SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 16
Baixar para ler offline
TAJUK MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM PENGURUSAN
DAN KAEDAH ANALISIS MENGATASINYA
PENULIS FARAH HANANI BT MEGAT GHAZALI
TARIKH 19 SEPTEMBER 2014
FAKULTI OUM BUSINESS SCHOOL
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN.........................................................................................................1
1.1 Latar Belakang Masalah Etika .........................................................................3
2.0 CIRI-CIRI MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN ....................................4
2.1 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Berpanjangan.............4
2.2 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Alternatif yang Pelbagai ................4
2.3 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil yang Bercampur ...................5
2.4 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Tidak Pasti.................5
2.5 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Peribadi..........................6
3.0 PERKAITAN KES DENGAN CIRI-CIRI MASALAH ETIKA.............................6
3.1 Perkaitan dengan Akibat yang Berpanjangan ...................................................6
3.2 Perkaitan dengan Akibat yang Tidak Pasti .......................................................7
3.3 Perkaitan dengan Implikasi Peribadi ................................................................8
4.0 ANALISIS MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN ....................................8
4.1 Analisis Ekonomi ............................................................................................9
4.2 Analisis Undang-Undang.................................................................................9
4.3 Analisis Etika ................................................................................................10
5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH GANGGUAN SEKSUAL 11
5.1 Mendapatkan Khidmat Kaunseling ................................................................11
5.2 Memberikan Pendidikan dan Kesedaran Tentang Konsep Gangguan Seksual.11
6.0 KESIMPULAN .......................................................................................................12
Rujukan ..............................................................................................................................13
1
1.0 PENGENALAN
Kebelakangan ini banyak kes jenayah yang melibatkan kaum wanita dipaparkan di dada
akhbar. Ragut, rogol, kes dera, cabul dan keganasan rumah tangga adalah antara kes yang
popular dan yang menjadi mangsanya adalah wanita. Apakah sebenarnya kesalahan mereka
sehingga diperlakukan seperti haiwan oleh insan yang bergelar manusia? Mereka sepatutnya
dibelai dan diberi kasih sayang, bukannya disepak, diterajang, ditampar dan dibunuh dengan
kejam. Hanya kerana sifat wanita yang lemah lembut, tidak mampu melawan dan melarikan
diri tidak bermaksud mereka boleh diperlakukan sebegitu rupa oleh penjenayah yang
mempunyai nafsu ala syaitan.
Kes keganasan yang semakin kronik hari ini adalah gangguan seksual di tempat kerja.
Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan terdapat 7,628 kes gangguan seksual
dilaporkan sepanjang 2010 sehingga Mac 2014. Isu ini semakin mendapat perhatian
masyarakat ekoran beberapa dakwaan dan pendedahan daripada mangsa. Menurut Kongres
Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), gangguan seksual ditakrifkan sebagai sesuatu yang
merangkumi sebarang perlakuan ataupun pertuturan secara berulangan, sama ada dilakukan
secara fizikal, gerak isyarat ataupun ucapan yang berunsur seks. Gangguan seksual ini juga
melibatkan sebarang tingkah laku yang tidak diingini atau tidak disenangi yang berlaku tanpa
diminta atau dibalas balik oleh penerima serta boleh memberi kesan sebagai satu gangguan
sama ada secara lisan, bukan lisan, fizikal, visual atau psikologi. Antara contoh gangguan ini
termasuklah:
1. Gangguan secara lisan : Komen, gurauan, teguran, berjenaka, mengusik, membuat
bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman ataupun cadangan seksual.
2. Gangguan secara isyarat atau bukan lisan : Pandangan atau kerlingan yang
membayangkan sesuatu niat, tingkah laku mengurat yang berterusan, menjilat
bibir, memegang atau memakan makanan secara provokatif serta isyarat tangan
atau bahasa yang berbentuk lucah dan menggoda.
3. Gangguan secara fizikal : Sentuhan yang tidak diingini, memeluk, mencubit,
menggesel badan, mengusap, mencium, meraba serta serangan seksual.
2
4. Gangguan secara visual : Mempamerkan sesuatu yang berbentuk seksual,
menunjukkan bahan pornografi, melukis gambar lucah, mendedahkan bahagian
badan yang sulit dan menulis surat berunsur seksual.
5. Gangguan secara psikologi : Intimasi fizikal, kekerapan jemputan sosial yang tidak
diterima, pujuk rayu yang berterusan atau untuk bercumbuan.
Perlakuan ini merupakan satu daripada salah laku etika dalam pengurusan. Ia bukan
sahaja boleh menjatuhkan maruah mangsa malah menggugat nama dan kedudukan organisasi
itu sendiri. Faktor-faktor yang boleh dikaitkan sebagai punca terjadinya gangguan seksual di
tempat kerja ini adalah:
1. Tindakan balas terhadap kehilangan kuasa akibat daripada dominasi golongan
wanita dalam bidang pekerjaan yang biasanya dikuasai oleh kaum lelaki.
2. Pertambahan peluang pekerjaan kepada kaum wanita yang secara tidak langsung
mencabar kedudukan dan status pekerja lelaki.
3. Faktor yang terhasil daripada pembentukan struktur organisasi melalui hierarki dan
hubungan autoriti yang khusus yang membolehkan seseorang individu itu
menggunakan status atau kuasanya untuk menindas dan menggugut pekerja
bawahannya.
4. Persekitaran dan infrastruktur tempat kerja yang melibatkan hubungan integrasi
jantina dan nisbah jantina.
5. Wujudnya diskriminasi jantina di mana golongan lelaki menganggap mereka lebih
dominan dan boleh menundukkan kaum wanita kerana sifat lemah lembut mereka.
6. Dorongan keinginan dan keperluan seksual yang bersifat semula jadi.
7. Tarikan dari segi perkembangan wanita, watak, tingkah laku, keterampilan, sifat
fizikal dan biologikal serta bentuk seksualiti tubuh badan wanita yang begitu
menonjol serta boleh menarik minat lelaki.
8. Pemikiran seksual lelaki yang boleh mendorong tingkah laku yang tidak sihat.
3
Masalah gangguan seksual merupakan satu penganiayaan terhadap kaum wanita dan
boleh memberi kesan yang mendalam kepada mereka terutamanya dari segi psikologi. Oleh
itu, masalah etika ini perlu dibendung dengan segera bagi mengelakkan lebih ramai wanita
menjadi mangsa. Laporan ini ditulis bagi membincangkan dengan lebih lanjut perkaitan
masalah gangguan seksual dengan ciri-ciri masalah etika, impak gangguan seksual terhadap
ekonomi, undang-undang dan etika dan seterusnya mengesyorkan langkah-langkah untuk
menangani masalah ini melalui perbincangan kes di bawah.
1.1 Latar Belakang Masalah Etika
Sudah dua tahun Diana Ali bekerja sebagai setiausaha Amran Jaafar, Ketua Pegawai
Eksekutif Syarikat Rima Manufacturing, iaitu sebuah syarikat terkemuka yang bernilai
RM75.2 juta dengan kepentingan perniagaan di rantau Asia. Diana seorang yang
cantik, rajin dan mempunyai perwatakan yang menarik. Tidak hairanlah apabila ramai
rakan lelaki cuba mendekatinya dan melakukan gangguan seksual walaupun dia sudah
berumah tangga dan memiliki tiga orang anak. Dia juga sering diganggu oleh Amran
yang suka datang secara mengejut di belakangnya sambil mengusap bahu, menyentuh
wajah, memegang tangan, payudara dan cuba menciumnya. Sudah banyak kali Diana
berfikir-fikir untuk meletakkan jawatan tetapi gaji yang diterimanya sangat berpatutan
dan dia kasihankan suaminya yang terpaksa menanggung mereka sekeluarga dengan
gaji yang tidak seberapa sekiranya dia berhenti kerja. Tambahan pula, dalam zaman
kemelesetan ekonomi ini, Diana tidak berani mempertaruhkan mata pencariannya.
Oleh itu, dia terpaksa bersabar dengan karenah Amran dan tetap bergantung pada
pekerjaannya yang penuh tekanan itu.
Kelakuan Amran semakin menjadi-jadi selepas sebulan dia bercerai dengan
isterinya. Boleh dikatakan hampir setiap hari Amran akan cuba mencari peluang untuk
berdua-duaan dengan Diana dan melakukan perkara terkutuk itu. Bukan setakat itu
sahaja, Amran juga sering menghantar teks pesanan ringkas berbaur lucah dan
bercerita mengenai hubungan seksual. Diana semakin tertekan dengan kelakuan
melampau majikannya itu dan membuat aduan kepada pihak atasan. Malangnya,
aduan Diana tidak dipedulikan kerana pengaruh kuat Amran dengan mereka. Amran
turut mengugut akan mencederakan Diana dan memastikan tiada syarikat yang akan
menawarkan pekerjaan kepadanya sekiranya dia menceritakan hal itu kepada suami
4
dan rakan sekerjanya. Kejadian itu semakin berlarutan dan Diana berada dalam dilema
untuk membuat keputusan.
2.0 CIRI-CIRI MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN
Secara umumnya, etika bermaksud sifat yang berkaitan dengan perihal betul-salah. Ia juga
merujuk kepada tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap
individu, masyarakat dan organisasi. Ferrel et al. (2000) mendefinisikan etika sebagai
penyelidikan moraliti tentang pengadilan moral, standard peraturan tingkah laku,
pembelajaran dan falsafah tingkah laku manusia yang menekankan kepada betul atau salah.
Masalah etika adalah masalah yang berhubungan dengan pengurusan kerana ia merupakan
konflik antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial sesebuah organisasi. Menurut Hosmer
(1991), terdapat lima ciri masalah etika dalam pengurusan.
2.1 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Berpanjangan
Hasil sesuatu keputusan dan tindakan yang dibuat oleh pihak pengurusan tidak
berhenti pada satu peringkat sahaja. Sebaliknya, ia boleh mendatangkan kesan
atau akibat yang berpanjangan terutama terhadap lapisan masyarakat. Oleh itu,
para pengurus perlu mempertimbangkan setiap keputusan mereka dengan teliti
dan serius kerana keputusan yang dilakukan boleh mempunyai kesan atau
akibat yang berada di luar kawalan mereka. Sebagai contoh:
i. Rasuah mengubah proses-proses kerajaan.
ii. Pencemaran menjejaskan kesihatan persekitaran.
iii. Produk tidak selamat memusnahkan nyawa.
2.2 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Alternatif yang Pelbagai
Biasanya, kebanyakan keputusan etika diandaikan sebagai suatu dikotomi iaitu
terbahagi kepada pilihan sama ada “ya” atau “tidak” dan tidak mempunyai
pilihan lain. Walau bagaimanapun, seseorang pengurus perlu
mempertimbangkan alternatif lain sebelum membuat keputusan pengurusan.
Contohnya:
5
i. Haruskah pengurus memberi rasuah atau tidak?
ii. Wajarkah sesebuah kilang mencemarkan udara atau tidak?
iii. Haruskah syarikat pengeluaran mengeluarkan produk tidak selamat atau
tidak?
2.3 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil yang Bercampur
Sesetengah organisasi yang melibatkan perniagaan terutamanya, tidak
mementingkan etika. Pulangan kewangan atau keuntungan yang tinggi lebih
diutamakan berbanding kos-kos lain seperti kebajikan pekerja ataupun
pelanggan mereka. Contoh keputusan etika yang mempunyai hasil yang
bercampur ialah:
i. Memberi rasuah secara tidak langsung tetapi jumlah jualan barangan
import dapat dikekalkan melalui penghantaran yang cepat.
ii. Mencemar udara dan air. Namun, kos pemasangan dan pengendalian
peralatan mengawal pencemaran dapat dielakkan.
iii. Mereka bentuk produk yang tidak selamat tetapi kos bahan dan tenaga
kerja pengeluaran dapat dikurangkan.
2.4 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Tidak Pasti
Umum berpendapat bahawa isu-isu etika dalam pengurusan adalah bebas
daripada risiko serta keraguan di mana akibat daripada keputusan yang dibuat
boleh diketahui. Sebagai contoh:
i. Syarikat akan menerima barangan import dengan segera jika memberi
rasuah.
ii. Pencemaran dapat dikurangkan sekiranya wang dilaburkan untuk
membeli peralatan kawal-pencemaran.
iii. Kos tambahan tertentu diperlukan jika menghasilkan produk yang
selamat.
6
2.5 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Peribadi
Hampir semua keputusan etika mempunyai implikasi peribadi. Secara
umumnya, dipercayai isu-isu etika tidak memberi kepentingan kepada peribadi
seseorang pengurus dan terpisah daripada kehidupan dan kerjaya mereka.
Ramai berpendapat mengutamakan kepentingan pekerja seperti kenaikan gaji
dan pangkat merupakan satu keputusan yang dianggap beretika berbanding
keuntungan kepada syarikat.
3.0 PERKAITAN KES DENGAN CIRI-CIRI MASALAH ETIKA
Dalam kes Diana, penulis akan mengaitkan hubungan gangguan seksual dengan tiga ciri etika
iaitu akibat yang berpanjangan, akibat yang tidak pasti dan implikasi peribadi. Huraian lebih
lanjut setiap ciri adalah seperti di bawah.
3.1 Perkaitan dengan Akibat yang Berpanjangan
Apabila terjadinya gangguan seksual, maka sudah pasti terdapat kesan yang
ditanggung oleh mangsa. Kesan ini boleh membuatkan mangsa berasa tidak
selamat ditempat kerja atau mengalami tekanan psikologi sehingga boleh
mengganggu kehidupan seharian mereka. Tambahan pula, sekiranya mangsa
bertindak untuk mengunci mulut dan memendam perasaan terlalu lama, mereka
berisiko tinggi mengalami penyakit neurosis termasuk fobia.
Dalam hal ini, sekiranya Diana mengambil keputusan untuk terus
berdiam diri, akibat yang berpanjangan yang mungkin berlaku kepadanya
ialah:
i. Keselamatannya terjamin.
ii. Diana akan terus diganggu oleh Amran dan berkemungkinan
untuk terjerumus dalam aktiviti maksiat.
iii. Kerjayanya dapat dikekalkan.
iv. Mengalami tekanan emosi, trauma dan fisiologi.
v. Rumah tangganya mungkin bermasalah.
vi. Memencilkan diri dan kurang berinteraksi dengan rakan
sekerja.
7
vii. Produktiviti dan prestasi kerja menurun.
Sebaliknya jika Diana melaporkan perbuatan Amran kepada pihak berkuasa
atau Jabatan Tenaga Kerja, kesan yang berlaku adalah:
i. Keselamatannya terancam.
ii. Amran akan menjauhkan diri dan tidak mengganggunya lagi.
iii. Hilang mata pencarian.
iv. Mengurangkan beban tekanan yang ditanggung dan emosi
kembali stabil.
v. Hubungan dengan suami dan anak-anak semakin rapat.
vi. Hubungan dengan rakan sekerja kembali jernih dan mendapat
sokongan daripada mereka.
vii. Produktiviti dan prestasi kerja dapat dikekalkan atau lebih baik.
3.2 Perkaitan dengan Akibat yang Tidak Pasti
Sebarang keputusan yang diambil oleh Diana mempunyai akibat baik dan
buruk kerana masalah yang berlaku bukan sahaja boleh memberi kesan kepada
dirinya tetapi juga kepada Amran, kakitangan dan syarikat. Keputusan yang
dibuat mungkin akan berpihak kepadanya atau mungkin tidak. Perkara-perkara
yang mungkin berlaku adalah:
i. Jika Diana membuat laporan kepada pihak polis atau Jabatan
Tenaga Kerja, Amran akan ditahan dan dikenakan tindakan tata
tertib.
ii. Jika perbuatan Amran terbongkar, keselamatan Diana terancam
dan dia mungkin dicederakan.
iii. Jika masalah gangguan seksual diketahui oleh kakitangan
syarikat, Diana terpaksa menanggung malu dan mengalami
gangguan fikiran serta ketidakstabilan emosi.
iv. Jika pelanggan mengetahui masalah yang berlaku, syarikat akan
berada dalam keadaan bahaya kerana pelanggan mungkin lari,
saham syarikat jatuh, pembatalan kontrak dengan pembekal atau
8
syarikat lain mengelak daripada berurusan dengan Syarikat
Rima Manufacturing.
3.3 Perkaitan dengan Implikasi Peribadi
Gangguan seksual sudah pasti mempengaruhi fizikal dan mental Diana. Ini
kerana dia diganggu oleh Amran tanpa kerelaannya. Bukan itu sahaja, masalah
yang berlaku boleh menjatuhkan maruahnya kerana dia sudah berkahwin.
Diana mungkin dipandang rendah oleh rakan sekerja, keluarga ataupun
masyarakat. Antara implikasi peribadi yang mungkin berlaku kepadanya
adalah:
i. Diana dipecat kerana melaporkan perbuatan majikannya kepada pihak
polis atau Jabatan Tenaga Kerja.
ii. Trauma kerana sukar melupakan peristiwa yang memalukan diri dan
keluarganya serta mengalami gangguan tekanan, penumpuan dan
kestabilan mental sehingga dapat mengganggu aktiviti sehariannya.
iii. Cenderung untuk mengasingkan diri daripada masyarakat kerana
menjadi mangsa gangguan seksual sehingga merasakan diri tidak
berharga dan tidak layak untuk bergaul dengan rakan-rakan sekerja.
iv. Perasaan takut dan curiga kepada orang asing yang tidak dikenali atau
tempat yang belum pernah dikunjungi.
4.0 ANALISIS MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN
Menguruskan masalah-masalah etika lebih sukar dibuat apabila seseorang itu terlibat
secara langsung dalam situasi berkenaan. Pilihan yang dibuat mestilah seimbang
antara pros dan cons supaya dapat memuaskan hati semua pihak. Bagi masalah etika
yang berlaku dalam organisasi pula, sebarang keputusan yang diambil perlu seimbang
dengan prestasi ekonomi dan prestasi sosialnya. Penyelesaian dilema etika dalam
pengurusan ini boleh dicapai melalui tiga kaedah analisis iaitu analisis ekonomi,
analisis undang-undang dan analisis etika. Penulis akan mengaplikasikan masalah
gangguan seksual yang dialami oleh Diana dengan ketiga-tiga analisis tersebut.
Penghuraian setiap analisis adalah seperti berikut:
9
4.1 Analisis Ekonomi
Gangguan seksual di tempat kerja bukan sahaja boleh merencatkan
perkembangan kerjaya mangsa malah ia turut memberi kesan kepada
produktiviti dan ekonomi negara. Mangsa akan mengalami kesukaran untuk
menceburi bidang pekerjaan kerana mereka tidak dinilai berdasarkan
kebolehan dan kualiti kerja tetapi melalui daya tarikan. Akibatnya, mangsa
tidak bersemangat untuk bekerja dan prestasi kerja semakin merosot.
Tambahan lagi, permohonan cuti sakit akan meningkat, kerap ponteng kerja,
ketidakpuasan kerja serta gagal dalam hubungan interpersonal ditempat kerja.
Kenaikan pangkat kepada mangsa yang berpengalaman akan terjejas kerana
ada di kalangan mangsa sanggup berhenti kerja akibat tidak sanggup
menanggung penderitaan.
Hal ini akan merugikan pasaran buruh kerana boleh menyebabkan tukar
ganti buruh yang tidak dirancang. Tindakan ini turut menyumbang kepada
peningkatan kos perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh industri untuk
melatih pekerja-pekerja baharu. Apabila isu gangguan seksual diketahui umum,
imej organisasi akan tercalar dan pengurusan syarikat mungkin terpaksa
menanggung pembayaran pampasan kepada mangsa. Perkara ini jelas akan
merugikan ekonomi negara.
4.2 Analisis Undang-Undang
Masalah gangguan seksual di tempat kerja timbul daripada perhubungan yang
membabitkan perlakuan individu di tempat kerja. Tidak dinafikan gurau senda
sesama kakitangan pasti tidak lari dalam kehidupan seharian ditempat kerja,
cuma yang membezakannya adalah maksud dan perbuatan disebaliknya sama
ada suasana tersebut menimbulkan ancaman kepada mangsa ataupun tidak.
Kes Diana jelas menunjukkan bahawa dia mengalami serangan seksual
daripada Amran kerana tingkah laku Amran melampaui batas apabila
melibatkan sentuhan fizikal dan gangguan emosi Diana. Kejadian ini perlu
diberi perhatian oleh semua pihak kerana ia ibarat pembuka tirai bagi kesalahan
seksual yang lebih berat seperti merogol dan sebagainya.
10
Ketiadaan undang-undang khusus berkaitan dengan gangguan seksual
menimbulkan masalah kepada mangsa kerana tiada prosedur dan panduan yang
jelas untuk membuat laporan dan aduan. Mangsa turut mengalami kesukaran
untuk mendapatkan saksi dan mengumpul bukti kerana perbuatan meraba
misalnya tidak dapat dilaporkan tanpa bukti yang kukuh. Oleh itu, satu Akta
Gangguan Seksual perlu diwujudkan bagi menangani kes gangguan seksual ini
dengan lebih baik.
Kementerian Sumber Manusia memperkenalkan Kod Amalan untuk
Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja bagi memberi
garis panduan untuk semakan dalaman. Walau bagaimanapun, Kod Amalan ini
tidak memberi sebarang implikasi undang-undang atau peruntukkan bentuk
hukuman yang hendak dikuatkuasakan ke atas pengganggu. Undang-undang
sedia ada juga tidak mampu menangani masalah ini dengan berkesan.
Setakat ini kesalahan gangguan seksual diletakkan di bawah kesalahan
jenayah Seksyen 354, 355, 377D dan 509 Kanun Keseksaan (Akta 574),
bukannya di bawah kesalahan „tort‟. Tambahan lagi, bermula 1 April 2012,
Pindaan Akta Kerja 1955 telah memasukkan Bahagian XVA Seksyen 81A
sehingga 81G iaitu satu bahagian baharu untuk gangguan seksual. Skop ini
hanya melibatkan gangguan seksual yang berlaku di tempat kerja ataupun yang
terbit daripada pekerjaannya sahaja. Sebarang gangguan seksual yang berlaku
diluar skop tersebut adalah di luar bidang kuasa Jabatan Tenaga Kerja dan
perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa.
4.3 Analisis Etika
Kod etika ialah peraturan yang menegaskan apa yang benar dan apa yang salah
berkenaan adab dan tingkah laku manusia. Setiap organisasi mempunyai kod
etika masing-masing yang perlu dipatuhi oleh semua kakitangan. Sebarang
perbuatan yang melanggar kod etika merupakan salah laku etika dan akan
dikenakan tindakan tata tertib.
Dalam kes Diana, Amran telah menunjukkan tingkah laku negatif
kerana membuat gangguan seksual secara terang-terangan terhadap Diana. Ini
11
menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Amran terhadap kakitangannya
kerana mengganggu dan menjatuhkan air muka mangsa. Kesalahan ini di
pandang serius dalam Islam kerana ia termasuk dalam perbuatan mungkar dan
maksiat yang merupakan faktor perosak kepada individu, keluarga dan
masyarakat. Matlamat hidup manusia untuk mencapai kejayaan di dunia dan
akhirat akan turut terjejas akibat perbuatan ini.
5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH GANGGUAN SEKSUAL
Kesalahan gangguan seksual perlu dipandang serius dan ditangani dengan segera
supaya tidak menjadi satu wabak dalam masyarakat. Gejala ini merupakan masalah
dalaman organisasi yang perlu dibendung bagi mengelakkan sesebuah organisasi itu
gagal beroperasi dengan produktif yang seterusnya boleh memberi kesan buruk kepada
negara. Dua langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelakkan lebih ramai
yang menjadi mangsa adalah:
5.1 Mendapatkan Khidmat Kaunseling
Setiap industri dan organisasi perlu mewujudkan kemudahan khidmat
kaunseling bagi membantu dalam menangani masalah yang rumit dan tidak
dapat diselesaikan dengan sendiri. Khidmat bimbingan dan kaunseling ini
ditubuhkan bagi membolehkan mangsa mengadu masalah dan mendapatkan
bantuan daripada pakar kaunselor. Peranan khidmat kaunseling adalah
memberi nasihat dan motivasi kepada mangsa berkaitan cara mengendalikan
permasalahan serta pengetahuan untuk melindungi diri daripada gangguan
seksual ditempat kerja.
5.2 Memberikan Pendidikan dan Kesedaran Tentang Konsep Gangguan
Seksual
Kaedah terbaik untuk mengatasi fenomena gangguan seksual ini adalah dengan
mengetengahkan pendidikan dan kesedaran tentang konsep gangguan seksual
ke mata umum bagi menyedarkan masyarakat tentang situasi yang berlaku
serta mengambil langkah berjaga-jaga. Faktor berlakunya gejala ini adalah
disebabkan kekaburan dalam mentafsir gangguan seksual. Wujudnya
tanggapan dan persepsi yang berbeza tentang konsep gangguan seksual
menyebabkan kebanyakan daripada mereka menganggap perlakuan tersebut
hanyalah satu gurauan.
Selain itu, badan kerajaan dan bukan kerajaan perlu memainkan
peranan penting dalam membangunkan kesedaran dan meningkatkan
kefahaman setiap individu tentang pendidikan seks dan memberi maklumat
yang sebenar tentang kesalahan seksual. Kaedah yang boleh digunakan untuk
menyebarkan maklumat ini adalah melalui kursus, ceramah, bengkel, poster,
iklan, hebahan di televisyen dan radio dan sebagainya. Kaedah-kaedah ini
diperlukan bagi memastikan masyarakat memahami konsep sebenar gangguan
seksual.
6.0 KESIMPULAN
Masalah gangguan seksual dalam pengurusan tidak boleh dipandang remeh kerana melibatkan
masa depan serta imej individu dan juga organisasi. Pandangan negatif masyarakat terhadap
mangsa perlu ditepis dan diganti dengan sokongan moral supaya mangsa tidak berasa
disisihkan oleh masyarakat.
Berdasarkan analisis kes gangguan seksual Diana, dapatlah dirumuskan bahawa
gangguan seksual di tempat kerja boleh menyebabkan masalah kepada individu dan
organisasi. Sebahagian keputusan yang dibuat mempunyai akibat yang berpanjangan, akibat
yang tidak pasti serta mempunyai implikasi diri. Masalah etika ini turut memberi kesan
kepada keseimbangan prestasi ekonomi dan prestasi sosial organisasi melalui analisis
ekonomi, undang-undang serta etika. Selain itu juga, usaha perlu dibuat bagi meningkatkan
nilai-nilai moral dan tingkah laku setiap individu dalam organisasi. Langkah-langkah yang
wajar diambil bagi mengatasi masalah ini adalah dengan mendapatkan khidmat kaunseling
serta memberikan pendidikan dan kesedaran tentang konsep gangguan seksual supaya
masalah ini tidak menular dalam masyarakat.
(2916 patah perkataan)
12
13
RUJUKAN
Ahmad Shamsul Abd Aziz. (2005). Undang-Undang Gangguan Seksual di Malaysia (2nd
ed). Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.
Ahmad Shamsul Abd Aziz, & Mumtaj Hassan. (2002). Kesalahan Gangguan Seksual di
Tempat Kerja: Hak Pekerja dan Liabiliti Majikan. National Human Resource
Management Conference. Kedah: Universiti Utara Malaysia.
Aini Zamirah Abd Jalil. (2013, September 29). Gangguan Seksual dan Apa Boleh Dilakukan
Jika Menjadi Mangsa?. [Online]. Available: http://lacihitam.blogspot.com/2013
/09/khas-wanita-gangguan-seksual-dan-apa_29.html. [2014, November 16].
Ho, J.A., & Tee, K.K. (2013). OUMM3203 Professional Ethics (3rd ed). Selangor: Meteor
Doc.
Ishak Mad Shah (et al.). (2004). Gangguan Seksual di Tempat Kerja: Kajian ke Atas Mangsa
dan Pelaku di Sekitar Johor Bahru, Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Jabatan
Pembangunan Sumber Manusia.
Jami‟ah Shukri. (2011, Jun 17). Gangguan Seksual di Pejabat…Miang atau Suka-Suka!!.
[Online]. Available: http://lhakim-suarahati.blogspot.com/2011/06/gangguan-seksual-
di-pejabatmiang-atau.html. [2014, November 14].
Muhamad Hafizi Omar. (2014, Mei 12). Trauma Gangguan Seksual. [Online]. Available:
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Traumagangguanseksual/Article/index_
html. [2014, November 14].
Mumtaz Began Abdul Kadir, & Mohammed Sani Ibrahim. (2009). Integriti Peningkatan
Kualiti Organisasi. Selangor: YEOHPRINCO.
Sabitha Marican. (2005). Membentuk Suasana Kerja Positif : Aspek Hubungan Manusia dan
Persekitaran Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.
14
Aduan Gangguan Seksual di Tempat Kerja – Awas Kamu!!. (2010, April 29). [Online].
Available: http://tunjulia.com/?p=683. [2014, November 14].
Menghentikan Keganasan Terhadap Wanita (2013, November 25). [Online]. Available:
http://iniperspektifku.blogspot.com/2013/11/menghentikan-keganasan-terhadap-
wanita.html. [2014, November 13].
Sexual Harassment at Workplace. (2008, 25 Julai). [Online]. Available: http:// dangaurindu.
blogspot.com/2008/07/gangguan-seksual-sexual-harrassment_25.html.
[2014, November 13].

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Pengenalan sains sosial
Pengenalan sains sosialPengenalan sains sosial
Pengenalan sains sosialSyahremie Teja
 
BAB 4 Pembuatan Keputusan
 BAB 4 Pembuatan Keputusan BAB 4 Pembuatan Keputusan
BAB 4 Pembuatan KeputusanCkg Nizam
 
Bab 2 persekitaran
Bab 2   persekitaranBab 2   persekitaran
Bab 2 persekitaranWanBK Leo
 
Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitar
Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitarPengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitar
Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitarsafeqa
 
Disiplin diri
Disiplin diriDisiplin diri
Disiplin diriniiiaaa
 
Teori sigmund freud
Teori sigmund freudTeori sigmund freud
Teori sigmund freudNurul Addy
 
Organisasi dan pengurusan
Organisasi dan pengurusanOrganisasi dan pengurusan
Organisasi dan pengurusanikha2203
 
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanSEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanAtiqah Wan
 
teori konflik
teori konflikteori konflik
teori konflikSuff Fyee
 
Definisi usahawan dan keusahawanan
Definisi usahawan dan keusahawananDefinisi usahawan dan keusahawanan
Definisi usahawan dan keusahawananNaveen Segaran
 
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adabpengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adabVertigo Nopristine
 
Borang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanBorang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanFiza Joon Mblaq
 
Refleksi sebelum memulakan tugasan
Refleksi sebelum memulakan tugasanRefleksi sebelum memulakan tugasan
Refleksi sebelum memulakan tugasanPensil Dan Pemadam
 

Mais procurados (20)

Pengenalan sains sosial
Pengenalan sains sosialPengenalan sains sosial
Pengenalan sains sosial
 
BAB 4 Pembuatan Keputusan
 BAB 4 Pembuatan Keputusan BAB 4 Pembuatan Keputusan
BAB 4 Pembuatan Keputusan
 
Bab 2 persekitaran
Bab 2   persekitaranBab 2   persekitaran
Bab 2 persekitaran
 
Kod etika
Kod etikaKod etika
Kod etika
 
Teori tingkah laku
Teori tingkah laku Teori tingkah laku
Teori tingkah laku
 
Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitar
Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitarPengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitar
Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitar
 
Disiplin diri
Disiplin diriDisiplin diri
Disiplin diri
 
Teori sigmund freud
Teori sigmund freudTeori sigmund freud
Teori sigmund freud
 
Organisasi dan pengurusan
Organisasi dan pengurusanOrganisasi dan pengurusan
Organisasi dan pengurusan
 
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanSEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
 
Etika dan rasuah
Etika dan rasuahEtika dan rasuah
Etika dan rasuah
 
teori konflik
teori konflikteori konflik
teori konflik
 
Definisi usahawan dan keusahawanan
Definisi usahawan dan keusahawananDefinisi usahawan dan keusahawanan
Definisi usahawan dan keusahawanan
 
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adabpengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
 
Definisi kebudayaan
Definisi kebudayaanDefinisi kebudayaan
Definisi kebudayaan
 
Sisihan piawai
Sisihan piawaiSisihan piawai
Sisihan piawai
 
Borang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanBorang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutan
 
Devian
DevianDevian
Devian
 
Refleksi sebelum memulakan tugasan
Refleksi sebelum memulakan tugasanRefleksi sebelum memulakan tugasan
Refleksi sebelum memulakan tugasan
 
Temu bual
Temu bualTemu bual
Temu bual
 

Destaque

Gangguan Seksual dalam Sektor Pekerjaan di Malaysia.
Gangguan Seksual dalam Sektor Pekerjaan di Malaysia.Gangguan Seksual dalam Sektor Pekerjaan di Malaysia.
Gangguan Seksual dalam Sektor Pekerjaan di Malaysia.Jf Jeffica
 
Ppt.problem di dalam_keluarga
Ppt.problem di dalam_keluargaPpt.problem di dalam_keluarga
Ppt.problem di dalam_keluargamayaleztary581
 
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPmuhammad
 
A project on business plan
A project on business planA project on business plan
A project on business planSumit Patel
 
Contoh laporan kasus nifas menggunakan langkah varne1
Contoh laporan kasus nifas menggunakan langkah varne1Contoh laporan kasus nifas menggunakan langkah varne1
Contoh laporan kasus nifas menggunakan langkah varne1Ichal Ichal
 
Power point presentation (grocery store)
Power point presentation (grocery store)Power point presentation (grocery store)
Power point presentation (grocery store)Alina Hacopian
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikankaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikanNik Zawawi
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis datamohdkhamdani
 
Supermarket Business Plan
Supermarket Business PlanSupermarket Business Plan
Supermarket Business PlanYuya Kaneda
 
Business Plan Powerpoint 1
Business Plan Powerpoint 1Business Plan Powerpoint 1
Business Plan Powerpoint 1haleydawn
 

Destaque (17)

Gangguan Seksual dalam Sektor Pekerjaan di Malaysia.
Gangguan Seksual dalam Sektor Pekerjaan di Malaysia.Gangguan Seksual dalam Sektor Pekerjaan di Malaysia.
Gangguan Seksual dalam Sektor Pekerjaan di Malaysia.
 
Gangguan seksual
Gangguan seksualGangguan seksual
Gangguan seksual
 
Seksualiti k.kursus
Seksualiti k.kursusSeksualiti k.kursus
Seksualiti k.kursus
 
Ppt.problem di dalam_keluarga
Ppt.problem di dalam_keluargaPpt.problem di dalam_keluarga
Ppt.problem di dalam_keluarga
 
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
 
7. Modul 7 Teknik Analisis Punca Masalah KIK
7. Modul 7  Teknik Analisis Punca Masalah KIK7. Modul 7  Teknik Analisis Punca Masalah KIK
7. Modul 7 Teknik Analisis Punca Masalah KIK
 
Etika profesional
Etika profesionalEtika profesional
Etika profesional
 
Supermarkets
SupermarketsSupermarkets
Supermarkets
 
A project on business plan
A project on business planA project on business plan
A project on business plan
 
Contoh laporan kasus nifas menggunakan langkah varne1
Contoh laporan kasus nifas menggunakan langkah varne1Contoh laporan kasus nifas menggunakan langkah varne1
Contoh laporan kasus nifas menggunakan langkah varne1
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Power point presentation (grocery store)
Power point presentation (grocery store)Power point presentation (grocery store)
Power point presentation (grocery store)
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikankaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Gangguan seksual
Gangguan seksualGangguan seksual
Gangguan seksual
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis data
 
Supermarket Business Plan
Supermarket Business PlanSupermarket Business Plan
Supermarket Business Plan
 
Business Plan Powerpoint 1
Business Plan Powerpoint 1Business Plan Powerpoint 1
Business Plan Powerpoint 1
 

Semelhante a SEXUAL HARASSMENT

Kepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docx
Kepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docxKepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docx
Kepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docxPushpah Mugesh
 
20140410113444 topik 1 pertimbangan moral dan teori etika
20140410113444 topik 1 pertimbangan moral dan teori etika20140410113444 topik 1 pertimbangan moral dan teori etika
20140410113444 topik 1 pertimbangan moral dan teori etikaMohd Khairom
 
P.manajemen bab5 klmpk1_smt1_akt1
P.manajemen bab5 klmpk1_smt1_akt1P.manajemen bab5 klmpk1_smt1_akt1
P.manajemen bab5 klmpk1_smt1_akt1Annisa Khoerunnisya
 
Menjalankan bisnis secara etis dan bertanggung jawab
Menjalankan bisnis secara etis dan bertanggung jawabMenjalankan bisnis secara etis dan bertanggung jawab
Menjalankan bisnis secara etis dan bertanggung jawabTika Triana
 
Manajemen sumber daya manusia
Manajemen sumber daya manusiaManajemen sumber daya manusia
Manajemen sumber daya manusiaanitaniesyasya
 
etika, tanggung jawab, dan lingkungan luar organisasi serta mengefektifkan pe...
etika, tanggung jawab, dan lingkungan luar organisasi serta mengefektifkan pe...etika, tanggung jawab, dan lingkungan luar organisasi serta mengefektifkan pe...
etika, tanggung jawab, dan lingkungan luar organisasi serta mengefektifkan pe...ChasanRahmadiTanjung
 
Etika Bisnis (Ekonomi Manajemen dan Bisnis).ppt
Etika Bisnis (Ekonomi Manajemen dan Bisnis).pptEtika Bisnis (Ekonomi Manajemen dan Bisnis).ppt
Etika Bisnis (Ekonomi Manajemen dan Bisnis).pptirfanwidyanto3
 
Penyimpangan dan pengendalian sosial
Penyimpangan dan pengendalian sosialPenyimpangan dan pengendalian sosial
Penyimpangan dan pengendalian sosialKhairun Najmi
 
Etika bisnis islam
Etika bisnis islamEtika bisnis islam
Etika bisnis islamfantasip
 
Keterlibatan Etika Bisnis Pada Kasus Korupsi
Keterlibatan Etika Bisnis Pada Kasus KorupsiKeterlibatan Etika Bisnis Pada Kasus Korupsi
Keterlibatan Etika Bisnis Pada Kasus KorupsiBasyarAlAddar1
 
ppt pengamen.pptx
ppt pengamen.pptxppt pengamen.pptx
ppt pengamen.pptxMingEnKwee
 
Modul disiplin b&k(noor)
Modul disiplin b&k(noor)Modul disiplin b&k(noor)
Modul disiplin b&k(noor)Noorsalehan Noor
 
Be&gg, nadiatur rakhma, prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma, philoso...
Be&gg, nadiatur rakhma, prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma, philoso...Be&gg, nadiatur rakhma, prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma, philoso...
Be&gg, nadiatur rakhma, prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma, philoso...Nadiatur Rakhma
 
9, be & gg, cicilia eritawanti widjilestari, hapzi ali,corporate ethics r...
9, be & gg, cicilia eritawanti widjilestari, hapzi ali,corporate ethics r...9, be & gg, cicilia eritawanti widjilestari, hapzi ali,corporate ethics r...
9, be & gg, cicilia eritawanti widjilestari, hapzi ali,corporate ethics r...ciciliaeritawanti
 

Semelhante a SEXUAL HARASSMENT (20)

Kepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docx
Kepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docxKepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docx
Kepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docx
 
20140410113444 topik 1 pertimbangan moral dan teori etika
20140410113444 topik 1 pertimbangan moral dan teori etika20140410113444 topik 1 pertimbangan moral dan teori etika
20140410113444 topik 1 pertimbangan moral dan teori etika
 
P.manajemen bab5 klmpk1_smt1_akt1
P.manajemen bab5 klmpk1_smt1_akt1P.manajemen bab5 klmpk1_smt1_akt1
P.manajemen bab5 klmpk1_smt1_akt1
 
Etika oumm3203
Etika oumm3203Etika oumm3203
Etika oumm3203
 
Menjalankan bisnis secara etis dan bertanggung jawab
Menjalankan bisnis secara etis dan bertanggung jawabMenjalankan bisnis secara etis dan bertanggung jawab
Menjalankan bisnis secara etis dan bertanggung jawab
 
Manajemen sumber daya manusia
Manajemen sumber daya manusiaManajemen sumber daya manusia
Manajemen sumber daya manusia
 
etika, tanggung jawab, dan lingkungan luar organisasi serta mengefektifkan pe...
etika, tanggung jawab, dan lingkungan luar organisasi serta mengefektifkan pe...etika, tanggung jawab, dan lingkungan luar organisasi serta mengefektifkan pe...
etika, tanggung jawab, dan lingkungan luar organisasi serta mengefektifkan pe...
 
Resume kelompok 2
Resume kelompok 2Resume kelompok 2
Resume kelompok 2
 
Etika Bisnis (Ekonomi Manajemen dan Bisnis).ppt
Etika Bisnis (Ekonomi Manajemen dan Bisnis).pptEtika Bisnis (Ekonomi Manajemen dan Bisnis).ppt
Etika Bisnis (Ekonomi Manajemen dan Bisnis).ppt
 
Penyimpangan dan pengendalian sosial
Penyimpangan dan pengendalian sosialPenyimpangan dan pengendalian sosial
Penyimpangan dan pengendalian sosial
 
Etika bisnis islam
Etika bisnis islamEtika bisnis islam
Etika bisnis islam
 
work ethics
work ethicswork ethics
work ethics
 
Bab viii
Bab viiiBab viii
Bab viii
 
Keterlibatan Etika Bisnis Pada Kasus Korupsi
Keterlibatan Etika Bisnis Pada Kasus KorupsiKeterlibatan Etika Bisnis Pada Kasus Korupsi
Keterlibatan Etika Bisnis Pada Kasus Korupsi
 
Soalan 1
Soalan 1Soalan 1
Soalan 1
 
Etika profesi
Etika profesiEtika profesi
Etika profesi
 
ppt pengamen.pptx
ppt pengamen.pptxppt pengamen.pptx
ppt pengamen.pptx
 
Modul disiplin b&k(noor)
Modul disiplin b&k(noor)Modul disiplin b&k(noor)
Modul disiplin b&k(noor)
 
Be&gg, nadiatur rakhma, prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma, philoso...
Be&gg, nadiatur rakhma, prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma, philoso...Be&gg, nadiatur rakhma, prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma, philoso...
Be&gg, nadiatur rakhma, prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma, philoso...
 
9, be & gg, cicilia eritawanti widjilestari, hapzi ali,corporate ethics r...
9, be & gg, cicilia eritawanti widjilestari, hapzi ali,corporate ethics r...9, be & gg, cicilia eritawanti widjilestari, hapzi ali,corporate ethics r...
9, be & gg, cicilia eritawanti widjilestari, hapzi ali,corporate ethics r...
 

Mais de Fara Megat

Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...Fara Megat
 
TRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya Cipta
TRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya CiptaTRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya Cipta
TRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya CiptaFara Megat
 
TRIZ : Jadual 39 Sistem Parameter
TRIZ : Jadual 39 Sistem ParameterTRIZ : Jadual 39 Sistem Parameter
TRIZ : Jadual 39 Sistem ParameterFara Megat
 
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZPencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZFara Megat
 
Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran...
Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran...Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran...
Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran...Fara Megat
 
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...Fara Megat
 
Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi
Analisis Peranan Pengurus dalam OrganisasiAnalisis Peranan Pengurus dalam Organisasi
Analisis Peranan Pengurus dalam OrganisasiFara Megat
 

Mais de Fara Megat (7)

Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
 
TRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya Cipta
TRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya CiptaTRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya Cipta
TRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya Cipta
 
TRIZ : Jadual 39 Sistem Parameter
TRIZ : Jadual 39 Sistem ParameterTRIZ : Jadual 39 Sistem Parameter
TRIZ : Jadual 39 Sistem Parameter
 
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZPencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
 
Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran...
Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran...Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran...
Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran...
 
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
 
Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi
Analisis Peranan Pengurus dalam OrganisasiAnalisis Peranan Pengurus dalam Organisasi
Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi
 

SEXUAL HARASSMENT

  • 1. TAJUK MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM PENGURUSAN DAN KAEDAH ANALISIS MENGATASINYA PENULIS FARAH HANANI BT MEGAT GHAZALI TARIKH 19 SEPTEMBER 2014 FAKULTI OUM BUSINESS SCHOOL
  • 2. ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN.........................................................................................................1 1.1 Latar Belakang Masalah Etika .........................................................................3 2.0 CIRI-CIRI MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN ....................................4 2.1 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Berpanjangan.............4 2.2 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Alternatif yang Pelbagai ................4 2.3 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil yang Bercampur ...................5 2.4 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Tidak Pasti.................5 2.5 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Peribadi..........................6 3.0 PERKAITAN KES DENGAN CIRI-CIRI MASALAH ETIKA.............................6 3.1 Perkaitan dengan Akibat yang Berpanjangan ...................................................6 3.2 Perkaitan dengan Akibat yang Tidak Pasti .......................................................7 3.3 Perkaitan dengan Implikasi Peribadi ................................................................8 4.0 ANALISIS MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN ....................................8 4.1 Analisis Ekonomi ............................................................................................9 4.2 Analisis Undang-Undang.................................................................................9 4.3 Analisis Etika ................................................................................................10 5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH GANGGUAN SEKSUAL 11 5.1 Mendapatkan Khidmat Kaunseling ................................................................11 5.2 Memberikan Pendidikan dan Kesedaran Tentang Konsep Gangguan Seksual.11 6.0 KESIMPULAN .......................................................................................................12 Rujukan ..............................................................................................................................13
  • 3. 1 1.0 PENGENALAN Kebelakangan ini banyak kes jenayah yang melibatkan kaum wanita dipaparkan di dada akhbar. Ragut, rogol, kes dera, cabul dan keganasan rumah tangga adalah antara kes yang popular dan yang menjadi mangsanya adalah wanita. Apakah sebenarnya kesalahan mereka sehingga diperlakukan seperti haiwan oleh insan yang bergelar manusia? Mereka sepatutnya dibelai dan diberi kasih sayang, bukannya disepak, diterajang, ditampar dan dibunuh dengan kejam. Hanya kerana sifat wanita yang lemah lembut, tidak mampu melawan dan melarikan diri tidak bermaksud mereka boleh diperlakukan sebegitu rupa oleh penjenayah yang mempunyai nafsu ala syaitan. Kes keganasan yang semakin kronik hari ini adalah gangguan seksual di tempat kerja. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan terdapat 7,628 kes gangguan seksual dilaporkan sepanjang 2010 sehingga Mac 2014. Isu ini semakin mendapat perhatian masyarakat ekoran beberapa dakwaan dan pendedahan daripada mangsa. Menurut Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), gangguan seksual ditakrifkan sebagai sesuatu yang merangkumi sebarang perlakuan ataupun pertuturan secara berulangan, sama ada dilakukan secara fizikal, gerak isyarat ataupun ucapan yang berunsur seks. Gangguan seksual ini juga melibatkan sebarang tingkah laku yang tidak diingini atau tidak disenangi yang berlaku tanpa diminta atau dibalas balik oleh penerima serta boleh memberi kesan sebagai satu gangguan sama ada secara lisan, bukan lisan, fizikal, visual atau psikologi. Antara contoh gangguan ini termasuklah: 1. Gangguan secara lisan : Komen, gurauan, teguran, berjenaka, mengusik, membuat bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman ataupun cadangan seksual. 2. Gangguan secara isyarat atau bukan lisan : Pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat, tingkah laku mengurat yang berterusan, menjilat bibir, memegang atau memakan makanan secara provokatif serta isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah dan menggoda. 3. Gangguan secara fizikal : Sentuhan yang tidak diingini, memeluk, mencubit, menggesel badan, mengusap, mencium, meraba serta serangan seksual.
  • 4. 2 4. Gangguan secara visual : Mempamerkan sesuatu yang berbentuk seksual, menunjukkan bahan pornografi, melukis gambar lucah, mendedahkan bahagian badan yang sulit dan menulis surat berunsur seksual. 5. Gangguan secara psikologi : Intimasi fizikal, kekerapan jemputan sosial yang tidak diterima, pujuk rayu yang berterusan atau untuk bercumbuan. Perlakuan ini merupakan satu daripada salah laku etika dalam pengurusan. Ia bukan sahaja boleh menjatuhkan maruah mangsa malah menggugat nama dan kedudukan organisasi itu sendiri. Faktor-faktor yang boleh dikaitkan sebagai punca terjadinya gangguan seksual di tempat kerja ini adalah: 1. Tindakan balas terhadap kehilangan kuasa akibat daripada dominasi golongan wanita dalam bidang pekerjaan yang biasanya dikuasai oleh kaum lelaki. 2. Pertambahan peluang pekerjaan kepada kaum wanita yang secara tidak langsung mencabar kedudukan dan status pekerja lelaki. 3. Faktor yang terhasil daripada pembentukan struktur organisasi melalui hierarki dan hubungan autoriti yang khusus yang membolehkan seseorang individu itu menggunakan status atau kuasanya untuk menindas dan menggugut pekerja bawahannya. 4. Persekitaran dan infrastruktur tempat kerja yang melibatkan hubungan integrasi jantina dan nisbah jantina. 5. Wujudnya diskriminasi jantina di mana golongan lelaki menganggap mereka lebih dominan dan boleh menundukkan kaum wanita kerana sifat lemah lembut mereka. 6. Dorongan keinginan dan keperluan seksual yang bersifat semula jadi. 7. Tarikan dari segi perkembangan wanita, watak, tingkah laku, keterampilan, sifat fizikal dan biologikal serta bentuk seksualiti tubuh badan wanita yang begitu menonjol serta boleh menarik minat lelaki. 8. Pemikiran seksual lelaki yang boleh mendorong tingkah laku yang tidak sihat.
  • 5. 3 Masalah gangguan seksual merupakan satu penganiayaan terhadap kaum wanita dan boleh memberi kesan yang mendalam kepada mereka terutamanya dari segi psikologi. Oleh itu, masalah etika ini perlu dibendung dengan segera bagi mengelakkan lebih ramai wanita menjadi mangsa. Laporan ini ditulis bagi membincangkan dengan lebih lanjut perkaitan masalah gangguan seksual dengan ciri-ciri masalah etika, impak gangguan seksual terhadap ekonomi, undang-undang dan etika dan seterusnya mengesyorkan langkah-langkah untuk menangani masalah ini melalui perbincangan kes di bawah. 1.1 Latar Belakang Masalah Etika Sudah dua tahun Diana Ali bekerja sebagai setiausaha Amran Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Rima Manufacturing, iaitu sebuah syarikat terkemuka yang bernilai RM75.2 juta dengan kepentingan perniagaan di rantau Asia. Diana seorang yang cantik, rajin dan mempunyai perwatakan yang menarik. Tidak hairanlah apabila ramai rakan lelaki cuba mendekatinya dan melakukan gangguan seksual walaupun dia sudah berumah tangga dan memiliki tiga orang anak. Dia juga sering diganggu oleh Amran yang suka datang secara mengejut di belakangnya sambil mengusap bahu, menyentuh wajah, memegang tangan, payudara dan cuba menciumnya. Sudah banyak kali Diana berfikir-fikir untuk meletakkan jawatan tetapi gaji yang diterimanya sangat berpatutan dan dia kasihankan suaminya yang terpaksa menanggung mereka sekeluarga dengan gaji yang tidak seberapa sekiranya dia berhenti kerja. Tambahan pula, dalam zaman kemelesetan ekonomi ini, Diana tidak berani mempertaruhkan mata pencariannya. Oleh itu, dia terpaksa bersabar dengan karenah Amran dan tetap bergantung pada pekerjaannya yang penuh tekanan itu. Kelakuan Amran semakin menjadi-jadi selepas sebulan dia bercerai dengan isterinya. Boleh dikatakan hampir setiap hari Amran akan cuba mencari peluang untuk berdua-duaan dengan Diana dan melakukan perkara terkutuk itu. Bukan setakat itu sahaja, Amran juga sering menghantar teks pesanan ringkas berbaur lucah dan bercerita mengenai hubungan seksual. Diana semakin tertekan dengan kelakuan melampau majikannya itu dan membuat aduan kepada pihak atasan. Malangnya, aduan Diana tidak dipedulikan kerana pengaruh kuat Amran dengan mereka. Amran turut mengugut akan mencederakan Diana dan memastikan tiada syarikat yang akan menawarkan pekerjaan kepadanya sekiranya dia menceritakan hal itu kepada suami
  • 6. 4 dan rakan sekerjanya. Kejadian itu semakin berlarutan dan Diana berada dalam dilema untuk membuat keputusan. 2.0 CIRI-CIRI MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN Secara umumnya, etika bermaksud sifat yang berkaitan dengan perihal betul-salah. Ia juga merujuk kepada tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap individu, masyarakat dan organisasi. Ferrel et al. (2000) mendefinisikan etika sebagai penyelidikan moraliti tentang pengadilan moral, standard peraturan tingkah laku, pembelajaran dan falsafah tingkah laku manusia yang menekankan kepada betul atau salah. Masalah etika adalah masalah yang berhubungan dengan pengurusan kerana ia merupakan konflik antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial sesebuah organisasi. Menurut Hosmer (1991), terdapat lima ciri masalah etika dalam pengurusan. 2.1 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Berpanjangan Hasil sesuatu keputusan dan tindakan yang dibuat oleh pihak pengurusan tidak berhenti pada satu peringkat sahaja. Sebaliknya, ia boleh mendatangkan kesan atau akibat yang berpanjangan terutama terhadap lapisan masyarakat. Oleh itu, para pengurus perlu mempertimbangkan setiap keputusan mereka dengan teliti dan serius kerana keputusan yang dilakukan boleh mempunyai kesan atau akibat yang berada di luar kawalan mereka. Sebagai contoh: i. Rasuah mengubah proses-proses kerajaan. ii. Pencemaran menjejaskan kesihatan persekitaran. iii. Produk tidak selamat memusnahkan nyawa. 2.2 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Alternatif yang Pelbagai Biasanya, kebanyakan keputusan etika diandaikan sebagai suatu dikotomi iaitu terbahagi kepada pilihan sama ada “ya” atau “tidak” dan tidak mempunyai pilihan lain. Walau bagaimanapun, seseorang pengurus perlu mempertimbangkan alternatif lain sebelum membuat keputusan pengurusan. Contohnya:
  • 7. 5 i. Haruskah pengurus memberi rasuah atau tidak? ii. Wajarkah sesebuah kilang mencemarkan udara atau tidak? iii. Haruskah syarikat pengeluaran mengeluarkan produk tidak selamat atau tidak? 2.3 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil yang Bercampur Sesetengah organisasi yang melibatkan perniagaan terutamanya, tidak mementingkan etika. Pulangan kewangan atau keuntungan yang tinggi lebih diutamakan berbanding kos-kos lain seperti kebajikan pekerja ataupun pelanggan mereka. Contoh keputusan etika yang mempunyai hasil yang bercampur ialah: i. Memberi rasuah secara tidak langsung tetapi jumlah jualan barangan import dapat dikekalkan melalui penghantaran yang cepat. ii. Mencemar udara dan air. Namun, kos pemasangan dan pengendalian peralatan mengawal pencemaran dapat dielakkan. iii. Mereka bentuk produk yang tidak selamat tetapi kos bahan dan tenaga kerja pengeluaran dapat dikurangkan. 2.4 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Tidak Pasti Umum berpendapat bahawa isu-isu etika dalam pengurusan adalah bebas daripada risiko serta keraguan di mana akibat daripada keputusan yang dibuat boleh diketahui. Sebagai contoh: i. Syarikat akan menerima barangan import dengan segera jika memberi rasuah. ii. Pencemaran dapat dikurangkan sekiranya wang dilaburkan untuk membeli peralatan kawal-pencemaran. iii. Kos tambahan tertentu diperlukan jika menghasilkan produk yang selamat.
  • 8. 6 2.5 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Peribadi Hampir semua keputusan etika mempunyai implikasi peribadi. Secara umumnya, dipercayai isu-isu etika tidak memberi kepentingan kepada peribadi seseorang pengurus dan terpisah daripada kehidupan dan kerjaya mereka. Ramai berpendapat mengutamakan kepentingan pekerja seperti kenaikan gaji dan pangkat merupakan satu keputusan yang dianggap beretika berbanding keuntungan kepada syarikat. 3.0 PERKAITAN KES DENGAN CIRI-CIRI MASALAH ETIKA Dalam kes Diana, penulis akan mengaitkan hubungan gangguan seksual dengan tiga ciri etika iaitu akibat yang berpanjangan, akibat yang tidak pasti dan implikasi peribadi. Huraian lebih lanjut setiap ciri adalah seperti di bawah. 3.1 Perkaitan dengan Akibat yang Berpanjangan Apabila terjadinya gangguan seksual, maka sudah pasti terdapat kesan yang ditanggung oleh mangsa. Kesan ini boleh membuatkan mangsa berasa tidak selamat ditempat kerja atau mengalami tekanan psikologi sehingga boleh mengganggu kehidupan seharian mereka. Tambahan pula, sekiranya mangsa bertindak untuk mengunci mulut dan memendam perasaan terlalu lama, mereka berisiko tinggi mengalami penyakit neurosis termasuk fobia. Dalam hal ini, sekiranya Diana mengambil keputusan untuk terus berdiam diri, akibat yang berpanjangan yang mungkin berlaku kepadanya ialah: i. Keselamatannya terjamin. ii. Diana akan terus diganggu oleh Amran dan berkemungkinan untuk terjerumus dalam aktiviti maksiat. iii. Kerjayanya dapat dikekalkan. iv. Mengalami tekanan emosi, trauma dan fisiologi. v. Rumah tangganya mungkin bermasalah. vi. Memencilkan diri dan kurang berinteraksi dengan rakan sekerja.
  • 9. 7 vii. Produktiviti dan prestasi kerja menurun. Sebaliknya jika Diana melaporkan perbuatan Amran kepada pihak berkuasa atau Jabatan Tenaga Kerja, kesan yang berlaku adalah: i. Keselamatannya terancam. ii. Amran akan menjauhkan diri dan tidak mengganggunya lagi. iii. Hilang mata pencarian. iv. Mengurangkan beban tekanan yang ditanggung dan emosi kembali stabil. v. Hubungan dengan suami dan anak-anak semakin rapat. vi. Hubungan dengan rakan sekerja kembali jernih dan mendapat sokongan daripada mereka. vii. Produktiviti dan prestasi kerja dapat dikekalkan atau lebih baik. 3.2 Perkaitan dengan Akibat yang Tidak Pasti Sebarang keputusan yang diambil oleh Diana mempunyai akibat baik dan buruk kerana masalah yang berlaku bukan sahaja boleh memberi kesan kepada dirinya tetapi juga kepada Amran, kakitangan dan syarikat. Keputusan yang dibuat mungkin akan berpihak kepadanya atau mungkin tidak. Perkara-perkara yang mungkin berlaku adalah: i. Jika Diana membuat laporan kepada pihak polis atau Jabatan Tenaga Kerja, Amran akan ditahan dan dikenakan tindakan tata tertib. ii. Jika perbuatan Amran terbongkar, keselamatan Diana terancam dan dia mungkin dicederakan. iii. Jika masalah gangguan seksual diketahui oleh kakitangan syarikat, Diana terpaksa menanggung malu dan mengalami gangguan fikiran serta ketidakstabilan emosi. iv. Jika pelanggan mengetahui masalah yang berlaku, syarikat akan berada dalam keadaan bahaya kerana pelanggan mungkin lari, saham syarikat jatuh, pembatalan kontrak dengan pembekal atau
  • 10. 8 syarikat lain mengelak daripada berurusan dengan Syarikat Rima Manufacturing. 3.3 Perkaitan dengan Implikasi Peribadi Gangguan seksual sudah pasti mempengaruhi fizikal dan mental Diana. Ini kerana dia diganggu oleh Amran tanpa kerelaannya. Bukan itu sahaja, masalah yang berlaku boleh menjatuhkan maruahnya kerana dia sudah berkahwin. Diana mungkin dipandang rendah oleh rakan sekerja, keluarga ataupun masyarakat. Antara implikasi peribadi yang mungkin berlaku kepadanya adalah: i. Diana dipecat kerana melaporkan perbuatan majikannya kepada pihak polis atau Jabatan Tenaga Kerja. ii. Trauma kerana sukar melupakan peristiwa yang memalukan diri dan keluarganya serta mengalami gangguan tekanan, penumpuan dan kestabilan mental sehingga dapat mengganggu aktiviti sehariannya. iii. Cenderung untuk mengasingkan diri daripada masyarakat kerana menjadi mangsa gangguan seksual sehingga merasakan diri tidak berharga dan tidak layak untuk bergaul dengan rakan-rakan sekerja. iv. Perasaan takut dan curiga kepada orang asing yang tidak dikenali atau tempat yang belum pernah dikunjungi. 4.0 ANALISIS MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN Menguruskan masalah-masalah etika lebih sukar dibuat apabila seseorang itu terlibat secara langsung dalam situasi berkenaan. Pilihan yang dibuat mestilah seimbang antara pros dan cons supaya dapat memuaskan hati semua pihak. Bagi masalah etika yang berlaku dalam organisasi pula, sebarang keputusan yang diambil perlu seimbang dengan prestasi ekonomi dan prestasi sosialnya. Penyelesaian dilema etika dalam pengurusan ini boleh dicapai melalui tiga kaedah analisis iaitu analisis ekonomi, analisis undang-undang dan analisis etika. Penulis akan mengaplikasikan masalah gangguan seksual yang dialami oleh Diana dengan ketiga-tiga analisis tersebut. Penghuraian setiap analisis adalah seperti berikut:
  • 11. 9 4.1 Analisis Ekonomi Gangguan seksual di tempat kerja bukan sahaja boleh merencatkan perkembangan kerjaya mangsa malah ia turut memberi kesan kepada produktiviti dan ekonomi negara. Mangsa akan mengalami kesukaran untuk menceburi bidang pekerjaan kerana mereka tidak dinilai berdasarkan kebolehan dan kualiti kerja tetapi melalui daya tarikan. Akibatnya, mangsa tidak bersemangat untuk bekerja dan prestasi kerja semakin merosot. Tambahan lagi, permohonan cuti sakit akan meningkat, kerap ponteng kerja, ketidakpuasan kerja serta gagal dalam hubungan interpersonal ditempat kerja. Kenaikan pangkat kepada mangsa yang berpengalaman akan terjejas kerana ada di kalangan mangsa sanggup berhenti kerja akibat tidak sanggup menanggung penderitaan. Hal ini akan merugikan pasaran buruh kerana boleh menyebabkan tukar ganti buruh yang tidak dirancang. Tindakan ini turut menyumbang kepada peningkatan kos perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh industri untuk melatih pekerja-pekerja baharu. Apabila isu gangguan seksual diketahui umum, imej organisasi akan tercalar dan pengurusan syarikat mungkin terpaksa menanggung pembayaran pampasan kepada mangsa. Perkara ini jelas akan merugikan ekonomi negara. 4.2 Analisis Undang-Undang Masalah gangguan seksual di tempat kerja timbul daripada perhubungan yang membabitkan perlakuan individu di tempat kerja. Tidak dinafikan gurau senda sesama kakitangan pasti tidak lari dalam kehidupan seharian ditempat kerja, cuma yang membezakannya adalah maksud dan perbuatan disebaliknya sama ada suasana tersebut menimbulkan ancaman kepada mangsa ataupun tidak. Kes Diana jelas menunjukkan bahawa dia mengalami serangan seksual daripada Amran kerana tingkah laku Amran melampaui batas apabila melibatkan sentuhan fizikal dan gangguan emosi Diana. Kejadian ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak kerana ia ibarat pembuka tirai bagi kesalahan seksual yang lebih berat seperti merogol dan sebagainya.
  • 12. 10 Ketiadaan undang-undang khusus berkaitan dengan gangguan seksual menimbulkan masalah kepada mangsa kerana tiada prosedur dan panduan yang jelas untuk membuat laporan dan aduan. Mangsa turut mengalami kesukaran untuk mendapatkan saksi dan mengumpul bukti kerana perbuatan meraba misalnya tidak dapat dilaporkan tanpa bukti yang kukuh. Oleh itu, satu Akta Gangguan Seksual perlu diwujudkan bagi menangani kes gangguan seksual ini dengan lebih baik. Kementerian Sumber Manusia memperkenalkan Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja bagi memberi garis panduan untuk semakan dalaman. Walau bagaimanapun, Kod Amalan ini tidak memberi sebarang implikasi undang-undang atau peruntukkan bentuk hukuman yang hendak dikuatkuasakan ke atas pengganggu. Undang-undang sedia ada juga tidak mampu menangani masalah ini dengan berkesan. Setakat ini kesalahan gangguan seksual diletakkan di bawah kesalahan jenayah Seksyen 354, 355, 377D dan 509 Kanun Keseksaan (Akta 574), bukannya di bawah kesalahan „tort‟. Tambahan lagi, bermula 1 April 2012, Pindaan Akta Kerja 1955 telah memasukkan Bahagian XVA Seksyen 81A sehingga 81G iaitu satu bahagian baharu untuk gangguan seksual. Skop ini hanya melibatkan gangguan seksual yang berlaku di tempat kerja ataupun yang terbit daripada pekerjaannya sahaja. Sebarang gangguan seksual yang berlaku diluar skop tersebut adalah di luar bidang kuasa Jabatan Tenaga Kerja dan perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa. 4.3 Analisis Etika Kod etika ialah peraturan yang menegaskan apa yang benar dan apa yang salah berkenaan adab dan tingkah laku manusia. Setiap organisasi mempunyai kod etika masing-masing yang perlu dipatuhi oleh semua kakitangan. Sebarang perbuatan yang melanggar kod etika merupakan salah laku etika dan akan dikenakan tindakan tata tertib. Dalam kes Diana, Amran telah menunjukkan tingkah laku negatif kerana membuat gangguan seksual secara terang-terangan terhadap Diana. Ini
  • 13. 11 menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Amran terhadap kakitangannya kerana mengganggu dan menjatuhkan air muka mangsa. Kesalahan ini di pandang serius dalam Islam kerana ia termasuk dalam perbuatan mungkar dan maksiat yang merupakan faktor perosak kepada individu, keluarga dan masyarakat. Matlamat hidup manusia untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat akan turut terjejas akibat perbuatan ini. 5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH GANGGUAN SEKSUAL Kesalahan gangguan seksual perlu dipandang serius dan ditangani dengan segera supaya tidak menjadi satu wabak dalam masyarakat. Gejala ini merupakan masalah dalaman organisasi yang perlu dibendung bagi mengelakkan sesebuah organisasi itu gagal beroperasi dengan produktif yang seterusnya boleh memberi kesan buruk kepada negara. Dua langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelakkan lebih ramai yang menjadi mangsa adalah: 5.1 Mendapatkan Khidmat Kaunseling Setiap industri dan organisasi perlu mewujudkan kemudahan khidmat kaunseling bagi membantu dalam menangani masalah yang rumit dan tidak dapat diselesaikan dengan sendiri. Khidmat bimbingan dan kaunseling ini ditubuhkan bagi membolehkan mangsa mengadu masalah dan mendapatkan bantuan daripada pakar kaunselor. Peranan khidmat kaunseling adalah memberi nasihat dan motivasi kepada mangsa berkaitan cara mengendalikan permasalahan serta pengetahuan untuk melindungi diri daripada gangguan seksual ditempat kerja. 5.2 Memberikan Pendidikan dan Kesedaran Tentang Konsep Gangguan Seksual Kaedah terbaik untuk mengatasi fenomena gangguan seksual ini adalah dengan mengetengahkan pendidikan dan kesedaran tentang konsep gangguan seksual ke mata umum bagi menyedarkan masyarakat tentang situasi yang berlaku serta mengambil langkah berjaga-jaga. Faktor berlakunya gejala ini adalah disebabkan kekaburan dalam mentafsir gangguan seksual. Wujudnya tanggapan dan persepsi yang berbeza tentang konsep gangguan seksual
  • 14. menyebabkan kebanyakan daripada mereka menganggap perlakuan tersebut hanyalah satu gurauan. Selain itu, badan kerajaan dan bukan kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam membangunkan kesedaran dan meningkatkan kefahaman setiap individu tentang pendidikan seks dan memberi maklumat yang sebenar tentang kesalahan seksual. Kaedah yang boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat ini adalah melalui kursus, ceramah, bengkel, poster, iklan, hebahan di televisyen dan radio dan sebagainya. Kaedah-kaedah ini diperlukan bagi memastikan masyarakat memahami konsep sebenar gangguan seksual. 6.0 KESIMPULAN Masalah gangguan seksual dalam pengurusan tidak boleh dipandang remeh kerana melibatkan masa depan serta imej individu dan juga organisasi. Pandangan negatif masyarakat terhadap mangsa perlu ditepis dan diganti dengan sokongan moral supaya mangsa tidak berasa disisihkan oleh masyarakat. Berdasarkan analisis kes gangguan seksual Diana, dapatlah dirumuskan bahawa gangguan seksual di tempat kerja boleh menyebabkan masalah kepada individu dan organisasi. Sebahagian keputusan yang dibuat mempunyai akibat yang berpanjangan, akibat yang tidak pasti serta mempunyai implikasi diri. Masalah etika ini turut memberi kesan kepada keseimbangan prestasi ekonomi dan prestasi sosial organisasi melalui analisis ekonomi, undang-undang serta etika. Selain itu juga, usaha perlu dibuat bagi meningkatkan nilai-nilai moral dan tingkah laku setiap individu dalam organisasi. Langkah-langkah yang wajar diambil bagi mengatasi masalah ini adalah dengan mendapatkan khidmat kaunseling serta memberikan pendidikan dan kesedaran tentang konsep gangguan seksual supaya masalah ini tidak menular dalam masyarakat. (2916 patah perkataan) 12
  • 15. 13 RUJUKAN Ahmad Shamsul Abd Aziz. (2005). Undang-Undang Gangguan Seksual di Malaysia (2nd ed). Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing. Ahmad Shamsul Abd Aziz, & Mumtaj Hassan. (2002). Kesalahan Gangguan Seksual di Tempat Kerja: Hak Pekerja dan Liabiliti Majikan. National Human Resource Management Conference. Kedah: Universiti Utara Malaysia. Aini Zamirah Abd Jalil. (2013, September 29). Gangguan Seksual dan Apa Boleh Dilakukan Jika Menjadi Mangsa?. [Online]. Available: http://lacihitam.blogspot.com/2013 /09/khas-wanita-gangguan-seksual-dan-apa_29.html. [2014, November 16]. Ho, J.A., & Tee, K.K. (2013). OUMM3203 Professional Ethics (3rd ed). Selangor: Meteor Doc. Ishak Mad Shah (et al.). (2004). Gangguan Seksual di Tempat Kerja: Kajian ke Atas Mangsa dan Pelaku di Sekitar Johor Bahru, Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Jabatan Pembangunan Sumber Manusia. Jami‟ah Shukri. (2011, Jun 17). Gangguan Seksual di Pejabat…Miang atau Suka-Suka!!. [Online]. Available: http://lhakim-suarahati.blogspot.com/2011/06/gangguan-seksual- di-pejabatmiang-atau.html. [2014, November 14]. Muhamad Hafizi Omar. (2014, Mei 12). Trauma Gangguan Seksual. [Online]. Available: http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Traumagangguanseksual/Article/index_ html. [2014, November 14]. Mumtaz Began Abdul Kadir, & Mohammed Sani Ibrahim. (2009). Integriti Peningkatan Kualiti Organisasi. Selangor: YEOHPRINCO. Sabitha Marican. (2005). Membentuk Suasana Kerja Positif : Aspek Hubungan Manusia dan Persekitaran Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.
  • 16. 14 Aduan Gangguan Seksual di Tempat Kerja – Awas Kamu!!. (2010, April 29). [Online]. Available: http://tunjulia.com/?p=683. [2014, November 14]. Menghentikan Keganasan Terhadap Wanita (2013, November 25). [Online]. Available: http://iniperspektifku.blogspot.com/2013/11/menghentikan-keganasan-terhadap- wanita.html. [2014, November 13]. Sexual Harassment at Workplace. (2008, 25 Julai). [Online]. Available: http:// dangaurindu. blogspot.com/2008/07/gangguan-seksual-sexual-harrassment_25.html. [2014, November 13].