SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 15
Baixar para ler offline
KANDUNGAN HALAMAN
1.0 PENGENALAN PROGRAM KESIHATAN MULUT 3
2.0 MATLAMAT DAN KONSEP PROGRAM KESIHATAN MULUT 3
3.0 JENIS – JENIS GIGI 5
4.0 JENIS PENYAKIT MULUT 6
4.1 Ulser dalam mulut. 7
4.2 Bengkak dalam mulut. 7
4.3 Kanser mulut. 7
5.0 KEPENTINGAN PENJAGAAN GIGI, PENYAKIT GIGI DAN RAWATAN. 8
5.1 Kepentingan gigi primer (gigi susu) 8
5.2 Punca utama radang pulpa 8
5.3 Rawatan sakit gigi. 10
6.0 PROGRAM GOSOK GIGI PERDANA 11
6.1 Pengenalan 11
6.2 Objektif program. 11
6.3 Sasaran 11
6.4 Tarikh , hari , masa dan tempat program. 12
6.5 Ahli jawatankuasa 12
6.6 Tentatif program 13
7.0 AMALAN PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN YANG BAIK. 14
7.1 Penjagaaan kebersihan gigi yang baik. 14
7.2 Makan secara sihat. 14
7.3 Pemeriksaan pergigian secara berkala. 14
8.0 KESIMPULAN 15
BIBLIOGRAFI 16
2
1.0 PENGENALAN PROGRAM KESIHATAN MULUT
Kesihatan mulut adalah berkaitan dengan penjagaan gigi dan mulut yang sangat penting.
Program kesihatan mulut ini seharusnya dibuat bagi memberikan kesedaran kepada murid-murid
di sekolah betapa pentingnya penjagaan mulut dan gigi. Program ini mendedahkan kepada murid-
murid mengenai penjagaan gigi yang lebih baik dan bukan hanya dengan memberus gigi dua atau
tiga kali sehari malahan banyak lagi perkara yang perlu dititikberatkan sebagai langkah penjagaan
gigi.
Program sedemikian bukan sahaja mengenai penjagaan gigi tetapi juga merangkumi
kesihatan mulut yang tanpa disedari boleh membawa gejala penyakit mulut yang kronik. Hal ini
kerana, masyarakat sekarang terdedah dengan makanan yang mengandungi kandungan kimia yang
tinggi dan tanpa kita sedari penjagaan gigi tidak terurus boleh mendatangkan masalah sakit gigi
atau di bahagian mulut yang berpanjangan. Dengan adanya kempen seperti ini di setiap sekolah,
kanak-kanak akan lebih peka dengan memulakan penjagaan gigi sejak kecil.
Rawatan pergigian biasanya dibuat setahun sekali di sekolah. Perkhidmatan pergigian
sekolah ini telah diperkenalkan pada tahun 1985. Penjagaan Kesihatan pergigian yang
komprehensif dan sistematik ini diberikan untuk memastikan agar murid-murid sekolah
mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan. Jururawat
pergigian akan merawat dan memeriksa murid-murid tersebut di bawah penyeliaan dan
pengawasan doktor pergigian. Manakala rawatan pergigian ini dilaksanakan secara percuma tanpa
dikenakan sebarang bayaran kepada murid-murid.
2.0 MATLAMAT DAN KONSEP PROGRAM KESIHATAN MULUT
Program ini mula diperkenalkan pada tahun 1985. Rawatan pergigian biasanya dibuat
setahun sekali di sekolah. Perkhidmatan pergigian sekolah ini telah diperkenalkan pada tahun
1985. Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberikan untuk
memastikan agar murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka
tamat zaman persekolahan.
3
Jururawat pergigian akan merawat dan memeriksa murid-murid tersebut di bawah
penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian. Manakala rawatan pergigian ini dilaksanakan secara
percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran kepada murid-murid. Perkhidmatan ini dijalankan
dengan tiga cara iaitu Klinik Pergigian Sekolah, Pasukan Pergigian Bergerak dan Klinik Pergigian
Bergerak. Klinik-klinik pergigian sekolah ini terletak dalam bilik khas di sekolah-sekolah rendah
dan menengah tajaan kerajaan yang terpilih. Kebanyakan sekolah yang mempunyai perkhidmatan
ini adalah sekolah yang berada di kawasan bandar dan sekolah-sekolah khas.
Oleh itu, ini memudahkan bagi murid-murid yang menghadapi masalah gigi atau ingin
mencabut gigi mereka. Perkhidmatan ini sekali gus dapat mengurangkan masalah kerosakan gigi
dalam kalangan murid-murid sekolah lebih-lebih lagi kanak-kanak sekolah rendah. Selain itu,
perkhidmatan pergigian juga dijalankan melalui Pasukan Pergigian Bergerak. Pasukan ini
memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid-murid sekolah termasuk yang
tinggal di kawasan pedalaman. Biasanya mereka akan datang setahun sekali. Klinik pergigian
sementara akan diadakan di tempat yang sesuai di sekolah dengan menggunakan peralatan mudah
alih. Kemudian setiap rekod kesihatan ini akan disimpan oleh guru kelas atau guru kesihatan setiap
sekolah. Oleh itu, murid-murid di luar bandar juga tidak terkecuali daripada menjaga gigi dan
mulut mereka.
Klinik Pergigian Bergerak pula memberikan perkhidmatan kepada murid-murid di sekolah
yang mempunyai ruang terhad dengan membawa satu van atau lori yang telah diubahsuai dan
dilengkapi alat-alat mudah alih untuk menjalankan pemeriksaan gigi. Klinik bergerak ini
memudahkan sekolah yang kecil dan memiliki bilik yang terhad memberi perkhidmatan pergigian.
Oleh itu, melalui tiga cara perkhidmatan pergigian ini disampaikan menunjukkan tidak ada sekolah
yang tidak diberikan rawatan pergigian dan tidak ada alasan untuk kanak-kanak memiliki gigi yang
cantik dan bersih ketika mencecah usia dewasa kelak.
4
3.0 JENIS – JENIS GIGI
Tanpa adanya gigi, manusia akan menghadapi kesukaran untuk mengunyah makanan yang
dimakannya. Tugas gigi termasuk dalam sistem pencernaan. Manusia memiliki empat jenis gigi
yang mempunyai tugas masing-masing iaitu :
1. Gigi seri
( Gigi kacip)
Gigi seri adalah gigi yang memiliki satu akar yang
berfungsi untuk memotong dan mengerat makanan atau
benda lain. Cirinya berbentuk pipih dan tajam untuk
menghiris makanan.
2. Gigi taring Gigi taring adalah gigi yang memiliki satu akar dan
memiliki fungsi untuk mengoyak makanan atau benda
lain. Hujungnya yang runcing untuk menghiris makanan.
3. Gigi pra-molar
(geraham depan)
Gigi graham kecil adalah gigi yang mempunyai dua akar
yang berguna / berfungsi untuk menggilas dan
mengunyah makanan atau benda lainnya. Bentuknya
berlekuk-lekuk berfungsi untuk mengiris dan
melembutkan makanan.
4. Gigi molar
(geraham belakang)
Gigi geraham adalah gigi yang memiliki tiga akar yang
memiliki fungsi untuk melumat dan mengunyah makanan
atau benda-benda lainnya. Bentuknya berlekuk-lekuk
berguna untuk melembutkan makanan.
Jadual 1 : Jenis Gigi
5
4.0 JENIS PENYAKIT MULUT
Antara penyakit mulut yang biasa menyerang kanak-kanak ialah :
Karies gigi (gigi belubang) Periodontal (gusi) Maloklusi (gigi tak teratur)
 Hasil tindak balas
antara plak dan gula
menghasilkan toksin
dan retakkan
permukaan luar
gigi(enamel)
 Gigi berlubang dan
karies gigi bermula
Karies Gigi
 Melibatkan gusi dan tisu
yang menyokong gigi
 Berpunca dari toksin
yang dihasilkan oleh
bakteria
 Gusi kelihatan merah
bengkak dan mudah
berdarah
Penyakit Gusi
 Satu keadaan susunan
gigi yg tidak teratur
 Contoh
 Gigi jongang
 Gigi berlapis
 Akibat tabiat buruk
seperti hisap jari dan
puting
 Keturunan dan hilang
gigi terlalu awal
Gigi Tak Teratur
Jadual 2 : Penyakit mulut kanak-kanak
6
Antara penyakit lain yang menyerang mulut manusia jika tidak dijaga dengan baik ialah :
4.1 Ulser dalam mulut.
Sebahagian besar rakyat Malaysia mengalami ulser.
Ulser boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:-
4.1.1 Ulser minor.
4.1.2 Ulser major
4.1.3 Ulser herpetiform
4.2 Bengkak dalam mulut.
Keadaan ini merupakan perubahan luar biasa yang
bertangkai atau tidak bertangkai.
4.2.1 Granuloma piogen
4.2.2 Granuloma periferi
4.2.3 Polip fibro-epitelium
4.2.4 Hiperplasiadentur
4.3 Kanser mulut.
Penyakit mulut yang meliputi bibir, lantai mulut,
bahagian dalam pipi, lidah dan gusi. Ia mengganggu
fungsi seseorang untuk makan, bercakap, bernafas,
menelan dan menanggung kesakitan. Lebih 90% kes
kanser mulut melibatkan lapisan luar mukosa mulut.
7
5.0 KEPENTINGAN PENJAGAAN GIGI, PENYAKIT GIGI DAN RAWATAN.
5.1 Kepentingan gigi primer (gigi susu)
Aspek yang terpenting bagi penjagaan gigi dan gusi ialah kebersihan mulut yang baik sama
ada di rumah mahu pun ketika di sekolah. Kebanyakan gigi hilang/tercabut disebabkan penyakit
gusi dan masalah ini boleh diatasi dengan penjagaan di rumah yang sempurna dan temujanji
berkala dengan doktor gigi. Seperti mana gigi kekal sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu
juga sepatutnya tahan sehingga gigi kekal mula tumbuh. Gigi susu kanak-kanak digunakan untuk
mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang
baik. Ia juga menyediakan ruang di dalam rahang untuk gigi kekal tumbuh. Ini dapat mengelakkan
gigi kekal tumbuh senget atau bertindih. Adalah penting untuk melindungi anak anda dari
kerosakan/pereputan gigi susu yang menyakitkan.Sakit gigi boleh bermula dengan tiba-tiba atau
secara beransur-ansur, juga sakit sepanjang masa atau cuma sakit akibat stimulasi. Sebab utama
sakit gigi terjadi adalah apabila pulpa (lapisan gigi paling dalam di mana terdapatnya tisu lembut
yang terdiri daripada salur darah dan saraf yang sensitif) meradang.
5.2 Punca utama radang pulpa adalah:
1. Karies gigi.
Karies gigi yang dibiarkan untuk tempoh panjang sehingga mencapai tahap kronik adalah
sebab utama anda sakit gigi. Pada mulanya, karies cuma ada pada permukaan enamel (lapisan
paling luar). Jika dibiarkan, ia akan mula merebak ke lapisan dentin (lapisan kedua, antara enamel
dan pulpa). Karies pada dentin boleh menyebabkan rasa ngilu atau sakit ketika anda mengambil
minuman sejuk. Tanpa rawatan yang sepatutnya, karies akan merebak ke pulpa. Apabila karies
tiba di pulpa, kuman mula memainkan peranannya; melakukan kemusnahan berganda. Pulpa yang
terkesan teruk akibat karies ini akan mati, lalu kuman karies akan mengembara melalui saluran
akar dan menyebabkan terjadinya abses (pembentukan nanah). Abses boleh menyebabkan
kebengkakan dan sakit berdenyut-denyut yang berterusan sehinggalah rawatan yang sesuai
diberikan.
8
2. Gigi retak (cracked tooth).
Retakan pada gigi muncul dengan jalur retak yang halus yang kadang-kadang tidak
kelihatan pada mata kasar. Jika doktor anda mengesyaki gigi anda sakit kerana retak, terdapat
beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengesahkan keadaan ini.
3. Tampalan lama yang telah longgar, pecah atau tercabut.
Setelah beberapa tahun, tampalan lama pada gigi mungkin akan mengalami sedikit
kerosakan. Ia mungkin pecah sedikit di bahagian tepi, longgar atau tercabut. Semua keadaan ini
boleh menyebabkan ‘kebocoran’ yang boleh membuka jalan kepada kuman untuk masuk ke dalam
gigi dan menyebabkan jangkitan atau karies.
4. Gusi mengecut (receding gum).
Akibat penyakit gusi kronik, gusi boleh mengecut dan mendedahkan bahagian akar gigi.
Bahagian akar gigi lebih sensitif kepada haba berbanding bahagian korona, jadi gigi mungkin akan
terasa ngilu setiap kali anda cuba menikmati minuman berais. Terdedahnya akar gigi juga
bermakna akar cenderung kepada pembentukan karies yang seterusnya boleh menyebabkan
kesakitan.. Selain itu, terdapat beberapa kondisi yang boleh menyebabkan sakit menyerupai sakit
gigi walaupun gigi berkenaan sihat dan tiada radang pulpa, iaitu:
5. Abses pada gusi (periodontal and gingival abscess).
Pengumpulan nanah pada gusi disebabkan oleh jangkitan kuman akibat trauma atau
penyakit gusi kronik. Oleh kerana bengkak sering didapati berdekatan dengan gigi, kesakitan yang
dialami boleh disalah tafsir sebagai sakit gigi.
6. Ulser pada gusi berdekatan gigi.
Sakit ketika gigi hendak keluar, contohnya gigi bongsu. Ketika gigi bongsu keluar, gusi di
sekelilingnya boleh dijangkiti kuman dan membengkak sekiranya kebersihan tidak dijaga dengan
teliti. . Sakit gigi bongsu juga kadang-kadang boleh merebak sehingga ke rahang dan telinga.
9
7. Sinusitis atau resdung.
Oleh kerana akar gigi atas selalunya terletak berdekatan sinus (terutamanya maxillary
sinus) dan saraf pada bahagian muka saling berkaitan antara satu sama lain, sinusitis boleh
menyebabkan anda rasa sakit pada gigi terutamanya gigi atas di bahagian belakang.
8. Sakit pada sendi rahang (temporomandibular joint).
Temporomandibular joint (TMJ) adalah sendi yang menghubungkan rahang bawah anda
kepada tengkorak. Sekiranya TMJ mengalami trauma atau sebarang sindrom, sakit yang dirasai
boleh mirip seperti sakit gigi.
5.3 Rawatan sakit gigi.
Jenis rawatan untuk sakit gigi
bergantung kepada penyebab sakit tersebut.
Oleh yang demikian, doktor gigi anda akan
memeriksa dan melakukan ujian seperti x-
ray untuk mengesahkan punca kesakitan
dan mencadangkan rawatan yang sesuai
seperti tampalan, rawatan salur akar (root
canal treatment) atau cabutan. Penggunaan
ubat tahan sakit hanyalah penyelesaian
sementara. Punca sakit gigi itu sendiri haus
ditangani dan dihapuskan dengan rawatan
spesifik yang akan diterangkan dengan
lebih lanjut oleh doktor gigi anda..Rawatan
terbaik untuk sakit gigi adalah pencegahan.
Kebanyakan punca yang telah dihuraikan
secara ringkas di atas boleh dielakkan dengan menjaga kebersihan mulut anda dengan baik dan
lengkap setiap hari. Memberus gigi, flos, mengurangkan makanan dan minuman bergula serta
berhenti merokok adalah cara terbaik untuk mencegah sakit gigi. Semuanya bermula daripada
anda, dan sekarang masih tidak terlalu lewat untuk mengambil langkah pertama.
10
6.0 PROGRAM GOSOK GIGI PERDANA
6.1 Pengenalan
Program ini merupakan suatu program kesihatan yang memfokuskan kepada kesihatan
pergigian murid-murid melalui pendedahan terhadap pencegahan kerosakan gigi dan demonstrasi
kaedah menggosok gigi dengan betul yang akan disampaikan oleh jururawat pergigian dari Klinik
Pergigian Batu Arang yang telah dijemput khas oleh pihak sekolah.Program ini bertujuan untuk
memberi kesedaran kepada murid tentang peri pentingnya penjagaan kesihatan gigi bagi setiap
individu. Melalui tayangan video dan ceramah yang disampaikan, murid akan mendapat input
berguna dan membina pengetahuan baru tentang kepentingan penjagaan kesihatan gigi.
Selain itu, program ini juga dapat membantu murid-murid untuk membina gaya hidup yang
sihat berkaitan dengan cara penjagaan gigi yang betul. Murid-murid dapat mengamalkan tabiat
amalan hidup sihat dan menjaga kesihatan gigi mereka dengan baik. Murid-murid boleh membina
semangat kerjasama sesama mereka dan saling membantu rakan-rakan untuk menggosok gigi
dengan cara yang betul sewaktu demonstrasi menggosok gigi berlangsung.Di samping itu,
program ini juga dapat memberi pengalaman yang baru kepada guru-guru pelatih tentang cara
untuk mengendalikan sesuatu program serta memberikan pendedahan awal kepada guru pelatih
tentang suasana di sekolah.
6.2 Objektif program.
Program ini mensasarkan beberapa objektif yang ingin dicapai:
 Memberi pendedahan tentang cara penjagaan gigi yang betul kepada murid.
 Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan penjagaan gigi dalam kehidupan
seharian.
 Membantu murid membina gaya hidup yang sihat.
 Melahirkan generasi yang sihat dan cerdas.
6.3 Sasaran
Semua murid Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran Perdana , Selangor.
11
6.4 Tarikh , hari , masa dan tempat program.
Tarikh : 5 Mei 2014
Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat : Dewan Gemilang Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran
Perdana ,Selangor.
6.5 Ahli jawatankuasa
6.5.1 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM GOSOK GIGI PERDANA
PENGERUSI
EN AZMAN BIN MOHD.ARIS (GB)
TIMBALAN PENGERUSI
PN HOO SIAW HUA (PK HEM)
NAIB PENGERUSI (I)
EN DZULKEFLI B HASHIM
PENYELARAS
EN MOHD GHAZALI BIN HAJI ANUAR
SETIAUSAHA (I)
AINNATUL AMIRAH BT YAAKUB
NAIB PENGERUSI (II)
PN SITI KHADIJAH BT YAAKOB (PK KO)
URUSETIA
SEMUA GURU
BENDAHARI
ABDUL FATAH BIN SHAARI
SETIAUSAHA (II)
NOR SUHADA BT KAMARUDIN
12
6.6 Tentatif program
SESI 1
Tahap 1 ( Tahun 1, 2, 3 )
MASA AKTIVITI
8.45 – 9.00
9.00 – 9.30
9.15 – 9.45
9.45 – 10.15
10.15 – 11.00
Murid bergerak ke Dewan Gemilang
Ceramah Kesihatan Pergigian
Pameran kesihatan Pergigian
Tayangan video
Demonstrasi cara menggosok gigi
SESI 2
Tahap 2 ( Tahun 4, 5, 6 )
MASA AKTIVITI
11.00 – 11.15
11.15 - 11.45
11.45 – 12.15
12.15 - 12.45
12.45 - 1.00
Murid bergerak ke Dewan Gemilang
Ceramah Kesihatan Pergigian
Pameran kesihatan Pergigian
Tayangan video
Demonstrasi cara menggosok gigi
13
7.0 AMALAN PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN YANG BAIK.
Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi
di kalangan kanak-kanak. Kesihatan pergigian yang baik membolehkan mereka mengunyah
makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas. Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang
baik merangkumi 3 langkah pencegahan utama seperti berikut:
7.1 Penjagaaan kebersihan gigi yang baik.
Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan
sebelum tidur malam. Guna ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak
semasa memberus gigi. Picitkan ubat gigi sebesar biji kacang soya sahaja
untuk anak yang berumur 2 tahun ke atas. Selia atau bantu anak anda
memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 8 tahun. Berkumur-
kumur dengan segera selepas makan atau minum jika tidak berkesempatan
memberus gigi. Jangan berkongsi berus gigi.Tukar berus gigi jika bulu
berusnya mula kembang.
7.2 Makan secara sihat.
Makan makanan yang seimbang. Lebihkan buah-buahan dan sayur-
sayuran segar. Elakkan menambah gula ke dalam minuman kanak-
kanak. Sekiranya menggunakan botol susu, pastikan minuman tersebut
tidak mengandungi gula. Jangan sekali-kali mencelup puting botol susu
ke dalam gula atau manisan.Elakkan minum minuman berkarbonat dan
jus buah-buahan bergula kerana kandungan gulanya tinggi.
7.3 Pemeriksaan pergigian secara berkala.
Bawalah anak anda berjumpa doktor pergigian atau jururawat
untuk pemeriksaan seawal usia untuk membiasakan mereka dengan
suasana klinik pergigian.Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-
kurangnya sekali setahun tetapi bagi mereka yang berisiko tinggi
mendapat kerosakan gigi ( karies gigi ), pemeriksaan lebih kerap
mungkin diperlukan.Segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari
doktor pergigian jika berlaku kecederaan gigi atau mengalami masalah pergigian.
14
8.0 KESIMPULAN
Perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah penjagaan pergigian asas termasuk
pendidikan kesihatan pergigian, pemeriksaan tampalan, penskaleran dan penggilapan gigi. Jika
rawatan yang kompleks diperlukan, murid-murid sekolah tersebut akan dirujuk kepada pegawai
pergigian atau pakar pergigian. Di samping itu, semua murid sekolah rendah dan menengah tajaan
kerajaan yang diberi keizinan oleh ibu bapa atau penjaga layak menerima rawatan. Di samping itu,
Program Gosok Gigi Perdana yang dijalankan oleh pihak sekolah adalah untuk menggalakkan
murid-murid faham dan tahu kaedah penjagaan gigi dan mulut dengan betul.
Matlamat program ini adalah berkongsi maklumat kepada murid-murid sekolah dan guru-
guru tentang cara dan kaedah dalam penjagaan gigi dan mulut. Program ini juga selaras dengan
objektif Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi membantu mengurangkan masalah gigi di kalangan
kanak-kanak. Masalah yang sering berlaku adalah masalah kaviti yang menjadi masalah kesihatan
mulut yang paling utama di dunia.
Program ini mengajar mereka prinsip asas penjagaan gigi. Oleh itu murid-murid dan guru-
guru dapat menyedari kepentingan kebersihan mulut yang baik.. Sasaran program adalah murid-
murid sekolah, di samping memberikan risalah interaktif untuk dibawa pulang oleh murid-murid
berkenaan. Oleh itu, program ini dapat disampaikan terus ke rumah bagi memudahkan mereka
mengamalkan cara penjagaan gigi dengan betul.
Hasil program ini memberi kesan yang positif kepada murid-murid sekolah. Penjagaan gigi
tersebut memang baik dan memberikan faedah kepada murid-murid sekolah. Murid-murid sekolah
akan belajar untuk menjaga gigi amereka terutama apabila mengetahui manfaatnya untuk jangka
panjang. Program ini juga menjdi sumber pengetahuan untuk ibu bapa termasuk ibu bapa muda
yang mahu mengajar anak mereka memberus gigi dengan betul. Akhir sekali, program ini memberi
implikasi dalam keyakinan kanak-kanak. Mereka akan yakin untuk bergaul dengan rakan mereka
apabila mereka mempunyai gigi yang cantik dan senyuman yang ceria.
15
BIBLIOGRAFI
Rujukan buku :
Abdul Latif Ahmad(2002). Pke3104 Pengenalan Program Kesihatan Sekolah. IPG Kampus Tun
Hussein Onn Batu Pahat Johor
Dr. Abd Rahim Bin Mohd Shariff & Nik Mohd Zaki Bin Nik Mohamed. Modul Program
Kesihatan Sekolah. Pusat Pendidikan Luar. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Izham Mohd Ibrahim.(1998). Mendekati Promosi Kesihatan. Shah Alam. Dewan Kosmik
Green L. W., Krueter M. W. (2005). Health Program Planning: An Educational and Ecological
Approach. 4th edition. New York: McGraw-Hill
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999). Sukatan Pelajaran
Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Modul Asas Promosi Kesihatan (2011). Kementerian Kesihatan Malaysia. Putrajaya
Rujukan internet :
Abs Survi . 2013. Pemeriksaan dan Rawatan Pergigian. Telah dimuat turun pada 18 April 2015
dari http://smkbtkokurikulum.blogspot.com/2013/07/pelajar-mendapat-kemudahan-rawatan-
gigi.html
Alyssa Faizureen 2013. Nota ringkas Pendidikan Kesihatan Sekolah. Telah dimuat turun pada 19
April 2015 dari http://nota-notapismppj.blogspot.com/2013/05/nota-ringkas-pendidikan-
kesihatan.html
Cauchy Murtopo 2013. 10 Penyebab Sakit Gigi. Telah dimuat turun pada 20 April 2015 dari
https://cauchymurtopo.wordpress.com/2013/03/25/10-penyebab-sakit-gigi/
Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar 2012. Perkhidmatan Pergigian Sekolah. Telah dimuat turun
pada 16 April 2015 dari
http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/pergigian/umum/perkhidmatan-pergigian-sekolah

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroAfifah Yusoff
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasMarina Masdar
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumNoradilah Hj Nain
 
Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakNur Kareena
 
Power point strategi pengajaran inovatif
Power point strategi pengajaran inovatifPower point strategi pengajaran inovatif
Power point strategi pengajaran inovatifmiahanni
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompokAthirah Anith Ariffin
 
Program kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahProgram kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahMohd Faizal Jan
 
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdpPerbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdpfaizzuddinz
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran
Inovasi pengajaran dan_pembelajaranInovasi pengajaran dan_pembelajaran
Inovasi pengajaran dan_pembelajaranRiyanSah2
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasNurhaliza Hamid
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarHananie Halim
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifRekha Mariappan
 
Boneka prasekolah
Boneka prasekolahBoneka prasekolah
Boneka prasekolaheela5346
 

Mais procurados (20)

PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran Makro
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
 
Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 
Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanak
 
Power point strategi pengajaran inovatif
Power point strategi pengajaran inovatifPower point strategi pengajaran inovatif
Power point strategi pengajaran inovatif
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
 
Program kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahProgram kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolah
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdpPerbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran
Inovasi pengajaran dan_pembelajaranInovasi pengajaran dan_pembelajaran
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran
 
Kajian masa depan
Kajian masa depanKajian masa depan
Kajian masa depan
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
 
Boneka prasekolah
Boneka prasekolahBoneka prasekolah
Boneka prasekolah
 

Semelhante a Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah

KESIHATAN MULUT DAN GIGI KANAK-KANAK & PELAJAR SEKOLAH RENDAH
KESIHATAN MULUT DAN GIGI KANAK-KANAK & PELAJAR SEKOLAH RENDAHKESIHATAN MULUT DAN GIGI KANAK-KANAK & PELAJAR SEKOLAH RENDAH
KESIHATAN MULUT DAN GIGI KANAK-KANAK & PELAJAR SEKOLAH RENDAHChow Peng Yue
 
Penjagaan gigi
Penjagaan gigiPenjagaan gigi
Penjagaan gigiy yk
 
Ceramah pra sekolah
Ceramah pra sekolahCeramah pra sekolah
Ceramah pra sekolahSyafiq Ali
 
Pengurusan gigi kekal anterior yg teravulsi
Pengurusan gigi kekal anterior yg teravulsiPengurusan gigi kekal anterior yg teravulsi
Pengurusan gigi kekal anterior yg teravulsiAzreen Aj
 
Ceramah pergigian Pra Sekolah.pptx
Ceramah pergigian Pra Sekolah.pptxCeramah pergigian Pra Sekolah.pptx
Ceramah pergigian Pra Sekolah.pptxVince Lok
 
Kesihatan pergigian kanak kanak dan toddler
Kesihatan pergigian kanak kanak dan toddlerKesihatan pergigian kanak kanak dan toddler
Kesihatan pergigian kanak kanak dan toddlerManishahNaiduSeeniva
 
Rujukan Ibu Mengandung dan Toddler ke Klinik Pergigian
Rujukan Ibu Mengandung dan Toddler ke Klinik PergigianRujukan Ibu Mengandung dan Toddler ke Klinik Pergigian
Rujukan Ibu Mengandung dan Toddler ke Klinik PergigianYazmeen Alias
 
Dental trauma
Dental traumaDental trauma
Dental traumaAzreen Aj
 
Panduan Pameran Kesihatan Pergigian Berkumpulan
Panduan Pameran Kesihatan Pergigian BerkumpulanPanduan Pameran Kesihatan Pergigian Berkumpulan
Panduan Pameran Kesihatan Pergigian BerkumpulanChow Peng Yue
 
01. GIGI TAHUN 3.ppt
01. GIGI TAHUN 3.ppt01. GIGI TAHUN 3.ppt
01. GIGI TAHUN 3.pptssusera0f988
 
Taklimat Dental Public Health Specialist Unit (DPHSU).pptx
Taklimat Dental Public Health Specialist Unit (DPHSU).pptxTaklimat Dental Public Health Specialist Unit (DPHSU).pptx
Taklimat Dental Public Health Specialist Unit (DPHSU).pptxAzreen Aj
 
Pemakanan sihat toddler
Pemakanan sihat toddlerPemakanan sihat toddler
Pemakanan sihat toddlernorazreen aj
 
Ceramah gigi sek.men 2018
Ceramah gigi sek.men 2018Ceramah gigi sek.men 2018
Ceramah gigi sek.men 2018Azreen Aj
 
Indonesia bebas karies 2030
Indonesia bebas karies 2030Indonesia bebas karies 2030
Indonesia bebas karies 2030nia nurhaeni
 
Laporan karnival prihatin (program khidmat masyarakat) 2018
Laporan karnival prihatin (program khidmat masyarakat) 2018Laporan karnival prihatin (program khidmat masyarakat) 2018
Laporan karnival prihatin (program khidmat masyarakat) 2018Azreen Aj
 
Tugasan 3 (b)
Tugasan 3 (b)Tugasan 3 (b)
Tugasan 3 (b)azurai
 
Tugasan 3 (b)
Tugasan 3 (b)Tugasan 3 (b)
Tugasan 3 (b)azurai
 

Semelhante a Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah (20)

KESIHATAN MULUT DAN GIGI KANAK-KANAK & PELAJAR SEKOLAH RENDAH
KESIHATAN MULUT DAN GIGI KANAK-KANAK & PELAJAR SEKOLAH RENDAHKESIHATAN MULUT DAN GIGI KANAK-KANAK & PELAJAR SEKOLAH RENDAH
KESIHATAN MULUT DAN GIGI KANAK-KANAK & PELAJAR SEKOLAH RENDAH
 
Penjagaan gigi
Penjagaan gigiPenjagaan gigi
Penjagaan gigi
 
Ceramah pra sekolah
Ceramah pra sekolahCeramah pra sekolah
Ceramah pra sekolah
 
Pengurusan gigi kekal anterior yg teravulsi
Pengurusan gigi kekal anterior yg teravulsiPengurusan gigi kekal anterior yg teravulsi
Pengurusan gigi kekal anterior yg teravulsi
 
Ceramah pergigian Pra Sekolah.pptx
Ceramah pergigian Pra Sekolah.pptxCeramah pergigian Pra Sekolah.pptx
Ceramah pergigian Pra Sekolah.pptx
 
Kesihatan pergigian kanak kanak dan toddler
Kesihatan pergigian kanak kanak dan toddlerKesihatan pergigian kanak kanak dan toddler
Kesihatan pergigian kanak kanak dan toddler
 
Rujukan Ibu Mengandung dan Toddler ke Klinik Pergigian
Rujukan Ibu Mengandung dan Toddler ke Klinik PergigianRujukan Ibu Mengandung dan Toddler ke Klinik Pergigian
Rujukan Ibu Mengandung dan Toddler ke Klinik Pergigian
 
Dental trauma
Dental traumaDental trauma
Dental trauma
 
Panduan Pameran Kesihatan Pergigian Berkumpulan
Panduan Pameran Kesihatan Pergigian BerkumpulanPanduan Pameran Kesihatan Pergigian Berkumpulan
Panduan Pameran Kesihatan Pergigian Berkumpulan
 
fluoride.pptx
fluoride.pptxfluoride.pptx
fluoride.pptx
 
PAKK3243 Sumbing
PAKK3243 SumbingPAKK3243 Sumbing
PAKK3243 Sumbing
 
01. GIGI TAHUN 3.ppt
01. GIGI TAHUN 3.ppt01. GIGI TAHUN 3.ppt
01. GIGI TAHUN 3.ppt
 
Taklimat Dental Public Health Specialist Unit (DPHSU).pptx
Taklimat Dental Public Health Specialist Unit (DPHSU).pptxTaklimat Dental Public Health Specialist Unit (DPHSU).pptx
Taklimat Dental Public Health Specialist Unit (DPHSU).pptx
 
Pemakanan sihat toddler
Pemakanan sihat toddlerPemakanan sihat toddler
Pemakanan sihat toddler
 
Presentation rusdianah
Presentation rusdianahPresentation rusdianah
Presentation rusdianah
 
Ceramah gigi sek.men 2018
Ceramah gigi sek.men 2018Ceramah gigi sek.men 2018
Ceramah gigi sek.men 2018
 
Indonesia bebas karies 2030
Indonesia bebas karies 2030Indonesia bebas karies 2030
Indonesia bebas karies 2030
 
Laporan karnival prihatin (program khidmat masyarakat) 2018
Laporan karnival prihatin (program khidmat masyarakat) 2018Laporan karnival prihatin (program khidmat masyarakat) 2018
Laporan karnival prihatin (program khidmat masyarakat) 2018
 
Tugasan 3 (b)
Tugasan 3 (b)Tugasan 3 (b)
Tugasan 3 (b)
 
Tugasan 3 (b)
Tugasan 3 (b)Tugasan 3 (b)
Tugasan 3 (b)
 

Mais de Ahmad NazRi

Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihanAhmad NazRi
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiAhmad NazRi
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruAhmad NazRi
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi namaAhmad NazRi
 
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuTugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuAhmad NazRi
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporanAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Ahmad NazRi
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Ahmad NazRi
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikAhmad NazRi
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruAhmad NazRi
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikAhmad NazRi
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hokiAhmad NazRi
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmAhmad NazRi
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola balingAhmad NazRi
 

Mais de Ahmad NazRi (20)

Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
 
Topeng muka
Topeng mukaTopeng muka
Topeng muka
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guru
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi nama
 
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuTugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporan
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
 
Story board
Story boardStory board
Story board
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guru
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Tugasan p.moral
Tugasan p.moralTugasan p.moral
Tugasan p.moral
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
 

Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah

  • 1. KANDUNGAN HALAMAN 1.0 PENGENALAN PROGRAM KESIHATAN MULUT 3 2.0 MATLAMAT DAN KONSEP PROGRAM KESIHATAN MULUT 3 3.0 JENIS – JENIS GIGI 5 4.0 JENIS PENYAKIT MULUT 6 4.1 Ulser dalam mulut. 7 4.2 Bengkak dalam mulut. 7 4.3 Kanser mulut. 7 5.0 KEPENTINGAN PENJAGAAN GIGI, PENYAKIT GIGI DAN RAWATAN. 8 5.1 Kepentingan gigi primer (gigi susu) 8 5.2 Punca utama radang pulpa 8 5.3 Rawatan sakit gigi. 10 6.0 PROGRAM GOSOK GIGI PERDANA 11 6.1 Pengenalan 11 6.2 Objektif program. 11 6.3 Sasaran 11 6.4 Tarikh , hari , masa dan tempat program. 12 6.5 Ahli jawatankuasa 12 6.6 Tentatif program 13 7.0 AMALAN PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN YANG BAIK. 14 7.1 Penjagaaan kebersihan gigi yang baik. 14 7.2 Makan secara sihat. 14 7.3 Pemeriksaan pergigian secara berkala. 14 8.0 KESIMPULAN 15 BIBLIOGRAFI 16
  • 2. 2 1.0 PENGENALAN PROGRAM KESIHATAN MULUT Kesihatan mulut adalah berkaitan dengan penjagaan gigi dan mulut yang sangat penting. Program kesihatan mulut ini seharusnya dibuat bagi memberikan kesedaran kepada murid-murid di sekolah betapa pentingnya penjagaan mulut dan gigi. Program ini mendedahkan kepada murid- murid mengenai penjagaan gigi yang lebih baik dan bukan hanya dengan memberus gigi dua atau tiga kali sehari malahan banyak lagi perkara yang perlu dititikberatkan sebagai langkah penjagaan gigi. Program sedemikian bukan sahaja mengenai penjagaan gigi tetapi juga merangkumi kesihatan mulut yang tanpa disedari boleh membawa gejala penyakit mulut yang kronik. Hal ini kerana, masyarakat sekarang terdedah dengan makanan yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi dan tanpa kita sedari penjagaan gigi tidak terurus boleh mendatangkan masalah sakit gigi atau di bahagian mulut yang berpanjangan. Dengan adanya kempen seperti ini di setiap sekolah, kanak-kanak akan lebih peka dengan memulakan penjagaan gigi sejak kecil. Rawatan pergigian biasanya dibuat setahun sekali di sekolah. Perkhidmatan pergigian sekolah ini telah diperkenalkan pada tahun 1985. Penjagaan Kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberikan untuk memastikan agar murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan. Jururawat pergigian akan merawat dan memeriksa murid-murid tersebut di bawah penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian. Manakala rawatan pergigian ini dilaksanakan secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran kepada murid-murid. 2.0 MATLAMAT DAN KONSEP PROGRAM KESIHATAN MULUT Program ini mula diperkenalkan pada tahun 1985. Rawatan pergigian biasanya dibuat setahun sekali di sekolah. Perkhidmatan pergigian sekolah ini telah diperkenalkan pada tahun 1985. Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberikan untuk memastikan agar murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan.
  • 3. 3 Jururawat pergigian akan merawat dan memeriksa murid-murid tersebut di bawah penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian. Manakala rawatan pergigian ini dilaksanakan secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran kepada murid-murid. Perkhidmatan ini dijalankan dengan tiga cara iaitu Klinik Pergigian Sekolah, Pasukan Pergigian Bergerak dan Klinik Pergigian Bergerak. Klinik-klinik pergigian sekolah ini terletak dalam bilik khas di sekolah-sekolah rendah dan menengah tajaan kerajaan yang terpilih. Kebanyakan sekolah yang mempunyai perkhidmatan ini adalah sekolah yang berada di kawasan bandar dan sekolah-sekolah khas. Oleh itu, ini memudahkan bagi murid-murid yang menghadapi masalah gigi atau ingin mencabut gigi mereka. Perkhidmatan ini sekali gus dapat mengurangkan masalah kerosakan gigi dalam kalangan murid-murid sekolah lebih-lebih lagi kanak-kanak sekolah rendah. Selain itu, perkhidmatan pergigian juga dijalankan melalui Pasukan Pergigian Bergerak. Pasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid-murid sekolah termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman. Biasanya mereka akan datang setahun sekali. Klinik pergigian sementara akan diadakan di tempat yang sesuai di sekolah dengan menggunakan peralatan mudah alih. Kemudian setiap rekod kesihatan ini akan disimpan oleh guru kelas atau guru kesihatan setiap sekolah. Oleh itu, murid-murid di luar bandar juga tidak terkecuali daripada menjaga gigi dan mulut mereka. Klinik Pergigian Bergerak pula memberikan perkhidmatan kepada murid-murid di sekolah yang mempunyai ruang terhad dengan membawa satu van atau lori yang telah diubahsuai dan dilengkapi alat-alat mudah alih untuk menjalankan pemeriksaan gigi. Klinik bergerak ini memudahkan sekolah yang kecil dan memiliki bilik yang terhad memberi perkhidmatan pergigian. Oleh itu, melalui tiga cara perkhidmatan pergigian ini disampaikan menunjukkan tidak ada sekolah yang tidak diberikan rawatan pergigian dan tidak ada alasan untuk kanak-kanak memiliki gigi yang cantik dan bersih ketika mencecah usia dewasa kelak.
  • 4. 4 3.0 JENIS – JENIS GIGI Tanpa adanya gigi, manusia akan menghadapi kesukaran untuk mengunyah makanan yang dimakannya. Tugas gigi termasuk dalam sistem pencernaan. Manusia memiliki empat jenis gigi yang mempunyai tugas masing-masing iaitu : 1. Gigi seri ( Gigi kacip) Gigi seri adalah gigi yang memiliki satu akar yang berfungsi untuk memotong dan mengerat makanan atau benda lain. Cirinya berbentuk pipih dan tajam untuk menghiris makanan. 2. Gigi taring Gigi taring adalah gigi yang memiliki satu akar dan memiliki fungsi untuk mengoyak makanan atau benda lain. Hujungnya yang runcing untuk menghiris makanan. 3. Gigi pra-molar (geraham depan) Gigi graham kecil adalah gigi yang mempunyai dua akar yang berguna / berfungsi untuk menggilas dan mengunyah makanan atau benda lainnya. Bentuknya berlekuk-lekuk berfungsi untuk mengiris dan melembutkan makanan. 4. Gigi molar (geraham belakang) Gigi geraham adalah gigi yang memiliki tiga akar yang memiliki fungsi untuk melumat dan mengunyah makanan atau benda-benda lainnya. Bentuknya berlekuk-lekuk berguna untuk melembutkan makanan. Jadual 1 : Jenis Gigi
  • 5. 5 4.0 JENIS PENYAKIT MULUT Antara penyakit mulut yang biasa menyerang kanak-kanak ialah : Karies gigi (gigi belubang) Periodontal (gusi) Maloklusi (gigi tak teratur)  Hasil tindak balas antara plak dan gula menghasilkan toksin dan retakkan permukaan luar gigi(enamel)  Gigi berlubang dan karies gigi bermula Karies Gigi  Melibatkan gusi dan tisu yang menyokong gigi  Berpunca dari toksin yang dihasilkan oleh bakteria  Gusi kelihatan merah bengkak dan mudah berdarah Penyakit Gusi  Satu keadaan susunan gigi yg tidak teratur  Contoh  Gigi jongang  Gigi berlapis  Akibat tabiat buruk seperti hisap jari dan puting  Keturunan dan hilang gigi terlalu awal Gigi Tak Teratur Jadual 2 : Penyakit mulut kanak-kanak
  • 6. 6 Antara penyakit lain yang menyerang mulut manusia jika tidak dijaga dengan baik ialah : 4.1 Ulser dalam mulut. Sebahagian besar rakyat Malaysia mengalami ulser. Ulser boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:- 4.1.1 Ulser minor. 4.1.2 Ulser major 4.1.3 Ulser herpetiform 4.2 Bengkak dalam mulut. Keadaan ini merupakan perubahan luar biasa yang bertangkai atau tidak bertangkai. 4.2.1 Granuloma piogen 4.2.2 Granuloma periferi 4.2.3 Polip fibro-epitelium 4.2.4 Hiperplasiadentur 4.3 Kanser mulut. Penyakit mulut yang meliputi bibir, lantai mulut, bahagian dalam pipi, lidah dan gusi. Ia mengganggu fungsi seseorang untuk makan, bercakap, bernafas, menelan dan menanggung kesakitan. Lebih 90% kes kanser mulut melibatkan lapisan luar mukosa mulut.
  • 7. 7 5.0 KEPENTINGAN PENJAGAAN GIGI, PENYAKIT GIGI DAN RAWATAN. 5.1 Kepentingan gigi primer (gigi susu) Aspek yang terpenting bagi penjagaan gigi dan gusi ialah kebersihan mulut yang baik sama ada di rumah mahu pun ketika di sekolah. Kebanyakan gigi hilang/tercabut disebabkan penyakit gusi dan masalah ini boleh diatasi dengan penjagaan di rumah yang sempurna dan temujanji berkala dengan doktor gigi. Seperti mana gigi kekal sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga sepatutnya tahan sehingga gigi kekal mula tumbuh. Gigi susu kanak-kanak digunakan untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik. Ia juga menyediakan ruang di dalam rahang untuk gigi kekal tumbuh. Ini dapat mengelakkan gigi kekal tumbuh senget atau bertindih. Adalah penting untuk melindungi anak anda dari kerosakan/pereputan gigi susu yang menyakitkan.Sakit gigi boleh bermula dengan tiba-tiba atau secara beransur-ansur, juga sakit sepanjang masa atau cuma sakit akibat stimulasi. Sebab utama sakit gigi terjadi adalah apabila pulpa (lapisan gigi paling dalam di mana terdapatnya tisu lembut yang terdiri daripada salur darah dan saraf yang sensitif) meradang. 5.2 Punca utama radang pulpa adalah: 1. Karies gigi. Karies gigi yang dibiarkan untuk tempoh panjang sehingga mencapai tahap kronik adalah sebab utama anda sakit gigi. Pada mulanya, karies cuma ada pada permukaan enamel (lapisan paling luar). Jika dibiarkan, ia akan mula merebak ke lapisan dentin (lapisan kedua, antara enamel dan pulpa). Karies pada dentin boleh menyebabkan rasa ngilu atau sakit ketika anda mengambil minuman sejuk. Tanpa rawatan yang sepatutnya, karies akan merebak ke pulpa. Apabila karies tiba di pulpa, kuman mula memainkan peranannya; melakukan kemusnahan berganda. Pulpa yang terkesan teruk akibat karies ini akan mati, lalu kuman karies akan mengembara melalui saluran akar dan menyebabkan terjadinya abses (pembentukan nanah). Abses boleh menyebabkan kebengkakan dan sakit berdenyut-denyut yang berterusan sehinggalah rawatan yang sesuai diberikan.
  • 8. 8 2. Gigi retak (cracked tooth). Retakan pada gigi muncul dengan jalur retak yang halus yang kadang-kadang tidak kelihatan pada mata kasar. Jika doktor anda mengesyaki gigi anda sakit kerana retak, terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengesahkan keadaan ini. 3. Tampalan lama yang telah longgar, pecah atau tercabut. Setelah beberapa tahun, tampalan lama pada gigi mungkin akan mengalami sedikit kerosakan. Ia mungkin pecah sedikit di bahagian tepi, longgar atau tercabut. Semua keadaan ini boleh menyebabkan ‘kebocoran’ yang boleh membuka jalan kepada kuman untuk masuk ke dalam gigi dan menyebabkan jangkitan atau karies. 4. Gusi mengecut (receding gum). Akibat penyakit gusi kronik, gusi boleh mengecut dan mendedahkan bahagian akar gigi. Bahagian akar gigi lebih sensitif kepada haba berbanding bahagian korona, jadi gigi mungkin akan terasa ngilu setiap kali anda cuba menikmati minuman berais. Terdedahnya akar gigi juga bermakna akar cenderung kepada pembentukan karies yang seterusnya boleh menyebabkan kesakitan.. Selain itu, terdapat beberapa kondisi yang boleh menyebabkan sakit menyerupai sakit gigi walaupun gigi berkenaan sihat dan tiada radang pulpa, iaitu: 5. Abses pada gusi (periodontal and gingival abscess). Pengumpulan nanah pada gusi disebabkan oleh jangkitan kuman akibat trauma atau penyakit gusi kronik. Oleh kerana bengkak sering didapati berdekatan dengan gigi, kesakitan yang dialami boleh disalah tafsir sebagai sakit gigi. 6. Ulser pada gusi berdekatan gigi. Sakit ketika gigi hendak keluar, contohnya gigi bongsu. Ketika gigi bongsu keluar, gusi di sekelilingnya boleh dijangkiti kuman dan membengkak sekiranya kebersihan tidak dijaga dengan teliti. . Sakit gigi bongsu juga kadang-kadang boleh merebak sehingga ke rahang dan telinga.
  • 9. 9 7. Sinusitis atau resdung. Oleh kerana akar gigi atas selalunya terletak berdekatan sinus (terutamanya maxillary sinus) dan saraf pada bahagian muka saling berkaitan antara satu sama lain, sinusitis boleh menyebabkan anda rasa sakit pada gigi terutamanya gigi atas di bahagian belakang. 8. Sakit pada sendi rahang (temporomandibular joint). Temporomandibular joint (TMJ) adalah sendi yang menghubungkan rahang bawah anda kepada tengkorak. Sekiranya TMJ mengalami trauma atau sebarang sindrom, sakit yang dirasai boleh mirip seperti sakit gigi. 5.3 Rawatan sakit gigi. Jenis rawatan untuk sakit gigi bergantung kepada penyebab sakit tersebut. Oleh yang demikian, doktor gigi anda akan memeriksa dan melakukan ujian seperti x- ray untuk mengesahkan punca kesakitan dan mencadangkan rawatan yang sesuai seperti tampalan, rawatan salur akar (root canal treatment) atau cabutan. Penggunaan ubat tahan sakit hanyalah penyelesaian sementara. Punca sakit gigi itu sendiri haus ditangani dan dihapuskan dengan rawatan spesifik yang akan diterangkan dengan lebih lanjut oleh doktor gigi anda..Rawatan terbaik untuk sakit gigi adalah pencegahan. Kebanyakan punca yang telah dihuraikan secara ringkas di atas boleh dielakkan dengan menjaga kebersihan mulut anda dengan baik dan lengkap setiap hari. Memberus gigi, flos, mengurangkan makanan dan minuman bergula serta berhenti merokok adalah cara terbaik untuk mencegah sakit gigi. Semuanya bermula daripada anda, dan sekarang masih tidak terlalu lewat untuk mengambil langkah pertama.
  • 10. 10 6.0 PROGRAM GOSOK GIGI PERDANA 6.1 Pengenalan Program ini merupakan suatu program kesihatan yang memfokuskan kepada kesihatan pergigian murid-murid melalui pendedahan terhadap pencegahan kerosakan gigi dan demonstrasi kaedah menggosok gigi dengan betul yang akan disampaikan oleh jururawat pergigian dari Klinik Pergigian Batu Arang yang telah dijemput khas oleh pihak sekolah.Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang peri pentingnya penjagaan kesihatan gigi bagi setiap individu. Melalui tayangan video dan ceramah yang disampaikan, murid akan mendapat input berguna dan membina pengetahuan baru tentang kepentingan penjagaan kesihatan gigi. Selain itu, program ini juga dapat membantu murid-murid untuk membina gaya hidup yang sihat berkaitan dengan cara penjagaan gigi yang betul. Murid-murid dapat mengamalkan tabiat amalan hidup sihat dan menjaga kesihatan gigi mereka dengan baik. Murid-murid boleh membina semangat kerjasama sesama mereka dan saling membantu rakan-rakan untuk menggosok gigi dengan cara yang betul sewaktu demonstrasi menggosok gigi berlangsung.Di samping itu, program ini juga dapat memberi pengalaman yang baru kepada guru-guru pelatih tentang cara untuk mengendalikan sesuatu program serta memberikan pendedahan awal kepada guru pelatih tentang suasana di sekolah. 6.2 Objektif program. Program ini mensasarkan beberapa objektif yang ingin dicapai:  Memberi pendedahan tentang cara penjagaan gigi yang betul kepada murid.  Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan penjagaan gigi dalam kehidupan seharian.  Membantu murid membina gaya hidup yang sihat.  Melahirkan generasi yang sihat dan cerdas. 6.3 Sasaran Semua murid Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran Perdana , Selangor.
  • 11. 11 6.4 Tarikh , hari , masa dan tempat program. Tarikh : 5 Mei 2014 Hari : Selasa Masa : 9.00 pagi – 1.00 tengahari Tempat : Dewan Gemilang Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran Perdana ,Selangor. 6.5 Ahli jawatankuasa 6.5.1 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM GOSOK GIGI PERDANA PENGERUSI EN AZMAN BIN MOHD.ARIS (GB) TIMBALAN PENGERUSI PN HOO SIAW HUA (PK HEM) NAIB PENGERUSI (I) EN DZULKEFLI B HASHIM PENYELARAS EN MOHD GHAZALI BIN HAJI ANUAR SETIAUSAHA (I) AINNATUL AMIRAH BT YAAKUB NAIB PENGERUSI (II) PN SITI KHADIJAH BT YAAKOB (PK KO) URUSETIA SEMUA GURU BENDAHARI ABDUL FATAH BIN SHAARI SETIAUSAHA (II) NOR SUHADA BT KAMARUDIN
  • 12. 12 6.6 Tentatif program SESI 1 Tahap 1 ( Tahun 1, 2, 3 ) MASA AKTIVITI 8.45 – 9.00 9.00 – 9.30 9.15 – 9.45 9.45 – 10.15 10.15 – 11.00 Murid bergerak ke Dewan Gemilang Ceramah Kesihatan Pergigian Pameran kesihatan Pergigian Tayangan video Demonstrasi cara menggosok gigi SESI 2 Tahap 2 ( Tahun 4, 5, 6 ) MASA AKTIVITI 11.00 – 11.15 11.15 - 11.45 11.45 – 12.15 12.15 - 12.45 12.45 - 1.00 Murid bergerak ke Dewan Gemilang Ceramah Kesihatan Pergigian Pameran kesihatan Pergigian Tayangan video Demonstrasi cara menggosok gigi
  • 13. 13 7.0 AMALAN PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN YANG BAIK. Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di kalangan kanak-kanak. Kesihatan pergigian yang baik membolehkan mereka mengunyah makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas. Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik merangkumi 3 langkah pencegahan utama seperti berikut: 7.1 Penjagaaan kebersihan gigi yang baik. Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur malam. Guna ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak semasa memberus gigi. Picitkan ubat gigi sebesar biji kacang soya sahaja untuk anak yang berumur 2 tahun ke atas. Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 8 tahun. Berkumur- kumur dengan segera selepas makan atau minum jika tidak berkesempatan memberus gigi. Jangan berkongsi berus gigi.Tukar berus gigi jika bulu berusnya mula kembang. 7.2 Makan secara sihat. Makan makanan yang seimbang. Lebihkan buah-buahan dan sayur- sayuran segar. Elakkan menambah gula ke dalam minuman kanak- kanak. Sekiranya menggunakan botol susu, pastikan minuman tersebut tidak mengandungi gula. Jangan sekali-kali mencelup puting botol susu ke dalam gula atau manisan.Elakkan minum minuman berkarbonat dan jus buah-buahan bergula kerana kandungan gulanya tinggi. 7.3 Pemeriksaan pergigian secara berkala. Bawalah anak anda berjumpa doktor pergigian atau jururawat untuk pemeriksaan seawal usia untuk membiasakan mereka dengan suasana klinik pergigian.Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang- kurangnya sekali setahun tetapi bagi mereka yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi ( karies gigi ), pemeriksaan lebih kerap mungkin diperlukan.Segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor pergigian jika berlaku kecederaan gigi atau mengalami masalah pergigian.
  • 14. 14 8.0 KESIMPULAN Perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah penjagaan pergigian asas termasuk pendidikan kesihatan pergigian, pemeriksaan tampalan, penskaleran dan penggilapan gigi. Jika rawatan yang kompleks diperlukan, murid-murid sekolah tersebut akan dirujuk kepada pegawai pergigian atau pakar pergigian. Di samping itu, semua murid sekolah rendah dan menengah tajaan kerajaan yang diberi keizinan oleh ibu bapa atau penjaga layak menerima rawatan. Di samping itu, Program Gosok Gigi Perdana yang dijalankan oleh pihak sekolah adalah untuk menggalakkan murid-murid faham dan tahu kaedah penjagaan gigi dan mulut dengan betul. Matlamat program ini adalah berkongsi maklumat kepada murid-murid sekolah dan guru- guru tentang cara dan kaedah dalam penjagaan gigi dan mulut. Program ini juga selaras dengan objektif Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi membantu mengurangkan masalah gigi di kalangan kanak-kanak. Masalah yang sering berlaku adalah masalah kaviti yang menjadi masalah kesihatan mulut yang paling utama di dunia. Program ini mengajar mereka prinsip asas penjagaan gigi. Oleh itu murid-murid dan guru- guru dapat menyedari kepentingan kebersihan mulut yang baik.. Sasaran program adalah murid- murid sekolah, di samping memberikan risalah interaktif untuk dibawa pulang oleh murid-murid berkenaan. Oleh itu, program ini dapat disampaikan terus ke rumah bagi memudahkan mereka mengamalkan cara penjagaan gigi dengan betul. Hasil program ini memberi kesan yang positif kepada murid-murid sekolah. Penjagaan gigi tersebut memang baik dan memberikan faedah kepada murid-murid sekolah. Murid-murid sekolah akan belajar untuk menjaga gigi amereka terutama apabila mengetahui manfaatnya untuk jangka panjang. Program ini juga menjdi sumber pengetahuan untuk ibu bapa termasuk ibu bapa muda yang mahu mengajar anak mereka memberus gigi dengan betul. Akhir sekali, program ini memberi implikasi dalam keyakinan kanak-kanak. Mereka akan yakin untuk bergaul dengan rakan mereka apabila mereka mempunyai gigi yang cantik dan senyuman yang ceria.
  • 15. 15 BIBLIOGRAFI Rujukan buku : Abdul Latif Ahmad(2002). Pke3104 Pengenalan Program Kesihatan Sekolah. IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat Johor Dr. Abd Rahim Bin Mohd Shariff & Nik Mohd Zaki Bin Nik Mohamed. Modul Program Kesihatan Sekolah. Pusat Pendidikan Luar. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mohd Izham Mohd Ibrahim.(1998). Mendekati Promosi Kesihatan. Shah Alam. Dewan Kosmik Green L. W., Krueter M. W. (2005). Health Program Planning: An Educational and Ecological Approach. 4th edition. New York: McGraw-Hill Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999). Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Modul Asas Promosi Kesihatan (2011). Kementerian Kesihatan Malaysia. Putrajaya Rujukan internet : Abs Survi . 2013. Pemeriksaan dan Rawatan Pergigian. Telah dimuat turun pada 18 April 2015 dari http://smkbtkokurikulum.blogspot.com/2013/07/pelajar-mendapat-kemudahan-rawatan- gigi.html Alyssa Faizureen 2013. Nota ringkas Pendidikan Kesihatan Sekolah. Telah dimuat turun pada 19 April 2015 dari http://nota-notapismppj.blogspot.com/2013/05/nota-ringkas-pendidikan- kesihatan.html Cauchy Murtopo 2013. 10 Penyebab Sakit Gigi. Telah dimuat turun pada 20 April 2015 dari https://cauchymurtopo.wordpress.com/2013/03/25/10-penyebab-sakit-gigi/ Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar 2012. Perkhidmatan Pergigian Sekolah. Telah dimuat turun pada 16 April 2015 dari http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/pergigian/umum/perkhidmatan-pergigian-sekolah