Pelajaran sekolah sabat ke 6 qtr 3 2015 ester dan mordekhai
1. Pelajaran 6 Utk 8hb Ogos 2015
Adaptasi dari : fustero.es
Diedit Oleh : HaislerVL
2.
3. “pada tahun yang ketiga dalam pemerintahannya,
diadakanlah oleh baginda perjamuan bagi semua pembesar
dan pegawainya; tentara Persia dan Media, kaum bangsawan
dan pembesar daerah hadir di hadapan baginda.” (Ester 1:3)
Ahasyweros (Xerxes) adalah raja bagi Empayar
Persia dari tahun 485 to 465 SM. Baginda cuba
untuk memenangi keyakinan seluruh
empayarnya melalui sebuah majlis sebelum
berangkat ke Yunani.
Ahasyweros telah mabuk dan memerintahkan
supaya Ratu Wasti melakukan sesuatu yang tidak
senonoh. Dia menolak untuk menghadap
menurut titah raja.
Tuhan menggunakan keadaan itu untuk
meletakkan Ester di kedudukan yang betul
supaya Dia boleh menyelamatkan umatNya.
Kita mesti belajar untuk mentaati rancangan
Tuhan walaupun kita tidak memahaminya
(Yesaya 55:8-11)
4. “Maka gadis itu sangat baik pada pemandangannya dan menimbulkan kasih
sayangnya, sehingga Hegai segera memberikan wangi-wangian dan pelabur
kepadanya, dan juga tujuh orang dayang-dayang yang terpilih dari isi istana
raja, kemudian memindahkan dia dengan dayang-dayangnya ke bagian yang
terbaik di dalam balai perempuan. Ester tidak memberitahukan kebangsaan dan
asal usulnya, karena dilarang oleh Mordekhai.” (Ester 2:9-10)
Mari kita pelajari bagaimana Hadasa menjadi
ratu Ester. Ada dua perkara yang sangat
penting : Dia telah menemui kasih karunia
dan menyembunyikan kepercayaannya.
Ester menemukan kasih karunia di hadapan
Hegai dan Ahasyweros (Ester 2:9, 17). Ini
bermaksud dia adalah seorang umat percaya
yang setia sama seperti karakter alkitabiah
lain yang telah menemukan kasih karunia:
Nuh (Kejadian 6:8), Yusuf (Kejadian 39:4), para
umat Tuhan yang melalui padang gurun
(Yeremia 31:2) dan Daud (Kisah Para Rasul 7:46).
5. “Maka gadis itu sangat baik pada pemandangannya dan menimbulkan kasih
sayangnya, sehingga Hegai segera memberikan wangi-wangian dan pelabur
kepadanya, dan juga tujuh orang dayang-dayang yang terpilih dari isi istana
raja, kemudian memindahkan dia dengan dayang-dayangnya ke bagian yang
terbaik di dalam balai perempuan. Ester tidak memberitahukan kebangsaan dan
asal usulnya, karena dilarang oleh Mordekhai.” (Ester 2:9-10)
Mengapa dia menyembunyikan kebenaran
tentang dirinya dan kepercayaannya?
Yesus telah menyembunyikan
“kemesiasanNya” di hadapan orang Yahudi
tetapi tidak di hadapan seorang wanita
Samaria. Adakah Ester juga memiliki sebab
yang sama (Yohanes 4:1-26)?
6. “Sebab sekalipun engkau pada saat ini berdiam diri saja, bagi
orang Yahudi akan timbul juga pertolongan dan kelepasan dari
pihak lain, dan engkau dengan kaum keluargamu akan binasa.
Siapa tahu, mungkin justru untuk saat yang seperti ini engkau
beroleh kedudukan sebagai ratu.” (Ester 4:14)
7. Krisis itu bermula apabila Mordekhai enggan
untuk berlutut di hadapan Haman untuk
memuja dia seperti para hamba yang lain.
Oleh kerana keengganan Mordekhai adalah
berasas kepada kepercayaannya, Haman
memutuskan untuk membalas dendam
dengan menghapuskan semua orang Yahudi
(tanpa mengetahui bahawa Ratu Ester ialah
orang Yahudi). Ester melawan ketakutannya (setelah
berdoa dan berpuasa sekian lama) dan
mengambil keputusan untuk
mempertaruhkan nyawanya bagi
menyelamatkan bangsanya.
Tuhan sememangnya telah mempersiapkan
umatNya untuk memberikan bantuan pada
waktu krisis melanda. Adakah anda
merupakan salah seorang daripada
golongan ini?
8. Tuhan telah mempersiapkan jalan dengan menggunakan umatNya
yang terpilih pada masa yang sesuai:
Dua orang pekerja
raja merancang untuk
membunuh raja.
Mordekhai
melaporkannya
melalui Ester (Ester
2:21-23).
Ester menjemput
Ahasyweros dan
Haman datang ke
satu majlis (Ester
5:1-5).
Isteri dan anak
Haman mengusulkan
supaya dia
mendirikan tiang
gantungan bagi
Mordekhai pada
malam itu juga (Ester
5:14).
9. Laporan aduan
Mordekhai dibacakan
kepada Ahasyweros
pada waktu yang
singkat. Raja
mengambil keputusan
untuk
menganugerahkannya
(Ester 6:1-3).
Haman bangun awal.
Dia berniat untuk
menyulakan
Mordekhai, tetapi
sebaliknya dia perlu
menghormatinya (Ester
6:4-12).
Pada akhirnya,
Haman kehilangan
nyawannya sendiri
pada tiang
gantungan yang
telah dibuatnya
(Ester 7:9).
Tuhan telah mempersiapkan jalan dengan menggunakan umatNya
yang terpilih pada masa yang sesuai:
10. “Demikian juga di tiap-tiap daerah dan di tiap-tiap kota, di
tempat manapun titah dan undang-undang raja telah sampai,
ada sukacita dan kegirangan di antara orang Yahudi, dan
perjamuan serta hari gembira; dan lagi banyak dari antara
rakyat negeri itu masuk Yahudi, karena mereka ditimpa
ketakutan kepada orang Yahudi.” (Ester 8:17)
Ramai orang telah tergerak untuk percaya kepada kuasa Tuhan dan menjadi
orang Yahudi kerana peristiwa-peristiwa yang telah mereka saksikan.
Iman berkenaan telah diperkuatkan dengan peristiwa bagaimana orang-orang
Yahudi bertindak di Purim ketika ketetapan perintah diraja dikeluarkan bagi
menetapkan tindakan mereka terhadap musuh-musuh mereka.
11. Ketetapan pertama menyatakan bahawa musuh-musuh mereka
dibenarkan untuk menyimpan harta mereka. Orang Yahudi hanya
mempertahankan diri mereka; mereka tidak merampas harta musuh
mereka
(Ester 9:10, 15, 16).
Orang-orang itu bertaubat oleh kerana perbuatan dan tindakan orang
Yahudi dan bagaimana mereka bersaksi bagi kepercayaan mereka
dengan berani.
12. “Ketetapan yang akhirnya terhadap umat sisa Tuhan
serupa dengan yang dikeluarkan oleh Ahasyweros
terhadap orang Yahudi. Kini, para seteru gereja yang
benar sedang menyaksikan seorang Mordekhai di
hadapan jemaatnya. Ketaatan umat Tuhan pada
hukumNya merupakan peringatan yang berterusan
kepada sesiapa yang telah hilang rasa takut terhadap
Tuhan dan menginjak Hari SabatNya.
Syaitan akan membangkitkan amarahnya terhadap
golongan minoriti yang enggan menerima budaya dan
tradisi yang popular… Melalui pertaubatan yang palsu
dan rayuan kemarahan, manusia akan membangkitkan
nafsu sesamanya… Untuk mendapatkan populariti dan
pertambahan anggota, penggubal undang-undang akan
tunduk kepada permintaan Hukum Hari Ahad.”
E.G.W. (Prophets and Kings, cp. 49, pg. 444)
13. “Tetapi barangsiapa yang takut akan Tuhan, tidak akan
dapat menerima pengisytiharan yang bertentangan
dengan kehendak Ilahi. Di medan peperangan inilah
peperangan konflik besar terakhir yang menjadi
kontroversi di antara kebenaran dan kesesatan.
Kita tidak akan dibiarkan di dalam keraguan. Pada hari
ini, seperti mana pada zaman Ester dan Mordekhai,
Tuhan akan mempertahankan kebenaranNya dan
umatNya.”
E.G.W. (Prophets and Kings, cp. 49, pg. 444)