Pelajaran Sekolah Sabat 1 Kuarter 2 2015 Kedatangan Yesus
Bagaimana Daniel dan sahabatnya bersaksi di Babilon
1. Pelajaran 5 utk 1hb Ogos 2015
Adaptasi Dari : fustero.es
Diedit Oleh : HaislerVL
2.
3. “Lalu raja bertitah kepada Aspenas, kepala istananya, untuk
membawa beberapa orang Israel, yang berasal dari keturunan raja
dan dari kaum bangsawan, yakni orang-orang muda yang tidak ada
sesuatu cela, yang berperawakan baik, yang memahami berbagai-
bagai hikmat, berpengetahuan banyak dan yang mempunyai
pengertian tentang ilmu, yakni orang-orang yang cakap untuk
bekerja dalam istana raja, supaya mereka diajarkan tulisan dan
bahasa orang Kasdim.” (Daniel 1:3-4)
Daniel dan para sahabatnya terpaksa
mengikut kepercayaan mereka di Babilon
tanpa tonggak utama dalam agama
Yahudi : Bait Suci, keimanan dan
pengorbanan.
Kesaksian Daniel di dalam negeri yang
asing itu ada direkodkan di dalam
Alkitab.
4. Daniel 1:8. “Daniel
berketetapan untuk tidak
menajiskan dirinya.”
Daniel 2:47. “Sesungguhnyalah,
Allahmu itu Allah yang
mengatasi segala allah.”
Daniel 5:12. “terdapat roh yang
luar biasa dan pengetahuan dan
akal budi … yakni pada Daniel...”
Daniel 6:4. “mereka tidak
mendapat alasan apapun atau
sesuatu kesalahan, sebab ia
setia.”
5. Tuhan menggunakan orang-orang buangan yang
percaya itu untuk bersaksi di hadapan raja
Babilon beberapa kali supaya raja-raja ini boleh
bertaubat.
6. Daniel 2
Dia menerima
Tuhan lebih
berkuasa daripada
tuhan-tuhan yang
lain.
Daniel 3
Dia melihat Yesus dan
memuji Tuhan di
hadapan rakyatnya.
Daniel 4
Akhirnya, dia
merendahkan
dirinya dan
bertaubat.
Daniel 5
Malang sekali, dia tidak
menerima Tuhan di dalam
hidupnya.
7. “Tuhan telah diketengahkan kepada para orang
kafir di Babilon melalui orang-orang tawanan
Ibrani. Negeri penyembah berhala ini
diperkenalkan dengan suatu negeri perjanjian
yang disediakan oleh Tuhan, dan kekuasaanNya
yang melebihi kuasa dan angkara Syaitan.
Daniel dan para sahabat seangkatannya, Ezra
dan Nehemia, dan ramai yang lain menjadi saksi
bagi Tuhan semasa di dalam buangan. Tuhan
menyebarkan mereka di kalangan kerajaan di
dunia agar cahaya mereka boleh bersinar terang
di tengah-tengah kegelapan kekafiran dan
penyembahan berhala.”
E.G.W. (SDA Bible Commentary, vol. 4, on Daniel 2:47)
8. “Maka Daniel ini melebihi para pejabat tinggi dan para wakil raja
itu, karena ia mempunyai roh yang luar biasa; dan raja bermaksud
untuk menempatkannya atas seluruh kerajaannya.” (Daniel 6:3)
Sebelumnya, Daniel ialah seorang
pegawai kerajaan di dalam negeri
asalnya. Namun dia tetap diagungkan
dalam pemerintahan yang baru itu
kerana kejujuran dan kesetiaannya.
Raja Darius sangat berkeyakinan
terhadapnya. Dia tahu Daniel
memiliki hubungan yang kuat dengan
Tuhan : “Allahmu yang kausembah
dengan tekun, Dialah kiranya yang
melepaskan engkau!” (Daniel 6:16).
9. Kesaksian Daniel berakhir sebagai
satu perintah diraja yang berbunyi
“orang harus takut dan gentar
kepada Allahnya Daniel.”
(Daniel 6:26).
Tidak kira di mana anda berada
atau keadaan di sekeliling anda.
Tuhan memanggil anda untuk
menjadi saksi dengan menjalani
hidup yang tulus di dalam
perhubungan denganNya.
10. “Lalu diberikan kepadanya
kekuasaan dan kemuliaan dan
kekuasaan sebagai raja, maka
orang-orang dari segala bangsa,
suku bangsa dan bahasa mengabdi
kepadanya. Kekuasaannya ialah
kekuasaan yang kekal, yang tidak
akan lenyap, dan kerajaannya ialah
kerajaan yang tidak akan musnah.”
(Daniel 7:14)
Daniel mempunyai banyak penglihatan
berkenaan Akhir Masa (Daniel 8:17, 19;
12:4, 9, 13). Penglihatan-penglihatan itu
telah menjadi kesaksian yang hidup untuk
banyak generasi, supaya kita dapat
memperkuatkan kepercayaan kita di dalam
Firman Tuhan.
Tema utama dalam semua nubuatan
tersebut adalah pembentukan kerajaan
Tuhan yang kekal di Bumi.
11. Yesus menggunakan nubuatan Daniel
ketika Dia berbicara tentang tanda-
tanda Kedatangan-Nya dan
pemberitaan Injil di seluruh dunia
(Matius 24:14-16).
12. “Usahakanlah
kesejahteraan kota ke
mana kamu Aku buang,
dan berdoalah untuk kota
itu kepada TUHAN,
sebab kesejahteraannya
adalah kesejahteraanmu.”
(Yeremia 29:7)
Allah mengizinkan agar
beberapa lelaki dan wanita
yang dihantar ke dalam
buangan sehingga mereka
boleh bersaksi di sana, baik
secara aktif mahu pun di
dalam diam.
Mereka adalah berkat bagi
Tuhan dan rakyat di mana
jua mereka tinggal.
13. Mereka tahu dia bangsa
Ibrani.
Dia mengamalkan
kepercayaannya secara
terbuka.
Tuhan melindungi dia
dan para sahabatnya.
Dia bersaksi dari
kedudukan yang amat
penting untuk
menyelamatkan
kehidupannya dan orang
lain.
Mereka tidak tahu dia
seorang Ibrani
Dia menyembunyikan
kepercayaannya.
Tuhan melindunginya
dan keluarganya.
Dia bersaksi dari
kedudukan yang amat
penting untuk
menyelamatkan
kehidupannya dan orang
lain.
Mereka tahu dia bangsa
Ibrani.
Dia mengamalkan
kepercayaannya secara
terbuka.
Tuhan melindunginya
dan keluarganya.
Dia bersaksi dari
kedudukan yang amat
penting untuk
menyelamatkan negeri dan
keluarganya.
14. “Sesungguhnya, pekerjaan orang-orang Ibrani
yang mulia ini adalah usaha mereka seumur
hidup!
Betapa sedikitnya mereka membayangkan
nasib yang baik pada ketika mereka
meninggalkan kampung halaman!
Mereka menyerahkan diri ke dalam pimpinan
Tuhan dengan setia dan tabah, agar melalui
mereka misiNya dapat dipenuhi.”
E.G.W. (Education, cp. 7, pg. 57)
Marilah kita menyerahkan kehidupan
kita kepada Tuhan supaya Dia boleh
menggunakan kita untuk memenuhi
tujuanNya yang baik.