1. WUS 101: Asas Keusahawanan
Rancangan Perniagaan
Kumpulan 167
Sidang Akademik 08/09
Semester 1
Ahli Kumpulan:
• Aishahtul Amira bt Mokhtar Alfakari(102288)
• Bibi Sahana bt Seman(102292)
• Liew Mun Shin(100630)
• Ng Hui Wen(100654)
• Viviyita A/P Hong Bu(102341)
Disediakan untuk
En. Mohd.Shafie
2. SURAT PENYERAHAN
Jemindar bin Ab Kadir
5-12A,M01,
Desasiswa Restu,
Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang.
Mohd Shafie
Pensyarah Rancangan Perniagaan WUS 101,
Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang. 19 April 2012
Perkara : Penyerahan Rancangan Perniagaan (WUS 101).
Saya seperti nama di atas menyerahkan tugasan yang diberikan untuk penilaian tuan. Sila
hubungi saya di 0142291838 jika tuan mempunyai masalah atau keraguan.
Terima Kasih,
………………………
( Jemindar Bin Ab Kadir )
4. 1.0 PENGENALAN
1.1 Perniagaan Yang Diceburi
Kumpulan kami telah bercadang untuk menjalankan perniagaan menjual produk
kecantikan. Pada zaman moden hari ini, produk kecantikan merupakan barangan asas
kepada semua orang. Kebanyakan orang, terutamanya golongan wanita membeli produk
kecantikan untuk melindungi dan mengekalkan kelicinan kulit mereka.
Masyarakat kini sentiasa terdedah kepada sinaran matahari, habuk, kuman dan lain-lain
agen pencemar yang boleh menyebabkan kanser kulit, maka syarikat kami telah
mengeluarkan produk kecantikan yang mampu mengatasi masalah kulit yang dihadapi,
iaitu “Produk kecantikan D’Anggun”. Produk ini menggunakan herba yang terdiri
daripada temulawak dan campuran daripada susu kambing.
Kami telah menyediakan empat jenis produk iaitu pencuci muka, penyegar muka,
pelembap muka dan krim pemutih muka. Setiap produk yang dikeluarkan mempunyai
fungsi-fungsi yang tersendiri. Perniagaan kami amat peka kepada penjagaan kulit wajah
dan menitikberatkan cara penggunaan yang betul untuk mengelakkan daripada
penyalahgunaan yang boleh membawa kepada tidak keserasian.
Kami akan mengutamakan dua aktiviti iaitu produk dan perkhidmatan. Perkhidmatan
yang akan diberikan adalah memberi nasihat tentang penjagaan kulit dan rawatan kulit.
Tren produk terbaru ini, diformulasikan dengan mutu dan kualiti yang setanding dengan
harganya.
1.2 Nama dan Alamat Perniagaan
Nama syarikat kami ialah De’Ann Enterprise. Nama produk kami ialah D’Anggun.
Anggun merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan kecantikan dan
5. penampilan yang bersesuaian. Objektif syarikat kami adalah untuk memberi jaminan
kepada pelanggan supaya akan kelihatan anggun dari segi wajah serta penampilan.
Perniagaan kami akan beroperasi di Sungai Petani yang beralamat di Unit Nombor 4f-12,
tingkat 2, Central Square, 23 Jalan Kampong Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah.Tujuan
kami beroperasi perniagaan kami di sana kerana populasi orang di sana banyak.
Kebanyakannya adalah terdiri daripada wanita dan penuntut-penuntut institiut pengajian
tinggi.
2.0 TUJUAN PENYEDIAAN RANCANGAN
Tujuan utama rancangan diperlukan adalah untuk memberi keterangan atau maklumat
berkenaan dengan sesebuah perniagaan yang hendak dijalankan dan dilaksanakan. Selain
itu, dengan adanya rancangan perniagaan yang terperinci, ini akan menyakinkan para
pihak yang bekerjasama dengan syarikat kita, termasuk pihak pemiutang iaitu institusi
kewangan dan pihak pembekal bahan mentah bahawa perniagaan yang akan dijalankan
dapat dimajukan dan dapat diusahakan. Dengan penyelidikan terhadap saiz pasaran dan
persaingan yang dihadapi, syarkat boleh menyediakan rancangan yang sepatutnya untuk
menghadapi saingan di pasaran.
Di samping itu, rancangan perniagaan ini juga dapat dijadikan sebagai alat untuk
mempromosikan produk yang dihasilakn oleh sesebuah organisasi. Selain itu, rancangan
perniagaan juga dapat membantu pemilik perniagaan mengenalpasti keberkesanan
perniagaan yang dijalankan olehnya.
Tujuan penyediaan rancangan ini dan pihak yang memerlukannya.
• Usahawan
• Pembekal
• Institusi kewangan atau pelabur
6. • Kakitangan
Usahawan
Usahawan untuk membolehkannya memahami projek atau perniagaan yang lebih
mendalam. Rancangan ini boleh memberi rujukan kepada usahawan untuk menguruskan
perniagaan tersebut dan tujuan pelaburan dan pembiayaan.
Pembekal
Rancangan perniagaan yang terperinci memberikan keyakinan kepada pembekal yang
bekerjasama dengan syarikat. Dengan itu, kita boleh mendapat bekalan dan bahan yang
diperlukan secara kredit.
Institusi kewangan atau pelabur
Rancangan perniagaan disediakan kepada institusi kewangan adalah untuk memantapkan
permohonan bagi perbiayaan projek melalui pinjaman, skim khas atau mendapatkan
rakan kongsi pelaburan tambahan untuk perniagaan yang dijalankan.
Kakitangan
Rancangan perniagan memdedahkan kakitangan syarikat dengan arah tujuan syarikat,
oleh itu, kakitangan mempunyai matlamat yang jelas untuk membantu syarikat mencapai
objektif yang ditetapkan.
3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
Nama perniagaan : De’Ann Enterprise
Alamat perniagaan : Sungai Petani yang beralamat di Unit Nombor 4f-12, tingkat 2,
Central Square, 23 Jalan Kampong Baru, 08000 Sungai Petani,
Kedah, Malaysia
Alamat surat menyurat : No. 182, Kg Batu, Penampang, 18800, Kedah, Malaysia
Nombor telefon : 04-4887988
Bentuk syarikat : Perkongsian
7. Kegiatan utama : Menjual produk kecantikan
Tarikh mulakan perniagaan : 6 Disember 2008
Tarikh pendaftaran : 5 Oktober 2008
Nombor pendaftaran : PG0057345-W
Modal permulaan : RM300,000
Nama bank : CIMB Bank
Jenis akaun : Akaun Semasa
Nombor akaun syarikat : 3677891232779065
Syarikat kami adalah berbentuk perkongsian yang terdiri daripada 5 orang
pekongsi. Kelima-lima daripada kami bukan sahaja merupakan pekongsi kepada syarikat
tetapi juga merupakan orang yang bertugas dalam bahagian pentadbiran, pengeluaran,
kewangan dan pemasaran. Syarat-syarat perkongsian yang akan dipersetujui oleh kami
adalah tertakluk kepada Akta Perkongsian 1967. Dalam aspek modal permulaan, modal
yang diperlukan adalah sejumlah RM 300,000. Oleh kerana syarikat kami merupakan
syarikat yang bermodal kecil maka setiap pekongsi akan mengeluarkan wang simpanan
sendiri atau dengan bantuan ahli keluarga untuk memulakan perniagaan ini.
3.1 Senarai Kakitangan Pengurusan
NAMA JAWATAN BIL
Aishahtul Amira bt Mokhtar Alfakari PENGURUS BESAR 1
Bibi Sahana bt Seman PENGURUS PENTADBIRAN 1
Liew Mun Shin PENGURUS OPERASI 1
Ng Hui Wen PENGURUS KEWANGAN 1
Viviyita A/P Hong Bu PENGURUS PEMASARAN 1
8. 4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK (RAKAN KONGSI)
4.1 Latarbelakang rakan kongsi 1
Jawatan : Pengurus Besar
Nama Penuh : Aishahtul Amira bt Mokhtar Alfakari
No 1/C : 890724-07-5524
Tarikh Lahir : 24 Julai 1989
Umur : 19 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat Tetap : No 15 ,Jln Permai 3/3,Tmn Kerian Permai,
34200 Parit Buntar,Perak.
No Telefon : 017-4190786 / 1074222768
Taraf Perkahwinan : Bujang
Kursus Yang Pernah Dihadiri : Seminar Keusahawanan, Sesi Motivasi Francaisi-
Francaisor, Bengkel Perdagangan
Pengalaman : Ketua Pentadbiran, Penolong Pengarah Eksekutif, Pengarah Eksekutif
Modal Sumbangan : RM 100,000
4.2 Latar belakang rakan kongsi 2
9. Jawatan : Pengurus Pentadbiran
Nama Penuh : Bibi Sahana bt Seman
No 1/C : 890825036006
Tarikh Lahir : 25 OGOS 1989
Umur : 19 tahun
Jantina : perempuan
Alamat Tetap : Lot 290 Kg Banggol Petani,16250 Wakaf Bharu,Kelantan
No Telefon : 019-4515094
Taraf Perkahwinan : Bujang
Kursus Yang Pernah Dihadiri : Seminar Keusahawan, Bengkel Perdagangan,
Kursus Pengurusan Syarikat, Seminar Pembuatan
Produk.
Pengalaman : Ketua Pengurus Pentadbiran, Penolong Pengarah Eksekutif, Pembangunan
Usahawan Bumiputra Holding (M) Sdn Bhd
Modal Sumbangan : RM 50,000
10. 4.3 Latarbelakang rakan kongsi 3
Jawatan : Pengurus Kewangan
Nama Penuh : Ng Hui Wen
No 1/C : 881230-01-5578
Tarikh Lahir : 30 Disember 1988
Umur : 19 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat Tetap : 43 , Jln Siew Teng Yhoi , 86000 Kluang , Johor
No Telefon : 012-7356308
Taraf Perkahwinan : Bujang
Kursus Yang Pernah Dihadiri : Kursus Keusahawanan, Kursus Keangan Syarikat,
Seminar Perdagangan
Pengalaman : Kerani Akaun, Juruaudit
Modal Sumbangan : RM 50,000
11. 4.4 Latarbelakang rakan kongsi 4
Jawatan : Pengurus Operasi
Nama Penuh : Liew Mun Shin
No 1/C : 881008085866
Tarikh Lahir : 8 Oktober 1988
Umur : 19 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat Tetap : 148,Persiaran Pengkalan Timur 11,Desa Pakatan,31650 I
Ipoh,Perak.
No Telefon : 016-5323870
Taraf Perkahwinan : Bujang
Kursus Yang Pernah Dihadiri : Seminar Pengurusan Pengeluaran Operasi,
Bengkel Keusahawan, Kursus Kualiti Barangan.
Pengalaman : Penolong Penyelia, Pembantu Penolong Operasi
Modal Sumbangan : RM 50,000
12. 4.5 Latarbelakang rakan kongsi 5
Jawatan : Pengurus Pemasaran
Nama Penuh : Viviyita A/P Hong Bu
No 1/C : 890404-06-5562
Tarikh Lahir : 04 April 1989
Umur : 19 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat Tetap : Kg Gambir, Peti NO 4, 26900, Bandar Tun Razak
No Telefon : 019-5030019
Taraf Perkahwinan : Bujang
Kursus Yang Pernah Dihadiri : Bengkel Pemasaran, Seminar Keusahawanan,
Kursus Pelanggan Dan Pengguna.
Pengalaman : Wakil Jualan, Eksekutif Pemasaran
Modal Sumbangan : RM 50,000
13. 5.0 LATAR BELAKANG PROJEK
5.1 Lokasi Tapak Projek
Alamat: De’ Ann Enterprise Sdn. Bhd.
Unit No. 4F-12 at 2nd Floor,
Central Square 23, Jalan Kg Baru
0800 Sungai Petani
Kedah Darul Aman
Peta Lokasi:
Hawker Central
City Bank
Square
From Penang
Commerce Central
Central
Square
Post
Office
Way To Alor Setar
14. 5.2 Bangunan- pelan lantai
SUSUN ATUR PEJABAT
BILIK MESYUARAT TANDAS (L)
SURAU (L)
PENGURUS BESAR
BILIK
PANTRI
TETAMU
SURAU (P)
PENGURUS PENGURUS PENGURUS PENGURUS PENOLONG TANDAS
PEMASARAN OPERASI KEWANGAN PENTADBIRAN PENGURUS (P)
15. SUSUN ATUR KILANG
TANDAS (P) PEMBOTOLAN PEMBUATAN TANDAS
KOTAK (L)
PEMERIKSAAN 1 PEMERIKSAAN 2
PEMPROSESAN BAHAN STOR PENYIMPANAN
16. 6.0 RANCANGAN PEMASARAN
6.1 Analisa pasaran
Konsep utama syarikat kita adalah berdasarkan keutamaan dan keperluan
pelanggan. Selain itu, syarikat juga mementingkan persaingan yang sedia ada dalam
pasaran. Oleh itu, rancangan pemasaran syarikat kita juga mengambil kira faktor
persaingan yang wujud dalam pasaran. Perniagaan ini berpotensi di kawasasn ini sebab
terdapat bilangan yang sedikit di kawasan ini. Oleh itu, persaingan adalah terhad jadi
perniagaan ini mempunyai potensi yang cerah untuk berkembang d kawasan ini.
6.2 Bentuk pasaran
Aktiviti perniagaan dan perkhidmatan
• Penjualan pelbagai produk kecantikan
• Perkhidmatan penjagaan kecantikan wajah
• Memberi nasihat professional terhadap pelanggan tetap
Potensi perniagaan
• Tren pasaran
Pasaran produk kecantikan yang semakin meningkat di Malaysia telah menjadi
salah satu sebab wujudnya produk kecantikan syarikat kita. Kami juga menyedari
potensi yang sedia ada di dalam perniagaan ini kerana terdapat permintaan yang
tinggi terhadap produk kecantikan yang bersesuaian dan memberi satu kepuasan
kepada pengguna.
Dalam menentukan tren pasaran untuk memasarkan produk kecantikan ini, kami
akan memberi tumpuan kepada pasaran di sungai Petani, Alor Setar dan Pulau
Pinang pada permulaannya. Setelah perniagaan ini mencapai peringkat yang
lebih stabil, kami akan mengembangkan skop pasaran yang lebih luas dan
bercadang untuk membuka cawangan di lokasi yang berlainan jika keadaan
membenarkan syarikat berbuat demikian. Syarikat kami juga berhasrat akan
mengembangkan pasaran sehingga peringkat antarabangsa.
17. Hal ini adalah kerana produk ini bersesuaian dengan semua jenis kulit.
Perniagaan ini mempunyai masa depan yang cerah kerana ia selaras dengan
keadaan ekonomi dan permintaan pengguna yang semakin meningkat.
• Menembusi pasaran produk kecantikan yang sedia ada
Produk kecantikan dijangka akan memperolehi sambutan yang baik disebabkan
kedudukan kewangan dan kuasa beli selepas kegawatan ekonomi. Dengan adanya
produk kecantikan ini, ia sedikt sebanyak berupaya untuk menanggung permintaan
tempatan yang semakin meningkat akibat daripada kesedaran wanita hari ini yang ingin
tampil lebih cantik, menawan dan anggun sentiasa.
Oleh itu, pelancaran produk kecantikan ini memenuhi spesifikasi pemasaran kerana ia
merupakan satu alternatif kepada wanita-wanita yang mementingkan kecantikan dan
inginkan keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.
• Jangkaan permintaan dan tren pemintaan yang memberangsangkan
Secara umumnya, permintaan terhadap produk syarikat kami iaitu set penjagaan wajah
dijangka akan mengalami peningkatan. Keadaan ini adalah selaras dengan perubahan
zaman iaitu wanita zaman sekarang amat menekankan keacantikan wajah mereka sendiri.
Para remaja belasan tahun kini juga berani untuk mencuba pelbagai produk kecantikan
yang menjamin perubahan wajah mereka kepada wajah yang cantik dan menawan.
• Perubahan demografi penduduk
Dengan bertambahnya saiz penduduk dan lebih ramai wanita daripada lelaki pada zaman
sekarang, maka bertambahlah permintaan ke atas produk kecantikan ini terutamanya
produk-produk yang dijamin keberkesanannya dan jarang memberi kesan buruk kepada
wajah mereka. Oleh itu, perniagaan ini amat berpotensi untuk dikembangkan.
• Keadaan ekonomi yang baik dan kemampuan setiap individu
Harga pelbagai produk penjagaan muka yang dijual di syarikat kita adalah berpatutan dan
para pengguna adalah berkeupayaan menbeli. Di samping itu syarikat juga terpaksa
bertukar-tukar maklumat dan mendapatkan informasi terkini sperti majalah-majalah
18. kecantikan, buku-buku panduan penjagaan muka dan sebagainya dan ini akan melibatkan
kos perhubungan yang tinggi.
Tambahan pula, keadaan ekonomi sekarang yang baik memboleh para wainta berbelanja
untuk membeli pelbagai produk untuk menjaga kecantikan wajah.
6.3 Aktiviti perniagaan dan perkhidmatan
Produk keluaran dapat dibahagikan kepada empat jenis dan harganya dapat dilihat dalam
jadual di bawah:
Produk Harga (RM)
Cleansing Milk 25
Toner Milk 30
Moisturiser Milk 35
Whitening Cream 40
Jumlah 130
6.4 Pelanggan
Sasaran pelanggan yang syarikat adalah:
• Pelajar kolej
• Pelajar sekolah menengah
• Wanita yang bekerja di kompleks membeli-belah yang berdekatan
• Penduduk wanita yang berdekatan
6.5 Saiz pasaran
• Terdapat lebih kurang 16 ribu penduduk perempuan di kawasan ini.
6.6 Persaing yang sedia ada
Nama syarikat pesaing Kekuatan / kelebihan Kelemahan/keburukan
Olene Mempunyai ‘variety’ produk Harga produk mahal
Uni-cosmo Mempunyai discount Jauh dari bandar (lokasi
tidak strategik)
Revitalise Mempunyai peralatan yang Produk yang dijual kurang
sempurna
19. 6.7 Penyediaan Ramalan jualan
BULAN TAHUN PERTAMA (UNIT) TAHUN KEDUA
(UNIT)
JANUARI 830 950
FEBRUARI 870 1010
MAC 900 1080
APRIL 930 1150
MEI 950 1180
JUN 1000 1230
JULAI 1100 1250
OGOS 1230 1300
SEPTEMBER 1300 1350
OKTOBER 1500 1400
NOVEMBER 1800 1500
DISEMBER 1990 1600
JUMLAH 14400 15000
6.8 Strategi penjualan
Semasa pemasaran produk kecantikan, usaha-usaha promosi, barangan yang bermutu dan
harga yang berpatutan tidak akan memberikan makna selagi barangan tidak diedarkan
berhampiran dengan pelanggan. Oleh yang demikian, sistem jualan yang mantap akan
dapat memastikan setiap barangan sampai di tangan pembeli pada masa yang sesuai
dengan effektif. Bakal pelanggan akan berasa kecewa jika mereka tidak dapat memiliki
barangan yang telah diiklankan kerana kegagalan pihak perniagaan mengadakannya di
pusat-pusat jualan.
Syarikat kami mengamalkan 2 jenis strategi pengagihan iaitu “zero-level channel” yang
merupakan jualan secara langsung dari pengeluar kepada pengguna, “one-level channel”
iaitu pengeluar jual kepada peruncit dan peruncit jual kepada pengguna.
20. • Strategi “zero-channel”
Dalam strategi ini syarikat kami akan mengedarkan produk kecantikan D’anggun
kepada pengguna secara langsung tanpa pengantaraan. Tujuan syarikat kami memilih
strategi ini adalah untuk memegang kuasa kawalan dalan urusniaga jualan produk
kecantikan. Maka syarikat tidak bercadang mengagih kepada pengedar-pengedar
untuk menjualkannya dan pembeli akan membuat pembelian di kedai kami.
• Strategi “one-channel”
Melalui strategi ini kami akan mengedarkan produk kecantikan D’anggun keluaran
syarikat kami kepada pihak stokes atau pengedar yang seterusnya akan
memasarkannya kepada pengguna. Pihak stokes atau pengedarakan menolong
syarikat untuk mengedarkan produk kecantikan kami. Produk kami juga akan diedar
ke tangan pengguna akhir di tempat yang jauh seperti Langkawi, Pulau Pinang dan
sebagainya melalui pengedar. Strategi ini dapat membantu syarikat menjalankan
kerja pengkhususan tenaga pekerja dan tidak perlu menumpukan perhatian yang lebih
dalam hal pengedaran dan penembusan pasaran lain. Ini adalah kerana penggunaan
pengedar dapat memudahkan sistem saluran pengagihan dan meluaskan pengedaran
ke pasaran lain yang lebih luas. Implikasinya syarikat dapat meningkatkan syer
pasarannya dengan menembusi pasaran yang luas.
Dengan menggunakan strategi ini syarikat dapat merendahkan risiko syarikat dengan
membahagikan produk kepada pengedar-pengedar yang berlainan di tempat yang
berlainan. Sekiranya seseorang pengedar berlaku masalah, syariakt juga tidak perlu risau
tentang keuntungan syarikat kerana terdapat pengedar lain yang akan menyumbangkan
keuntungan kepada syarikat. Selain itu, strategi dapat menjimatkan masa dan kos
syarikat untuk mengedarkan hasil tanaman ke tempat yang jauh. Pihak pengurusan
syarikat tidak perlu meningkatkan perbelanjaan dalam ahl ini. Tetapi syarikat mesti
dapat mengawal harga-harga ini suypaya harga pasaran yang ditetapkan oleh syarikat
tidak akan dinaikkan dengan sewenang-wenangnya oleh kedua-dua orang tengah ini
21. 7.0 RANCANGAN ORGANISASI
7.1 Matlamat dan Strategi Organisasi
Misi Organisasi
a) Memaksimumkan keuntungan perniagaan dalam jangka masa pendek dan
jangka masa panjang.
b) Menyediakan produk kecantikan yang dapat memenuhi kepuasan dan citarasa
pelanggan.
c) Menghasilkan tenaga kerja mahir.
d) Memastikan kemampuan perniagaan untuk bersaing dengan pesaing di
pasaran.
Matlamat Organisasi
Matlamat utama setiap organisasi adalah untuk memperolehi keuntungan dan terus kekal
sebagai sebuah organisasi yang berdaya saing. Matlamat organisasi ini adalah untuk:
a) Memastikan perniagaan terus unggul dalam memberikan produk
perkhidmatan yang terbaik.
b) Memastikan hubungan yang baik antara pihak pengurusan, pekerja dan
pelanggan.
c) Memastikan kebajikan pekerja terjamin.
7.2 Strategi Jangka Pendek
a) Memberikan kepuasan maksimum kepada pelanggan.
b) Mengekalkan kesetiaan pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan yang
terbaik.
c) Memaksimumkan keuntungan.
d) Menghasilkan produk kecantikan mengikut standard piawaian yang telah
ditetapkan.
e) Memperluaskan pasaran.
f) Sentiasa memberikan layanan mesra pelanggan.
22. 7.3 Strategi Jangka Panjang
a) Sentiasa menyediakan produk kecantikan mengikut piawaian standard.
b) Mengekalkan harga standard.
c) Memaksimumkan kepuasan pelanggan.
d) Meluaskan pasaran dengan membuka cawangan-cawangan di setiap negeri di
Malaysia.
7.4 Carta Organisasi
Carta Organisasi Perniagaan
Pengurus Besar
Pengurus Pengurus Pengurus Pengurus
Pemasaran Operasi Pentadbiran Kewangan
Jurujual Jurujual (separuh Pekerja Am Pemandu Van Juruwang
(sepenuh masa) masa)
7.5 Fungsi dan Tanggungjawab
Pengurus besar
23. • Merancang dan mengenalpasti dasar-dasar syarikat, menentukan misi,
membentuk peraturan dan prosedur syarikat
• Mengawal dan memberi arahan kepada kakitangan bawahan
• Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dengan berkesan
• Menjaga kebajikan pekerja
Pengurus pemasaran
• Memastikan hasil keluaran mendapat tempat dan memenuhi kehendak pelanggan
• Menyelia urusan promosi serta menghebahkan kemunculan syarikat kepada orang
ramai
• Mengeluarkan tanda pengenalan syarikat (papan tanda dan tanda arah)
• Memastikan sasaran pasaran harian tercapai dan pelanggan berpuas hati dengan
mutu perkhidamatan syarikat
• Melakukan pelbagai aktiviti untuk menghargai pelanggan seperti potongan harga,
pemberian baucar serta kad ahli
Pengurus operasi
• Memastikan perkhidmatan bermutu dan kualiti sentiasa berada dalam keadaan
yang terbaik
• Menyelenggara komen, pendapat dan sebagainya daripada pelanggan
• Memastikan produk yang dikeluarkan sentiasa mencukupi
• Membuat penyata keperluan stok dan inventori
• Merekod jualan harian
• Memastikan keadaan kedai sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih
24. Pengurus kewangan
• Menyelia belanjawan bulanan dan tahunan syarikat agar selaras seperti yang
dirancang
• Melakukan urusan pembahagian keuntungan, penyata untung rugi, penyata
pendapatan dan penyata kira-kira
• Bertanggungjawab dalam mengeluarkan dan menyimpan wang syarikat ke dalam
bank untuk dijadikan sebagai modal pusingan dan urusan-urusan lain yang
berkaitan dengan perniagaan
Pengurus pentadbiran
• Berfungsi menyusun jadual, menguruskan hal kebajikan pekerja dan produktiviti
pengeluaran
• Mengawal mutu pengeluaran, jumlah pengeluaran dan urusan berkaitan
pembelian input
7.6 Senarai Kakitangan Pengurusan
Bil. Jawatan Bilangan Pekerja
1. Pengurus besar 1
2. Pengurus pemasaran 1
3. Pengurus operasi 1
4. Pengurus pentadbiran 1
5. Jurujual sepenuh masa 3
6. Jurujual separuh masa 2
7. Pekerja am 2
8. Juruwang 2
9. Pemandu van 1
25. Jumlah 15
7.7 Bayaran Imbuhan kepada Kakitangan
• Cuti sakit
Sekiranya terdapat pekerja yang mengalami kecederaan ataupun kemalangan semasa
bekerja, pihak syarikat akan memberi cuti bergaji di samping memberi rawatan
perubatan secara percuma.
• Cuti tahunan
Pihak syarikat akan memberi cuti tahunan kepada pekerja selama dua minggu.
• Kenaikan gaji
Pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan akan diberi kenaikan gaji.
Pihak syarikat juga akan memberi gaji bonus pada setiap hujung tahun bergantung
kepada peratus keuntungan yang diperolehi pada tahun berkenaan.
• Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Bagi menjamin masa depan pekerja-pekerja, mereka diwajibkan mendaftar dalam
KWSP.
26. 8.0 RANCANGAN OPERASI
8.1 Senarai barangan yang dihasilkan
Produk D’Anggun
PRODUK FUNGSI HARGA
D’Anggun Cleasing Milk Membersih muka dengan lengkap secara RM 25
lembut untuk menghilangkan minyak, gris
dan daki.
Mengurangkan sebum berlebihan dan
mengimbangkan keminyakkan kulit. Ia
mempunyai ciri antiseptik yang merupakan
bakterisid yang berkesan.
Senang dibilas. Kulit terasa segar dan
diperbaharui.
D’Anggun Toner Milk Memurni sambil mengekalkan imbangan RM 30
lembapan asli kulit
Menghapuskan minyak dan lebihan kotoran
sambil merapi kulit, menjadikan segar,
nyaman dan selesa
D’Anggun Moisturiser Milk Pelembap yang bebas dari minyak sesuai RM 35
untuk semua jenis kulit
Mengawal pembentukan melanin dan
membekalkan lembapan, melindungi kulit
dari merbahaya sinar UV, menyerlahkan
wajah lebih putih dan berseri.
27. D’Anggun Whitening Cream Krim dirumus khas dengan pati akar RM 40
temulawak dan campuran susu kambing
Menjadikan kulit lebih putih, cerah dan
menawan setiap hari
8.2 Carta Aliran Proses
PENERIMAAN BAHAN
MENTAH
PEREBUSAN PENDIDIHAN PEMBUATAN
KOTAK
PENGGAULAN BAHAN
PEMERIKSAAN KUALITI 1
PEMBOTOLAN
PEMBUNGKUSAN
PEMERIKSAAN KUALITI 2
PENYIMPANAN
28. 8.3 Senarai bahan mentah yang diperlukan 10 Kos Bahan Mentah (Bulanan)
BAHAN KUANTITI HARGA/KUANTITI JUMLAH (RM)
(RM)
TEMULAWAK 100 KG 30/KG 3,000
SUSU KAMBING 1,500 LITER 15/LITER 22,500
AIR 3,000 LITER 10/LITER 30,000
PATI HERBA 150 KG 5/KG 750
ZAT PEMUTIH 50 KG 10/KG 500
PATI BUNGA- 30 KG 12/KG 360
BUNGAAN
JUMLAH RM 57,110
8.4 Senarai Mesin, Perabot, dan Alat Kelengkapan
JENIS MESIN MODEL BILANGAN HARGA JUMLAH
SEUNIT (RM)
(RM)
BLENDER BC-301 1 102,350 102,350
MIXER
BOILER MMN-10 2 97,500 195,000
COMPRESSORT
SHEARLINE ZX-110 1 98,550 98,550
TRIMMER ADX-112 1 104,100 104,100
QUALITY
CONTROLLER
MACHINE
JUMLAH RM 500,000
8.5 Perabot dan kelengkapan pejabat
29. Pejabat kami dilengkapi dengan beberapa bilik bagi kakitangan syarikat. Selain itu,
pejabat kami juga mempunyai sebuah stor untuk penyimpanan barang dan sebagainya.
Bagi alatan komunikasi dan teknologi pula, pejabat kami mempunyai beberapa buah
telefon pejabat, mesin faks, komputer dan internet. Pejabat kami mempunyai banyak
almari untuk menyimpan stok-stok baru dan stok-stok tempahan. Bilik tetamu pejabat
kami dilengkapi dengan 3 buah sofa, sebuah meja, televisyen, astro dan rak majalah
supaya pelanggan kami dapat menunggu atau berehat dalam keadaan yang selesa.
Pejabat kami dilengkapi dengan alat penghawa dingin pada setiap bilik termasuk bilik
tetamu dan ruang hadapan pejabat.
9.0 RANCANGAN KEWANGAN
9.1 Kos Projek.
30. Perkara Unit STATUS NILAI (RM)
Bangunan 1 buah Sewa 24,000 (2,000/bulan)
Van 2 buah Pinjaman 80,000
Peralatan Pejabat 6 set Belian tunai 2,500
Mesin Pemproses 4 buah Belian tunai dan kredit 500,000
Perabot 1 set Belian tunai 1,500
Komputer 2 set Belian tunai 5,000
Jumlah 613,000
9.2 Sumber Pembiayaan
Modal Sendiri (Ahli Kongsi ) Nilai Sumbangan
Aishahtul Amira bt Mokhtar RM 100,000
Bibi Sahana bt Seman RM 50,000
Liew Mun Shin RM 50,000
Ng Hui Wen RM 50,000
Viviyita a/p Hong Bu RM 50,000
Pinjaman RM 500.00
Jumlah RM1,300,000
9.3 Pinjaman
Tujuan memohon pinjaman: Sebagai modal tambahan untuk membiayai syarikat.
Pinjaman dibuat melalui Bank Bumiputera – Commerce pada kadar faedah 5%
setahun.Jangkamasa pembayaran balik pinjaman RM500,000 adalah selama 5 tahun.
31. 9.4 Jadual Bayaran Balik Pinjaman
Jumlah Pinjaman:RM 500,000
Kadar faedah : 5%
Jangka bayar balik: 5 tahun
Kaedah:Bayaran bulanan
Tahun Pokok(RM) Faedah(RM) Jumlah Bayaran (RM) Baki Pinjaman(RM)
1 100,000 25,000 125,000 400,000
2 100,000 25,000 125,000 300,000
3 100,000 25,000 125,000 200,000
4 100,000 25,000 125,000 100,000
5 100,000 25,000 125,000 0
9.5 Jadual Susut Nilai Aset Tetap
Jenis Aset: Mesin Pemproses (4 buah)
Jumlah Harga: RM 40,000
Hayat Ekonomi: 5 tahun
Nilai skrap: RM 250,000
Tahun Nilai Aset Susutnilai tahunan Susutnilai Nilai Buku
10% Terkumpul
0 500,000 - - 500,000
1 500,000 50,000 50,000 450,000
2 500,000 50,000 100,000 400,000
3 500,000 50,000 150,000 350,000
4 500,000 50,000 200,000 300,000
5 500,000 50,000 250,000 250,000
9.6 Aliran Tunai
DE’ANN ENTERPRISE
Penyata Aliran Tunai
Bagi Tahun 2004
Perkara/Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
34. Belanja pemasaran: 9,190
Katalog 156,000
Program motivasi 4,900
Iklan akhbar 168,500
Iklan televisyen 2,860
Pameran 7,000
Banner 2,400
Yellow pages 2,400
Papan tanda 108,000
Gaji & komisen 26,050
Lain-lain belanja 487,300
Belanja operasi: 553,450
Gaji 690,890
Bahan mentah 1,244,340
Belanja kewangan: 20,000
Faedah pinjaman 3,066
Faedah pinjaman van 23,066
JUMLAH PEMBAYARAN
1,969,408
BAKI AKHIR 256,320
9.7 Proforma Untung Rugi
DE’ANN ENTERPRISE
PENYATA UNTUNG DAN RUGI
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2008 DAN 2009
2008 2009
Jualan 2,149,872 2,068,250
(-) Kos barang dijual 1,238,400 1,005,193
Untung Kasar 911,472 1,063,057
(-) Belanja
35. Belanja pemasaran 609,720 605,730
Belanja pentadbiran 271,121 271,121
Belanja kewangan 29,200 20,066
Belanja susutnilai van 8,000 8,000
Belanja susutnilai peralatan pejabat 250 250
Belanja susutnilai mesin pemproses 50,000 50,000
Belanja susutnilai perabot 350 350
Belanja susutnilai komputer 500 500
969,141 956,017
Untung/Rugi sebelum cukai (57,669) 107,040
(-) Cukai (20%) 21,408
Untung/Rugi selepas cukai (57,669) 85,632
9.8 Proforma Kunci Kira-Kira
DE’ANN ENTERPRISE
KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 DISEMBER 2008
RM RM RM
ASET SEMASA
Tunai 297,728
Stok akhir 1,321
Penghutang 57,000
(-) Peruntukan hutang ragu (7%) (399)
56,601
355,650
ASET TETAP
Van 80,000
(-) Susutnilai terkumpul 8,000
72,000
Peralatan pejabat 2,500
(-) Susutnilai terkumpul 250
2,250
Mesin pemproses 500,000
(-) Susutnilai terkumpul 50,000
36. 450,000
Perabot 3,500
(-) Susutnilai terkumpul 350
3,150
Komputer 5,000
(-) Susutnilai terkumpul 500
4,500
531,900
JUMLAH ASET 887,550
LIABILITI SEMASA
Akaun belum bayar 1,500
Pemiutang 143,719
LIABILITI JANGKA PANJANG
Pinjaman 500,000
EKUITI
Modal 300,000
(-) Rugi bersih (57,669)
JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI 887,550
DE’ANN ENTERPRISE
37. KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 DISEMBER 2008
RM RM RM
ASET SEMASA
Tunai 256,320
Stok akhir 104,753
Penghutang 62,000
(-) Peruntukan hutang ragu (7%) (4,340)
57,660
418,733
ASET TETAP
Van 80,000
(-) Susutnilai terkumpul 16,000
64,000
Peralatan pejabat 2,500
(-) Susutnilai terkumpul 500
2,000
Mesin pemproses 500,000
(-) Susutnilai terkumpul 100,000
400,000
Perabot 3,500
(-) Susutnilai terkumpul 700
2,800
Komputer 5,000
(-) Susutnilai terkumpul 1,000
4,000
472,800
JUMLAH ASET 891,533
LIABILITI SEMASA
Akaun belum bayar 900
Pemiutang 5,001
38. LIABILITI JANGKA PANJANG
Pinjaman 500,000
EKUITI
Modal 300,000
Untung bersih 85,632
JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI 891,533
10.0 JADUAL PERLAKSANAAN PROJEK
Tinjauan Pemasaran
Tempoh : Tiga Bulan
Penyediaan Perancangan Perniagaan
Tempoh : Sebulan
Permohonan Pinjaman
Tempoh: Enam Bulan
Penyediaan Hasil
Tempoh: Satu Tahun
39. 11.0 RUMUSAN
Daripada perancangan yang telah kami hasilkan, kami berpendapat bahawa syarikat kami
iaitu De’Ann Enterprise, sebuah perniagaan yang berasaskan produk kecantikan mampu
untuk melangkah jauh dalam bidang perniagaan ini dan bersaing secara sihat dengan
syarikat-syarikat kecantikan lain yang ada di pasaran.
Dengan modal yang mencukupi dan komitmen yang padu daripada setiap ahli, maka
kami optimis dengan perniagaan yang kami ceburi ini. Tambahan pula, masyarakat kini,
tidak kira tua atau muda, lelaki mahupun perempuan, masing-masing menitikberatkan
kecantikan dan personaliti diri.
Dalam pengamalan dan cara pemasaran yang rapi yang telah kami atur, kami mampu
untuk bersaing dengan syarikat-syarikat yang telah sedia ada. Dalam bahagian operasi
kami menggunakan mesin-mesin canggih dan pekerja-pekerja yang mahir dan yang
terlatih. Dengan ini kami berupaya mengeluarkan produk yang berkualiti. Kami juga
amat yakin bahawa perniagaan ini akan terus berkembang lagi di masa depan selaras
dengan perkembangan teknologi dan gaya hidup terkini.