Gunting fabrik mengikut pola. 10/23
  • 11. Menjahit Blaus Blaus Lengan Pendek 1. Lebihan fabrik daripada bahagian badan baju dilipat dua mengikut ukuran lebar lengan. 2. Susun atur pola bahagian lengan di atas fabrik dan sematkan dengan jarum peniti. 3. Tambah basi jahitan dan lipatan. 4. Gunting fabrik mengikut pola. Lengan Panjang 1. Susun atur pola bahagian lengan di atas fabrik sematkan dengan jarum peniti. 2. Tambah basi jahitan dan lipatan. 3. Gunting fabrik mengikut pola. 4. Gunting interlining keras untuk mansit dengan basi jahitan ½ inci. Kolar Sport (Tiada Kepok) 1. Tambah basi jahitan sebanyak ½ inci di sekeliling kolar. 2. Gunting fabrik mengikut bentuk kolar. Hasilkan dua keping fabrik kolar. Kolar Kontinental (Tambah Kepok) 1. Tambah basi jahitan sebanyak ½ inci di sekeliling kolar. 2. Gunting fabrik mengikut bentuk kolar. 3. Gunting fabrik untuk menghasilkian dua keping fabrik kepok. 11/23
  • 12. Menjahit Blaus Blaus C. MENANDA BASI JAHITAN Menanda Bahagian Hadapan dan Belakang Baju 1. Tandakan basi jahitan dan basi lipatan bahagian bawah kaki baju sebanyak 1¼ inci dengan menggunakan kapur. 2. Tandakan tengah bahagian leher dengan mengguntingnya sedikit (snap). Menanda Lengan 1. Tandakan basi jahitan di bahagian keliling lengan dan basi lipatan di hujung lengan baju. 2. Lengan yang siap ditanda. 12/23
  • 13. Menjahit Blaus Blaus D. MENJAHIT Mengosok Lipatan Belahan Bahagian Hadapan Kiri dan Kanan 1. Lipat bahagian lipatan belahan kiri ke dalam dan gosok. 2. Lipat bahagian lipatan belahan kanan ke dalam dan gosok. Menyediakan Kolar Sport/Hawaii 1. Letakkan kain interlining lembut bergam yang telah digunting di atas fabrik dan gosok. 2. Gunting fabrik mengikut bentuk kolar dan basi lipatan. (Rujuki diagram yang dipaparkan). 3. Calitkan gam kanji di atas lipatan. Lipat basi lipatan di atas kain keras bergam dan gosok. Menjahit Kolar Sport/Hawaii 1. Jahit mesin selebar ¼ inci ke atas basi lipatan tadi. 2. Gunting basi jahitan. 3. Letakkan bahagian luar fabrik kolar kedua di bawah bahagian luar fabrik kolar pertama. 4. Jahit mesin di sekeliling kain interlining. (Pastikan jahit keluar sedikit daripada kain interlining). 5. Gunting basi jahitan selebar ¼ inci. 6. Snap bahagian kolar yang melengkung. 7. Terbalikkan kolar dan gosok untuk kekemasan. 13/23
  • 14. Menjahit Blaus Blaus Menyediakan Kolar Kontinental 1. Letakkan kain interlining keras bergam di atas fabrik kolar pertama dan gosok. 2. Letakkan bahagian luar fabrik kedua di atas bahagian luar fabrik pertama. Menjahit Kolar Kontinental 1. Jahit keliling kolar seperti yang ditunjukkan. 2. Gunting bahagian basi jahitan dan tinggalkan basi jahitan sebanyak kurang daripada ¼ inci. 3. Gunting sedikit (snap) pada bahagian basi jahitan yang berbentuk di tepi dan di atasnya. 4. Terbalikkan kolar ke bahagian luar dan gosok. 5. Jahit keliling kolar sebanyak ¼ inci atau satu tapak zip. 6. Jahit jelujur kasar bahagian basi jahitan di kolar. Menyediakan Kepok 1. Letakkan kain interlining keras bergam di atas fabrik kepok pertama dan gosok. 2. Calitkan gam kanji di atas basi lipatan fabrik, lipat basi lipatan ke kain interlining keras bergam dan gosok. 14/23
  • 15. Menjahit Blaus Blaus 3. Jahit bahagian kepok yang telah dilipat dengan jarak ¼ inci. 4. Gunting lebihan fabrik untuk menghasilkan basi jahitan selebar ¼ inci pada bahagian atas. 5. Lipat dua dan gunting sedikit (snap) di fabrik basi jahitan kepok sebagai tanda tengah. Mencantumkan Kepok dengan Kolar 1. Lipat kedua kolar yang telah siap dan buat tanda tengah dengan menggunting sedikit (snap). 2. Letakkan kepok di atas kolar dan temukan kedua-dua tanda tengah kepok dan kilar. Pastikan bahagian hadapan kolar dan kepok ditemukan. 3. Letakkan fabrik kepok kedua di bahagian belakang kolar. Jahit mesin dari tengah hingga ke tepi kiri. 4. Gunting basi jahitan selebar ¼ inci di keliling kepok dan snap bahagian kepok yang melengkung. 5. Terbalikkan kepok pertama dan kedua. Kemudian, gosok. 6. Tindih bahagian atas kepok dari kiri ke kanan untuk kemasan selebar ¼ inci atau satu tapak mesin. Mencantum Bahagian Badan - Bahu Kiri dan Kanan 1. Temukan bahagian luar hadapan dan luar belakang fabrik bahagian bahu. 2. Jahit kedua-dua bahu kiri dan kanan ini. 15/23
  • 16. Menjahit Blaus Blaus 3. Gosok kelim bahagian dalam dan luar bahu. Mencantum Kolar Kontinental ke Leher 1. Tanda basi jahitan ¼ inci pada fabrik. 2. Lipat 2 keruk lubang leher dan snap di bahagian tengah. 3. Acukan kolar pada leher baju untuk menyamakan kolar dan lubang leher. 4. Samakan kolar di bahagian lipatan hadapan baju dan semat dengan jarum peniti. Kemudian, jahit dari kiri ke kanan. 5. Snap basi jahitan keliling lubang leher dan masukkan basi jahitan ke dalam kepok. 6. Tindih di atas kepok bahagian tepi sepanjang leher dan keliling kepok. 7. Gosok dan kemaskan kolar yang telah dijahit. Mencantum Kolar Sport ke Leher 1. Tanda basi jahitan ¼ inci pada fabrik. 2. Lipat 2 keruk lubang leher dan snap di bahagian tengah. 3. Acukan kolar pada leher baju untuk menyamakan kedudukan tengah bahagian belakang leher dengan bahagian belakang kolar. 4. Sematkan dengan jarum peniti. 16/23
  • 17. Menjahit Blaus Blaus 5. Letak dan samakan kolar di tanda selisih butang, iaitu ¾ inci ke dalam dari lipatan belahan hadapan. Pastikan kolar diletak di bahagian lua baju. Sematkan dengan jarum peniti. 6. Buat di kedua-dua belahan hadapan. 7. Jahit dari kiri ke kanan. 8. Gunting bahagian selilsih butang di garisan leher di kedua-dua bahagian. 9. Snap basi jahitan di keliling lubang leher. 10. Masukkan basi jahitan leher ke dalam bahagian kolar. 11. Tindih di atas kolar bahagian tepi sepnajang leher. 12. Gosok dan kemaskan kolar yang telah siap dijahit. Jahit di bahagian tepi lipatan sebelah kiri baju bahagian hadapan terus kolar dan akan berakhir di bahagian tepi lipatan sebelah kanan baju. Jarak jahitan dari tepi baju ialah ¼ inci atau selebar satu tapak mesin. Mencantum Lengan Pendek 1. Temukan fabrik bahagian lengan hadapan dan belakang. Pastikan fabrik bahagian luar yang ditemukan. 2. Jahit dari bahagin lubang lengan hingga ke hujung lengan. 3. Buka kelim dan gosok kedua-dua belah kiri dan kanan. Gosok juga bahagian lipatan hujung lengan. 17/23
  • 18. Menjahit Blaus Blaus Mencantum Lubang Lengan Pendek 1. Lipat dua bahagian lubang lengan dan tandakan bahagian tengah bahu dengan membuat snap. 2. Temukan bahagian lengan dengan bahagian badan baju. Pastikan fabrik bahagian luar yang ditemukan. 3. Kedudukan lengan mestilah sepadan dengan keruk lubang lengan di badan. 4. Kelim bahagian lengan hendaklah dimasukkan ¼ inci ke bahagian hadapan baju. 5. Sematkan dengan peniti bahagian keliling lubang lengan. 6. Jahit keliling lubang lengan di kedua-dua kiri dan kanan. Mencantum Lubang Lengan Panjang 7. Lipat dua bahagian lubang lengan dan tandakan bahagian tengah bahu dengan membuat snap. 8. Temukan bahagian lengan dengan bahagian badan baju. Pastikan fabrik bahagian luar yang ditemukan. 9. Kedudukan lengan mestilah sepadan dengan keruk lubang lengan di badan. 10. Kelim bahagian lengan hendaklah dimasukkan ¼ inci ke bahagian hadapan baju. 11. Sematkan dengan peniti bahagian keliling lubang lengan. 12. Jahit keliling lubang lengan di kedua-dua kiri dan kanan. 18/23
  • 19. Menjahit Blaus Blaus Membuat Kaf 1. Letakkan kain keras bergam di atas bahagian dalam fabrik dan gosok. 2. Lipatkan basi jahitan ke atas kain keras bergam. 3. Jahit bahagian basi jahitan yang telah dilipat tadi dengan jarak ¼ inci dari tepi atau selebar satu tapak mesin. 4. Letakkan fabrik kain keras bergam ini di atas satu lagi fabrik kaf yang telah digunting. Pastikan bahagian luar kedua-dua fabrik bertemu. 5. Jahit keliling kaf mengikut kain keras bergam yang telah ditemukan. 6. Terbalikkan kaf ke bahagian luar dan gosok dan tandakan basi jahitan pada fabrik kaf. Mencantum Kaf ke Lengan 1. Temukan fabrik mansit bahagian depan dan belakang lengan. 2. Ukur dan tanda 4 inci dari garisan basi jahitan hujung lengan untuk belahan kaf. 19/23
  • 20. Menjahit Blaus Blaus 3. Jahit dari tanda belahan kaf hingga ke lubang lengan. Buka kelim dan gosok. 4. Jahit jelujur mesin di basi jahitan hujung lengan di bahagian belahan kaf sebanyak dua baris. 5. Tarik jelujur mesin ini untuk menghasilkan kedut. 6. Tanda di keliling bukaan tangan di kaf yang telah disiapkan tadi dan letak bahagian hujung lengan yang telah dikedutkan pada tanda tersebut. 7. Jahit dari hujung kiri ke kanan dan keliling kaf tersebut. Mengemaskan Hujung Lengan dan Kaki Baju 1. Gosokkan bahagian basi lipatan bawah kaki baju. 2. Jelujur tangan basi lipatan tersebut. 3. Jelujur tangan keliling hujung lengan. 4. Jahit silang pangkah bahagian bawah kaki baju dan hujung keliling lengan. Menanda Kedudukan Butang dan Lubang Butang Kolar Sport 1. Dari garisan lapel, turunkan ½ inci untuk tanda butang pertama. 20/23
  • 21. Menjahit Blaus Blaus 2. Ukur 6 inci dari kaki baju dan tandakan untuk butang kedua. 3. Ukur jarak di antara butang pertama dan kedua. 4. Bahagikan ukuran jarak tersebut kepada 4 untuk menentukan kedudukan butang dan lubang butang ketiga, keempat dan kelima. 21/23
  • 22. Menjahit Blaus Blaus 5. Jahit butang dan lubang butang di bahagian belahan hadapan yang telah ditanda. Menjahit Kedudukan Butang dan Lubang Butang – Kontinental 1. Butang pertama terletak pada kepuk. 2. Dari butang pertama, turunkan 3 inci untuk butang kedua. 3. Dari bawah kaki baju, naikkan 6 inci untuk butang ketiga. 22/23
  • 23. Menjahit Blaus Blaus 4. Ambil ukuran jarak dari butang kedua hingga ketiga. 5. Bahagikan ukuran jarak ini kepada 4 untuk menentukan kedudukan butang dan lubang butang ketiga, keempat, kelima dan keenam. 6. Jahit butang dan lubang butang di hadapan belahan hadapan yang telah ditanda. Menanda Butang dan Lubang Butang – Kaf 1. Lubang butang terletak pada hujung belahan. 2. Kedudukan butang adalah di bahagian 1 inci lebihan kaf tersebut. 3. Jahit butang dan lubang butang. 23/23