1. Pelajaran 8 Utk 22 hb Ogos 2015
Adaptasi dari : fustero.es
Diedit Oleh : HaislerVL
2. Yesus merancang untuk menubuhkan pangkalan misi yang kuat di kalangan
orang-orang Yahudi sebelum menjangkau budaya lain. Walau bagaimanapun,
Dia tidak terlepas sebarang peluang untuk membantu orang bukan Yahudi.
Dia bahkan melatih orang asing supaya mereka boleh menjadi misionari di
kalangan bangsa mereka.
PENGHALANG DIROBOHKAN
Hamba seorang
perwira Roma (Matius
8:5-13).
Anak perempuan
seorang wanita Kanaan
(Matius 15:21-28).
Pesakit kusta
berbangsa Samaria
(Lukas 17:11-19).
3. Yesus merancang untuk menubuhkan pangkalan misi yang kuat di kalangan
orang-orang Yahudi sebelum menjangkau budaya lain. Walau bagaimanapun,
Dia tidak terlepas sebarang peluang untuk membantu orang bukan Yahudi.
Dia bahkan melatih orang asing supaya mereka boleh menjadi misionari di
kalangan bangsa mereka.
MISIONARIS DALAM LATIHAN
Wanita Bangsa
Samaria (Yohanes 4:4-
42).
Orang Gerasa yang
dirasuk (Markus 5:1-
20).
Orang Yunani yang
mencari Yesus
(Yohanes 12:20-32).
4. “Aku berkata kepadamu: Banyak orang akan datang dari Timur dan
Barat dan duduk makan bersama-sama dengan Abraham, Ishak dan
Yakub di dalam Kerajaan Sorga,” (Matius 8:11)
1. Seorang yang baik hati. Dia tidak meminta apa-apa
untuk dirinya melainkan untuk hambanya (Matius
8:5-6; Lukas 7:2-3)
2. Dia mempunyai perhubungan yang baik dengan
para ketua orang Yahudi. Malah, dia mendirikan
sebuah rumah ibadat bagi mereka (Lukas 7:3-5)
3. Dia tahu bahawa tradisi Yahudi tidak membenarkan
orang Yahudi untuk memasuki rumah orang
berbangsa lain (Matius 8:8).
4. Dia memiliki kepercayaan yang kuat kepada Yesus
(Matius 8:10).
Apa yang kita tahu tentang perwira berbangsa Roma itu?
5. Apa yang Yesus ajar tentang iman perwira itu?
Yesus menunjukkan bahawa
perwira itu merupakan contoh
asli bagi orang-orang dari
seluruh dunia yang akan hadir
bersama-sama dengan para
pelopor bangsa Yahudi di
dalam jamuan syurgawi Yesus
pada suatu hari nanti.
6. Lalu Yesus berkata kepadanya: "Biarlah anak-anak kenyang
dahulu, sebab tidak patut mengambil roti yang disediakan
bagi anak-anak dan melemparkannya kepada anjing.“ (Markus
7:27)
“Dia mengemis bagi mendapatkan sisa-sisa yang jatuh
dari meja tuannya. Dia rela disamakan dengan seekor
anjing sekiranya diberi keistimewaan sedemikian. Dia
tidak punya sebarang prasangka kerohanian atau
kebangsaan yang mempengaruhi tindakannya, dan dia
dengan pantas mengakui Yesus sebagai Juruselamatnya
yang mampu mengabulkan semua kehendaknya.
Sang Juruselamat sangat berpuas hati. Dia telah menguji
iman wanita itu terhadapNya. Melalui hubungan itu, Dia
telah menunjukkan bahawa wanita yang dianggap sebagai
orang buangan dari bangsa Israel bukan lagi orang asing,
tetapi seorang anak di dalam rumah Tuhan”
E.G.W. (Kerinduan Segala Zaman, bab 43, ms. 401)
7. Lalu Yesus berkata: "Bukankah
kesepuluh orang tadi semuanya
telah menjadi tahir? Di manakah
yang sembilan orang itu? Tidak
adakah di antara mereka yang
kembali untuk memuliakan Allah
selain dari pada orang asing
ini?" (Lukas 17:17-18)
Kepelbagaian mungkin merobohkan rintangan di antara budaya.
Para pesakit kusta itu disatukan oleh penyakit mereka; perbezaan
budaya sudah tidak memberi apa-apa makna lagi.
Mereka meletakkan kepercayaan pada Yesus terlebih dahulu;
Dialah Tuhan yang boleh menyembuhkan mereka.
Orang Yahudi berfikiran bahawa orang “asing” tidak memberi
apa-apa keuntungan jika disembuhkan, tetapi dia (pesakit kusta
berbangsa asing) satu-satunya yang menunjukkan kesyukuran
kepada Yesus.
Pelajaran itu meninggalkan kesan yang mendalam kepada para
muridNya. Hal ini membuka hati mereka untuk memberitakan
Injil di Samaria beberapa tahun kemudian (Kisah Para Rasul 1:8).
8. “dan mereka berkata kepada perempuan itu: "Kami
percaya, tetapi bukan lagi karena apa yang kaukatakan,
sebab kami sendiri telah mendengar Dia dan kami tahu,
bahwa Dialah benar-benar Juruselamat dunia."
(Yohanes 4:42)
Yesus melangkah keluar dari belenggu tradisi.
Kedua-dua wanita berbangsa Samaria dan para
muridNya terkejut.
1. Wanita berbangsa Samaria itu terkejut apabila
Yesus meminta air daripadanya (Yohanes 4:9).
2. Para muridNYa terkejut apabila melihat Yesus
bercakap dengan seorang wanita bersendirian
(Yohanes 4:27).
Yesus memahami perbezaan di antara tradisi manusia dan perintah Ilahi. Dia tidak
peduli berkenaan dengan perlanggaran adat budaya apabila menjangkau kepada
wanita asing itu.
Wanita itu menjadi misionari tempatan yang pertama di kalangan bangsanya.
9. Yesus tidak memperkenankannya, tetapi
Ia berkata kepada orang itu: "Pulanglah
ke rumahmu, kepada orang-orang
sekampungmu, dan beritahukanlah kepada
mereka segala sesuatu yang telah
diperbuat oleh Tuhan atasmu dan
bagaimana Ia telah mengasihani engkau!"
(Markus 5:19)
Daerah Gerasa terletak di bahagian timur
Laut Galilea dan merupakan sebahagian dari
wilayah jajahan Roma di Yudea. Tetapi rakyat
tempatan di sana mengikuti adat resam orang
Yunani (malah turut memelihara khinzir).
Kemorosotan ekonomi akibat mukzizat Yesus
(menghalau syaitan keluar dari seorang lelaki
yang kemudiannya merasuk kawanan babi)
telah menutup pintu wilayah Gerasa bagi
pelayanan Injil.
10. Namun demikian, Yesus telah
menjadikan lelaki yang kerasukan itu
seorang misionari agar dia boleh
melakukan penginjilan di mana Yesus
dan para muridNya tidak dapat.
Penerimaan rakyat tempatan terhadap
sesama bangsa mereka sendiri adalah
lebih senang berlaku kerana persamaaan
budaya dan latar belakang sosial.
11. “dan Aku, apabila Aku ditinggikan dari bumi, Aku akan menarik semua
orang datang kepada-Ku.“ (Yohanes 12:32)
Apabila orang-orang Yunani itu mencari Yesus, mereka
pergi kepada seorang lelaki yang mempunyai amalan
yang hampir sama dengan bangsa mereka : Filipus.
Para misionari yang bukan rakyat tempatan harus tahu
akan amalan rakyat tempatan agar mereka dapat
melakukan penginjilan dengan lebih berkesan. Dengan
itu, khabar baik Injil akan lebih mudah difahami dan
diterima.
Yesus menjadikan lawatan orang-orang Yunani itu
sebagai peluang bagi menerangkan misiNya yang
menjangkau ke seluruh sejagat dan antara budaya.