Dokumen tersebut memberikan panduan mengenai asas-asas merejam lembing, termasuk teknik memegang dan merejam lembing, latihan asas, keselamatan, peraturan pertandingan, dan spesifikasi lembing. Dokumen tersebut memberikan informasi mengenai langkah-langkah dasar untuk mempelajari sukan merejam lembing.
3. -Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling seperti melontar peluru dan melempar cakera. -Terdapat perbezaan dari bentuk peralatan yang digunakan dan kawasan untuk bergerak bagi ketiga-tiga sukan itu. -Dalam acara melontar peluru, peserta menggunakan tindakan menolak untuk menggerakan peluru itu sedangkan untuk melempar cakera ia melibatkan pergerakan melempar. Bagi acara merejam lembing, peserta menggunakan aksi membaling yang lebih kurang sama dengan tindakan membaling sebiji batu atau bola tennis. -Walaupun lembing berukuran kecil dan tidak terlalu berat bagi peserta namun tidaklah bererti bahawa ia dapat dibaling dengan mudah ke arah sesuatu jarak yang tertentu.
7. C)Amalkan dasar semua memungut setelah semua merejam. D)Susunan dan organisasi kelas hendaklah diatur rapi bagi membolehkan penyertaan setiap peserta / pelajar secara maksimum.
12. - Walau apa teknik dan cara yang digunakan peserta hendaklah memastikan sebahagian dari tapak tangan (termasuklah jari-jari ) sentiasa bersentuhan dengan balutan lembing itu. -Tapak tangan yang sedang memegang lembing itu hendaklah dihadapkan ke atas. -Guru / jurulatih hendaklah memberi peransang kepada peserta / pelajar supaya mencuba ketiga-tiga cara memegang lembing dan biarkan mereka memilih sendiri cara yang paling selesa bagi mereka.
44. PERTANDINGAN 1 . (a) Lembing hendaklah dipegang pada bahagian pemegang hendaklah direjam dari atas bahu atau dari bahagian atas lengan yang membaling dan tidak boleh dibimbit atau dijinjing. Cara-cara ganjil tidak dibenarkan. (b) Satu rejaman hanya dikira jika hujung kepala logamnya menujah bumi sebelum bahagian-bahagian lainnya sampai. (c) Tidak dibenarkan sarna sekali peserta berpusing membelakangkan lengkok balingan melainkan lembing telah dilepaskan. Jika lembing patah semasa merejamnya atau sedang meluncur di udara, ia tidak akan dikira balingan faul asalkan rejaman tersebut dibuat mengikut Peraturan ini. Jika seseorang peserta itu hilang imbangannya dan melanggar mana-mana bahagian Peraturan ini, ia juga tidak akan dikira faul dan peserta hendaklah diberi percubaan baru.
48. Peringatan I : Sementara keratan rentasnya sepatutnya berbentuk bulat, perbezaan Maksimum antara garis pusat terbesar dan terkecil sebanyak 2% dibenarkan. Nilai min kedua-dua garis pusat ini hendaklah secocok dengan keperluan spesifikasi sebatang lembing bulat. Peringatan II : Bentuk profil membujur lembing boleh dipastikan dengan cepat dan mudah menggunakan sekeping logam lurus berukuran sekurang-kurangnya 500mm dan dua buah tolok pengukur setebal 0.20mm dan 1.25mm. Untuk bahagian profil yang sedikit cembung, bahagian lurus akan bergetar apabila bahagian yang pendek tersebut tersentuh oleh tolok tadi. Bagi bahagian profilnya yang lurus, dengan tepinya dipegang erat-erat, mestinya tidak mungkin memasukkan tolok berukuran O.20mm di antara lembing dan bahagian yang lurus pada mana-mana bahagian pun. Ini tidak boleh dilakukanpada belakang sendi antara mata dengan batangnya. Pada titik ini juga tidak mungkinuntuk memasukkan tolok berukuran 1.25mm. SPESIFIKASI LEMBING