2. • E-Scrap Book merupakan satu produk
berasaskan ICT yang dihasilkan oleh ahli-
ahli Dengue Patrol SK Taman Bersatu,
Kuala Kedah.
• Kandungan e-Scrap book ini adalah
berkaitan maklumat tentang nyamuk aedes,
penyakit denggi dan pencegahannya.
• Dihasilkan menggunakan perisian MS-
Powerpoint dan boleh dipersembahkan
secara maya ataupun dicetak menjadi buku.
3. ` Matlamat ProgramDengue Patrol
1Platform untuk mendidik dan meningkatkan
kesedaran terhadap cara-cara pencegahan denggi dan
membasmi nyamuk aedes di kalangan pelajar sekolah
rendah khasnya dan masyarakat amnya
2 Meningkatkan kesedaran bahawa usaha pencegahan
denggi memerlukan penglibatan proaktif seluruh
masyarakat terutamanya generasi muda menerusi
program yang menyeronokkan dan bermakna
Program Dengue Patrol kini sedia untuk meluaskan lagi
capaiannya ke seluruh negara, iaitu ke semua sekolah
rendah di Malaysia pada 2014.
4. Serangga pembunuh
berbahaya di dunia
Semua nyamuk memerlukan
air untuk membiak. Spesies
tertentu boleh membiak
dalam air yang bertakung
selepas hujan lebat.
Hanya nyamuk betina
menggigit manusia dan
binatang; nyamuk
jantan pula menghisap
madu bunga
Nyamuk dewasa boleh
hidup selama 5-6
bulan
Nyamuk boleh
mengesan karbon
dioksida dari jarak 20
meter
Sesetengah nyamuk
tidak menggigit
manusia, tetapi
memilih mangsa lain
seperti amfibia atau
burung
Sayap nyamuk bergerak
300-600 kali sesaat
Nyamuk terbang pada
kelajuan antara 1 dan
1.5 batu sejam
5. FaktamengenaiAedesyangandamungkin
tidaktahu
• Aedes ialah sejenis nyamuk kecil, hitam dengan belang putih
pada kaki dan badan.
• Denggi disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes betina.
• Nyamuk jantan tidak menggigit atau menyebarkan penyakit
kerana ia tiada bahagian mulut untuk menggigit.
• Hanya nyamuk BETINA yang mengigit manusia terutamanya
pada waktu siang!
• Waktu nyamuk Aedes menggigit sepanjang hari tetapi paling
aktif adalah dua jam selepas matahari terbit dan beberapa
jam sebelum matahari terbenam.
7. Kitaran Hidup Nyamuk
Telur – larva – kepompong - dewasa
1. Seekor nyamuk bertelur dan membiarkan telurnya terapung di
atas permukaan air. Kebanyakan telur biasanya menetas dalam
tempoh 48 jam dan bertukar menjadi larva.
2. Apabila menjadi larva, ia akan kekal di dalam air dan timbul ke
permukaan hanya untuk mendapatkan udara. Larva bersalin kulit
empat kali sebelum bertukar menjadi kepompong.
3. Kepompong akan menjadi dewasa dalam masa dua hari. Pada
peringkat ini, kepompong akan berehat dan tidak makan apa-apa
sehingga ia berpisah daripada sarungnya dan bertukar menjadi
dewasa.
4. Pada awal peringkat dewasa, nyamuk akan berehat di
permukaan air dan cuba menguatkan diri sebelum mula terbang.
9. Terdapat empat jenis virus denggi. Jangkitan
oleh salah satu jenis biasanya memberikan
imuniti sepanjang hayat kepada jenis virus
tersebut, tetapi tidak mencegah jangkitan
daripada jenis virus lain. Oleh itu anda boleh
menghidap demam denggi lebih dari sekali.
10. Demam Denggi Berdarah (DHF)…
Ini merupakan salah satu komplikasi demam
denggi yang menyebabkan kerosakan pada limfa
dan saluran darah, pendarahan daripada hidung
dan gusi, pembengkakan hati dan kegagalan
sistem peredaran darah. Gejala-gejala tersebut
boleh menular menjadi pendarahan serius,
renjatan dan kematian. Ini dinamakan Sindrom
Renjatan Denggi (DSS). DHF boleh menyebabkan
kematian jika tidak dirawat lebih awal
11.
12.
13. Buat masa ini, tiada ubat spesifik untuk
melawan denggi dan tiada sebarang vaksin
untuk mencegah denggi.
Cara terbaik untuk mencegah denggi ialah
dengan menghapuskan sarang pembiakan
nyamuk Aedes.
14.
15. Mencari dan Memusnahkan
• Buang, terbalikkan, kosongkan atau simpan sebarang bekas
yang mungkin mengumpulkan air hujan di bawah bumbung.
Gunakan ubat jentik-jentik untuk memusnahkan larva
nyamuk di rumah anda.9
• Sentiasa tutup bekas yang digunakan untuk menyimpan air
(baldi, tong).
• Pastikan tiada jentik-jentik nyamuk didapati dalam air
yang disimpan.
• Pastikan air mengalir dalam air pancutan atau tasik tiruan.
• Bela ikan dalam air pancutan perhiasan yang sentiasa diisi
dengan air.
Apa yang kita boleh lakukan untuk
mencegah denggi?
16. Langkah Perlindungan Diri
• Pasang tabir pada pintu dan tingkap.
• Gunakan racun serangga (aerosol) atau bahan
penghalau nyamuk.
• Pakai kemeja lengan panjang, seluar panjang, stokin
dan kasut bertutup untuk mengelakkan gigitan nyamuk
terutamanya pada waktu subuh dan senja.
• Gunakan bahan penghalau nyamuk pada pakaian dan
kulit yang terdedah.
Apa yang kita boleh lakukan untuk
mencegah denggi?
18. Dapatkan Rawatan Awal
• Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami demam
selama 2 hari dan ruam kulit, pergi berjumpa doktor
atau kunjungi pusat kesihatan terdekat.
• Jika penyakit tersebut adalah demam denggi,
kerumitan serius penyakit mungkin dialami. Jika
dikesan di peringkat awal dan doktor dihubungi,
nyawa pesakit boleh diselamatkan
Apa yang kita boleh lakukan
sekiranya mendapat tanda-tanda
dijangkiti denggi?