Dokumen ini membahas tentang penggunaan kata sendi nama 'di' dan 'ke' dengan contoh-contohnya. Feather meminta bantuan murid-murid untuk melengkapi ayat-ayat dengan menggunakan kata sendi nama tersebut.
1. Mari belajar Kata Sendi Nama ‘di’ dan ‘ke’ bersama Wallace dan Gromit
2. Apa khabar murid-murid? Nama saya Feathers. Pada hari ini, saya akan menceritakan tentang kehidupan saya bersama Wallace dan Gromit sambil mengajar murid-murid mengenai Kata Sendi Nama ‘di’ dan ‘ke’.
9. Hari ini hari Ahad. Apakah yang boleh saya lakukan pada hari ini? Sudah dua jam saya duduk (1)_____ atas katil ini tetapi masih belum tahu apa yang ingin saya lakukan.
10. Feather, awak hendak ke mana? Saya hendak (2)_____ pejabat pos. Saya ada beberapa surat yang perlu dikirim. Pejabat pos tutup pada hari Ahad. Lupakan sahajalah hasrat awak itu. Lagipun awak kurang sihat. Lebih baik awak berehat (3)_____ rumah sahaja.
11. Saya harus (4)_____ pejabat pos juga. Surat-surat ini harus tiba (5)____ sana sebelum esok.
12. Kalau awak masih mahu pergi (6)_____ pejabat pos juga, saya akan menghalang awak. Ini adalah untuk kebaikan diri awak.
13. Awak tidak boleh menghalang saya. Saya akan (7)_____ pejabat pos dengan menaiki keretapi. Keretapi ini bergerak dengan pantas dan akan berhenti (8)____ hadapan pejabat pos.
14. Awak membuat saya marah! Saya akan mengurung awak supaya awak tidak dapat (9)____ pejabat pos.
15. Maafkan saya, Gromit. Janganlah kurung saya (10)____ penjara yang kotor ini. Saya berjanji tidak akan berdegil lagi.
16. Terima kasih murid-murid kerana telah membantu Feather dan saya. Sekarang, selesaikan latihan pada mukasurat 48 buku kerja Akar. Hingga berjumpa lagi!