SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 47
Baixar para ler offline
ISI KANDUNGAN
BAB 1 PENGENALAN MUKA SURAT
1.1 Pendahuluan 4
1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu 6
1.3 Refleksi nilai pendidikan 7
1.4 Refleksi sorotan literatur 9
BAB 2 FOKUS KAJIAN/SOALAN KAJIAN
2.1 Tinjauan dan analisis masalah 14
2.2 Objektif kajian 15
2.3 Soalan kajian 15
2.4 Kumpulan sasaran 16
BAB 3 KAEDAH KAJIAN/TINDAKAN YANG DICADANGKAN
3.1 Perancangan tindakan 17
3.2 Perancangan cara mngumpulkan data 22
3.3 Perancangan cara menganalisis data 27
3.4 Perancangan pelaksanaan kajian 27
3.4.1 Jadual pelaksanaan
3.4.2 Kos kajian
BAB 4 TINJAUAN LITERATUR 30
BAB 5 PENUTUP 43
SENARAI RUJUKAN 44
LAMPIRAN 49
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pendidikan negara mengalami perkembangan selaras dengan perubahan yang telah
berlaku dalam merentasi zaman kemodenan. Ia bersesuaian dengan tujuan utama pendidikan yang
berfungsi mengembangkan potensi individu agar mereka lebih progresif dan berkualiti.
Pendidikan juga merupakan agensi terpenting dalam pembinaan bangsa. Justeru, selaras dengan
pembangunan dan transformasi dalam pendidikan, pelbagai teori pembelajaran dan kaedah
pengajaran telah diperkenalkan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Abdullah
Sani,1990).
Menurut Abdullah Sani (2003), secara kronologinya, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas
kepada perlaksanaan pendidikan di negara ini, atas dasar untuk membasmi buta huruf rakyat dan
melahirkan tenaga kerja mahir. Selepas itu, pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) diperkenalkan setelah dibuat penambahbaikan ke atas kurikulum lama, kesan daripada
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Seterusnya apabila Falsafah Pendidikan Negara – FPN
(1988) disuratkan, sekali lagi kurikulum diberi penambahbaikan, lalu Kurikulum Baru Sekolah
Rendah ditukarkan namanya kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang
bermula pada tahun 1993. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berasaskan kepada Falsafah
Pendidikan Negara. Memandangkan zaman semakin berubah, sekali lagi kurikulum baru
diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini dilaksanakan
pada tahun 2011 hinggalah sekarang .
KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh,
pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan seumur hidup.
Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu, pengajaran KSSR adalah berpandukan
Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran.“KSSR digubal dalam
bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan
2
standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap
persekolahan” (Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM -2011).
Kurikulum Standard sekolah rendah (KSSR) Bahasa Malaysia menitiberatkan empat
kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran
menulis, dan dua aspek tambahan iaitu aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa. Kemahiran
membaca merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh semua murid.
Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia Tahun 1 (2010) menyatakan
kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda
dan kelancaran yang betul.
Pengajaran kemahiran membaca ini sangat penting bagi melahirkan murid yang mampu
menguasai kemahiran verbal dan literal. Hal ini disokong oleh Atan Long (1980) yang
mengatakan membaca sebagai satu proses yang melibatkan kebolehan mengenal lambang-
lambang bunyi bahasa dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan melalui tulisan.
Pendapat ini juga selari dengan kenyataan Kamarudin Haji Husin dalam Perkaedahan Mengajar
Bahasa (1993) yang mengatakan bahawa membaca bukan hanya setakat bersifat mekanikal tetapi
lebih jauh daripada itu. Untuk memahami sesuatu maklumat, otak bertindak sebagai penggerak
utama untuk mengenal pasti lambang bunyi dan menterjemahkan supaya difahami.
Kemahiran membaca bukanlah kemahiran semula jadi. Membaca tidak sama
pembentukannya seperti berjalan atau berlari . Menurut Syed Abu bakar Syed Akil ,(1994),
kanak-kanak secara semulajadi boleh berkembang dari segi psikomotor tapi sebaliknya, kanak-
kanak tidak boleh membaca secara semulajadi. Ini bermakna, kemahiran ini perlu dipupuk dengan
cara yang tersusun dan berkesan. Hakikatnya, kemahiran membaca merupakan kemahiran
peringkat tinggi. Pengalaman kita sendiri jelas menyokong kenyataan bahawa kemahiran
membaca bukanlah satu perkara yang mudah. Masih ramai kanak-kanak di peringkat sekolah
rendah dan juga menengah yang masih tidak boleh membaca dengan lancar dan baik.Kemahiran
ini merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai bermula dari prasekolah. Sekiranya mereka
masih belum dapat menguasai kemahiran asas membaca pada ketika ini, maka murid-murid ini
akan terus tercicir dan tidak dapat bersaing dengan murid-murid yang lain di dalam kelas biasa.
3
Para penyelidik juga berpendapat jika kemahiran literasi membaca tidak diperoleh dan
dikuasai dengan mahir, risiko untuk kanak-kanak gagal dalam sistem persekolahan akan
meningkat (Whitehurst & Lonigan,2001). Kegagalan membaca dengan baik menjadi bertambah
teruk akibat ketiadaan strategi pengajaran yang berkesan serta peluang untuk belajar dan ini
memberi kesan jangka panjang bagi murid.
Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca
dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan
dikemukakan. Oleh itu tindakan yang sesuai perlu diambil segera bagi mengatasi sebarang
masalah pembelajaran yang mungkin timbul dari semasa ke semasa. Satu daripada langkah yang
perlu diambil adalah dengan menjalankan ujian-ujian yang tertentu bagi membolehkan guru
mendapatkan maklumat asas tentang pencapaian murid-murid. Ujian diagnostik adalah salah satu
ujian yang boleh digunakan untuk menyaring murid-murid tersebut (Zulkifley Hamid, 2006).
Seterusnya kaedah bacaan secara didik hibur boleh digunakan untuk meningkatkan lagi
kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid LINUS Tahun 1 (Azizul Rahman Abd
Rahman-2009 ).
1.2 Refleksi pengalaman yang lalu
Saya adalah guru di sebuah sekolah di daerah Rawang, Selangor. Namun atas sebab-sebab
tertentu saya direhatkan daripada mengajar tugasan matapelajaran teras. Namun begitu, saya
tertarik menjalankan kajian tentang masalah murid LINUS Tahun 1 yang masih tidak dapat
mengeja dan membatangkan suku kata kvkv meskipun sesi persekolahan telah menginjak
pertengahan tahun..
Timbul persoalan di fikiran saya mengapa agaknya mereka tidak boleh menyebutkan
perkataan dengan sebutan yang betul mengikut suku kata kvkv. Hal ini menyebabkan kemahiran
membaca mereka amat lemah. Oleh itu, saya telah menjalankan pemerhatian tidak berstruktur
ketika diberi peluang dan ruang waktu dalam pengajaran dan pembelajaran saya bersama murid
LINUS Tahun 1. Hasil dapatannya, saya dapati mereka kurang berminat untuk membaca, tidak
boleh membaca kad perkataan yang diberi dengan lancar dan betul sebutannya, serta kurang
memberi tumpuan terhadap apa yang dibaca dan amat suka bermain-main semasa pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas . Mereka juga tidak menunjukkan kesungguhan dalam kemahiran
4
mengeja suku kata yang diberikan. Mereka tidak dapat membatangkan suku kata dan mengecam
sukukata dengan betul. Oleh yang demikian mereka selalu melengkapkan suku kata atau
perkataaan yang salah apabila guru meminta mereka melengkapkan semula suku kata yang
disebutkan. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian, maka mereka akan terus tercicir .
Saya pernah menggunakan kaedah yang lain untuk membantu mereka mengingat semula
suku kata awalan. Kaedah tersebut adalah menyuruh mereka mengeja suku kata awalan sebanyak
sepuluh kali. Kemudian, diikuti dengan suku kata kedua. Namun, mereka masih belum
menguasainya. Akibatnya mereka berputus asa untuk mengeja perkataan tersebut. Ini juga
membuatkan murid tersebut kurang berminat untuk menguasai kemahiran dengan sempurna dan
akhirnya mereka gagal melengkapkan perkataan dengan baik. Justeru, saya perlu memperbaiki
kelemahan pada diri saya dengan memikirkan strategi dan membina bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan untuk murid-murid saya .
1.3 Refleksi nilai pendidikan
Sistem pendidikan negara bersifat dinamik dan sering berubah mengikut peredaran masa.
Perubahan ini adalah untuk memantapkan lagi sistem yang sedia ada agar ia dapat memacu
pertumbuhan ekonomi negara dan meningkatkan kualiti modal insan. Justeru, kita yang bakal
bertindak sebagai badan pelaksana pelan transformasi kerajaan ini perlu melengkapkan diri
dengan ilmu dan kemahiran agar ianya berjaya dilaksanakan dan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan .
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah
usaha untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan memajukan diri, keluarga dan negara serta
menyumbang kepada keamanan dan keharmonian masyarakat dan negara. Individu yang
berkualiti yang dimaksudkan ialah modal insan yang ingin diwujudkan dalam masyarakat
Malaysia yang memenuhi keperluan negara untuk mencapai status sebagai negara maju
(Kementerian Pelajaran Malaysia:Pusat Perkembangan Kurikulum 2001) .
5
Zailan Moris (2007), menyatakan satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang
ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak
pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan
kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan
membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan
masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidikan ialah satu
proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan
peluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh
memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada
Umum mengetahui, bidang pendidikan mengalami transformasi yang hebat dalam melahirkan
mutu pendidikan yang terbaik ke arah melahirkan lebih ramai pelajar yang berkualiti dari aspek
pengetahuan mahupun dari aspek rohani dan jasmani. Justeru, guru perlulah bijak menggunakan
pelbagai teknik dan strategi pengajaran seiring dengan perkembangan semasa dalam arus
pendidikan. Selaras dengan itu, pengkaji terpanggil untuk menghasilkan satu strategi bagi
meningkatkan kemahiran membaca terutamanya dalam aspek mengeja dan membatangkan suku
kata kvkv murid LINUS Tahun 1 iaitu menyelitkan unsur muzik iaitu didik hibur. Kajian ini
adalah untuk membuktikan bahawa strategi didik hibur dalam pendidikan dapat melahirkan
murid yang seimbang dari aspek-aspek yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK).
Istilah didik hibur atau 'fun learning' diperkenalkan seiring dengan pelaksanaan Kurikulum
Standard sekolah rendah (KSSR) pada tahun 2010. Ia merupakan satu pendekatan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Didik hibur bermaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan
(2010) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur
bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Pendidikan pada masa kini mementingkan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna yang menuntut guru untuk menjadi
seorang individu yang kreatif dan inovatif. Apabila murid melakukan aktiviti didik hibur iaitu
menyanyi, secara tidak langsung ia merupakan ekspresi emosi dan dapat membina keyakinan
murid.
6
. Menurut Noraini (2003), iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi
daya ingatan kerana di samping mengurangkan kebosanan, irama lagu dapat mempertingkatkan
minat dan mendorong penumpuan. Pendapat ini dipersetujui oleh Abdul Fatah Hassan(1994),
yang menyatakan bahawa, pada biasanya malumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan
menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin
menarik maklumat itu kepada seseorang itu, semakin mudah maklumat itu diingatkan. Semakin
mudah maklumat itu diingatkan, semakin mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan
jangka panjang.
Muzik juga merupakan terapi (Mok Soon Sang,2010). Gaya dan gerakan yang dimasukkan
dalam nyanyian akan dapat membantu murid dalam aspek jasmani. Melalui muzik dan nyanyian
juga dapat membantu murid dalam memperkembang kemahiran sosial mereka. Hal ini dapat
dilihat apabila mereka melibatkan diri bersama rakan-rakan ketika melakukan aktiviti didik hibur.
Dari aspek intelek pula murid harus mengingati lirik lagu atau perkataan yang mereka baca.
1.4 Refleksi sorotan Literatur
Menurut Westwood (2001), lebih kurang 16% kanak-kanak Australia menghadapi masalah
dalam membaca. Selain itu, 40% daripada kesemua kanak kanak yang berumur sembilan tahun di
Amerika Syarikat berada di bawah purata tahap kebolehan membaca (US Department of
Education, 1998). Seramai lapan hingga 12% kanak-kanak prasekolah dan 12% kanak-kanak
tahun satu menghadapi masalah penguasaan bahasa iaitu lemah dalam kemahiran mendengar dan
membaca di Amerika Syarikat dan Kanada (Jamieson, 2007). Kelemahan dalam penguasaan
bahasa dan kemahiran membaca di peringkat prasekolah akan berterusan dari peringkat kanak-
kanak ke peringkat dewasa dan seterusnya (Catts et al., 2002; Leitão dan Fletcher; 2004; Lewis
dan Freebairn, 1992; Roth et al., 2002; Snowling et al., 2000; Law et al., 2000).
Sekumpulan penyelidik (August dan Shanahan, 2006) dari Amerika Syarikat telah
menjalankan penyelidikan literasi dalam kalangan pelajar minoriti di Negara tersebut. Mereka
mendapati bahawa kebolehan membaca dan menulis dengan baik adalah satu keperluan untuk
mencapai kejayaan dalam kesemua mata pelajaran di sekolah dan juga peluang untuk melanjutkan
pelajaran. Selain itu, ekonomi mereka juga dapat ditingkatkan selepas tamat persekolahan.
7
Hasil kajian Ambigapathy (2002) menunjukkan 76.2% daripada golongan belia enggan
membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris manakala 61.4% daripada mereka tidak mengemari
bahan bacaan yang berbahasa Melayu.
Menurut statistik yang dibuat oleh Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur (1996),
kanak-kanak berumur lima hingga sembilan tahun mempunyai kebolehan membaca dalam Bahasa
Melayu (57%), bahasa Mandarin (11%), bahasa Inggeris (5%), bahasa Tamil (3%) dan bahasa
Jawi (3%). Jumlah kanak-kanak yang tidak tahu membaca di negara ini semakin membimbangkan
(Rahmalizah, 2009).
Selain itu, masalah kanak-kanak yang belum menguasai kemahiran membaca di peringkat
sekolah rendah juga begitu serius. Pada tahun 2006, seramai 138,271 orang pelajar atau 35.52%
pelajar tahun satu di Semenanjung tidak tahu membaca dan jumlah ini tidak termasuk kawasan-
kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak (Rahmalizah, 2009). Banyak masalah yang akan
timbul akibat pelajar-pelajar yang tidak tahu membaca. Mereka akan ketinggalan dalam
pelajaran, keputusan peperiksaan menjadi lemah kerana tidak memahami soalan, tiada keyakinan
diri serta mudah berputus asa (Rahmalizah, 2009).
Pelajar-pelajar tersebut tidak menunjukkan sebarang minat untuk belajar, mempunyai daya
saing yang sangat rendah. Pelajar pelajar ini mempunyai potensi untuk belajar dan mendapat
manfaat dari sistem pendidikan tetapi potensi tersebut tidak dapat dikembangkan sekiranya pihak
sekolah tidak mengenal pasti masalah mereka dari awal lagi. Sebilangan besar kanak-kanak
memerlukan bantuan intensif untuk memperkembangkan kemahiran membaca di peringkat awal.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah pemerolehan bahasa mesti dikenal pasti semasa
peringkat bayi ke peringkat prasekolah. Terdapatnya beberapa cara intervensi yang berkesan dapat
membantu kanak-kanak dalam menguasai kemahiran bahasa di peringkat awal agar masalah ini
tidak berlanjutan. Salah satu cara terutama ialah menerusi teknologi komputer (ICT).
Teknologi komputer (ICT) telah digunakan dalam bidang pendidikan selama beberapa
abad. 42 buah negeri di Amerika Syarikat menghendaki guru mengintegrasikan teknologi dalam
pengajaran mereka berdasarkan tinjauan pegawai teknologi peringkat negeri Amerika Syarikat
(Trotter, 1997). KPM telah berusaha untuk memastikan semua pelajar menguasai kemahiran
8
membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir daripada sistem
pendidikan akibat kemiskinan walaupun berada di kawasan luar bandar dan pedalaman melalui
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan
Bidang Keberhasilan Utama National (NKRA).
Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula
kepada asas pendidikan yang memberi fokus kepada penguasaan 3M dan penekanan kepada
pendidikan pemulihan. Pada tahun 2010 pula, KPM juga telah melancarkan program LINUS
(Literacy and Numeracy Screening) yang merupakan satu program pemulihan yang direka bentuk
untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (BM) dan numerasi selepas tiga tahun
mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Melalui pengajaran pemulihan pada tahap
satu (tahun satu – tahun tiga) ini, keperluan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran
dikenal pasti dan mereka diberi bantuan pemulihan demi meningkatkan pencapaian akademik
mereka.
Program pemulihan adalah untuk mereka yang berada dalam tahun satu hingga tahun tiga
sahaja. Setelah naik ke tahun empat, pelajar tersebut tidak akan masuk ke kelas pemulihan lagi.
Justeru, mereka yang masih tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis akan ketinggalan
dalam kurikulum biasa dan seterusnya tercicir dalam pelajaran.
Keadaan ini akan berterusan sehingga ke sekolah menengah dan seterusnya. Dengan erti
kata yang lain, pelajar tersebut akan naik ke peringkat sekolah menengah tanpa menyelesaikan
masalah yang mereka hadapi di sekolah rendah. Tanpa bantuan, mereka akan merasa rendah diri,
malu dan motivasi belajar akan menjadi rendah. Pelbagai masalah akan wujud di sekolah rendah
dan berterusan sehingga ke sekolah menengah jika perkara ini tidak ditangani segera (Shamsudin
Mohamad, Jamil Ahmad dan Siti Rahayah Ariffin, 2010).
Untuk mengelakkan pembaziran dalam pendidikan, penerokaan yang lebih awal terhadap
bentuk pendidikan pemulihan yang berkesan amat diperlukan untuk membantu pelajar yang
lemah meningkatkan potensi diri mereka supaya mampu menjadi warganegara yang berguna pada
masa hadapan. Data bilangan pelajar pemulihan khas di sekolah yang ‘dipulihkan’ selepas
9
mengikuti program intervensi 3M menunjukkan bahawa program ini masih belum berjaya
memulihkan semua pelajar yang mengikutinya. Daripada 53,544 orang pelajar sekolah rendah
yang mengikuti program intervensi 3M, hanya 28,801 pelajar atau 53.8% telah Berjaya dipulihkan
dan dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM, 2001). Data terkini menunjukkan bahawa
seramai 105,255 (23%) daripada jumlah 463,990 orang pelajar belum menguasai kemahiran
membaca pada bulan Julai, 2008 (BPPDP,KPM, 2008).
Dunia sekarang telah masuk ke era digital ekoran daripada perkembangan sains dan
teknologi yang pesat. Teknologi baru telah mencapai ke setiap pelusok dunia dan kuat
mempengaruhi kehidupan manusia. Dalam bidang pendidikan, kewujudan perkakasan dan
perisian yang mendadak telah meningkatkan hasil P&P, misalnya program Fun Language
Learning with Multimedia (Tantri Agustiningsih, 2007). Istilah yang paling sesuai untuk
menggambarkan kemajuan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan hari ini ialah “teknologi
maklumat merentasi kurikulum” (Norjihan Abdul Ghani et al., 2005).mJusteru, masalah
penguasaan kemahiran membaca diharap dapat diselesaikan melalui pengintegrasian teknologi
khususnya komputer dalam proses P&P.
Terdapat banyak takrifan mengenai pengajaran berbantukan komputer dalam bahasa
Inggeris iaitu Computer Aided Instruction (CAI), Computer Based Instruction/Education,
Computer Augmented Instruction, Computer Administered Instruction, Computer Managed
Instruction, Computer Based Learning, Computer Enriched Instruction dan sebagainya.
Perbezaan istilah ini mungkin mengelirukan terutamanya kepada orang yang masih baru dalam
dunia komputer, akan tetapi ia menggambarkan perkembangan yang pesat dalam bidang ini
(Norhashim Abu Samah et al., 1996). Menurut Gagne dan Briggs (1974), komputer dapat
digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak
dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer.
10
BAB 2 : FOKUS KAJIAN / SOALAN KAJIAN
2.1 Tinjauan dan analisis masalah
Tinjauan awal dijalankan untuk memperolehi data awal melalui kaedah temubual dan
pemerhatian yang dilakukan ke atas 20 orang murid LINUS tahun 1. Ada murid yang sudah
dapat membaca dengan betul dan lancar. Namun demikian, masih ada murid yang tidak boleh
membaca, dan boleh membaca tetapi dengan pelbagai kesalahan sebutan (kurang lancar). Melalui
temubual yang yang dilakukan secara terbuka, maklum balas daripada murid berkenaan masalah
11
dan punca mereka lemah dalam membaca dapat diketahui. Guru yang ditemubual juga membantu
dalam mencari punca masalah tersebut dalam kalangan murid sekolah.
Rata-rata mengakui bahawa kelambatan mengeja dan ayat yang panjang adalah masalah
bagi mereka. Selain itu, terlalu banyak perkataan di dalam bahan bacaan menjadikan mereka
keliru, buntu dan mula malas untuk mengeja dan membaca. Membaca adalah satu perkara yang
penting di dalam kehidupan seharian kita. Sekiranya kita tidak boleh membaca, maka terputuslah
perhubungan kita dengan dunia luar. Begitulah pentingnya kemahiran membaca untuk murid-
murid LINUS Tahun 1.
Masalah membaca juga boleh mempengaruhi prestasi murid-murid dalam komponen lain
selain komponen perkembangan bahasa. Bagi murid yang kurang cekap dalam membaca akan
ketinggalan dalam sesi pembelajaran dan akan mempengaruhi keputusan mereka apabila masuk
ke arus perdana tahun satu.
Justeru itu, masalah membaca harus diatasi segera. Salah satu kaedah yang boleh
mencetuskan minat membaca, adalah dengan penggunaan teknik didik hibur dengan harapan ia
mampu menarik minat murid untuk minat membaca. Kaedah pengajaran akan lebih interaktif,
iaitu berkonsepkan didik hibur supaya pengajarannya lebih mudah dihayati dan difahami. Didik
hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran Bahasa Malaysia dengan berfokuskan
kepada aktiviti mengguna dan memahami lirik lagu, bahasa indah, bahasa badan , berdialog dan
berpantun .
2.2 Objektif Kajian
Pengkaji telah membahagikan objektif kepada dua bahagian iaitu objektif umum dan juga objektif
khusus .
2.2.1 Objektif umum
Kajian ini dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran membaca murid LINUS tahun 1
yang masih lemah dalam membaca Bahasa Melayu.
12
2.2.2 Objektif Khusus
Secara khususnya , kajian tindakan ini dapat:
1. Strategi Didik Hibur dapat meningkatkan kemahiran membaca murid dengan lancar suku kata
KVKV dengan intonasi yang betul dan tepat.
2. Strategi Didik Hibur dapat meningkatkan minat murid dalam menguasai kemahiran membaca
perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dengan sebutan yang betul dan tepat.
3. Strategi Didik Hibur dapat menilai keberkesanan tahap kemahiran membaca suku kata
KVKV murid LINUS Tahun 1.
2.3 Soalan Kajian
Persoalan kajian yang dikemukakan bagi kajian ini ;
1. Dapatkah Strategi Didik Hibur meningkatkan kemahiran membaca murid dengan lancar
suku kata KVKV dengan intonasi yang betul dan tepat?
2. Dapatkah Strategi Didik Hibur meningkatkan minat murid dalam menguasai kemahiran
membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dengan sebutan yang betul dan
tepat?
3. Dapatkah Strategi Didik Hibur menilai keberkesanan tahap kemahiran membaca suku kata
KVKV murid LINUS tahun 1?
2.4 Kumpulan Sasaran
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan. Ianya bertujuan untuk mengenal pasti aspek
yang perlu diambil kira sebagai kajian yang perlu diberikan perhatian yang khusus. Beberapa
batasan kajian terpaksa dibuat bagi memudahkan kajian ini dijalankan.
Batasan-batasan kajian yang dilakukan adalah seperti berikut:
i) Pemilihan sekolah hanyalah kepada sebuah sekolah sahaja di daerah Gombak,
Selangor.
13
ii) Responden yang dipilih adalah secara rawak iaitu melibatkan seramai 6 orang murid
LINUS tahun 1.
iii) Responden ini hanya menyentuh tentang aplikasi penggunaan teknik didik hibur dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam kalangan murid LINUS Tahun
1 .
iv) Maklumat yang diperolehi merupakan maklum balas daripada ujian pra, ujian pasca
dan proses pemerhatian. Ketekalan dan keboleh percayaan dapatan kajian ini
bergantung sepenuhnya daripada kejujuran dan tindak balas yang diberikan oleh
responden.
2.5 Penutup.
Bab ini menghuraikan pernyataan masalah, tujuan kajian dan objektif kajian, persoalan kajian,
kepentingan kajian , batasan kajian yang dilaksanakan dan definisi operasional. Kajian ini juga
melibatkan pembelajaran membaca dengan menggunakan kaedah didik hibur bagi mengatasi
masalah penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid LINUS Tahun 1.
BAB 3 : KAEDAH KAJIAN / TINDAKAN YANG DICADANGKAN
3.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan metadologi kajian yang digunakan dalam kajian ini. Metadologi kajian
merupakan cara atau kaedah yang digunakan oleh seseorang pengkaji untuk menganalisis
dapatan yang diperoleh. Menurut Amir Hassan Dawi (20002:123), kaedah merupakan cara atau
jalan yang menyelesaikan permasalahan penyelidikan. Kaedah yang digunakan ini dapat
membantu pengkaji dalam mengumpul maklumat dan data yang diperlukan secara sistematik dan
14
berfokuskan kepada keupayaan kemahiran membaca murid LINUS Tahun 1 melalui teknik
latih tubi secara didik hibur dengan menggunakan kad bacaan suku kata.
3.1.1 Reka bentuk kajian.( Pendekatan Teknik Didik Hibur)
Kerlinger (1973), menyatakan reka bentuk kajian sebagai garis panduan kepada
penyelidik di dalam proses pengumpulan dan penganalisaan data. Ia juga membolehkan pengkaji
membuat soalan yang mempunyai kesahihan, menepati objektif dan sesuai untuk sesuatu kajian.
Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian secara kuantitatif dan kaedah kutipan pengumpulan
data yang tertentu bagi mandapatkan maklumat berhubung dengan kajian yang dikaji. Maklumat
ini akan diguna pakai bagi menjelaskan akan hubung kait antara program yang dijalankan dapat
meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid LINUS Tahun 1.
Data yang dikutip adalah melalui ujian yang dijalankan oleh responden yang dipilih.
Data ini dapat dijadikan panduan bagi menyediakan ujian yang menyusul kepada responden
nanti. Kerjasama serta kolaborasi guru LINUS Tahun 1 ini akan dapat membantu pengkaji
dalam kajian ini. Guru LINUS Tahun 1 mempunyai kemahiran serta kepakaran dalam bidang
pemulihan di mana saranan serta pengetahuan dapat digunakan untuk menolong
respondenresponden ini.
Sebelum proses dijalankan, ujian pra akan diberikan terlebih dahulu oleh pengkaji untuk
melihat tahap penguasaan responden atau murid-murid dalam kemahiran membaca yang
dipelajari. Daripada ujian pra ini kita akan dapat mengetahui pengetahuan sedia ada responden
serta setakat mana pencapaian mereka dalam membaca suku kata atau pun ayat pendek.
Kemudian barulah pengkaji akan menggunakan ujian pos atau pun ujian penapisan kepada murid
atau responden untuk menilai semula akan keberkesanan program latih tubi yang dijalankan
selepas ujian pra tadi.
Berikut adalah rekabentuk kajian yang akan dijalankan.
15
Rajah 1: Rekabentuk Kajian menggunakan Pendekatan Teknik Didik Hibur
3.1.2 Populasi dan responden kajian.
Responden kajian ini adalah dalam kalangan murid-murid LINUS Tahun 1 di SK Bandar
Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Daripada 20 orang murid, seramai 6 orang responden yang
terlibat dan perlu dipulihkan. Responden terdiri daripada 4 orang pelajar lelaki dan 2 orang
pelajar perempuan. Kesemua responden berumur 7 tahun dan sedang belajar di dalam kelas yang
sama. Kesemua responden mempunyai tahap pencapaian yang berbeza dari segi minat, bakat dan
gaya belajar. Ini mengakibatkan golongan mereka lebih lambat atau terkebelakang menguasai
sesuatu kemahiran berbanding yang lain. Kesemua responden adalah penduduk sekitar kawasan
Bandar Tasik Puteri, Selangor. Murid-murid ini adalah murid yang tidak boleh menguasai
16
.
Ujian Pra
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
menggunakan Pendekatan Teknik Didik Hibur
Ujian Pos
Rumusan
Analisa Keputusan
kemahiran KVKV dan hanya mengenal abjad dan tahu akan pengkelasan konsonon dan vokal
sahaja.
3.1.3 Perancangan tindakan.
3.1.3.1 Prosedur menjalankan aktiviti didik hibur
( i ) Pra Persediaan
Pada tahap ini, pengkaji harus bijak memilih dan menentukan jenis lagu yang sesuai dengan
murid serta sepadan dengan objektif pengajaran. Pertama, tentukan tahap kesusahannya, panjang
pendek bahan, kekerapan mengulang perkataan, aspek bahasa yang hendak ditekankan, apakah
tindakan susulan, bahan bantu mengajar yang diperlukan dan sebagainya. Jika perlu, pengkaji
kena mengubah suai atau menulis semula senikata lagu tersebut mengikut kesesuaian.
( ii ) Penyampaian
Pengkaji boleh memilih untuk menggunakan kad imbasan perkataan dengan meminta murid-
murid mencari maksud atau membina ayat mudah daripada perkataan berkenaan. Seterusnya,
pengkaji mengedarkan senikata lagu yang hendak disampaikan dan meminta murid-murid
membaca dan mengenal pasti beberapa perkataan yang susah. Dalam masa yang sama, pengkaji
boleh memainkan CD lagu berkenaan dan memperdengarkannya kepada murid-murid. Latih
tubi nyanyian lagu tersebut mengikut baris ke baris, sehingga seluruh perenggan itu diingati.
Pengkaji perlu memberi perhatian kepada sebutan muridmurid. Pastikan setiap perkataan di
dalam lagu tersebut, disebut dengan betul. Setelah menyanyi beberapa kali, pengkaji bolehlah
mengajar pula aspek bahasa yang hendak dipelajari. Penerangan diberi dan latih tubi bacaan
mereka untuk menguasai bentuk ayat, atau strukturnya. Gunakan gambar untuk menjelaskan
maksud atau gunakan bahasa badan untuk menggambarkan makna secara jelas dan tepat.
( iii ) Penutup
Pengkaji menyanyikan lagu bersama-sama murid. Bagi tujuan pengukuhan, pengkaji boleh
menguji murid-murid secara bertulis tentang aspek bahasa yang telah diajar sebelumnya.
Umpamanya murid-murid diminta menghasilkan sebuah dialog ringkas atau cerita pendek
menggunakan kreativiti sendiri berdasarkan beberapa perkataan yang telah dikenal pasti dalam
senikata lagu berkenaan.
17
3.1.4 Tindakan yang dijalankan.
Masalah yang sering dihadapi oleh murid ialah bila membaca perkataan yang mempunyai suku
kata terbuka. Mereka akan tergapai – gapai untuk menyebut perkataan tersebut. Kajian kali ini
memfokuskan masalah murid LINUS Tahun 1 dalam menyebut dan membaca perkataan suku
kata terbuka seperti “ buku , sudu, mata, bahu, gula, lada, muka”. Ini kerana mereka belum
mahir lagi dalam membatangkan bunyi suku kata . Apabila menyebut suku kata yang kedua,
mereka sudah lupa pada suku kata yang pertama.
Kegagalan murid menguasai kemahiran menyebut dan membatangkan perkataan suku kata
terbuka tersebut mencacatkan sebutan dan kelancaran bacaan seterusnya tidak dapat membaca
dengan lancar. Hasil daripada tinjauan awal kajian yang telah ditetapkan, beberapa langkah
untuk memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti melalui pemerhatian pada sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas telah dirangka. Untuk membantu murid-murid yang mengalami
masalah dalam membaca perkataan dua suku kata terbuka KV + KV, pengkaji merancang untuk
menggunakan teknik didik hibur bagi membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi.
Pengkaji akan menjalankan satu ujian penilaian untuk menentukan tahap kecerdasan murid-
murid sebelum menggunakan kaedah didik hibur. Setelah itu, pengkaji akan menjalankan
beberapa langkah dalam memperkenalkan kaedah ini.
Antara langkah-langkah yang akan pengkaji jalankan adalah seperti berikut:
Langkah 1:
Pengkaji akan mengajar murid membaca perkataan dua suku kata terbuka KV+ KV dengan
teknik didik hibur menggunakan slaid perkataan ‘angry bird’ seperti rajah 1 melalui aktiviti
nyanyian dan tepukan .
18
Rajah 1
Aktiviti yang akan pengkaji jalankan adalah membaca perkataan dengan menggunakan
melodi “chicken dance”. Sebagai contohnya murid akan bertepuk tangan sambil mengeja
“s..u….. su / d..u... jadi SUDU” , “r…o…ro / t…i…ti…..jadi “roti” mengikut irama yang
diperdengarkan. Murid akan menyanyikan semua perkataan yang dipelajari pada hari tersebut
mengikut irama yang diperdengarkan.
Tiong Leh Ling & Zaidatun Tasir (2008) dalam kajiannya menyatakan kajian tindakan
memainkan muzik dan lagu memotivasikan murid untuk menghadiri dan menumpu perhatian di
dalam bilik darjah (Tan & Shi, 2005). Aktiviti seperti ini amat disukai oleh murid kerana yang
begitu cenderung terhadap muzik dan kinestatik. Manakala penggunaan gambar ‘angry bird’
adalah disebabkan murid-murid ini begitu gemar mengumpulkan gambar dan alat tulis yang
bercorak gambar tersebut.
Langkah 2:
Apabila murid-murid telah dapat membaca perkataan suku kata terbuka dengan betul dan lancar,
langkah seterusnya yang akan pengkaji jalankan adalah menjalankan aktiviti rekreasi melalui
permainan domino sebagai pengukuhan dengan iringan muzik. Murid dikehendaki membaca
perkataan dengan iringan muzik tempo laju.
Pada tempo perlahan murid perlu mencari kad perkataan domino berdasarkan gambar
pada kad domino sebelumnya. Pengkaji akan mengadakan pertandingan di antara responden-
responden ini. Murid yang dapat menyusun kad domino dengan betul dan terpantas dikira
19
pemenang. Aktiviti ini dianggap rasional kerana murid dapat mengetahui sendiri jawapan yang
disusun sama ada betul atau salah berdasarkan kad yang disusun.
Murid perlu membaca dengan betul baharulah mereka akan dapat mencari gambar yang
betul untuk disusun. Aktiviti ini akan memberi kepuasan sekiranya murid dapat menyusun dengan
betul dan pantas. Setelah menjalankan beberapa langkah di atas, pengkaji akan membuat penilaian
semula bagi melihat sejauh mana keupayaan murid dapat membaca perkataan suku kata terbuka
kv + kv. Selepas itu, pengkaji akan menjalankan satu sesi temubual terhadap responden yang
terlibat tentang perasaan mereka setelah menggunakan teknik didik hibur yang telah dijalankan.
3.2 Instrumen dan perancangan cara mengumpul data
Dalam kajian ini, pengkaji akan mengumpul data awal berasaskan beberapa sumber. Antaranya
adalah seperti melalui temubual, pemerhatian bersemak, dan penilaian melalui ujian pra. Data-
data akan direkodkan dalam borang rekod ujian bacaan dan borang pelaporan penguasaan
individu yang disediakan. Bagi melihat keberkesanan kaedah ini, pengkaji akan menjalankan
satu ujian penilaian untuk melihat perkembangan dan kemajuan murid dalam kajian tindakan
yang pengkaji jalankan. Pengkaji juga akan menjalankan pemerhatian ke atas responden setelah
memperkenalkan teknik didik hibur dalam kemahiran membaca perkataan dua suku kata
terbuka. Instrumen yang dipilih ini akan dijalankan selama lima minggu.
3.2.1 Temubual .
Temu bual ialah proses yang dilakukan untuk mendapat matlamat melalui berhubung secara lisan
dengan mengajukan soalan-soalan berkaitan bersama orang yang ditemu bual. Pengkaji mudah
untuk mendapat data yang diperlukan dan juga maklumat yang diberikan jelas. Pengkaji juga
20
telah membuat temu bual tidak berstruktur bersama guru Bahasa Melayu yang mengajar mereka.
Bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tahap kecerdasan responden-
responden. Seramai 6 orang murid dari kelas LINUS Tahun 1 telah dipilih untuk ditemu bual
berdasarkan tingkah laku dan tindak balas yang dilakukan mereka semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Dalam tinjauan awal satu temu bual telah dijalankan secara rawak.
Persoalan yang dikemukakan adalah ;
“ Mengapakah murid-murid tidak suka membaca ?”
Jawapan murid ;
Malas hendak mengeja, lambat mengeja , tidak tahu membunyi suku kata dan pelbagai
alasan lagi.
Hakikatnya, mereka lambat mengeja sehingga menyebabkan mereka tidak faham apa yang
mereka baca sebelumnya. Oleh yang demikian kelambatan ini menjadi punca mereka terlupa suku
kata lain sehingga mengganggu kemahiran membaca mereka. Justeru itu, penggunaan kaedah
teknik didik hibur seperti yang diterangkan di atas diharap dapat membantu murid LINUS Tahun
1 meningkatkan kembali kemahiran membaca.
3.2.2 Pemerhatian
Pemerhatian merupakan suatu maklumat yang dilakukan dengan melihat atau mendengar
sesuatu peristiwa , kemudian hasil keputusan direkodkan di dalam bentuk yang sesuai mengikut
kehendak kajian. Pengkaji membuat pemerhatian bersemak sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Pemerhatian dibuat adalah untuk melihat tingkah laku dan tindak
balas murid terhadap pembelajaran
Semasa tinjauan awal dibuat, kelemahan murid-murid telah dapat dilihat dengan jelas di
mana murid-murid tersebut tidak dapat membaca suku kata terbuka dengan lancar. Kelemahan
yang lebih ketara dapat dilihat apabila ujian penilaian dijalankan. Didapati kesemua responden
yang dipilih tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Mereka tidak dapat
21
membaca dan mengeja walau pun perkataan yang diberikan adalah mudah. Oleh yang demikian,
satu kajian tindakan perlu dilakukan demi membantu murid-murid ini meningkatkan kemahiran
membaca mereka.
3.2.3 Ujian Pra
Kaedah ini digunakan sebagai kayu pengukur terhadap kesesuaian instrumen yang
diaplikasikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh responden sama ada memberikan
kesan positif mahupun tidak secara eksplisit. Untuk mendapat data bagi ujian pra, kaedah lisan
digunakan. Dalam kaedah lisan ini murid diminta membaca kuat satu petikan di hadapan guru.
Guru membuat penilaian terhadap bacaan murid ..
3.2.4 Ujian Pos
Ujian ini akan digunakan setelah responden diberi rawatan dalam masa lima minggu
menggunakan kaedah didik hibur. Diharapkan agar kesemua 6 orang pelajar berkenaan telah
dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik.
3.2.5 Kerangka teoris.
Selain itu, satu kerangka teoris harus dipilih dan ditetapkan. Justeru itu pengkaji memilih
model Laid Law (1992) sebagai reka bentuk kajian. Model ini mengandungi panduan dalam
menjalankan kajian. Kerangka konsep model ini mengandungi empat peringkat iaitu peringkat
tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.
Pada peringkat tinjauan, pengumpulan data dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang
wujud. Pengkaji telah menjalankan pemerhatian di dalam bilik darjah, menemubual responden
dan guru kelas. Hasil pemerhatian dan temubual tersebut, pengkaji dapat mengenal pasti punca
sebenar masalah yang dihadapi oleh responden.
Pada peringkat kedua ialah perancangan. Pengkaji telah merancang pelan tindakan untuk
mengatasi masalah itu. Pada peringkat ketiga ialah pelaksanaan di mana pengkaji akan mengatasi
masalah pelan tindakan yang telah dirancang. Kaedah Pendekatan Teknik Didik Hibur akan
dijalankan terhadap responden. Kaedah ini bertujuan melihat perbezaan prestasi yang berlaku
kepada responden. Pada peringkat keempat iaitu peringkat refleksi, pengkaji akan menilai
22
keberkesanan tindakan yang dijalankan. Gelungan kedua perlu dilaksanakan jika tindakan yang
pertama tidak berhasil. Kerangka konsep ini membantu pengkaji menjalankan kajian. Berikut
merupakan kerangka konsep yang digunakan.
Rajah 2 : Rajah model reka bentuk Laid Law (1992)
Kerangka: Model Laid Law yang diubahsuai
23
PERANCANGAN
TINJAUAN
Mengenal pasti masalah
murid tidak tahu membaca
suku kata kvkv.
GELUNG
2
GELUNG
2
3.3 Prosedur pengumpulan data.
Prosedur pengumpulan data bermula dari pemerhatian , temubual dan ujian pra yang
diberikan kepada kepada 6 orang murid LINUS Tahun 1 yang dikenal pasti lemah dalam
kemahiran membaca. Setelah pengkaji mengenal pasti masalah responden tersebut , kumpulan
rawatan yang terdiri daripada 6 orang murid telah didedahkan dengan pendekatan didik hibur.
24
PERANCANGAN
Merancang untuk mencari
sebab-sebab murid tidak tahu
membaca suku kata kvkv
dengan menggunakan strategi
didik hibur.
TINDAKAN
Menggunakan strategi
didik hibur dan
melaksanakan ujian.
REFLEKSI
Membuat andaian murid
berjaya atau tidak berjaya.
Sekiranya tidak berjaya,
pengkaji akan
menggunakan
GELUNG
1
GELUNG
1
Sesi pengajaran dan pembelajaran ini telah mengambil masa selama lima minggu . Ujian pos
telah dijalankan di akhir pembelajaran iaitu pada minggu terakhir kajian.
3.3 Prosedur menganalisis data.
Data yang dikumpul akan dianalisis oleh pengkaji supaya memberi makna kepada
keadaan yang sedang dikaji. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menganalisis
data. Antara cara yang mudah adalah mengkelompokkan data daripada sumber mengikut
pemerhatian dan penilaian yang dilakukan. Dengan cara membandingkan data-data daripada
pemerhatian dan penilaian itu, perkaitan antara data dapat dilihat dengan jelas. Dalam kajian ini
data yang dikumpul diproses dalam bentuk peratusan. Setiap pengiraan data akan dimuatkan
dalam bentuk jadual yang memudahkan analisis. Pengkaji akan membuat olahan dan analisis
sendiri berdasarkan data dalam hasil kajian tersebut.
3.4 Perancangan pelaksanaan kajian
3.4.1 Jadual pelaksanaan
JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN.
Bil Aktiviti Tarikh/Tempoh Catatan
1 Penerangan tentang Kajian Tindakan
dalam interaksi di IPGKBM
6 Julai 2014
10 Ogos 2014
7 September 2014
3 kali
interaksi
2 Menerima tugasan kajian tindakan dan
penerangan tentang tatacara
melaksanakan proposal kajian tindakan
5 Ogos 2014
3. Mengenal pasti masalah dan
pengumpulan data tinjauan awal
20 hari
4. Menentukan Objektif/ soalan kajian 3 hari
5. Merancang tindakan 10 hari
25
6. Melaksanakan tindakan 8
7. Menganalisis tindakan 2
8. Membuat refleksi 1
9. Menghantar e-mail draf/rangka kasar
kepada pensyarah penyelia , Dr. Mashudi
Bahari.
mashudiba
hari@yaho
o.com
10. Bengkel pemantapan dan pemurnian
Penyelidikan Tindakan di Hotel Seri
Bernam, Sabak Bernam.
16 September 2014
17 September 2014
2 hari
11. Menulis laporan kajian 10 hari
12. Pembentangan dapatan kajian 2 hari
3.4.2 Kos kajian
Bil Jenis Bahan Kuantiti × Harga Seunit Jumlah Kos
1 Kertas A4 3 rim × RM 12 RM 36.00
2 Ink Canon Pixma E510 2 × RM 57 RM 114.00
3 Photostat RM 20 RM 20.00
4 Ganjaran kepada murid RM 30 RM 30.00
26
5 Pewangi tangan RM 10 RM 10.00
JUMLAH KOS RM 280.00
3.9 Penutup
Kesimpulannya, metodologi kajian dan prosedur kajian penting dalam menghasilkan datadata
yang diperlukan supaya hasilnya dapat dikumpulkan secara sistematik. Prosedur kajian yang
betul mampu membantu melancarkan proses kajian serta menyusun data dengan betul dan tepat.
Hasil yang diperoleh akan membantu pengkaji membuat rumusan tentang kajian yang
dijalankan. Dalam bab seterusnya akan dibincangkan dapatan kajian dan proses analisis data
yang telah dikumpulkan dalam kertas ujian yang diedarkan. Hasil daripada penganalisisan data
dalam bab seterusnya akan menghasilkan data-data yang berguna kepada kajian ini
BAB 4 : TINJAUAN LITERATUR.
4.1 Pengenalan
Terdapat beberapa tinjauan literatur yang telah dilakukan oleh para penyelidik terdahulu
mengenai masalah kelemahan murid dalam menguasai kemahiran membaca ini. Permasalahan
yang telah dikaji ini oleh pengkaji ini hampir sama seperti mana yang hendak dijalankan, cuma
bahan kajian sahaja dan reka bentuk kajian yang berbeza. Hubung kait antara kajian ini akan
dapat membantu guru-guru serta murid-murid menangani masalah pembelajaran yang sering
mereka hadapi.
27
4.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Kemahiran membaca.
Kerajaan telah menggariskan beberapa matlamat dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan ( PIPP ). Antaranya ialah pembangunan insan yang merujuk kepada ilmu
pengetahuan. Salah satu sumber untuk memperolehi ilmu pengetahuan pula melalui membaca.
Logiknya, individu tidak akan dapat membaca dan menulis sekiranya mereka tidak menguasai
asas membaca dan menulis.
Hal ini ditegaskan oleh Smith (dalam Sofiah Hamid, 1983) yang menyatakan bahawa
murid perlu terlebih dahulu menguasai kemahiran asas membaca sebelum menguasai kemahiran
membaca. Dewasa ini kelemahan membaca dalam kalangan murid sekolah sama ada sekolah
menengah atau sekolah rendah menjadi perhatian masyarakat. Mengikut statistik daripada
Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) menunjukkan bahawa seramai 85
377 orang murid sekolah rendah seluruh Malaysia menghadapi masalah dalam membaca dan
menulis iaitu tidak boleh menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Selain itu,
minat membaca masih belum menggalakkan. Di dalam satu kajian, didapati hanya
42% yang telah membaca buku di dalam tempoh 6 bulan sebelum kajian tersebut dijalankan.
Itu pun hanya separuh ( 20 % ) yang tidak dapat menyatakan tajuk buku yang dibacanya
( Atan Long. et. al. 1984 ). Manakala dari segi bilangan muka surat yang dibaca didapati rakyat
Malaysia hanya membaca secara purata satu muka surat setahun, berbanding Jepun iaitu 200
muka surat setahun dan juga Amerika Syarikat.
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Harison Othman (2005) yang membincangkan tentang
kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar tahun dua, menyatakan
bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca dengan menggunakan kaedah yang mudah
difahami serta memberi kesan yang mendalam terhadap tahap ingatan kanak-kanak supaya
masalah membaca tidak membelenggu kehidupan mereka kelak. Laporan dari Jabatan Pendidikan
Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (1999) pula menyatakan bahawa tedapat seramai 24 000
dalam kelas peralihan tingkatan satu masih tidak dapat membaca, menulis dan mengira. Laporan
28
tersebut menunjukkan bahawa masalah membaca dalam kalangan murid sekolah adalah satu
perkara yang perlu diatasi segera.
4.3 Kajian membaca dalam negara.
Pada umumnya diakui bahawa kemampuan murid-murid membaca berkembang sedikit
demi sedikit melalui beberapa tahap perkembangan pembacaan. Kemampuan murid untuk
membaca memerlukan setiap murid menguasai beberapa kemahiran membaca.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3, kemahiran didefinisikan sebagai kecekapan dan
kepandaian yang diketahui oleh seseorang sama ada belajar, menelaah, merujuk, memahamkan,
meneliti, menghafaz, mengaji, mengkaji, melafazkan, mengucapkan, mendeklamasi,
menuturkan, berkata, membatang, mentafsir, meramal, menyimpulkan, menilik, meneliti,
melihat dan memerhati. Menurut Yahya Othman (2003), proses membaca adalah usaha
berterusan yang dilakukan oleh pembaca melalui amalan kognitifnya bagi memperoleh makna
teks yang dibaca.
Di samping itu, proses membaca juga melibatkan analisis yang dilakukan oleh pembaca
semasa membaca bagi mendapatkan gambaran atau idea yang terdapat di dalam teks. Atan Long
(1983) , kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula
kepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan
itu. Abdul Aziz Talib (1989), pula memberitahu bahawa pembaca memerlukan kemahiran-
kemahiran tertentu dalam proses membaca, pengetahuan dan kemahiran berkenaan bahasa yang
digunakan dalam bahan yang dibacanya dan berkenaan perkataan-perkataan yang terdapat dalam
bahasa itu.
Sebelum murid-murid boleh membaca mereka memerlukan pengetahuan asas berkenaan
bahasa yang digunakan, iaitu sistem bunyi, tatabahasa, perbendaharaan kata dan cara-cara
perkataan itu disusun untuk menyampaikan maksud. Apabila kanak-kanak mula belajar membaca,
mereka lebih senang membaca bahan-bahan tulisan yang menggunakan bahasa yang mengikut
struktur-struktur linguistik yang mereka telah biasa gunakan dalam pengalaman dan mengikut
pengetahuan mereka sehari-hari. Selain itu, kemahiran membaca yang tinggi akan menyebabkan
murid menguasai pelbagai aspek bahasa dan penyusunan idea yang bernas dan teratur.
Sebaliknya, murid-murid yang kurang minat membaca akan menjadikan pengetahuan mereka
29
tidak luas malah akan menjadikan mereka kekurangan kosa kata (Abu Bakar Yusuf, Abdullah
Yusof dan Omar Hisham Mohd. Baharin, 2007).
Menurut Mangantar Simanjuntak (1985), psikolinguistik menganggap membaca itu
sebagai satu proses yang aktif dan bersungguh-sungguh untuk mencari dan menentukan erti.
Pencarian dan penentuan erti ini dilakukan dengan cara mengerahkan erti yang ada dalam otaknya
kepada teks yang dibacanya dengan tiga jenis sistem saran bunyi, sintaksis dan konteks. Nyatalah
proses membaca merupakan proses pengintegrasian idea, di antara yang ada pada teks dengan
yang ada pada pembaca.
Kajian yang dijalankan oleh Azman Wan Chik (1989) dalam Kertas Kerja Seminar
Kebangsaan Bahasa Melayu III mengatakan bahawa masalah membaca bahasa Melayu memang
wujud dalam Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid
KIA 2M 177 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008 kalangan pelajar sekolah rendah dan
menengah. Hasil kajiannya menunjukkan bahawa daripada 25 buah sekolah luar bandar
menunjukkan 18 % ada mengalami masalah membaca.
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Harison Othman (2005) yang membincangkan
tentang kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar tahun dua,
menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca dengan menggunakan kaedah yang
mudah difahami serta memberi kesan yang mendalam terhadap tahap ingatan kanak-kanak supaya
masalah membaca tidak membelenggu kehidupan mereka kelak. Laporan dari Jabatan Pendidikan
Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (1999) pula menyatakan bahawa tedapat seramai 24 000
dalam kelas peralihan tingkatan satu masih tidak dapat membaca, menulis dan mengira. Laporan
tersebut menunjukkan bahawa masalah membaca dalam kalangan murid sekolah adalah satu
perkara yang perlu diatasi segera.
Justeru itu Noriah (1999) telah menggariskan peranan pendidikan pemulihan sebagai
langkah khusus dalam menangani masalah membaca, menulis dan mengira ini hendaklah
dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dikesan. Masalah kegagalan murid menguasai
kemahiran membaca juga dikaji oleh Charlotte J Bolling (2008), dalam artikelnya yang bertajuk
“Reading Success In The Intervension Classroom”. Menurut Yahya Othman (2005) , semasa
membaca dan sekiranya andaian kita sudah dapat dipastikan, teks itu akan menjadi lebih
bermakna.
30
4.4 Kajian membaca luar negara.
Banyak kajian mengenai masalah minat membaca yang telah dijalankan sebelum ini
kerana masalah minat membaca bukanlah satu masalah yang baru. Jones (1986) membuat kajian
di New York ke atas murid-murid Tahun Tiga, Empat dan Lima untuk mengetahui jenis
pembacaan sebagai hiburan. Seramai 901 orang murid telah dipilih yang terdiri daripada 343
orang murid darjah tiga, 309 orang murid darjah empat dan 249 orang murid darjah lima yang
dikehendaki memilih pelbagai jenis buku iaitu fiksyen, sains dan teknologi, misteri, sukan, cerita
fantasi, jenaka, puisi, riwayat hidup seseorang, sejarah dan maklumat. Beliau mendapati
kebanyakan buku yang dipilih ialah jenis misteri dan sains serta teknologi.
Kajian Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walau
pun masih di dalam kelas LINUS Tahun 1 mendapati bahawa faktor utama yang mendorong
mereka cepat dan lancar membaca ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan
oleh ibu bapa. Menurut Liew Phaik Guat Selina (1998), membaca bermaksud satu bentuk aktiviti
mentafsir simbol atau huruf ke dalam bentuk perkataan dan ayat yang memberi makna kepada
seseorang individu. Selain itu, See Bee Ean (2008) menyatakan bahawa membaca ialah
keupayaan pelajar mentafsir simbol dan perkataan dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran
yang betul.
Berdasarkan makna tersebut jelaslah bahawa betapa pentingnya kemahiran membaca
kerana setiap yang dilihat boleh ditafsirkan maknanya apabila seseorang itu boleh membaca. Bolt
(1992) yang menjalankan kajian di Canada ke atas 530 orang murid darjah empat, enam dan lapan
untuk menunjukkan hubungan pencapaian membaca dengan persekitaran. Beliau mendapati
kualiti persekitaran pembacaan dan cara interaksi di rumah memberi kesan yang positif ke atas
pembacaan murid-murid. Tahap pendidikan ibu bapa juga menunjukkan hubungan yang
signifikan tetapi minat membaca di kalangan ibu bapa menunjukkan korelasi yang rendah ke atas
pembacaan murid-murid.
Kajian Fitgerald (1992) yang ditaja oleh kerajaan Perancis, ke atas murid-murid remaja di
Perancis mendapati bahawa kadar pembacaan akhbar adalah lebih tinggi daripada ibu bapa
mereka. Golongan remaja itu juga mempunyai minat yang tinggi dalam peristiwa semasa dan
selalu membincangkannya di dalam bilik darjah. Mereka juga lebih mempercayai berita daripada
31
televisyen berbanding dengan akhbar. Namun begitu satu daripada empat muridmurid sekolah
tinggi didapati membaca akhbar setiap hari. Topik-topik berita yang paling diminati ialah
kesihatan 49%, pendidikan dan perkembangan 36% dan persekitaran 27%.
Prof. Dr. Henry Guntur Tarigan (1994) mengatakan bahawa masa untuk membaca tidak
perlu lebih daripada 15 hingga 30 minit, tetapi kesetiaan murid terhadap pembacaan akan
meningkatkan kemahiran membaca mereka. Schorp (1986) yang menjalankan kajian di
Pennsylvania, ke atas 361 orang murid darjah empat mendapati terdapat perbezaan yang
signifikan di antara murid lelaki dan perempuan dalam kecenderungan membaca. Kecenderungan
membaca juga bergantung kepada kemudahan mendapatkan buku, taraf pendidikan bapa,
pekerjaan bapa dan persekitaran di rumah. Baker (1989), menjalankan kajian ke atas 96 orang
kanak-kanak tadika berumur 4 hingga 5 tahun di San Diego mendapati tiga faktor yang
mempengaruhi bacaan kanak-kanak tadika iaitu bahan bacaan yang bersesuaian dengan umur,
kekerapan menggunakan perpustakaan dan taraf pendidikan ibu bapa.
Moore (1992) menjalankan kajian ke atas kanak-kanak tadika di Amerika, mendapati
bahawa cara kanak-kanak berinteraksi sesama teman sekelas dan guru mempunyai hubungan yang
signifikan dengan perkembangan bacaan kanak-kanak tersebut.Manakala Bonacci (1993), telah
membuat kajian ke atas kanak-kanak darjah 6 yang berkemahiran membaca dan tidak
berkemahiran membaca. Seramai 65 orang kanak-kanak telah disuruh membaca 8 petikan sains
pendek dan kemudian diuji perbendaharaan kata serta daya mengingat mereka. Beliau mendapati
bahawa kanak-kanak yang berkemahiran membaca menunjukkan pencapaian yang lebih baik
berbanding dengan kanak-kanak yang tidak berkemahiran membaca dari segi perbendaharaan kata
dan daya mengingat.Menurut Westwood (2001), lebih kurang 16% kanak-kanak Australia
menghadapi masalah dalam membaca. Selain itu, 40% kanak-kanak yang berumur 9 tahun di
Amerika Syarikat berada di bawah purata tahap kebolehan membaca ( U.S. Department of
Education, 1998 ). Seramai 8 hingga 12% kanakkanak prasekolah dan 12% kanak-kanak tahun
satu menghadapi masalah penguasaan bahasa iaitu lemah dalam kemahiran mendengar dan
membaca di Amerika Syarikat dan Kanada
(Jamieson,2007). Kelemahan dalam penguasaan bahasa dan kemahiran membaca di
peringkat prasekolah akan berlanjutan dari peringkat kanak-kanak ke peringkat dewasa dan
seterusnya ( Catts, Fey, Tomblin, & Zhang, 2002; Lewis & Freebairn, 1992; Roth, Speece, &
32
Cooper, 2002; Snowling, Bisjop, & Stothard, 2000 dan Law, Boyle, Harris, Harkness & Nye,
1998 ). Riechorf (1997) menilai amalan pengajaran pemahaman membaca dengan mengaitkan
model membaca psikologi kognitif. Kajian ini bertujuan menilai pengajaran membaca
kefahaman yang diamalkan bersesuaian dengan model Dolores Durkin yang dijalankan pada
tahun 1978. Kajian itu bertujuan mengenal pasti perubahan dan trend yang memberikan impak
dalam pengajaran pemahaman membaca.
Menurut kajian Coleman (1995), penggunaan strategi menggunakan peta semantik dapat
memberikan kesan kepada tahap pemahaman pelajar. Pelajar lebih memahami teks yang dibaca
dan dapat mengekalkan pemahaman. Ini menunjukkan penggunaan strategi membaca seperti
menggunakan alat berfikir yang sesuai dapat meningkatkan kemahiran membaca .
Mengikut Grough dan Ilillinger, dalam Tunmer dan Nesdale,
1985:3 (http://www2.meo.gov.my/~mpp/Rahim.htm .), kebanyakan kanak-kanak yang tidak
pernah dibimbing membaca biasanya tidak dapat membaca dengan baik. Ini menunjukkan bagi
kanak-kanak yang baharu belajar membaca, kemahiran membaca merupakan satu kemahiran yang
sukar. Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran bacaan yang dapat memberi kesan
yang maksimun kepada pelajar ketika mengajar bacaan.
Berdasarkan kajian tentang masalah membaca, Vernon (1971: 2) membuat kesimpulan
bahawa masalah membaca pada asasnya ialah satu masalah kognitif. Menurut Awang Sariyan
(1991) pula, pembelajaran bahasa merupakan proses mental. Oleh itu penekanan terhadap makna
dan cara pertuturan perlulah diberikan perhatian terlebih dahulu(
http://www2.meo.gov.my/~mpp/Rahim.htm ). masalah pelajar tidak boleh membaca wujud
disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya latar belakang keluarga, cara atau kaedah pengajaran
guru, faktor pelajar itu sendiri dan faktor persekitaran. Masalah tersebut tidak seharusnya
dipandang ringan. Disebabkan kepentingan membaca dalam kalangan pelajar, pelbagai pihak turut
berminat untuk menjalankan seminar, simposium dan kajian bagi mendalami seterusnya
mengatasi masalah tersebut.
4.5 Peranan sekolah
Peranan pihak sekolah juga penting dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam
kalangan murid. Bagi murid yang dikesan mempunyai kelemahan dalam kemahiran membaca,
33
mereka perlu diberi kelas pemulihan yang khusus untuk memahirkan mereka dalam bacaan.
Kelas pemulihan ini pula memerlukan guru- guru yang mahir untuk mengajar mereka supaya
mahir membaca. Di samping itu, persekitaran sekolah juga penting untuk memotivasikan murid
agar gemar membaca. Bernard (1965) berpendapat motivasi ialah penggerak yang melibatkan
proses membangkit, mengekal dan mengawal minat (Ramlah Jantan dan Mahani Razali, 2004).
Contohnya pada dinding-dinding sekolah atau tugu perlu diletakkan motto atau renungan
yang berkaitan dengan kelebihan dan kebaikan amalan membaca . Keadaan ini secara tidak
langsung akan memberi kesedaran kepada murid untuk cuba menghayati dan mengubah diri
mereka ke arah suka membaca. Selain itu, sudut bacaan juga perlu diwujudkan di dalam bilik
darjah. Sudut ini perlu disediakan dengan buku-buku yang sesuai dibaca oleh murid dan sudut ini
juga perlulah senyap dan selesa supaya murid dapat menumpukan perhatian mereka semasa
mereka membaca (Nordin Mamat, 2005)
4.6 Peranan ibu bapa.
Terdapat hubungan yang rapat di antara peranan ibu bapa dan persekitaran rumah dalam
pemerolehan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak. Kajian Durkin (1966) tentang
kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di dalam kelaskelas tadika
mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka mereka cepat dan lancar membaca
ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa.
Trelease (1989) (dalam Lee Lai Guan, Rahman & Salihah, 2007) pula berpendapat
membaca kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa yang membaca
kuat kepada anak bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran membaca anak tetapi
kemahirankemahiran lain yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Antara lain, ibu bapa
dapat meningkatkan daya mental anak-anak mereka dengan meluaskan konsep, perbendaharaan
kata serta meluaskan alam pengetahuan dan pemikiran. Dalam kajiannya, Hansen (1969) telah
menggabungkan 4 faktor yang berkaitan dengan persekitaran rumah.
Faktor-faktor itu ialah terdapat atau tidak bahan bacaan yang sesuai di rumah, masa yang
diperuntukkan bagi membaca kepada kanak-kanak, masa yang diperuntukkan bagi membimbing
dan menggalakkan kanak-kanak membaca dan sama ada ibu bapa menjadi contoh atau model
34
yang baik kepada kanak-kanak. Keempat-empat faktor itu secara bergabung didapati lebih
mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca daripada secara berasingan. Ibu bapa juga perlu
menunjukkan sikap suka membaca kepada anak-anak. Perkara ini disokong oleh Rohani Rustam
dan Jamiah A.Bakar (1995) menyatakan contoh melalui teladan penting dan benar kerana sudah
menjadi tabii anak-anak suka meniru.
4.7 Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah (KSSR)
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan
murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan
diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial
dalam kehidupan harian. Kurikulum bukan sahaja meliputi mata- pelajaran dan pengalaman
terancang yang berlaku dalam kelas tetapi meliputi juga semua kegiatan kebudayaan, kesenian,
permainan dan interaksi sosial yang dilakukan oleh kanak-kanak di dalam dan di luar kelas di
bawah kelolaan sekolah (Al-Tourny Al-Syaibany, 1979: Gordon and Brown, 1989).Ling Chu
Poh (1990) menyatakan kurikulum perlu menitikberatkan pengalaman melalui aktiviti terutama
yang berbentuk permainan.
4.8 Kajian Pendekatan Didik-Hibur
Salah satu pendekatan dalam aktiviti komunikasi pembangunan ialah menyalurkan
maklumat bagi tujuan menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat dan untuk menggerakkan
masyarakat melalui media massa. Dalam bidang penyiaran (radio dan televisyen), pendekatan
didik-hibur adalah satu strategi yang sering digunakan bagi merealisasikan matlamat tersebut.
Bermula dengan gagasan Model Penyerapan Inovasi oleh Rogers dalam tahun 1967, model ini
terus berkembang menjadi pendekatan-pendekatan yang lebih relevan seperti pendekatan didik
hibur dan Teori Pemasaran Sosial (Morris, 2002).
Pendekatan didik-hibur atau edu-tainment approach atau pendekatan hiburan
berpendidikan adalah satu proses merancang dan melaksanakan mesej media massa bagi tujuan
mendidik dan menghibur; dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan audien tentang isu-isu
yang penting dalam masyarakat; menyemai sikap yang positif; mengubah kepercayaan dan
35
nilainilai sosial yang kolot, karut, dan merugikan; serta mengubah tingkah laku tampak (overt
behaviour) (Singhal dan Rogers, 1999; dan 2002). Pendekatan ini bukanlah satu teori dalam
bidang komunikasi, sebaliknya ia adalah satu strategi atau pendekatan bagi tujuan memperoleh
perubahan tingkah laku dan perubahan sosial. Bagaimanapun, beberapa teori komunikasi seperti
Teori Kognitif Sosial, Teori Penentuan Agenda, Teori Penerimaan, Teori Penghakiman Sosial,
Teori Penggunaan dan Pemuasan Media dan beberapa lagi teori didapati turut menyokong
pendekatan ini (Singhal dan Rogers, 2004).
Pendekatan didik-hibur menggunakan genre hiburan seperti drama radio, drama
televisyen, rancangan kartun, muzik, lagu, rancangan bual bicara atau sembang-sembang (talk
show), komedi situasi dan juga iklan-iklan kemasyarakatan dalam usaha mencetus perubahan
sosial (Singhal dan Rogers, 2004). Dalam erti kata lain, pendekatan ini menggunakan genre-
genre media massa yang secara sepintas lalu dilihat sebagai genre hiburan. Ini penting kerana
genre hiburan mampu menarik perhatian audien yang ramai, manakala mesej-mesej pendidikan
disalurkan secara yang tidak disedari oleh audien.
Bagaimanapun, pendekatan ini tidak pula mempersoalkan tentang dichotomi atau garis
pemisahan, dan perbezaan kadar antara unsur-unsur hiburan dan pendidikan di dalam sesebuah
genre hiburan bagi maksud tersebut.Kajian ini merupakan satu kajian tindakan mengenai
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan lagu ( didik hibur ) dalam menyebut dan
membaca perkataan suku kata terbuka. Didik Hibur merupakan satu kemahiran baru yang
diperkenalkan dalam Kurikulum baharu KSSR .
Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan cara atau kaedah yang akan
digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu LINUS Tahun 1. Kaedah ini
juga telah diguna pakai untuk mata pelajaran Matematik dan hasilnya amat memberansangkan.
Nyanyian merupakan salah satu daripada cabang muzik . Muzik adalah sebahagian daripada
alam kehidupan dan budaya masyarakat keseluruhannya. (Kementerian Pendidikan
Malaysia,1983).
Abdullah al – Amin al Na’miy (1994) di dalam bukunya menyatakan bahawa Ibu Khaldun
telah mengisytiharkan sesungguhnya muzik adalah suatu ilmu, dan menekankan bahawa muzik
dan nyanyian itu sesuatu perkara yang dapat memperkembangkan pengetahuan dan idea semasa
melagukan sesuatu lagu. Menurut Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1988) , menyanyi adalah
36
aktiviti yang berlaku dalam kehidupan kita yang sebenar dan aktiviti ini boleh dibawa ke bilik
darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik dan menyeronokkan. Kanak – kanak suka
menyanyi dan bagi kanak – kanak yang masih belajar , menganggap menyanyi lebih sebagi satu
bentuk bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka akan terhibur dan menenangkan fikiran.
Dalam konteks mengukuhkan kemahiran murid, menyanyi merupakan satu kegiatan yang
dapat membantu guru mencapai matlamat tersebut. Ini adalah kerana nyanyian itu sendiri
memerlukan penyebutan bunyi dengan jelas dan betul, mengikut rentak dan irama serta
disampaikan mengikut tekanan, intonasi dan nada tertentu. Guru boleh menyediakan senikata lagu
mengikut isi dan bahan pelajaran yang dipilih. Aktiviti menyanyi mempunyai beberapa tujuan
antaranya ialah menyanyi dapat menambah kepelbagaian aktiviti bukan sahaja kepada proses
pembelajaran tetapi juga kepada pengalaman murid mempelajari bahasa.
Ia mencetuskan perubahan dalam aktiviti yang lazim dalam bilik darjah. Menyanyi dapat
membantu proses mengingat kanak – kanak. Ia amat berguna dan boleh membantu muridmurid
menguasai perbendaharaan kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur dan bentuk ayat.
Lagu juga boleh membantu menyumbang ke arah bentuk pemikiran dan daya inkuiri otak
mentafsir sesuatu perkara. Kajian Rosne hafizah (2009) hasil dapatan terhadap beberapa orang
murid di sebuah sekolah di Selangor, beliau mendapati bahawa aktiviti nyanyian ini dapat
meransang minat murid untuk mempelajari bahasa Arab. Secara tidak langsung, telah berjaya
menguasai perbendaharaan kata bahasa Arab melalui kaedah nyanyian.
Dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud :
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.”Ayat Al-
Quran ini sesuai dengan proses mengingat bagi seseorang individu. Setiap individu dikurniakan
Allah kemampuan dan kecerdasan minda yang berbeza-beza. Jadi, bagi mengingat dan
menghafal sesuatu perkara ,seseorang itu perlu untuk menggunakan kaedah tertentu supaya
ingatan itu berkekalan.Dalam model teori pembelajaran Carl Rogers (2003) iaitu di bawah
mazhab humanis yang menekankan bahawa pembelajaran manusia itu bergantung kepada emosi
dan perasaannya serta setiap individu mempunyai cara yang berbeza.
37
Dalam proses mengingat, emosi memainkan peranan yang penting. Emosi mempengaruhi
keupayaan seseorang itu mengingat dan menghafal fakta dengan jelas. Jika berlakunya gangguan
emosi, maka proses menghafal dan mengingat akan terjejas. Murugiah Velayutham (1997)
melihat pembelajaran ialah suatu proses yang cergas dan perlu dirangsang serta dibimbing ke
arah matlamat yang diingini. Rangsangan luaran yang mendorong pembelajaran termasuklah
pengaruh guru melalui tugasan yang dibuat, soalan yang ditanya, alat bantu mengajar yang
digunakan dan semua prosedur yang digunakan untuk membangkitkan dan kegiatan belajar.
Menurut pandangan Zulkifli Ismail (1993), ingatan ialah kebolehan memanggil balik atau
menyebut dan menulis fakta atau kejadian yang telah berlaku setelah beberapa lama. Kemahiran
mengingat mempunyai fungsi yang sangat penting dan mustahak kepada pemikiran dan
tindakan. Seandainya manusia tidak boleh mengingat fakta dan kejadian-kejadian yang penting,
aktiviti –aktiviti harian tidak dapat dilaksanakan dengan baik, teratur atau sistematik. Jika
seseorang itu lupa ingatan , sudah tentu dia tidak boleh bercakap, membaca, mengenal benda
atau rakan – rakannya yang lain.Penggunaan nyanyian/ karaoke ini bertujuan untuk
meningkatkan minat pelajar untuk belajar dan mengelakkan pelajar berasa bosan dan mengantuk
di dalam kelas.
Selain itu, ia juga akan menarik minat pelajar untuk belajar melalui teknik ini. Monks
(2000), muzik dapat membantu individu lebih efisyen dan meningkatkan pencapaian mental dan
pemikiran. Muzik dapat meningkatkan ingatan, tumpuan, dan mengintegrasikan gaya
pembelajaran. Menurut Blair, Jones & Simpson (1991) banyak kajian lepas telah dikendalikan
untuk menguji keberkesanan kaedah nyanyian / karaoke dapat membantu tahap perkembangan
mental pelajar.
Drosher (2006) mendapati bahawa pendedahan terhadap teknik nyanyian / karaoke dapat
meningkatkan IQ dan perkembangan mental. Hasil kajian lalu menunjukkan bahawa nyanyian
dapat meningkatkan kemahiran membaca dan mengingat. Ini kerana lagu dapat membantu pelajar
mengenali teks secara lebih berkesan berbanding dengan pertuturan. (Colwell, 1994, Register,
2001 dan Stanley & Hughes, 1997). Hansen & Bernstrof, 2002. Hasil kajian lepas juga
menunjukkan bahawa skor pencapaian pelajar meningkat dengan menggunakan teknik nyanyian
dalam mata pelajaran.
38
Butzlaff (2002) dan Lamb & Gregory (1993) mendapati wujudnya hubungan antara
pencapaian membaca dengan teknik nyanyian. llen (2007) kelemahan yang terdapat dalam
penggunaan nyanyian / karaoke dalam mata pelajaran ialah tidak terdapat signifikan dalam
pencapaian kemahiran membaca bagi pelajar ELL (English Language Learning) selepas satu
tahun terlibat dalam kajian yang menggunakan pendekatan nyanyian dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.
Menurut Borich & Tombari (1997) murid perlu memainkan peranan aktif dalam
memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari. Murid
memberikan maklumat dengan aktif melalui nyanyian, menghubungkannya dengan maklumat
terdahulu yang diasimilasi dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membiak kefahaman
atau membuat interpretasi ke atas maklumat (Cheek, 1992, dalam Khadijah, Mahani dan Ramlah,
2002).
Menurut Dewey (1966) pembelajaran melalui kaedah nyanyian dapat membantu pelajar
berfikir dan membentuk kefahaman kepada pelajar tentang masalah yang cuba dihuraikan.
Menurut Shamsudin Othman (2004) konsep ‘belajar dalam berhibur’ telah diperkenalkan.
Terdapat empat ciri didik hibur, ciri-ciri tersebut ialah, pertama sesi pembelajaran yang dijalankan
mestilah menyeronokkan kerana di dalam pendekatan ini perlu mengandungi unsur kelakar,
kecindan estetik, permainan muzik lakonan dan sebagainya. Keduanya pendekatan yang
mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid-muri kepada guru.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur. Justeru
murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif dan tertunggu-tunggu
untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya. Objektif aktiviti cenderung kepada
pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah
atau menang, tiada ganjaran atau dendaan.
Ketiga sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai.
Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya kanak-kanak boleh main peranan dengan
menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting arahan guru perlu jelas dan ringkas di
samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan kanak-kanak terhadap pengajaran
dan pembelajaran. Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting
berjaya melibatkan seramai mungkin murid-murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.
39
Ciri keempat ialah didik hibur merupakan aktiviti yang lebih menjurus kepada aktiviti
berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, bekerjasama dan
toleransi. Murid-murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi
terkawal untuk memberikan suatu persembahan yang menarik. Kanak-kanak bebas untuk
bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi terkawal. Aktiviti didik hibur banyak
menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.
Manakala menurut Shamsudin Othman dan Abdul Rasid Jamian (2011) pula, guru yang
melaksanakan pendekatan didik hibur wajar bersifat;
i. Santai – Mendengar lagu dan membaca senikata lagu yang digemari. ii. Kelakar-mengubah
suai seni kata lagu mengikut jalan tema sendiri. iii. Seronok dan gembira- banyak aktiviti
nyanyian dan gerak badan.
iv. Semangat mencuba- usaha kanak-kanak untuk menghasilkan cerita ringkas
daripada tema atau perkataan dalam seni kata lagu berkenaan.
v. Tidak takut dan kurang stress-guru turut menyanyi bersama-sama kanak-kanak.
5.0 PENUTUP
Kajian Literatur membincangkan kajian lepas yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji. Kajian-
kajian yang dilakukan oleh mereka dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan atau pun
penyebab kurangnya minat membaca. Ini secara tidak langsung dapat dijadikan panduan untuk
menanam minat membaca dalam kalangan murid LINUS Tahun 1. Faktor-faktor yang
dinyatakan oleh pengkaji-pengkaji melalui kajian mereka dapat dijadikan panduan untuk
memahami aliran minat membaca murid seterusnya dapat membimbing murid untuk meneruskan
minat membaca. Semua pihak perlu bekerjasama untuk membantu meningkatkan keupayaan
murid LINUS Tahun 1 bagi menguasai kemahiran membaca. Hal ini kerana terdapat banyak isu
dan masalah yang dihadapi oleh murid dalam penguasaan membaca tetapi kita tidak boleh
menuding jari kepada satu-satu pihak sahaja di atas kelemahan ini. Seharusnya kita perlu
mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah ini.
40
BIBLIOGRAFI
Abdul Aziz Talib.(1989). Pengajaran dan Penguiian Bahasa: Perspektif Untuk Perguruan.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Abdullah Sani. (1990). Pendidikan di Malaysia .Kuala Lumpur:Longman.
Abdullah Sani Yahaya.(2003). Perkembangan Pendidikan Di Malaysia. Siri Buku Pendidikan
Khusus Keperluan Para Pendidik. Pahang :PTS Publications Sdn. Bhd.
Abdul Rasid Jamian .(2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu
Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay
Language Education (MyLEJ), 1 (1). pp. 1-12. ISSN ISSN: 2180-4842
Abdul Fatah Hassan .(1994). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaaran:Keseluruhan Otak
dan Daya Berfikir.Kuala Lumpur: Utusan Publicators and Distributors Sdn. Bhd.
Atan Long (1980).Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Azizul Rahman Abd Rahman.(2009). Didik Hibur Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Bahasa Malaysia . Dewan Siswa
41
Allen, D. (2007). Improving Language Acquisition Skills for English Language Learners With
Music Instruction. An Action Research Project. Shawnee Mission Board of Education.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2008). Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan
Kurikulum Bahasa Malaysia 2011.Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Baharom, N. (2002). Kamus Dewan: Edisi Ketiga. Kula Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Borich, G.D.&Tombari, M. L. (1997).Educational Psychology: A Contemporary Approach.
New York: Longman.
Butzlaff, R. (2002). Can music be used to teach reading? Journal of Aesthetic Education,
Dewey, J. (1966a). John Dewey Selected Educational Writings. Edited by Garforth, F.A.
London. Heinemann Educational Books Ltd.
Droscher, E. (2006). The Benefits of Music Education To Children.
http://creativekidonline.com/library/HowMusicEducationBenefitsChildren.pdf.
Harison Bt Othman.(2005).Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca Dengan
Menggunakan Kaedah Kad Bacaan.Perlis: Institut Perguruan Perlis.
Bahagian Pembangunan Kurikulum.(2011).Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa
Malaysia Tahun 1 (2010).Putrajaya :Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kamarudin Haji Husin.(1993).Perkaedahan Mengajar Bahasa.Selangor:Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Kamus Dewan . (2010).Dewan Bahasa dan pustaka:Kuala Lumpur.
Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2002). Psikologi
Pendidikan. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Noraini Ahmad.(1993).Mengekalkan Daya Ingatan.Kuala Lumpur:Berita Publishing.
Kamus Dewan . (2010).Dewan Bahasa dan pustaka:Kuala Lumpur.
Yahya Othman.(2003).Mengajar Membaca Teori Dan Aplikasi. Panduan Meningkatkan
Kemahiran Mengajar Membaca.Pahang:PTS Publications & Distributors.
Lamb, Susannah, J. & Gregory, Andrew, H. (1993). The Relationship between Music
And Reading in Beginning Readers. Educational Psychology, 13(1), 19-26.
42
Shamsudin Othman, Wan Nolidza Mohd Zain. 2004. Bahasa Melayu Kelas Peralihan (Buku
Teks Kementerian Pelajaran Malaysia). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sofiah Hamid (1983). Pendekatan Mengajar Bacaan Bahasa Malaysia Di Peringkat Sekolah
Rendah . Kuala Lumpur : Utusan Publication And Distrubutors
Syed Abu bakar Syed Akil .(1994).Panduan Mengajarkan Kemahiran Membaca.Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
Whitehurst, G.J. & Lonigan,C. (2001). Emergent Literacy:Development From Prereaders To
Readers .New York :Guilford.
Zulkifley Hamid .(2006). Aplikasi Psikolinguistik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa.
Selangor: PTS Pendidikan Profesiona
LAMPIRAN 1
Pemerhatian daripada tinjauan awal menggunakan kad bacaan.
BIL KEMAHIRAN BAHASA
(MEMBACA)
JUMLAH MURID PERATUS CATATAN
1. Lancar
2. Kurang lancar
3. Tidak lancar
JUMLAH
43
LAMPIRAN 2
Suku kata KVKV yang digunakan dalam kajian ini:
Suku kata KVKV
buku
sudu
mata
bahu
gula
lada
muka
44
LAMPIRAN 3
Borang pemerhatian
Responden :
Sukukata Menguasai Tidak
menguasai
bu
ku
su
du
ma
ta
gu
la
45
mu
ka
da
ba
hu
LAMPIRAN 3
Borang temu bual dengan guru.
Responden:
BIL KEMAHIRAN MEMBACA MENGUASAI
SUDAH BELUM
1. Penguasaan kemahiran membaca
suku kata KV
2. Penguasaan membina perkataan
daripada suku kata terbuka KV + KV
3. Penguasaan membaca perkataan
daripada suku kata terbuka KV+KV
46
47

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahHon Shan Shan
 
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayuKekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayuNur Khairi
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Noor Hidayah Ghazali
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuJunaidah Jusoh
 
Kertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linus
Kertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linusKertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linus
Kertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linusNoraini_84
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)hibatullah92
 
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 3 2022 2023 by rozayus academy
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 3 2022 2023 by rozayus academyRPT BAHASA MELAYU TAHUN 3 2022 2023 by rozayus academy
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 3 2022 2023 by rozayus academyRoza Yus
 
Rancangan pendidikan individu (akademik)
Rancangan pendidikan individu (akademik)Rancangan pendidikan individu (akademik)
Rancangan pendidikan individu (akademik)atenabihah
 
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAH
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAHRANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAH
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAHfatimah isa
 
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIKAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIAiniNazihah
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Kertas kerja program pintar jawi
Kertas kerja program pintar jawiKertas kerja program pintar jawi
Kertas kerja program pintar jawinur faizah Peson
 
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaanNorbaizura Md Isa
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxAishahSal
 
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa ArabFalsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arabhibatullah92
 

Mais procurados (20)

SME 6044 ISU-ISU KURIKULUM
SME 6044   ISU-ISU KURIKULUMSME 6044   ISU-ISU KURIKULUM
SME 6044 ISU-ISU KURIKULUM
 
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran Prasekolah
 
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayuKekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
Bahan bantu belajar
Bahan bantu belajarBahan bantu belajar
Bahan bantu belajar
 
Kertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linus
Kertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linusKertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linus
Kertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linus
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
Contoh rpi
Contoh rpiContoh rpi
Contoh rpi
 
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 3 2022 2023 by rozayus academy
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 3 2022 2023 by rozayus academyRPT BAHASA MELAYU TAHUN 3 2022 2023 by rozayus academy
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 3 2022 2023 by rozayus academy
 
Rancangan pendidikan individu (akademik)
Rancangan pendidikan individu (akademik)Rancangan pendidikan individu (akademik)
Rancangan pendidikan individu (akademik)
 
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAH
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAHRANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAH
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAH
 
Dskp sejarah tahun 5
Dskp sejarah tahun 5Dskp sejarah tahun 5
Dskp sejarah tahun 5
 
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIKAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Kertas kerja program pintar jawi
Kertas kerja program pintar jawiKertas kerja program pintar jawi
Kertas kerja program pintar jawi
 
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa ArabFalsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
 

Semelhante a Proposal kajian tindakan linus

Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cik BaCo
 
Proposal bahasa indonesia
Proposal bahasa indonesiaProposal bahasa indonesia
Proposal bahasa indonesiabcirohil
 
1 12 rasid-upm
1 12 rasid-upm1 12 rasid-upm
1 12 rasid-upmCvem Cool
 
Buku panduan bm sjk tahun 6 (30012015)
Buku panduan bm sjk tahun 6  (30012015)Buku panduan bm sjk tahun 6  (30012015)
Buku panduan bm sjk tahun 6 (30012015)ibnrahim
 
Proposal pengajuan judul skripsi
Proposal pengajuan judul skripsiProposal pengajuan judul skripsi
Proposal pengajuan judul skripsispilody111
 
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanakSistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanaksitinurnadirahibrahi
 
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...SDN 1 JUGLANGAN
 
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...nurul2307
 
Kajian mini didik hibur
Kajian mini didik hiburKajian mini didik hibur
Kajian mini didik hiburEda Muryanti
 
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_iniApakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_iniRainne Lee
 
Proposal penelitian penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...
Proposal penelitian  penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...Proposal penelitian  penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...
Proposal penelitian penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...Boedi Santosa,
 
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia Stephanie Unsil
 

Semelhante a Proposal kajian tindakan linus (20)

Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
Pkm......
Pkm......Pkm......
Pkm......
 
Proposal bahasa indonesia
Proposal bahasa indonesiaProposal bahasa indonesia
Proposal bahasa indonesia
 
1 12 rasid-upm
1 12 rasid-upm1 12 rasid-upm
1 12 rasid-upm
 
prof rashid.pdf
prof rashid.pdfprof rashid.pdf
prof rashid.pdf
 
Buku panduan bm sjk tahun 6 (30012015)
Buku panduan bm sjk tahun 6  (30012015)Buku panduan bm sjk tahun 6  (30012015)
Buku panduan bm sjk tahun 6 (30012015)
 
Proposal pengajuan judul skripsi
Proposal pengajuan judul skripsiProposal pengajuan judul skripsi
Proposal pengajuan judul skripsi
 
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanakSistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
 
1
11
1
 
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
 
Interview SPP
Interview SPPInterview SPP
Interview SPP
 
Tesis bab 1
Tesis bab 1Tesis bab 1
Tesis bab 1
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
 
Kajian mini didik hibur
Kajian mini didik hiburKajian mini didik hibur
Kajian mini didik hibur
 
Bab 1 3
Bab 1 3Bab 1 3
Bab 1 3
 
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_iniApakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
 
Proposal penelitian penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...
Proposal penelitian  penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...Proposal penelitian  penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...
Proposal penelitian penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...
 
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 

Mais de Ahmad NazRi

Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihanAhmad NazRi
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiAhmad NazRi
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruAhmad NazRi
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi namaAhmad NazRi
 
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuTugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuAhmad NazRi
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporanAhmad NazRi
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolahAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Ahmad NazRi
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Ahmad NazRi
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikAhmad NazRi
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruAhmad NazRi
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikAhmad NazRi
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hokiAhmad NazRi
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmAhmad NazRi
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 

Mais de Ahmad NazRi (20)

Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
 
Topeng muka
Topeng mukaTopeng muka
Topeng muka
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guru
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi nama
 
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuTugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporan
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
 
Story board
Story boardStory board
Story board
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guru
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Tugasan p.moral
Tugasan p.moralTugasan p.moral
Tugasan p.moral
 

Proposal kajian tindakan linus

  • 1. ISI KANDUNGAN BAB 1 PENGENALAN MUKA SURAT 1.1 Pendahuluan 4 1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu 6 1.3 Refleksi nilai pendidikan 7 1.4 Refleksi sorotan literatur 9 BAB 2 FOKUS KAJIAN/SOALAN KAJIAN 2.1 Tinjauan dan analisis masalah 14 2.2 Objektif kajian 15 2.3 Soalan kajian 15 2.4 Kumpulan sasaran 16 BAB 3 KAEDAH KAJIAN/TINDAKAN YANG DICADANGKAN 3.1 Perancangan tindakan 17 3.2 Perancangan cara mngumpulkan data 22 3.3 Perancangan cara menganalisis data 27 3.4 Perancangan pelaksanaan kajian 27 3.4.1 Jadual pelaksanaan 3.4.2 Kos kajian BAB 4 TINJAUAN LITERATUR 30 BAB 5 PENUTUP 43 SENARAI RUJUKAN 44 LAMPIRAN 49
  • 2. BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Pendidikan negara mengalami perkembangan selaras dengan perubahan yang telah berlaku dalam merentasi zaman kemodenan. Ia bersesuaian dengan tujuan utama pendidikan yang berfungsi mengembangkan potensi individu agar mereka lebih progresif dan berkualiti. Pendidikan juga merupakan agensi terpenting dalam pembinaan bangsa. Justeru, selaras dengan pembangunan dan transformasi dalam pendidikan, pelbagai teori pembelajaran dan kaedah pengajaran telah diperkenalkan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Abdullah Sani,1990). Menurut Abdullah Sani (2003), secara kronologinya, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada perlaksanaan pendidikan di negara ini, atas dasar untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir. Selepas itu, pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan setelah dibuat penambahbaikan ke atas kurikulum lama, kesan daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Seterusnya apabila Falsafah Pendidikan Negara – FPN (1988) disuratkan, sekali lagi kurikulum diberi penambahbaikan, lalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan namanya kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang bermula pada tahun 1993. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Memandangkan zaman semakin berubah, sekali lagi kurikulum baru diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini dilaksanakan pada tahun 2011 hinggalah sekarang . KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan seumur hidup. Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu, pengajaran KSSR adalah berpandukan Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran.“KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan 2
  • 3. standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan” (Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM -2011). Kurikulum Standard sekolah rendah (KSSR) Bahasa Malaysia menitiberatkan empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis, dan dua aspek tambahan iaitu aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa. Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh semua murid. Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia Tahun 1 (2010) menyatakan kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Pengajaran kemahiran membaca ini sangat penting bagi melahirkan murid yang mampu menguasai kemahiran verbal dan literal. Hal ini disokong oleh Atan Long (1980) yang mengatakan membaca sebagai satu proses yang melibatkan kebolehan mengenal lambang- lambang bunyi bahasa dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan melalui tulisan. Pendapat ini juga selari dengan kenyataan Kamarudin Haji Husin dalam Perkaedahan Mengajar Bahasa (1993) yang mengatakan bahawa membaca bukan hanya setakat bersifat mekanikal tetapi lebih jauh daripada itu. Untuk memahami sesuatu maklumat, otak bertindak sebagai penggerak utama untuk mengenal pasti lambang bunyi dan menterjemahkan supaya difahami. Kemahiran membaca bukanlah kemahiran semula jadi. Membaca tidak sama pembentukannya seperti berjalan atau berlari . Menurut Syed Abu bakar Syed Akil ,(1994), kanak-kanak secara semulajadi boleh berkembang dari segi psikomotor tapi sebaliknya, kanak- kanak tidak boleh membaca secara semulajadi. Ini bermakna, kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara yang tersusun dan berkesan. Hakikatnya, kemahiran membaca merupakan kemahiran peringkat tinggi. Pengalaman kita sendiri jelas menyokong kenyataan bahawa kemahiran membaca bukanlah satu perkara yang mudah. Masih ramai kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dan juga menengah yang masih tidak boleh membaca dengan lancar dan baik.Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai bermula dari prasekolah. Sekiranya mereka masih belum dapat menguasai kemahiran asas membaca pada ketika ini, maka murid-murid ini akan terus tercicir dan tidak dapat bersaing dengan murid-murid yang lain di dalam kelas biasa. 3
  • 4. Para penyelidik juga berpendapat jika kemahiran literasi membaca tidak diperoleh dan dikuasai dengan mahir, risiko untuk kanak-kanak gagal dalam sistem persekolahan akan meningkat (Whitehurst & Lonigan,2001). Kegagalan membaca dengan baik menjadi bertambah teruk akibat ketiadaan strategi pengajaran yang berkesan serta peluang untuk belajar dan ini memberi kesan jangka panjang bagi murid. Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan. Oleh itu tindakan yang sesuai perlu diambil segera bagi mengatasi sebarang masalah pembelajaran yang mungkin timbul dari semasa ke semasa. Satu daripada langkah yang perlu diambil adalah dengan menjalankan ujian-ujian yang tertentu bagi membolehkan guru mendapatkan maklumat asas tentang pencapaian murid-murid. Ujian diagnostik adalah salah satu ujian yang boleh digunakan untuk menyaring murid-murid tersebut (Zulkifley Hamid, 2006). Seterusnya kaedah bacaan secara didik hibur boleh digunakan untuk meningkatkan lagi kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid LINUS Tahun 1 (Azizul Rahman Abd Rahman-2009 ). 1.2 Refleksi pengalaman yang lalu Saya adalah guru di sebuah sekolah di daerah Rawang, Selangor. Namun atas sebab-sebab tertentu saya direhatkan daripada mengajar tugasan matapelajaran teras. Namun begitu, saya tertarik menjalankan kajian tentang masalah murid LINUS Tahun 1 yang masih tidak dapat mengeja dan membatangkan suku kata kvkv meskipun sesi persekolahan telah menginjak pertengahan tahun.. Timbul persoalan di fikiran saya mengapa agaknya mereka tidak boleh menyebutkan perkataan dengan sebutan yang betul mengikut suku kata kvkv. Hal ini menyebabkan kemahiran membaca mereka amat lemah. Oleh itu, saya telah menjalankan pemerhatian tidak berstruktur ketika diberi peluang dan ruang waktu dalam pengajaran dan pembelajaran saya bersama murid LINUS Tahun 1. Hasil dapatannya, saya dapati mereka kurang berminat untuk membaca, tidak boleh membaca kad perkataan yang diberi dengan lancar dan betul sebutannya, serta kurang memberi tumpuan terhadap apa yang dibaca dan amat suka bermain-main semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas . Mereka juga tidak menunjukkan kesungguhan dalam kemahiran 4
  • 5. mengeja suku kata yang diberikan. Mereka tidak dapat membatangkan suku kata dan mengecam sukukata dengan betul. Oleh yang demikian mereka selalu melengkapkan suku kata atau perkataaan yang salah apabila guru meminta mereka melengkapkan semula suku kata yang disebutkan. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian, maka mereka akan terus tercicir . Saya pernah menggunakan kaedah yang lain untuk membantu mereka mengingat semula suku kata awalan. Kaedah tersebut adalah menyuruh mereka mengeja suku kata awalan sebanyak sepuluh kali. Kemudian, diikuti dengan suku kata kedua. Namun, mereka masih belum menguasainya. Akibatnya mereka berputus asa untuk mengeja perkataan tersebut. Ini juga membuatkan murid tersebut kurang berminat untuk menguasai kemahiran dengan sempurna dan akhirnya mereka gagal melengkapkan perkataan dengan baik. Justeru, saya perlu memperbaiki kelemahan pada diri saya dengan memikirkan strategi dan membina bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk murid-murid saya . 1.3 Refleksi nilai pendidikan Sistem pendidikan negara bersifat dinamik dan sering berubah mengikut peredaran masa. Perubahan ini adalah untuk memantapkan lagi sistem yang sedia ada agar ia dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara dan meningkatkan kualiti modal insan. Justeru, kita yang bakal bertindak sebagai badan pelaksana pelan transformasi kerajaan ini perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran agar ianya berjaya dilaksanakan dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah usaha untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan memajukan diri, keluarga dan negara serta menyumbang kepada keamanan dan keharmonian masyarakat dan negara. Individu yang berkualiti yang dimaksudkan ialah modal insan yang ingin diwujudkan dalam masyarakat Malaysia yang memenuhi keperluan negara untuk mencapai status sebagai negara maju (Kementerian Pelajaran Malaysia:Pusat Perkembangan Kurikulum 2001) . 5
  • 6. Zailan Moris (2007), menyatakan satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan peluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada Umum mengetahui, bidang pendidikan mengalami transformasi yang hebat dalam melahirkan mutu pendidikan yang terbaik ke arah melahirkan lebih ramai pelajar yang berkualiti dari aspek pengetahuan mahupun dari aspek rohani dan jasmani. Justeru, guru perlulah bijak menggunakan pelbagai teknik dan strategi pengajaran seiring dengan perkembangan semasa dalam arus pendidikan. Selaras dengan itu, pengkaji terpanggil untuk menghasilkan satu strategi bagi meningkatkan kemahiran membaca terutamanya dalam aspek mengeja dan membatangkan suku kata kvkv murid LINUS Tahun 1 iaitu menyelitkan unsur muzik iaitu didik hibur. Kajian ini adalah untuk membuktikan bahawa strategi didik hibur dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang seimbang dari aspek-aspek yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Istilah didik hibur atau 'fun learning' diperkenalkan seiring dengan pelaksanaan Kurikulum Standard sekolah rendah (KSSR) pada tahun 2010. Ia merupakan satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Didik hibur bermaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2010) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Pendidikan pada masa kini mementingkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna yang menuntut guru untuk menjadi seorang individu yang kreatif dan inovatif. Apabila murid melakukan aktiviti didik hibur iaitu menyanyi, secara tidak langsung ia merupakan ekspresi emosi dan dapat membina keyakinan murid. 6
  • 7. . Menurut Noraini (2003), iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan kerana di samping mengurangkan kebosanan, irama lagu dapat mempertingkatkan minat dan mendorong penumpuan. Pendapat ini dipersetujui oleh Abdul Fatah Hassan(1994), yang menyatakan bahawa, pada biasanya malumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada seseorang itu, semakin mudah maklumat itu diingatkan. Semakin mudah maklumat itu diingatkan, semakin mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang. Muzik juga merupakan terapi (Mok Soon Sang,2010). Gaya dan gerakan yang dimasukkan dalam nyanyian akan dapat membantu murid dalam aspek jasmani. Melalui muzik dan nyanyian juga dapat membantu murid dalam memperkembang kemahiran sosial mereka. Hal ini dapat dilihat apabila mereka melibatkan diri bersama rakan-rakan ketika melakukan aktiviti didik hibur. Dari aspek intelek pula murid harus mengingati lirik lagu atau perkataan yang mereka baca. 1.4 Refleksi sorotan Literatur Menurut Westwood (2001), lebih kurang 16% kanak-kanak Australia menghadapi masalah dalam membaca. Selain itu, 40% daripada kesemua kanak kanak yang berumur sembilan tahun di Amerika Syarikat berada di bawah purata tahap kebolehan membaca (US Department of Education, 1998). Seramai lapan hingga 12% kanak-kanak prasekolah dan 12% kanak-kanak tahun satu menghadapi masalah penguasaan bahasa iaitu lemah dalam kemahiran mendengar dan membaca di Amerika Syarikat dan Kanada (Jamieson, 2007). Kelemahan dalam penguasaan bahasa dan kemahiran membaca di peringkat prasekolah akan berterusan dari peringkat kanak- kanak ke peringkat dewasa dan seterusnya (Catts et al., 2002; Leitão dan Fletcher; 2004; Lewis dan Freebairn, 1992; Roth et al., 2002; Snowling et al., 2000; Law et al., 2000). Sekumpulan penyelidik (August dan Shanahan, 2006) dari Amerika Syarikat telah menjalankan penyelidikan literasi dalam kalangan pelajar minoriti di Negara tersebut. Mereka mendapati bahawa kebolehan membaca dan menulis dengan baik adalah satu keperluan untuk mencapai kejayaan dalam kesemua mata pelajaran di sekolah dan juga peluang untuk melanjutkan pelajaran. Selain itu, ekonomi mereka juga dapat ditingkatkan selepas tamat persekolahan. 7
  • 8. Hasil kajian Ambigapathy (2002) menunjukkan 76.2% daripada golongan belia enggan membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris manakala 61.4% daripada mereka tidak mengemari bahan bacaan yang berbahasa Melayu. Menurut statistik yang dibuat oleh Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur (1996), kanak-kanak berumur lima hingga sembilan tahun mempunyai kebolehan membaca dalam Bahasa Melayu (57%), bahasa Mandarin (11%), bahasa Inggeris (5%), bahasa Tamil (3%) dan bahasa Jawi (3%). Jumlah kanak-kanak yang tidak tahu membaca di negara ini semakin membimbangkan (Rahmalizah, 2009). Selain itu, masalah kanak-kanak yang belum menguasai kemahiran membaca di peringkat sekolah rendah juga begitu serius. Pada tahun 2006, seramai 138,271 orang pelajar atau 35.52% pelajar tahun satu di Semenanjung tidak tahu membaca dan jumlah ini tidak termasuk kawasan- kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak (Rahmalizah, 2009). Banyak masalah yang akan timbul akibat pelajar-pelajar yang tidak tahu membaca. Mereka akan ketinggalan dalam pelajaran, keputusan peperiksaan menjadi lemah kerana tidak memahami soalan, tiada keyakinan diri serta mudah berputus asa (Rahmalizah, 2009). Pelajar-pelajar tersebut tidak menunjukkan sebarang minat untuk belajar, mempunyai daya saing yang sangat rendah. Pelajar pelajar ini mempunyai potensi untuk belajar dan mendapat manfaat dari sistem pendidikan tetapi potensi tersebut tidak dapat dikembangkan sekiranya pihak sekolah tidak mengenal pasti masalah mereka dari awal lagi. Sebilangan besar kanak-kanak memerlukan bantuan intensif untuk memperkembangkan kemahiran membaca di peringkat awal. Kanak-kanak yang menghadapi masalah pemerolehan bahasa mesti dikenal pasti semasa peringkat bayi ke peringkat prasekolah. Terdapatnya beberapa cara intervensi yang berkesan dapat membantu kanak-kanak dalam menguasai kemahiran bahasa di peringkat awal agar masalah ini tidak berlanjutan. Salah satu cara terutama ialah menerusi teknologi komputer (ICT). Teknologi komputer (ICT) telah digunakan dalam bidang pendidikan selama beberapa abad. 42 buah negeri di Amerika Syarikat menghendaki guru mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran mereka berdasarkan tinjauan pegawai teknologi peringkat negeri Amerika Syarikat (Trotter, 1997). KPM telah berusaha untuk memastikan semua pelajar menguasai kemahiran 8
  • 9. membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir daripada sistem pendidikan akibat kemiskinan walaupun berada di kawasan luar bandar dan pedalaman melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Bidang Keberhasilan Utama National (NKRA). Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan yang memberi fokus kepada penguasaan 3M dan penekanan kepada pendidikan pemulihan. Pada tahun 2010 pula, KPM juga telah melancarkan program LINUS (Literacy and Numeracy Screening) yang merupakan satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (BM) dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Melalui pengajaran pemulihan pada tahap satu (tahun satu – tahun tiga) ini, keperluan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dikenal pasti dan mereka diberi bantuan pemulihan demi meningkatkan pencapaian akademik mereka. Program pemulihan adalah untuk mereka yang berada dalam tahun satu hingga tahun tiga sahaja. Setelah naik ke tahun empat, pelajar tersebut tidak akan masuk ke kelas pemulihan lagi. Justeru, mereka yang masih tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis akan ketinggalan dalam kurikulum biasa dan seterusnya tercicir dalam pelajaran. Keadaan ini akan berterusan sehingga ke sekolah menengah dan seterusnya. Dengan erti kata yang lain, pelajar tersebut akan naik ke peringkat sekolah menengah tanpa menyelesaikan masalah yang mereka hadapi di sekolah rendah. Tanpa bantuan, mereka akan merasa rendah diri, malu dan motivasi belajar akan menjadi rendah. Pelbagai masalah akan wujud di sekolah rendah dan berterusan sehingga ke sekolah menengah jika perkara ini tidak ditangani segera (Shamsudin Mohamad, Jamil Ahmad dan Siti Rahayah Ariffin, 2010). Untuk mengelakkan pembaziran dalam pendidikan, penerokaan yang lebih awal terhadap bentuk pendidikan pemulihan yang berkesan amat diperlukan untuk membantu pelajar yang lemah meningkatkan potensi diri mereka supaya mampu menjadi warganegara yang berguna pada masa hadapan. Data bilangan pelajar pemulihan khas di sekolah yang ‘dipulihkan’ selepas 9
  • 10. mengikuti program intervensi 3M menunjukkan bahawa program ini masih belum berjaya memulihkan semua pelajar yang mengikutinya. Daripada 53,544 orang pelajar sekolah rendah yang mengikuti program intervensi 3M, hanya 28,801 pelajar atau 53.8% telah Berjaya dipulihkan dan dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM, 2001). Data terkini menunjukkan bahawa seramai 105,255 (23%) daripada jumlah 463,990 orang pelajar belum menguasai kemahiran membaca pada bulan Julai, 2008 (BPPDP,KPM, 2008). Dunia sekarang telah masuk ke era digital ekoran daripada perkembangan sains dan teknologi yang pesat. Teknologi baru telah mencapai ke setiap pelusok dunia dan kuat mempengaruhi kehidupan manusia. Dalam bidang pendidikan, kewujudan perkakasan dan perisian yang mendadak telah meningkatkan hasil P&P, misalnya program Fun Language Learning with Multimedia (Tantri Agustiningsih, 2007). Istilah yang paling sesuai untuk menggambarkan kemajuan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan hari ini ialah “teknologi maklumat merentasi kurikulum” (Norjihan Abdul Ghani et al., 2005).mJusteru, masalah penguasaan kemahiran membaca diharap dapat diselesaikan melalui pengintegrasian teknologi khususnya komputer dalam proses P&P. Terdapat banyak takrifan mengenai pengajaran berbantukan komputer dalam bahasa Inggeris iaitu Computer Aided Instruction (CAI), Computer Based Instruction/Education, Computer Augmented Instruction, Computer Administered Instruction, Computer Managed Instruction, Computer Based Learning, Computer Enriched Instruction dan sebagainya. Perbezaan istilah ini mungkin mengelirukan terutamanya kepada orang yang masih baru dalam dunia komputer, akan tetapi ia menggambarkan perkembangan yang pesat dalam bidang ini (Norhashim Abu Samah et al., 1996). Menurut Gagne dan Briggs (1974), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. 10
  • 11. BAB 2 : FOKUS KAJIAN / SOALAN KAJIAN 2.1 Tinjauan dan analisis masalah Tinjauan awal dijalankan untuk memperolehi data awal melalui kaedah temubual dan pemerhatian yang dilakukan ke atas 20 orang murid LINUS tahun 1. Ada murid yang sudah dapat membaca dengan betul dan lancar. Namun demikian, masih ada murid yang tidak boleh membaca, dan boleh membaca tetapi dengan pelbagai kesalahan sebutan (kurang lancar). Melalui temubual yang yang dilakukan secara terbuka, maklum balas daripada murid berkenaan masalah 11
  • 12. dan punca mereka lemah dalam membaca dapat diketahui. Guru yang ditemubual juga membantu dalam mencari punca masalah tersebut dalam kalangan murid sekolah. Rata-rata mengakui bahawa kelambatan mengeja dan ayat yang panjang adalah masalah bagi mereka. Selain itu, terlalu banyak perkataan di dalam bahan bacaan menjadikan mereka keliru, buntu dan mula malas untuk mengeja dan membaca. Membaca adalah satu perkara yang penting di dalam kehidupan seharian kita. Sekiranya kita tidak boleh membaca, maka terputuslah perhubungan kita dengan dunia luar. Begitulah pentingnya kemahiran membaca untuk murid- murid LINUS Tahun 1. Masalah membaca juga boleh mempengaruhi prestasi murid-murid dalam komponen lain selain komponen perkembangan bahasa. Bagi murid yang kurang cekap dalam membaca akan ketinggalan dalam sesi pembelajaran dan akan mempengaruhi keputusan mereka apabila masuk ke arus perdana tahun satu. Justeru itu, masalah membaca harus diatasi segera. Salah satu kaedah yang boleh mencetuskan minat membaca, adalah dengan penggunaan teknik didik hibur dengan harapan ia mampu menarik minat murid untuk minat membaca. Kaedah pengajaran akan lebih interaktif, iaitu berkonsepkan didik hibur supaya pengajarannya lebih mudah dihayati dan difahami. Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran Bahasa Malaysia dengan berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami lirik lagu, bahasa indah, bahasa badan , berdialog dan berpantun . 2.2 Objektif Kajian Pengkaji telah membahagikan objektif kepada dua bahagian iaitu objektif umum dan juga objektif khusus . 2.2.1 Objektif umum Kajian ini dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran membaca murid LINUS tahun 1 yang masih lemah dalam membaca Bahasa Melayu. 12
  • 13. 2.2.2 Objektif Khusus Secara khususnya , kajian tindakan ini dapat: 1. Strategi Didik Hibur dapat meningkatkan kemahiran membaca murid dengan lancar suku kata KVKV dengan intonasi yang betul dan tepat. 2. Strategi Didik Hibur dapat meningkatkan minat murid dalam menguasai kemahiran membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dengan sebutan yang betul dan tepat. 3. Strategi Didik Hibur dapat menilai keberkesanan tahap kemahiran membaca suku kata KVKV murid LINUS Tahun 1. 2.3 Soalan Kajian Persoalan kajian yang dikemukakan bagi kajian ini ; 1. Dapatkah Strategi Didik Hibur meningkatkan kemahiran membaca murid dengan lancar suku kata KVKV dengan intonasi yang betul dan tepat? 2. Dapatkah Strategi Didik Hibur meningkatkan minat murid dalam menguasai kemahiran membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dengan sebutan yang betul dan tepat? 3. Dapatkah Strategi Didik Hibur menilai keberkesanan tahap kemahiran membaca suku kata KVKV murid LINUS tahun 1? 2.4 Kumpulan Sasaran Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan. Ianya bertujuan untuk mengenal pasti aspek yang perlu diambil kira sebagai kajian yang perlu diberikan perhatian yang khusus. Beberapa batasan kajian terpaksa dibuat bagi memudahkan kajian ini dijalankan. Batasan-batasan kajian yang dilakukan adalah seperti berikut: i) Pemilihan sekolah hanyalah kepada sebuah sekolah sahaja di daerah Gombak, Selangor. 13
  • 14. ii) Responden yang dipilih adalah secara rawak iaitu melibatkan seramai 6 orang murid LINUS tahun 1. iii) Responden ini hanya menyentuh tentang aplikasi penggunaan teknik didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam kalangan murid LINUS Tahun 1 . iv) Maklumat yang diperolehi merupakan maklum balas daripada ujian pra, ujian pasca dan proses pemerhatian. Ketekalan dan keboleh percayaan dapatan kajian ini bergantung sepenuhnya daripada kejujuran dan tindak balas yang diberikan oleh responden. 2.5 Penutup. Bab ini menghuraikan pernyataan masalah, tujuan kajian dan objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian , batasan kajian yang dilaksanakan dan definisi operasional. Kajian ini juga melibatkan pembelajaran membaca dengan menggunakan kaedah didik hibur bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid LINUS Tahun 1. BAB 3 : KAEDAH KAJIAN / TINDAKAN YANG DICADANGKAN 3.1 Pengenalan Bab ini membincangkan metadologi kajian yang digunakan dalam kajian ini. Metadologi kajian merupakan cara atau kaedah yang digunakan oleh seseorang pengkaji untuk menganalisis dapatan yang diperoleh. Menurut Amir Hassan Dawi (20002:123), kaedah merupakan cara atau jalan yang menyelesaikan permasalahan penyelidikan. Kaedah yang digunakan ini dapat membantu pengkaji dalam mengumpul maklumat dan data yang diperlukan secara sistematik dan 14
  • 15. berfokuskan kepada keupayaan kemahiran membaca murid LINUS Tahun 1 melalui teknik latih tubi secara didik hibur dengan menggunakan kad bacaan suku kata. 3.1.1 Reka bentuk kajian.( Pendekatan Teknik Didik Hibur) Kerlinger (1973), menyatakan reka bentuk kajian sebagai garis panduan kepada penyelidik di dalam proses pengumpulan dan penganalisaan data. Ia juga membolehkan pengkaji membuat soalan yang mempunyai kesahihan, menepati objektif dan sesuai untuk sesuatu kajian. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian secara kuantitatif dan kaedah kutipan pengumpulan data yang tertentu bagi mandapatkan maklumat berhubung dengan kajian yang dikaji. Maklumat ini akan diguna pakai bagi menjelaskan akan hubung kait antara program yang dijalankan dapat meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid LINUS Tahun 1. Data yang dikutip adalah melalui ujian yang dijalankan oleh responden yang dipilih. Data ini dapat dijadikan panduan bagi menyediakan ujian yang menyusul kepada responden nanti. Kerjasama serta kolaborasi guru LINUS Tahun 1 ini akan dapat membantu pengkaji dalam kajian ini. Guru LINUS Tahun 1 mempunyai kemahiran serta kepakaran dalam bidang pemulihan di mana saranan serta pengetahuan dapat digunakan untuk menolong respondenresponden ini. Sebelum proses dijalankan, ujian pra akan diberikan terlebih dahulu oleh pengkaji untuk melihat tahap penguasaan responden atau murid-murid dalam kemahiran membaca yang dipelajari. Daripada ujian pra ini kita akan dapat mengetahui pengetahuan sedia ada responden serta setakat mana pencapaian mereka dalam membaca suku kata atau pun ayat pendek. Kemudian barulah pengkaji akan menggunakan ujian pos atau pun ujian penapisan kepada murid atau responden untuk menilai semula akan keberkesanan program latih tubi yang dijalankan selepas ujian pra tadi. Berikut adalah rekabentuk kajian yang akan dijalankan. 15
  • 16. Rajah 1: Rekabentuk Kajian menggunakan Pendekatan Teknik Didik Hibur 3.1.2 Populasi dan responden kajian. Responden kajian ini adalah dalam kalangan murid-murid LINUS Tahun 1 di SK Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Daripada 20 orang murid, seramai 6 orang responden yang terlibat dan perlu dipulihkan. Responden terdiri daripada 4 orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan. Kesemua responden berumur 7 tahun dan sedang belajar di dalam kelas yang sama. Kesemua responden mempunyai tahap pencapaian yang berbeza dari segi minat, bakat dan gaya belajar. Ini mengakibatkan golongan mereka lebih lambat atau terkebelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding yang lain. Kesemua responden adalah penduduk sekitar kawasan Bandar Tasik Puteri, Selangor. Murid-murid ini adalah murid yang tidak boleh menguasai 16 . Ujian Pra Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan Pendekatan Teknik Didik Hibur Ujian Pos Rumusan Analisa Keputusan
  • 17. kemahiran KVKV dan hanya mengenal abjad dan tahu akan pengkelasan konsonon dan vokal sahaja. 3.1.3 Perancangan tindakan. 3.1.3.1 Prosedur menjalankan aktiviti didik hibur ( i ) Pra Persediaan Pada tahap ini, pengkaji harus bijak memilih dan menentukan jenis lagu yang sesuai dengan murid serta sepadan dengan objektif pengajaran. Pertama, tentukan tahap kesusahannya, panjang pendek bahan, kekerapan mengulang perkataan, aspek bahasa yang hendak ditekankan, apakah tindakan susulan, bahan bantu mengajar yang diperlukan dan sebagainya. Jika perlu, pengkaji kena mengubah suai atau menulis semula senikata lagu tersebut mengikut kesesuaian. ( ii ) Penyampaian Pengkaji boleh memilih untuk menggunakan kad imbasan perkataan dengan meminta murid- murid mencari maksud atau membina ayat mudah daripada perkataan berkenaan. Seterusnya, pengkaji mengedarkan senikata lagu yang hendak disampaikan dan meminta murid-murid membaca dan mengenal pasti beberapa perkataan yang susah. Dalam masa yang sama, pengkaji boleh memainkan CD lagu berkenaan dan memperdengarkannya kepada murid-murid. Latih tubi nyanyian lagu tersebut mengikut baris ke baris, sehingga seluruh perenggan itu diingati. Pengkaji perlu memberi perhatian kepada sebutan muridmurid. Pastikan setiap perkataan di dalam lagu tersebut, disebut dengan betul. Setelah menyanyi beberapa kali, pengkaji bolehlah mengajar pula aspek bahasa yang hendak dipelajari. Penerangan diberi dan latih tubi bacaan mereka untuk menguasai bentuk ayat, atau strukturnya. Gunakan gambar untuk menjelaskan maksud atau gunakan bahasa badan untuk menggambarkan makna secara jelas dan tepat. ( iii ) Penutup Pengkaji menyanyikan lagu bersama-sama murid. Bagi tujuan pengukuhan, pengkaji boleh menguji murid-murid secara bertulis tentang aspek bahasa yang telah diajar sebelumnya. Umpamanya murid-murid diminta menghasilkan sebuah dialog ringkas atau cerita pendek menggunakan kreativiti sendiri berdasarkan beberapa perkataan yang telah dikenal pasti dalam senikata lagu berkenaan. 17
  • 18. 3.1.4 Tindakan yang dijalankan. Masalah yang sering dihadapi oleh murid ialah bila membaca perkataan yang mempunyai suku kata terbuka. Mereka akan tergapai – gapai untuk menyebut perkataan tersebut. Kajian kali ini memfokuskan masalah murid LINUS Tahun 1 dalam menyebut dan membaca perkataan suku kata terbuka seperti “ buku , sudu, mata, bahu, gula, lada, muka”. Ini kerana mereka belum mahir lagi dalam membatangkan bunyi suku kata . Apabila menyebut suku kata yang kedua, mereka sudah lupa pada suku kata yang pertama. Kegagalan murid menguasai kemahiran menyebut dan membatangkan perkataan suku kata terbuka tersebut mencacatkan sebutan dan kelancaran bacaan seterusnya tidak dapat membaca dengan lancar. Hasil daripada tinjauan awal kajian yang telah ditetapkan, beberapa langkah untuk memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti melalui pemerhatian pada sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas telah dirangka. Untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam membaca perkataan dua suku kata terbuka KV + KV, pengkaji merancang untuk menggunakan teknik didik hibur bagi membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi. Pengkaji akan menjalankan satu ujian penilaian untuk menentukan tahap kecerdasan murid- murid sebelum menggunakan kaedah didik hibur. Setelah itu, pengkaji akan menjalankan beberapa langkah dalam memperkenalkan kaedah ini. Antara langkah-langkah yang akan pengkaji jalankan adalah seperti berikut: Langkah 1: Pengkaji akan mengajar murid membaca perkataan dua suku kata terbuka KV+ KV dengan teknik didik hibur menggunakan slaid perkataan ‘angry bird’ seperti rajah 1 melalui aktiviti nyanyian dan tepukan . 18
  • 19. Rajah 1 Aktiviti yang akan pengkaji jalankan adalah membaca perkataan dengan menggunakan melodi “chicken dance”. Sebagai contohnya murid akan bertepuk tangan sambil mengeja “s..u….. su / d..u... jadi SUDU” , “r…o…ro / t…i…ti…..jadi “roti” mengikut irama yang diperdengarkan. Murid akan menyanyikan semua perkataan yang dipelajari pada hari tersebut mengikut irama yang diperdengarkan. Tiong Leh Ling & Zaidatun Tasir (2008) dalam kajiannya menyatakan kajian tindakan memainkan muzik dan lagu memotivasikan murid untuk menghadiri dan menumpu perhatian di dalam bilik darjah (Tan & Shi, 2005). Aktiviti seperti ini amat disukai oleh murid kerana yang begitu cenderung terhadap muzik dan kinestatik. Manakala penggunaan gambar ‘angry bird’ adalah disebabkan murid-murid ini begitu gemar mengumpulkan gambar dan alat tulis yang bercorak gambar tersebut. Langkah 2: Apabila murid-murid telah dapat membaca perkataan suku kata terbuka dengan betul dan lancar, langkah seterusnya yang akan pengkaji jalankan adalah menjalankan aktiviti rekreasi melalui permainan domino sebagai pengukuhan dengan iringan muzik. Murid dikehendaki membaca perkataan dengan iringan muzik tempo laju. Pada tempo perlahan murid perlu mencari kad perkataan domino berdasarkan gambar pada kad domino sebelumnya. Pengkaji akan mengadakan pertandingan di antara responden- responden ini. Murid yang dapat menyusun kad domino dengan betul dan terpantas dikira 19
  • 20. pemenang. Aktiviti ini dianggap rasional kerana murid dapat mengetahui sendiri jawapan yang disusun sama ada betul atau salah berdasarkan kad yang disusun. Murid perlu membaca dengan betul baharulah mereka akan dapat mencari gambar yang betul untuk disusun. Aktiviti ini akan memberi kepuasan sekiranya murid dapat menyusun dengan betul dan pantas. Setelah menjalankan beberapa langkah di atas, pengkaji akan membuat penilaian semula bagi melihat sejauh mana keupayaan murid dapat membaca perkataan suku kata terbuka kv + kv. Selepas itu, pengkaji akan menjalankan satu sesi temubual terhadap responden yang terlibat tentang perasaan mereka setelah menggunakan teknik didik hibur yang telah dijalankan. 3.2 Instrumen dan perancangan cara mengumpul data Dalam kajian ini, pengkaji akan mengumpul data awal berasaskan beberapa sumber. Antaranya adalah seperti melalui temubual, pemerhatian bersemak, dan penilaian melalui ujian pra. Data- data akan direkodkan dalam borang rekod ujian bacaan dan borang pelaporan penguasaan individu yang disediakan. Bagi melihat keberkesanan kaedah ini, pengkaji akan menjalankan satu ujian penilaian untuk melihat perkembangan dan kemajuan murid dalam kajian tindakan yang pengkaji jalankan. Pengkaji juga akan menjalankan pemerhatian ke atas responden setelah memperkenalkan teknik didik hibur dalam kemahiran membaca perkataan dua suku kata terbuka. Instrumen yang dipilih ini akan dijalankan selama lima minggu. 3.2.1 Temubual . Temu bual ialah proses yang dilakukan untuk mendapat matlamat melalui berhubung secara lisan dengan mengajukan soalan-soalan berkaitan bersama orang yang ditemu bual. Pengkaji mudah untuk mendapat data yang diperlukan dan juga maklumat yang diberikan jelas. Pengkaji juga 20
  • 21. telah membuat temu bual tidak berstruktur bersama guru Bahasa Melayu yang mengajar mereka. Bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tahap kecerdasan responden- responden. Seramai 6 orang murid dari kelas LINUS Tahun 1 telah dipilih untuk ditemu bual berdasarkan tingkah laku dan tindak balas yang dilakukan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam tinjauan awal satu temu bual telah dijalankan secara rawak. Persoalan yang dikemukakan adalah ; “ Mengapakah murid-murid tidak suka membaca ?” Jawapan murid ; Malas hendak mengeja, lambat mengeja , tidak tahu membunyi suku kata dan pelbagai alasan lagi. Hakikatnya, mereka lambat mengeja sehingga menyebabkan mereka tidak faham apa yang mereka baca sebelumnya. Oleh yang demikian kelambatan ini menjadi punca mereka terlupa suku kata lain sehingga mengganggu kemahiran membaca mereka. Justeru itu, penggunaan kaedah teknik didik hibur seperti yang diterangkan di atas diharap dapat membantu murid LINUS Tahun 1 meningkatkan kembali kemahiran membaca. 3.2.2 Pemerhatian Pemerhatian merupakan suatu maklumat yang dilakukan dengan melihat atau mendengar sesuatu peristiwa , kemudian hasil keputusan direkodkan di dalam bentuk yang sesuai mengikut kehendak kajian. Pengkaji membuat pemerhatian bersemak sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pemerhatian dibuat adalah untuk melihat tingkah laku dan tindak balas murid terhadap pembelajaran Semasa tinjauan awal dibuat, kelemahan murid-murid telah dapat dilihat dengan jelas di mana murid-murid tersebut tidak dapat membaca suku kata terbuka dengan lancar. Kelemahan yang lebih ketara dapat dilihat apabila ujian penilaian dijalankan. Didapati kesemua responden yang dipilih tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Mereka tidak dapat 21
  • 22. membaca dan mengeja walau pun perkataan yang diberikan adalah mudah. Oleh yang demikian, satu kajian tindakan perlu dilakukan demi membantu murid-murid ini meningkatkan kemahiran membaca mereka. 3.2.3 Ujian Pra Kaedah ini digunakan sebagai kayu pengukur terhadap kesesuaian instrumen yang diaplikasikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh responden sama ada memberikan kesan positif mahupun tidak secara eksplisit. Untuk mendapat data bagi ujian pra, kaedah lisan digunakan. Dalam kaedah lisan ini murid diminta membaca kuat satu petikan di hadapan guru. Guru membuat penilaian terhadap bacaan murid .. 3.2.4 Ujian Pos Ujian ini akan digunakan setelah responden diberi rawatan dalam masa lima minggu menggunakan kaedah didik hibur. Diharapkan agar kesemua 6 orang pelajar berkenaan telah dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. 3.2.5 Kerangka teoris. Selain itu, satu kerangka teoris harus dipilih dan ditetapkan. Justeru itu pengkaji memilih model Laid Law (1992) sebagai reka bentuk kajian. Model ini mengandungi panduan dalam menjalankan kajian. Kerangka konsep model ini mengandungi empat peringkat iaitu peringkat tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi. Pada peringkat tinjauan, pengumpulan data dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang wujud. Pengkaji telah menjalankan pemerhatian di dalam bilik darjah, menemubual responden dan guru kelas. Hasil pemerhatian dan temubual tersebut, pengkaji dapat mengenal pasti punca sebenar masalah yang dihadapi oleh responden. Pada peringkat kedua ialah perancangan. Pengkaji telah merancang pelan tindakan untuk mengatasi masalah itu. Pada peringkat ketiga ialah pelaksanaan di mana pengkaji akan mengatasi masalah pelan tindakan yang telah dirancang. Kaedah Pendekatan Teknik Didik Hibur akan dijalankan terhadap responden. Kaedah ini bertujuan melihat perbezaan prestasi yang berlaku kepada responden. Pada peringkat keempat iaitu peringkat refleksi, pengkaji akan menilai 22
  • 23. keberkesanan tindakan yang dijalankan. Gelungan kedua perlu dilaksanakan jika tindakan yang pertama tidak berhasil. Kerangka konsep ini membantu pengkaji menjalankan kajian. Berikut merupakan kerangka konsep yang digunakan. Rajah 2 : Rajah model reka bentuk Laid Law (1992) Kerangka: Model Laid Law yang diubahsuai 23 PERANCANGAN TINJAUAN Mengenal pasti masalah murid tidak tahu membaca suku kata kvkv. GELUNG 2 GELUNG 2
  • 24. 3.3 Prosedur pengumpulan data. Prosedur pengumpulan data bermula dari pemerhatian , temubual dan ujian pra yang diberikan kepada kepada 6 orang murid LINUS Tahun 1 yang dikenal pasti lemah dalam kemahiran membaca. Setelah pengkaji mengenal pasti masalah responden tersebut , kumpulan rawatan yang terdiri daripada 6 orang murid telah didedahkan dengan pendekatan didik hibur. 24 PERANCANGAN Merancang untuk mencari sebab-sebab murid tidak tahu membaca suku kata kvkv dengan menggunakan strategi didik hibur. TINDAKAN Menggunakan strategi didik hibur dan melaksanakan ujian. REFLEKSI Membuat andaian murid berjaya atau tidak berjaya. Sekiranya tidak berjaya, pengkaji akan menggunakan GELUNG 1 GELUNG 1
  • 25. Sesi pengajaran dan pembelajaran ini telah mengambil masa selama lima minggu . Ujian pos telah dijalankan di akhir pembelajaran iaitu pada minggu terakhir kajian. 3.3 Prosedur menganalisis data. Data yang dikumpul akan dianalisis oleh pengkaji supaya memberi makna kepada keadaan yang sedang dikaji. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menganalisis data. Antara cara yang mudah adalah mengkelompokkan data daripada sumber mengikut pemerhatian dan penilaian yang dilakukan. Dengan cara membandingkan data-data daripada pemerhatian dan penilaian itu, perkaitan antara data dapat dilihat dengan jelas. Dalam kajian ini data yang dikumpul diproses dalam bentuk peratusan. Setiap pengiraan data akan dimuatkan dalam bentuk jadual yang memudahkan analisis. Pengkaji akan membuat olahan dan analisis sendiri berdasarkan data dalam hasil kajian tersebut. 3.4 Perancangan pelaksanaan kajian 3.4.1 Jadual pelaksanaan JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN. Bil Aktiviti Tarikh/Tempoh Catatan 1 Penerangan tentang Kajian Tindakan dalam interaksi di IPGKBM 6 Julai 2014 10 Ogos 2014 7 September 2014 3 kali interaksi 2 Menerima tugasan kajian tindakan dan penerangan tentang tatacara melaksanakan proposal kajian tindakan 5 Ogos 2014 3. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data tinjauan awal 20 hari 4. Menentukan Objektif/ soalan kajian 3 hari 5. Merancang tindakan 10 hari 25
  • 26. 6. Melaksanakan tindakan 8 7. Menganalisis tindakan 2 8. Membuat refleksi 1 9. Menghantar e-mail draf/rangka kasar kepada pensyarah penyelia , Dr. Mashudi Bahari. mashudiba hari@yaho o.com 10. Bengkel pemantapan dan pemurnian Penyelidikan Tindakan di Hotel Seri Bernam, Sabak Bernam. 16 September 2014 17 September 2014 2 hari 11. Menulis laporan kajian 10 hari 12. Pembentangan dapatan kajian 2 hari 3.4.2 Kos kajian Bil Jenis Bahan Kuantiti × Harga Seunit Jumlah Kos 1 Kertas A4 3 rim × RM 12 RM 36.00 2 Ink Canon Pixma E510 2 × RM 57 RM 114.00 3 Photostat RM 20 RM 20.00 4 Ganjaran kepada murid RM 30 RM 30.00 26
  • 27. 5 Pewangi tangan RM 10 RM 10.00 JUMLAH KOS RM 280.00 3.9 Penutup Kesimpulannya, metodologi kajian dan prosedur kajian penting dalam menghasilkan datadata yang diperlukan supaya hasilnya dapat dikumpulkan secara sistematik. Prosedur kajian yang betul mampu membantu melancarkan proses kajian serta menyusun data dengan betul dan tepat. Hasil yang diperoleh akan membantu pengkaji membuat rumusan tentang kajian yang dijalankan. Dalam bab seterusnya akan dibincangkan dapatan kajian dan proses analisis data yang telah dikumpulkan dalam kertas ujian yang diedarkan. Hasil daripada penganalisisan data dalam bab seterusnya akan menghasilkan data-data yang berguna kepada kajian ini BAB 4 : TINJAUAN LITERATUR. 4.1 Pengenalan Terdapat beberapa tinjauan literatur yang telah dilakukan oleh para penyelidik terdahulu mengenai masalah kelemahan murid dalam menguasai kemahiran membaca ini. Permasalahan yang telah dikaji ini oleh pengkaji ini hampir sama seperti mana yang hendak dijalankan, cuma bahan kajian sahaja dan reka bentuk kajian yang berbeza. Hubung kait antara kajian ini akan dapat membantu guru-guru serta murid-murid menangani masalah pembelajaran yang sering mereka hadapi. 27
  • 28. 4.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Kemahiran membaca. Kerajaan telah menggariskan beberapa matlamat dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ). Antaranya ialah pembangunan insan yang merujuk kepada ilmu pengetahuan. Salah satu sumber untuk memperolehi ilmu pengetahuan pula melalui membaca. Logiknya, individu tidak akan dapat membaca dan menulis sekiranya mereka tidak menguasai asas membaca dan menulis. Hal ini ditegaskan oleh Smith (dalam Sofiah Hamid, 1983) yang menyatakan bahawa murid perlu terlebih dahulu menguasai kemahiran asas membaca sebelum menguasai kemahiran membaca. Dewasa ini kelemahan membaca dalam kalangan murid sekolah sama ada sekolah menengah atau sekolah rendah menjadi perhatian masyarakat. Mengikut statistik daripada Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) menunjukkan bahawa seramai 85 377 orang murid sekolah rendah seluruh Malaysia menghadapi masalah dalam membaca dan menulis iaitu tidak boleh menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Selain itu, minat membaca masih belum menggalakkan. Di dalam satu kajian, didapati hanya 42% yang telah membaca buku di dalam tempoh 6 bulan sebelum kajian tersebut dijalankan. Itu pun hanya separuh ( 20 % ) yang tidak dapat menyatakan tajuk buku yang dibacanya ( Atan Long. et. al. 1984 ). Manakala dari segi bilangan muka surat yang dibaca didapati rakyat Malaysia hanya membaca secara purata satu muka surat setahun, berbanding Jepun iaitu 200 muka surat setahun dan juga Amerika Syarikat. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Harison Othman (2005) yang membincangkan tentang kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar tahun dua, menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca dengan menggunakan kaedah yang mudah difahami serta memberi kesan yang mendalam terhadap tahap ingatan kanak-kanak supaya masalah membaca tidak membelenggu kehidupan mereka kelak. Laporan dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (1999) pula menyatakan bahawa tedapat seramai 24 000 dalam kelas peralihan tingkatan satu masih tidak dapat membaca, menulis dan mengira. Laporan 28
  • 29. tersebut menunjukkan bahawa masalah membaca dalam kalangan murid sekolah adalah satu perkara yang perlu diatasi segera. 4.3 Kajian membaca dalam negara. Pada umumnya diakui bahawa kemampuan murid-murid membaca berkembang sedikit demi sedikit melalui beberapa tahap perkembangan pembacaan. Kemampuan murid untuk membaca memerlukan setiap murid menguasai beberapa kemahiran membaca. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3, kemahiran didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian yang diketahui oleh seseorang sama ada belajar, menelaah, merujuk, memahamkan, meneliti, menghafaz, mengaji, mengkaji, melafazkan, mengucapkan, mendeklamasi, menuturkan, berkata, membatang, mentafsir, meramal, menyimpulkan, menilik, meneliti, melihat dan memerhati. Menurut Yahya Othman (2003), proses membaca adalah usaha berterusan yang dilakukan oleh pembaca melalui amalan kognitifnya bagi memperoleh makna teks yang dibaca. Di samping itu, proses membaca juga melibatkan analisis yang dilakukan oleh pembaca semasa membaca bagi mendapatkan gambaran atau idea yang terdapat di dalam teks. Atan Long (1983) , kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. Abdul Aziz Talib (1989), pula memberitahu bahawa pembaca memerlukan kemahiran- kemahiran tertentu dalam proses membaca, pengetahuan dan kemahiran berkenaan bahasa yang digunakan dalam bahan yang dibacanya dan berkenaan perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahasa itu. Sebelum murid-murid boleh membaca mereka memerlukan pengetahuan asas berkenaan bahasa yang digunakan, iaitu sistem bunyi, tatabahasa, perbendaharaan kata dan cara-cara perkataan itu disusun untuk menyampaikan maksud. Apabila kanak-kanak mula belajar membaca, mereka lebih senang membaca bahan-bahan tulisan yang menggunakan bahasa yang mengikut struktur-struktur linguistik yang mereka telah biasa gunakan dalam pengalaman dan mengikut pengetahuan mereka sehari-hari. Selain itu, kemahiran membaca yang tinggi akan menyebabkan murid menguasai pelbagai aspek bahasa dan penyusunan idea yang bernas dan teratur. Sebaliknya, murid-murid yang kurang minat membaca akan menjadikan pengetahuan mereka 29
  • 30. tidak luas malah akan menjadikan mereka kekurangan kosa kata (Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd. Baharin, 2007). Menurut Mangantar Simanjuntak (1985), psikolinguistik menganggap membaca itu sebagai satu proses yang aktif dan bersungguh-sungguh untuk mencari dan menentukan erti. Pencarian dan penentuan erti ini dilakukan dengan cara mengerahkan erti yang ada dalam otaknya kepada teks yang dibacanya dengan tiga jenis sistem saran bunyi, sintaksis dan konteks. Nyatalah proses membaca merupakan proses pengintegrasian idea, di antara yang ada pada teks dengan yang ada pada pembaca. Kajian yang dijalankan oleh Azman Wan Chik (1989) dalam Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Bahasa Melayu III mengatakan bahawa masalah membaca bahasa Melayu memang wujud dalam Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA 2M 177 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008 kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Hasil kajiannya menunjukkan bahawa daripada 25 buah sekolah luar bandar menunjukkan 18 % ada mengalami masalah membaca. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Harison Othman (2005) yang membincangkan tentang kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar tahun dua, menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca dengan menggunakan kaedah yang mudah difahami serta memberi kesan yang mendalam terhadap tahap ingatan kanak-kanak supaya masalah membaca tidak membelenggu kehidupan mereka kelak. Laporan dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (1999) pula menyatakan bahawa tedapat seramai 24 000 dalam kelas peralihan tingkatan satu masih tidak dapat membaca, menulis dan mengira. Laporan tersebut menunjukkan bahawa masalah membaca dalam kalangan murid sekolah adalah satu perkara yang perlu diatasi segera. Justeru itu Noriah (1999) telah menggariskan peranan pendidikan pemulihan sebagai langkah khusus dalam menangani masalah membaca, menulis dan mengira ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dikesan. Masalah kegagalan murid menguasai kemahiran membaca juga dikaji oleh Charlotte J Bolling (2008), dalam artikelnya yang bertajuk “Reading Success In The Intervension Classroom”. Menurut Yahya Othman (2005) , semasa membaca dan sekiranya andaian kita sudah dapat dipastikan, teks itu akan menjadi lebih bermakna. 30
  • 31. 4.4 Kajian membaca luar negara. Banyak kajian mengenai masalah minat membaca yang telah dijalankan sebelum ini kerana masalah minat membaca bukanlah satu masalah yang baru. Jones (1986) membuat kajian di New York ke atas murid-murid Tahun Tiga, Empat dan Lima untuk mengetahui jenis pembacaan sebagai hiburan. Seramai 901 orang murid telah dipilih yang terdiri daripada 343 orang murid darjah tiga, 309 orang murid darjah empat dan 249 orang murid darjah lima yang dikehendaki memilih pelbagai jenis buku iaitu fiksyen, sains dan teknologi, misteri, sukan, cerita fantasi, jenaka, puisi, riwayat hidup seseorang, sejarah dan maklumat. Beliau mendapati kebanyakan buku yang dipilih ialah jenis misteri dan sains serta teknologi. Kajian Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walau pun masih di dalam kelas LINUS Tahun 1 mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka cepat dan lancar membaca ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa. Menurut Liew Phaik Guat Selina (1998), membaca bermaksud satu bentuk aktiviti mentafsir simbol atau huruf ke dalam bentuk perkataan dan ayat yang memberi makna kepada seseorang individu. Selain itu, See Bee Ean (2008) menyatakan bahawa membaca ialah keupayaan pelajar mentafsir simbol dan perkataan dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Berdasarkan makna tersebut jelaslah bahawa betapa pentingnya kemahiran membaca kerana setiap yang dilihat boleh ditafsirkan maknanya apabila seseorang itu boleh membaca. Bolt (1992) yang menjalankan kajian di Canada ke atas 530 orang murid darjah empat, enam dan lapan untuk menunjukkan hubungan pencapaian membaca dengan persekitaran. Beliau mendapati kualiti persekitaran pembacaan dan cara interaksi di rumah memberi kesan yang positif ke atas pembacaan murid-murid. Tahap pendidikan ibu bapa juga menunjukkan hubungan yang signifikan tetapi minat membaca di kalangan ibu bapa menunjukkan korelasi yang rendah ke atas pembacaan murid-murid. Kajian Fitgerald (1992) yang ditaja oleh kerajaan Perancis, ke atas murid-murid remaja di Perancis mendapati bahawa kadar pembacaan akhbar adalah lebih tinggi daripada ibu bapa mereka. Golongan remaja itu juga mempunyai minat yang tinggi dalam peristiwa semasa dan selalu membincangkannya di dalam bilik darjah. Mereka juga lebih mempercayai berita daripada 31
  • 32. televisyen berbanding dengan akhbar. Namun begitu satu daripada empat muridmurid sekolah tinggi didapati membaca akhbar setiap hari. Topik-topik berita yang paling diminati ialah kesihatan 49%, pendidikan dan perkembangan 36% dan persekitaran 27%. Prof. Dr. Henry Guntur Tarigan (1994) mengatakan bahawa masa untuk membaca tidak perlu lebih daripada 15 hingga 30 minit, tetapi kesetiaan murid terhadap pembacaan akan meningkatkan kemahiran membaca mereka. Schorp (1986) yang menjalankan kajian di Pennsylvania, ke atas 361 orang murid darjah empat mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara murid lelaki dan perempuan dalam kecenderungan membaca. Kecenderungan membaca juga bergantung kepada kemudahan mendapatkan buku, taraf pendidikan bapa, pekerjaan bapa dan persekitaran di rumah. Baker (1989), menjalankan kajian ke atas 96 orang kanak-kanak tadika berumur 4 hingga 5 tahun di San Diego mendapati tiga faktor yang mempengaruhi bacaan kanak-kanak tadika iaitu bahan bacaan yang bersesuaian dengan umur, kekerapan menggunakan perpustakaan dan taraf pendidikan ibu bapa. Moore (1992) menjalankan kajian ke atas kanak-kanak tadika di Amerika, mendapati bahawa cara kanak-kanak berinteraksi sesama teman sekelas dan guru mempunyai hubungan yang signifikan dengan perkembangan bacaan kanak-kanak tersebut.Manakala Bonacci (1993), telah membuat kajian ke atas kanak-kanak darjah 6 yang berkemahiran membaca dan tidak berkemahiran membaca. Seramai 65 orang kanak-kanak telah disuruh membaca 8 petikan sains pendek dan kemudian diuji perbendaharaan kata serta daya mengingat mereka. Beliau mendapati bahawa kanak-kanak yang berkemahiran membaca menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding dengan kanak-kanak yang tidak berkemahiran membaca dari segi perbendaharaan kata dan daya mengingat.Menurut Westwood (2001), lebih kurang 16% kanak-kanak Australia menghadapi masalah dalam membaca. Selain itu, 40% kanak-kanak yang berumur 9 tahun di Amerika Syarikat berada di bawah purata tahap kebolehan membaca ( U.S. Department of Education, 1998 ). Seramai 8 hingga 12% kanakkanak prasekolah dan 12% kanak-kanak tahun satu menghadapi masalah penguasaan bahasa iaitu lemah dalam kemahiran mendengar dan membaca di Amerika Syarikat dan Kanada (Jamieson,2007). Kelemahan dalam penguasaan bahasa dan kemahiran membaca di peringkat prasekolah akan berlanjutan dari peringkat kanak-kanak ke peringkat dewasa dan seterusnya ( Catts, Fey, Tomblin, & Zhang, 2002; Lewis & Freebairn, 1992; Roth, Speece, & 32
  • 33. Cooper, 2002; Snowling, Bisjop, & Stothard, 2000 dan Law, Boyle, Harris, Harkness & Nye, 1998 ). Riechorf (1997) menilai amalan pengajaran pemahaman membaca dengan mengaitkan model membaca psikologi kognitif. Kajian ini bertujuan menilai pengajaran membaca kefahaman yang diamalkan bersesuaian dengan model Dolores Durkin yang dijalankan pada tahun 1978. Kajian itu bertujuan mengenal pasti perubahan dan trend yang memberikan impak dalam pengajaran pemahaman membaca. Menurut kajian Coleman (1995), penggunaan strategi menggunakan peta semantik dapat memberikan kesan kepada tahap pemahaman pelajar. Pelajar lebih memahami teks yang dibaca dan dapat mengekalkan pemahaman. Ini menunjukkan penggunaan strategi membaca seperti menggunakan alat berfikir yang sesuai dapat meningkatkan kemahiran membaca . Mengikut Grough dan Ilillinger, dalam Tunmer dan Nesdale, 1985:3 (http://www2.meo.gov.my/~mpp/Rahim.htm .), kebanyakan kanak-kanak yang tidak pernah dibimbing membaca biasanya tidak dapat membaca dengan baik. Ini menunjukkan bagi kanak-kanak yang baharu belajar membaca, kemahiran membaca merupakan satu kemahiran yang sukar. Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran bacaan yang dapat memberi kesan yang maksimun kepada pelajar ketika mengajar bacaan. Berdasarkan kajian tentang masalah membaca, Vernon (1971: 2) membuat kesimpulan bahawa masalah membaca pada asasnya ialah satu masalah kognitif. Menurut Awang Sariyan (1991) pula, pembelajaran bahasa merupakan proses mental. Oleh itu penekanan terhadap makna dan cara pertuturan perlulah diberikan perhatian terlebih dahulu( http://www2.meo.gov.my/~mpp/Rahim.htm ). masalah pelajar tidak boleh membaca wujud disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya latar belakang keluarga, cara atau kaedah pengajaran guru, faktor pelajar itu sendiri dan faktor persekitaran. Masalah tersebut tidak seharusnya dipandang ringan. Disebabkan kepentingan membaca dalam kalangan pelajar, pelbagai pihak turut berminat untuk menjalankan seminar, simposium dan kajian bagi mendalami seterusnya mengatasi masalah tersebut. 4.5 Peranan sekolah Peranan pihak sekolah juga penting dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid. Bagi murid yang dikesan mempunyai kelemahan dalam kemahiran membaca, 33
  • 34. mereka perlu diberi kelas pemulihan yang khusus untuk memahirkan mereka dalam bacaan. Kelas pemulihan ini pula memerlukan guru- guru yang mahir untuk mengajar mereka supaya mahir membaca. Di samping itu, persekitaran sekolah juga penting untuk memotivasikan murid agar gemar membaca. Bernard (1965) berpendapat motivasi ialah penggerak yang melibatkan proses membangkit, mengekal dan mengawal minat (Ramlah Jantan dan Mahani Razali, 2004). Contohnya pada dinding-dinding sekolah atau tugu perlu diletakkan motto atau renungan yang berkaitan dengan kelebihan dan kebaikan amalan membaca . Keadaan ini secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada murid untuk cuba menghayati dan mengubah diri mereka ke arah suka membaca. Selain itu, sudut bacaan juga perlu diwujudkan di dalam bilik darjah. Sudut ini perlu disediakan dengan buku-buku yang sesuai dibaca oleh murid dan sudut ini juga perlulah senyap dan selesa supaya murid dapat menumpukan perhatian mereka semasa mereka membaca (Nordin Mamat, 2005) 4.6 Peranan ibu bapa. Terdapat hubungan yang rapat di antara peranan ibu bapa dan persekitaran rumah dalam pemerolehan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak. Kajian Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di dalam kelaskelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka mereka cepat dan lancar membaca ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa. Trelease (1989) (dalam Lee Lai Guan, Rahman & Salihah, 2007) pula berpendapat membaca kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa yang membaca kuat kepada anak bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran membaca anak tetapi kemahirankemahiran lain yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Antara lain, ibu bapa dapat meningkatkan daya mental anak-anak mereka dengan meluaskan konsep, perbendaharaan kata serta meluaskan alam pengetahuan dan pemikiran. Dalam kajiannya, Hansen (1969) telah menggabungkan 4 faktor yang berkaitan dengan persekitaran rumah. Faktor-faktor itu ialah terdapat atau tidak bahan bacaan yang sesuai di rumah, masa yang diperuntukkan bagi membaca kepada kanak-kanak, masa yang diperuntukkan bagi membimbing dan menggalakkan kanak-kanak membaca dan sama ada ibu bapa menjadi contoh atau model 34
  • 35. yang baik kepada kanak-kanak. Keempat-empat faktor itu secara bergabung didapati lebih mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca daripada secara berasingan. Ibu bapa juga perlu menunjukkan sikap suka membaca kepada anak-anak. Perkara ini disokong oleh Rohani Rustam dan Jamiah A.Bakar (1995) menyatakan contoh melalui teladan penting dan benar kerana sudah menjadi tabii anak-anak suka meniru. 4.7 Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah (KSSR) Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian. Kurikulum bukan sahaja meliputi mata- pelajaran dan pengalaman terancang yang berlaku dalam kelas tetapi meliputi juga semua kegiatan kebudayaan, kesenian, permainan dan interaksi sosial yang dilakukan oleh kanak-kanak di dalam dan di luar kelas di bawah kelolaan sekolah (Al-Tourny Al-Syaibany, 1979: Gordon and Brown, 1989).Ling Chu Poh (1990) menyatakan kurikulum perlu menitikberatkan pengalaman melalui aktiviti terutama yang berbentuk permainan. 4.8 Kajian Pendekatan Didik-Hibur Salah satu pendekatan dalam aktiviti komunikasi pembangunan ialah menyalurkan maklumat bagi tujuan menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat dan untuk menggerakkan masyarakat melalui media massa. Dalam bidang penyiaran (radio dan televisyen), pendekatan didik-hibur adalah satu strategi yang sering digunakan bagi merealisasikan matlamat tersebut. Bermula dengan gagasan Model Penyerapan Inovasi oleh Rogers dalam tahun 1967, model ini terus berkembang menjadi pendekatan-pendekatan yang lebih relevan seperti pendekatan didik hibur dan Teori Pemasaran Sosial (Morris, 2002). Pendekatan didik-hibur atau edu-tainment approach atau pendekatan hiburan berpendidikan adalah satu proses merancang dan melaksanakan mesej media massa bagi tujuan mendidik dan menghibur; dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan audien tentang isu-isu yang penting dalam masyarakat; menyemai sikap yang positif; mengubah kepercayaan dan 35
  • 36. nilainilai sosial yang kolot, karut, dan merugikan; serta mengubah tingkah laku tampak (overt behaviour) (Singhal dan Rogers, 1999; dan 2002). Pendekatan ini bukanlah satu teori dalam bidang komunikasi, sebaliknya ia adalah satu strategi atau pendekatan bagi tujuan memperoleh perubahan tingkah laku dan perubahan sosial. Bagaimanapun, beberapa teori komunikasi seperti Teori Kognitif Sosial, Teori Penentuan Agenda, Teori Penerimaan, Teori Penghakiman Sosial, Teori Penggunaan dan Pemuasan Media dan beberapa lagi teori didapati turut menyokong pendekatan ini (Singhal dan Rogers, 2004). Pendekatan didik-hibur menggunakan genre hiburan seperti drama radio, drama televisyen, rancangan kartun, muzik, lagu, rancangan bual bicara atau sembang-sembang (talk show), komedi situasi dan juga iklan-iklan kemasyarakatan dalam usaha mencetus perubahan sosial (Singhal dan Rogers, 2004). Dalam erti kata lain, pendekatan ini menggunakan genre- genre media massa yang secara sepintas lalu dilihat sebagai genre hiburan. Ini penting kerana genre hiburan mampu menarik perhatian audien yang ramai, manakala mesej-mesej pendidikan disalurkan secara yang tidak disedari oleh audien. Bagaimanapun, pendekatan ini tidak pula mempersoalkan tentang dichotomi atau garis pemisahan, dan perbezaan kadar antara unsur-unsur hiburan dan pendidikan di dalam sesebuah genre hiburan bagi maksud tersebut.Kajian ini merupakan satu kajian tindakan mengenai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan lagu ( didik hibur ) dalam menyebut dan membaca perkataan suku kata terbuka. Didik Hibur merupakan satu kemahiran baru yang diperkenalkan dalam Kurikulum baharu KSSR . Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan cara atau kaedah yang akan digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu LINUS Tahun 1. Kaedah ini juga telah diguna pakai untuk mata pelajaran Matematik dan hasilnya amat memberansangkan. Nyanyian merupakan salah satu daripada cabang muzik . Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan dan budaya masyarakat keseluruhannya. (Kementerian Pendidikan Malaysia,1983). Abdullah al – Amin al Na’miy (1994) di dalam bukunya menyatakan bahawa Ibu Khaldun telah mengisytiharkan sesungguhnya muzik adalah suatu ilmu, dan menekankan bahawa muzik dan nyanyian itu sesuatu perkara yang dapat memperkembangkan pengetahuan dan idea semasa melagukan sesuatu lagu. Menurut Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1988) , menyanyi adalah 36
  • 37. aktiviti yang berlaku dalam kehidupan kita yang sebenar dan aktiviti ini boleh dibawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik dan menyeronokkan. Kanak – kanak suka menyanyi dan bagi kanak – kanak yang masih belajar , menganggap menyanyi lebih sebagi satu bentuk bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka akan terhibur dan menenangkan fikiran. Dalam konteks mengukuhkan kemahiran murid, menyanyi merupakan satu kegiatan yang dapat membantu guru mencapai matlamat tersebut. Ini adalah kerana nyanyian itu sendiri memerlukan penyebutan bunyi dengan jelas dan betul, mengikut rentak dan irama serta disampaikan mengikut tekanan, intonasi dan nada tertentu. Guru boleh menyediakan senikata lagu mengikut isi dan bahan pelajaran yang dipilih. Aktiviti menyanyi mempunyai beberapa tujuan antaranya ialah menyanyi dapat menambah kepelbagaian aktiviti bukan sahaja kepada proses pembelajaran tetapi juga kepada pengalaman murid mempelajari bahasa. Ia mencetuskan perubahan dalam aktiviti yang lazim dalam bilik darjah. Menyanyi dapat membantu proses mengingat kanak – kanak. Ia amat berguna dan boleh membantu muridmurid menguasai perbendaharaan kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur dan bentuk ayat. Lagu juga boleh membantu menyumbang ke arah bentuk pemikiran dan daya inkuiri otak mentafsir sesuatu perkara. Kajian Rosne hafizah (2009) hasil dapatan terhadap beberapa orang murid di sebuah sekolah di Selangor, beliau mendapati bahawa aktiviti nyanyian ini dapat meransang minat murid untuk mempelajari bahasa Arab. Secara tidak langsung, telah berjaya menguasai perbendaharaan kata bahasa Arab melalui kaedah nyanyian. Dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud : “ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.”Ayat Al- Quran ini sesuai dengan proses mengingat bagi seseorang individu. Setiap individu dikurniakan Allah kemampuan dan kecerdasan minda yang berbeza-beza. Jadi, bagi mengingat dan menghafal sesuatu perkara ,seseorang itu perlu untuk menggunakan kaedah tertentu supaya ingatan itu berkekalan.Dalam model teori pembelajaran Carl Rogers (2003) iaitu di bawah mazhab humanis yang menekankan bahawa pembelajaran manusia itu bergantung kepada emosi dan perasaannya serta setiap individu mempunyai cara yang berbeza. 37
  • 38. Dalam proses mengingat, emosi memainkan peranan yang penting. Emosi mempengaruhi keupayaan seseorang itu mengingat dan menghafal fakta dengan jelas. Jika berlakunya gangguan emosi, maka proses menghafal dan mengingat akan terjejas. Murugiah Velayutham (1997) melihat pembelajaran ialah suatu proses yang cergas dan perlu dirangsang serta dibimbing ke arah matlamat yang diingini. Rangsangan luaran yang mendorong pembelajaran termasuklah pengaruh guru melalui tugasan yang dibuat, soalan yang ditanya, alat bantu mengajar yang digunakan dan semua prosedur yang digunakan untuk membangkitkan dan kegiatan belajar. Menurut pandangan Zulkifli Ismail (1993), ingatan ialah kebolehan memanggil balik atau menyebut dan menulis fakta atau kejadian yang telah berlaku setelah beberapa lama. Kemahiran mengingat mempunyai fungsi yang sangat penting dan mustahak kepada pemikiran dan tindakan. Seandainya manusia tidak boleh mengingat fakta dan kejadian-kejadian yang penting, aktiviti –aktiviti harian tidak dapat dilaksanakan dengan baik, teratur atau sistematik. Jika seseorang itu lupa ingatan , sudah tentu dia tidak boleh bercakap, membaca, mengenal benda atau rakan – rakannya yang lain.Penggunaan nyanyian/ karaoke ini bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar untuk belajar dan mengelakkan pelajar berasa bosan dan mengantuk di dalam kelas. Selain itu, ia juga akan menarik minat pelajar untuk belajar melalui teknik ini. Monks (2000), muzik dapat membantu individu lebih efisyen dan meningkatkan pencapaian mental dan pemikiran. Muzik dapat meningkatkan ingatan, tumpuan, dan mengintegrasikan gaya pembelajaran. Menurut Blair, Jones & Simpson (1991) banyak kajian lepas telah dikendalikan untuk menguji keberkesanan kaedah nyanyian / karaoke dapat membantu tahap perkembangan mental pelajar. Drosher (2006) mendapati bahawa pendedahan terhadap teknik nyanyian / karaoke dapat meningkatkan IQ dan perkembangan mental. Hasil kajian lalu menunjukkan bahawa nyanyian dapat meningkatkan kemahiran membaca dan mengingat. Ini kerana lagu dapat membantu pelajar mengenali teks secara lebih berkesan berbanding dengan pertuturan. (Colwell, 1994, Register, 2001 dan Stanley & Hughes, 1997). Hansen & Bernstrof, 2002. Hasil kajian lepas juga menunjukkan bahawa skor pencapaian pelajar meningkat dengan menggunakan teknik nyanyian dalam mata pelajaran. 38
  • 39. Butzlaff (2002) dan Lamb & Gregory (1993) mendapati wujudnya hubungan antara pencapaian membaca dengan teknik nyanyian. llen (2007) kelemahan yang terdapat dalam penggunaan nyanyian / karaoke dalam mata pelajaran ialah tidak terdapat signifikan dalam pencapaian kemahiran membaca bagi pelajar ELL (English Language Learning) selepas satu tahun terlibat dalam kajian yang menggunakan pendekatan nyanyian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Menurut Borich & Tombari (1997) murid perlu memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari. Murid memberikan maklumat dengan aktif melalui nyanyian, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang diasimilasi dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membiak kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat (Cheek, 1992, dalam Khadijah, Mahani dan Ramlah, 2002). Menurut Dewey (1966) pembelajaran melalui kaedah nyanyian dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman kepada pelajar tentang masalah yang cuba dihuraikan. Menurut Shamsudin Othman (2004) konsep ‘belajar dalam berhibur’ telah diperkenalkan. Terdapat empat ciri didik hibur, ciri-ciri tersebut ialah, pertama sesi pembelajaran yang dijalankan mestilah menyeronokkan kerana di dalam pendekatan ini perlu mengandungi unsur kelakar, kecindan estetik, permainan muzik lakonan dan sebagainya. Keduanya pendekatan yang mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid-muri kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur. Justeru murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya. Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan. Ketiga sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya kanak-kanak boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan kanak-kanak terhadap pengajaran dan pembelajaran. Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid-murid dan aktivitinya bersahaja dan santai. 39
  • 40. Ciri keempat ialah didik hibur merupakan aktiviti yang lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, bekerjasama dan toleransi. Murid-murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal untuk memberikan suatu persembahan yang menarik. Kanak-kanak bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi terkawal. Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh. Manakala menurut Shamsudin Othman dan Abdul Rasid Jamian (2011) pula, guru yang melaksanakan pendekatan didik hibur wajar bersifat; i. Santai – Mendengar lagu dan membaca senikata lagu yang digemari. ii. Kelakar-mengubah suai seni kata lagu mengikut jalan tema sendiri. iii. Seronok dan gembira- banyak aktiviti nyanyian dan gerak badan. iv. Semangat mencuba- usaha kanak-kanak untuk menghasilkan cerita ringkas daripada tema atau perkataan dalam seni kata lagu berkenaan. v. Tidak takut dan kurang stress-guru turut menyanyi bersama-sama kanak-kanak. 5.0 PENUTUP Kajian Literatur membincangkan kajian lepas yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji. Kajian- kajian yang dilakukan oleh mereka dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan atau pun penyebab kurangnya minat membaca. Ini secara tidak langsung dapat dijadikan panduan untuk menanam minat membaca dalam kalangan murid LINUS Tahun 1. Faktor-faktor yang dinyatakan oleh pengkaji-pengkaji melalui kajian mereka dapat dijadikan panduan untuk memahami aliran minat membaca murid seterusnya dapat membimbing murid untuk meneruskan minat membaca. Semua pihak perlu bekerjasama untuk membantu meningkatkan keupayaan murid LINUS Tahun 1 bagi menguasai kemahiran membaca. Hal ini kerana terdapat banyak isu dan masalah yang dihadapi oleh murid dalam penguasaan membaca tetapi kita tidak boleh menuding jari kepada satu-satu pihak sahaja di atas kelemahan ini. Seharusnya kita perlu mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah ini. 40
  • 41. BIBLIOGRAFI Abdul Aziz Talib.(1989). Pengajaran dan Penguiian Bahasa: Perspektif Untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Abdullah Sani. (1990). Pendidikan di Malaysia .Kuala Lumpur:Longman. Abdullah Sani Yahaya.(2003). Perkembangan Pendidikan Di Malaysia. Siri Buku Pendidikan Khusus Keperluan Para Pendidik. Pahang :PTS Publications Sdn. Bhd. Abdul Rasid Jamian .(2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 1 (1). pp. 1-12. ISSN ISSN: 2180-4842 Abdul Fatah Hassan .(1994). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaaran:Keseluruhan Otak dan Daya Berfikir.Kuala Lumpur: Utusan Publicators and Distributors Sdn. Bhd. Atan Long (1980).Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Azizul Rahman Abd Rahman.(2009). Didik Hibur Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Malaysia . Dewan Siswa 41
  • 42. Allen, D. (2007). Improving Language Acquisition Skills for English Language Learners With Music Instruction. An Action Research Project. Shawnee Mission Board of Education. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2008). Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Bahasa Malaysia 2011.Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Baharom, N. (2002). Kamus Dewan: Edisi Ketiga. Kula Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Borich, G.D.&Tombari, M. L. (1997).Educational Psychology: A Contemporary Approach. New York: Longman. Butzlaff, R. (2002). Can music be used to teach reading? Journal of Aesthetic Education, Dewey, J. (1966a). John Dewey Selected Educational Writings. Edited by Garforth, F.A. London. Heinemann Educational Books Ltd. Droscher, E. (2006). The Benefits of Music Education To Children. http://creativekidonline.com/library/HowMusicEducationBenefitsChildren.pdf. Harison Bt Othman.(2005).Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca Dengan Menggunakan Kaedah Kad Bacaan.Perlis: Institut Perguruan Perlis. Bahagian Pembangunan Kurikulum.(2011).Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia Tahun 1 (2010).Putrajaya :Kementerian Pelajaran Malaysia. Kamarudin Haji Husin.(1993).Perkaedahan Mengajar Bahasa.Selangor:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamus Dewan . (2010).Dewan Bahasa dan pustaka:Kuala Lumpur. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2002). Psikologi Pendidikan. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Noraini Ahmad.(1993).Mengekalkan Daya Ingatan.Kuala Lumpur:Berita Publishing. Kamus Dewan . (2010).Dewan Bahasa dan pustaka:Kuala Lumpur. Yahya Othman.(2003).Mengajar Membaca Teori Dan Aplikasi. Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca.Pahang:PTS Publications & Distributors. Lamb, Susannah, J. & Gregory, Andrew, H. (1993). The Relationship between Music And Reading in Beginning Readers. Educational Psychology, 13(1), 19-26. 42
  • 43. Shamsudin Othman, Wan Nolidza Mohd Zain. 2004. Bahasa Melayu Kelas Peralihan (Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sofiah Hamid (1983). Pendekatan Mengajar Bacaan Bahasa Malaysia Di Peringkat Sekolah Rendah . Kuala Lumpur : Utusan Publication And Distrubutors Syed Abu bakar Syed Akil .(1994).Panduan Mengajarkan Kemahiran Membaca.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Whitehurst, G.J. & Lonigan,C. (2001). Emergent Literacy:Development From Prereaders To Readers .New York :Guilford. Zulkifley Hamid .(2006). Aplikasi Psikolinguistik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa. Selangor: PTS Pendidikan Profesiona LAMPIRAN 1 Pemerhatian daripada tinjauan awal menggunakan kad bacaan. BIL KEMAHIRAN BAHASA (MEMBACA) JUMLAH MURID PERATUS CATATAN 1. Lancar 2. Kurang lancar 3. Tidak lancar JUMLAH 43
  • 44. LAMPIRAN 2 Suku kata KVKV yang digunakan dalam kajian ini: Suku kata KVKV buku sudu mata bahu gula lada muka 44
  • 45. LAMPIRAN 3 Borang pemerhatian Responden : Sukukata Menguasai Tidak menguasai bu ku su du ma ta gu la 45
  • 46. mu ka da ba hu LAMPIRAN 3 Borang temu bual dengan guru. Responden: BIL KEMAHIRAN MEMBACA MENGUASAI SUDAH BELUM 1. Penguasaan kemahiran membaca suku kata KV 2. Penguasaan membina perkataan daripada suku kata terbuka KV + KV 3. Penguasaan membaca perkataan daripada suku kata terbuka KV+KV 46
  • 47. 47