SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 16
H a l a m a n | 1
Penghargaan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan limpah kurnianya saya dapat
menyiapkan tugasan esei bertajuk Kesediaan Belajar yang telah diberi.
Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih
kepada pensyarah saya, Encik Nordin bin Osman kerana telah memberi tunjuk ajar
dan bimbingan kepada saya berkenaan subjek Psikologi Pendidikan sehingga saya
dapat melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada individu yang membantu saya secara langsung dan tidak
langsung. Jasa dan budi anda semua tidak akan saya lupakan. Semoga Allah
melimpahkan keberkahan ke atas kalian.
Akhir kata daripada saya, semoga tugasan ini menjadi suatu ilmu dan bekalan
penting buat saya sebagai seorang bakal guru di kemudian hari dan semoga
tugasan kecil ini mampu memberikan perkongsian ilmu seberapa banyak kepada
orang lain.
H a l a m a n | 2
1.0 Kesediaan Belajar
1.1 Maksud Kesediaan Belajar
Kesediaan merupakan kata adjektif atau kata sifat yang
menggambarkan telah ada, siap, lengkap, dapat, berkebolehan,
kesanggupan, kerelaan, kesudian, kemampuan, keredaan, kemahuan, dan
keinginan.
Manakala, belajar merupakan kata kerja yang menunjukkan perlakuan
bagi mendapat, memperoleh, menambah, dan mengetahui sesuatu ilmu,
pengetahuan, kemahiran, kepandaian, dan kecekapan.
Maka, kesediaan belajar bermaksud keadaan dalaman individu yang
bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan
memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru.
1.2 Pendapat Ahli Psikologi
H a l a m a n | 3
Tiga ahli psikologi iaitu Thorndike, Piaget dan Burner telah memberi
pendapat mereka mengenai kesediaan belajar mengikut teori pembelajaran
tertentu. Thorndike mengemukakan pendapatnya mengikut teori
pembelajaran bermazhab Behavioris. Manakala Piaget dan Bruner memberi
pendapat mereka berdasarkan teori pembelajaran bermazhab Kognitif.
Edward Lee Thorndike (1874-1949) telah
mengemukakan Hukum Kesediaan (1913) yang
dirumuskan secara ringkas seperti berikut:
Tahap Kesediaan Emosi
a) Individu bersedia untuk
melakukan sesuatu tindakan
dan dapat membuatnya.
Berasa puas
b) Individu bersedia untuk
melakukan sesuatu tindakan
dan tidak dapat
membuatnya.
Dukacita
c) Individu belum bersedia dan
dipaksa untuk membuatnya.
Dukacita
Jean William Fritz Piaget (1896–1980) mengaitkan kesediaan
belajar dengan peringkat pembelajaran mengikut
perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu:
a) peringkat deria motor (0-2 tahun)
b) peringkat pra operasi (2-6 tahun)
c) peringkat operasi konkrit (7-12 tahun)
d) peringkat operasi formal (selepas 12 tahun)
Jerome Seymour Bruner (1915 - ) dipercayai berusia 98
tahun pada tahun ini (2013), kini masih bertugas sebagai
profesor penyelidikan Psikologi, felo penyelidik kanan di
Fakulti Undang-undang Universiti New York. Beliau
berpendapat bahawa kesediaan belajar merujuk kepada
apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan
kepada kanak-kanak pada bila-bila masa peringkat
perkembangannya (1966).
H a l a m a n | 4
2.0 Jenis-jenis Kesediaan Belajar
2.1 Kesediaan Kognitif
Kesediaan Kognitif merujuk kepada kesediaan mental untuk aktiviti
seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensistensis (menbentuk konsep) dan
menilai (menyelesaikan masalah). Kesediaan kognitif yang dimiliki oleh pelajar
pada masa kini menentukan keberkesanan proses pembelajaran yang baru.
H a l a m a n | 5
Seseorang pelajar mempunyai kesediaan kognitif untuk mempelajari
sesuatu yang baru apabila seseorang pelajar sanggup dan dapat
melaksanakan aktiviti pembelajaran dan menerima faedahnya. Dengan erti
kata yang lain, pencapaian ilmiahnya adalah sepadan dengan usaha dan
latihan yang diperlukannya.
Misalnya, pelajar Tahun Satu dikatakan telah mencapai
kebolehan/kesediaan kognitif untuk pembelajaran Tahun Dua apabila dapat
melaksanakan tugasan berikut:
a) Dapat menyebut A hingga Z.
b) Dapat membilang nombor 1 hingga 50.
Mengikut konsep yang diutarakan oleh Piaget dalam Teori
Perkembangannya, perkembangan intelek seseorang adalah berkadar secara
terus dengan pertambahan umurnya. Murid-murid sekolah rendah hanya
bersedia untuk belajar operasi konkrit (kesediaan kognitif rendah). Apabila
memasuki sekolah menengah, mereka mula sanggup dan bersedia untuk
belajar operasi yang kompleks (kesediaan kognitif tinggi). Ciri-ciri pelajar yang
mempunyai kesediaan kognitif rendah dan tinggi dapat senaraikan seperti
berikut:
Kesediaan Kognitif Rendah Kesediaan Kognitif Tinggi
Dapat melihat satu aspek sahaja
dalam sesuatu objek/idea.
Dapat melihat beberapa aspek
dalam sesuatu objek.
Egosentrik; tidak dapat melihat
pandangan orang lain.
Struktur pengetahuan mula menjadi
formal.
Memahami konsep abstrak.
Membentuk hipotesis ketika
menyelesaikan masalah.
H a l a m a n | 6
2.2 Kesediaan Afektif
Kesediaan afektif merujuk kepada sikap kesedaran, keinginan,
semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan
sesuatu aktiviti pembelajaran. Kesediaan afektif juga dapat dikaitkan dengan
motivasi intrinsik.
Motivasi intrinsik merupakan ransangan dalaman yang wujud apabila
seseorang pelajar merasakan keperluan asas (contoh: rasa selamat,
disayangi) dan keinginannya (minat) dipenuhi. Jika motivasi intrinsik pelajar
adalah tinggi, maka pelajar akan bersedia untuk belajar (kesediaan afektif
adalah tinggi) dan pelajar mendapat faedah yang banyak daripada proses
pembelajaran.
Sebaliknya, jika motivasi intrinsiknya rendah, maka kesediaan afektifnya
juga adalah rendah. Perkara ini akan menyebabkan pembelajarannya tidak
berkesan walaupun pelajar itu telah banyak kali melakukan aktiviti
pembelajaran yang sama. Perkaitan antara kesediaan afektif dengan kesan
pembelajaran adalah seperti berikut:
Kesediaan afektif Pembelajaran
Aktif dan agresif Tinggi
Pasif dan lemah Rendah
Perkara di atas bertepatan dengan pendapat yang dikemukakan oleh
Stanford (1971) bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh sikap, dan bukan
oleh berapa kali seorang pelajar mengulang kaji bahan pembelajaranya.
2.3 Kesediaan Psikomotor
Psikomotor merujuk kepada tindakan fizikal. Kesediaan psikomotor pula
bermaksud seseorang yang mempunyai potensi dan kematangan fizikal yang
melibatkan otot, tulang anggota, dan pengawalan serta penyelarasan
pergerakkan badan. Seseorang yang mempunyai kesediaan psikomotor telah
bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam proses pembelajaran
yang baru. Kesediaan psikomotor adalah tinggi apabila tubuh badan
mencapai kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan.
Peringkat kesediaan psikomotor kanak-kanak adalah berbeza
bergantung kepada perkembangannya fizikalnya. Kesediaan psikomotor
H a l a m a n | 7
pada kanak-kanak dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang memerlukan
koordinasi pergerakan otot seperti:
a) Mengikat tali kasut
b) Menulis
c) Melukis
d) Memegang pensel
e) Menyebut bunyi dan lain-lain
Kesediaan psikomotor yang tinggi akan menentukan koordinasi
pergerakan otot yang sempurna dan dapat memenuhi keperluan asas
manusia. Kesediaan psikomotor bagi pelajar adalah penting dalam mata
pelajaran seperti Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup dan
permainan alat muzik.
H a l a m a n | 8
3.0 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Belajar
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar pelajar secara ringkasnya
ialah kematangan, kemahiran asas dan pengalaman sedia ada, motivasi
dalaman serta perhatian.
3.1 Kematangan
Kematangan merujuk kepada perubahan yang berlaku hasil daripada
perubahan fizikal dan biologi dalam badan individu. Kematangan tidak ada
kaitan dengan pengalaman seorang individu. Kematangan sebenarnya
ditentukan oleh pengaruh baka daripada ibu bapa. Terdapat beberapa jenis
kematangan dan ia juga merupakan tahap perkembangan dan
pertumbuhan:
3.1.1 Kematangan Fizikal (Tahap Perkembangan Psikomotor)
Dalam topik jenis-jenis kesediaan belajar1
, terdapat pernyataan
tentang kesediaan psikomotor kanak-kanak adalah berbeza
bergantung kepada perkembangannya fizikalnya. Perkembangan fizikal
atau perkembangan psikomotor inilah jugalah yang menunjukkan
kematangan fizikal seseorang.
1
Nota 2.3 Kesediaan Psikomotor di halaman 5.
H a l a m a n | 9
Berikut merupakan huraian ringkas mengenai aspek
perkembangan psikomotor kanak-kanak yang dapat dibahagikan
kepada tiga peringkat iaitu:
Peringkat
Umur
(Tahun)
Aspek Perkembangan Psikomotor
Bayi 0-2
 Mula memperolehi koordinasi dan kawalan
otot. Tulang masih lembut.
 Mula mengenal objek dalam alam sekitar
melalui organ deria dan tangan.
 Mula membezakan suara daripada keluarga
dan orang lain.
 Penglihatan dan pendengaran masih belum
dikembangkan dengan sempurna.
Awal
Kanak-
Kanak
2-6
 Tubuh badan menjadi lebih besar, lebih
tegap dan lebih tinggi.
 Mempunyai satu set gigi susu.
 Semakin aktif menggunakan kaki dan
tangannya.
 Otak berkembang menjadi lebih besar dan
lebih terkawal.
Kanak-
Kanak
6-12
 Penyelarasan motor dan kawalan tubuh
badan bertambah baik.
 Otot mata sudah matang untuk membaca.
 Pendengaran bertambah tajam dan boleh
membezakan bunyi-bunyi yang berlainan.
 Sel-sel otak telah mencapai 60% berat orang
dewasa.
Kematangan fizikal berlaku dengan cepat pada peringkat bayi
dan kanak-kanak. Proses pertumbuhan dalaman yang berlaku adalah
asas, dan harus ada untuk pembelajaran yang efisyen.
Guru tidak boleh memaksa pelajar untuk membuat sesuatu aktiviti
jika pelajar tidak bersedia untuk melakukannya. Sebaliknya, guru
haruslah menyediakan aktiviti pembelajaran yang selaras dengan
kematangan fizikal pelajar. Misalnya, pelajar Tahun Satu dan Dua tidak
mempunyai kematangan untuk bermain tenis kerana otot-ototnya
belum berkembang untuk bermain tenis. Kematangan fizikal akan
sempurna apabila pelajar mencapai umur 17 hingga 18 tahun.
H a l a m a n | 10
Oleh itu, kematangan fizikal akan mempengaruhi kesediaan
belajar mengikut peringkat perkembangan psikomotor.
3.1.2 Kematangan Mental (Tahap Perkembangan Kognitif)
Perkembangan mental tidak ada hadnya dan ia akan berterusan
sepanjang hidup individu. Mengikut konsep yang diutarakan oleh Piaget
dalam Teori Perkembangannya, perkembangan intelek seseorang
adalah berkadar secara terus dengan pertambahan umurnya.
Piaget membahagikan empat peringkat ini seperti berikut:
H a l a m a n | 11
Peringkat
Umur
(Tahun)
Aspek Perkembangan Mental
Deria
motor
0-2
 Mula mengenal objek dalam alam sekitar
dengan menggunakan organ deria dan
gerak-geri.
 Mula mengaitkan objek dengan kata-kata.
Pra
Operasi
2-6
 Mula menggunakan bahasa sebagai ganti
gambaran benda.
 Boleh membentuk konsep yang mudah.
 Mempunyai imaginasi yang fantastik
dalam dunia pura-pura.
 Mula boleh mengelaskan objek
berdasarkan ciri-ciri amnya.
Operasi
Formal
6-12
 Menguasai konsep pengekalan tentang
nombor, berat dan isipadu.
 Boleh mengenal pasti objek dalam alam
sekitar dan hubungannya dengan simbol
bahasa.
Operasi
Formal
Selepas
12
 Boleh berfikir secara abstrak dan
menyelesaikan masalah yang lebih
kompleks.
 Boleh menggunakan simbol-simbol
matematik untuk menggambarkan konsep
yang abstrak.
 Menggunakan logik untuk menyelesaikan
masalah.
 Perkembangan kognitif biasanya
mencapai kemuncak di penghujung umur
18-20 tahun.
H a l a m a n | 12
Berdasarkan Kajian Piaget, kematangan kognitif kanak-kanak
berkembang dan semakin meningkat dengan umurnya daripada
operasi konkrit (mudah) kepada operasi kompleks. Kematangan kognitif
ini mempengaruhi kesediaan belajar dan menjadi pra syarat untuk
mempelajari mata pelajaran yang memerlukan kemahiran berfikir.
Oleh itu, guru mesti memastikan yang objektif dan isi pelajaran
yang dirancang sejajar dengan kematangan mental pelajar kerana
kematangan mempengaruhi kesediaan belajar pelajar untuk menerima
pembelajaran yang baru.
3.1.3 Kematangan Sosial dan Emosi
Kematangan sosial berkaitan dengan kebolehan pelajar untuk
berinteraksi dan bekerjasama dengan pelajar lain dalam pembelajaran.
Kematangan sosial merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
kesediaan belajar kerana kematangan sosial menentukan kesanggupan
pelajar untuk berkongsi pengalaman dan menjalankan aktiviti
pembelajaran yang dirancang oleh guru. Kematangan sosial ini boleh
dikembangkan dengan cara menggalakkan kegiatan sosial seperti
aktiviti berkumpulan yang terdiri daripad pelajar yang mempunyai
kematangan sosial yang tinggi dan rendah.
H a l a m a n | 13
Kematangan emosi pula merujuk kepada darjah pencapaian
kestabilan dalam perasaan yang berkaitan dengan minat, keinginan
dan kepuasan dalaman pelajar terhadap pembelajaran. Kematangan
emosi ini mempengaruhi kesediaan belajar pelajar. Berikut merupakan
huraian ringkas tentang aspek kematangan emosi dan sosial
berdasarkan peringkat perkembangan kanak-kanak.
Peringkat
Umur
(Tahun)
Aspek Perkembangan Emosi dan Sosial
Bayi 0-2
 Mempunyai rasa senang, rasa gelisah dan
rasa keselamatan.
 Mula ada perasaan cemburu dan iri hati.
Awal
Kanak-
Kanak
2-6
 Emosinya cepat berubah dan tidak kekal
lama.
 Mempunyai perasaan takut apabila
menghadapi situasi baru.
 Perasaan cemburu semakin bertambah.
 Suka bermain sendiri.
 Hanya suka bergaul dengan saudara mara
yang berumur sama.
Kanak-
Kanak
6-12
 Mula sedar tentang perasaan lain.
 Emosi semakin stabil.
 Suka bergaul dengan rakan sebaya.
 Suka bermian secara berpasukan.
3.2 Kemahiran Asas dan Pengalaman Sedia Ada
Sebelum mempelajari sesuatu ilmu atau kemahiran baru, pelajar
hendaklah memperoleh kemahiran asas atau pengalaman yang berkaitan.
Pengalaman ditentukan oleh persekitaran individu. Misalnya, pelajar yang
mempunyai pengalaman tinggal di luar bandar akan lebih bersedia belajar
topik pertanian daripada pelajar yang hanya tinggal di bandar. Jesteru itu,
kemahiran asas dan pengalaman sedia ada merupakan faktor penting yang
mempengaruhi kesediaan belajar pelajar.
3.3 Motivasi Dalaman
Motivasi dalaman juga disebut dengan motivasi intrinsik. Motivasi
dalaman yang merupakan faktor kesediaan belajar ini telah dihurai dalam
topik jenis-jenis kesediaan belajar2
. Motivasi dalaman berkait rapat dengan
minat dan sikap pelajar. Guru perlu memastikan pelajar mempunyai minat
yang tinggi, sikap yang positif dan berusaha mendorong pelajar ke arah
2
Nota 3.3 Motivasi Dalaman di halaman 4.
H a l a m a n | 14
mencapai sesuatu matlamat pembelajaran dengan cara menyediakan
ransangan yang pelbagai dan menarik serta mengekalkan motivasi dalaman
(intrinsik) pelajar agar mereka mempunyai kesediaan belajar.
Mengikut Bruner (1966), kanak-kanak yang baru memasuki sekolah telah
mempunyai dua jenis motivasi dalaman, iaitu intrinsik ingin tahu dan dorongan
mencapai kecekapan. Kedua-dua intrinsik ini merupakan motivasi dalaman
yang kuat untuk menggerakkan dan meningkatkan kesediaan belajar kanak-
kanak supaya aktiviti pembelajaran berjalan dengan lebih aktif, mudah,
seronok dan berkesan.
3.4 Perhatian
Perhatian dan penumpuan pelajar yang tinggi dapat meningkatkan
kesediaan belajar pelajar. Guru perlu meransang pelajar melalui strategi
pembelajaran dengan pelbagai cara. Misalnya, guru perlu menggunakan set
induksi yang menarik, alat bantuan mengajar yang canggih serta kaedah dan
teknik pengajaran yang berkaitan dengan minat pelajar kerana ini akan
mengekalkan perhatian dan kesediaan belajar mereka seterusnya bersedia
untuk menerima ilmu pembelajaran yang baru.
4.0 Implikasi Kesediaan Belajar Terhadap Pengajaran & Pembelajaran
Daripada segi bahasa, implikasi bermaksud kesan, akibat, hasil, ekoran,
dan pengaruh. Kesediaan belajar memberikan beberapa implikasi terhadap
pengajaran guru dan pembelajaran murid. Antara implikasi kesediaan belajar
terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah:
4.1 Guru dapat menyelesaikan masalah perbezaan.
a) Perbezaan individu.
b) Perbezaan jantina.
c) Perbezaan keyakinan diri.
d) Perbezaan perkembangan mental.
e) Perbezaan perkembangan fizikal.
4.2 Guru dapat mengambil langkah-langkah berikut untuk memenuhi
perbezaan kesediaan belajar pelajar yang berlainan.
H a l a m a n | 15
a) Strategi pembelajaran.
Antara strategi pengajaran yang boleh dilaksanakan seperti
pengajaran berkumpulan, pengajaran individu untuk melayani
perbezaan individu, teknik peneguhan untuk memupuk kendiri positif
murid, teknik menyoal dan kaedah inkuiri penemuan bagi
membangkitkan naluri ingin tahu murid, serta mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif.
b) Isi kandungan pembelajaran.
Guru dapat merancang isi kandungan pembelajaran yang berkaitan
dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar serta
dapat memberi kemahiran asas yang kukuh melalui aktiviti
pengukuhan sebelum pelajar mempelajari pembelajaran kemahiran
yang baru dan kompleks.
c) Pemeringkatan isi pelajaran.
Perkembangan intelek seseorang pelajar adalah berkadar secara
terus dengan pertambahan umurnya. Maka, guru perlu menyusun isi
pelajaran mengikut perkembangan kognitif (mudah kepada
kompleks, pengalaman sedia ada kepada pengalaman baru, dekat
kepada jauh, umum kepada spesifik) kanak-kanak berdasarkan
konsep yang diutarakan oleh Piaget dalam Teori Perkembangannya.
d) Pelbagai alat bantuan mengajar.
Menyediakan alat bantu mengajar yang berkaitan serta dapat
menarik perhatian, mengekalkan minat dan menambah penumpuan
pelajar. Perhatian dan penumpuan merupakan salah satu faktor
yang mempengaruhi kesediaan belajar pelajar bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran guru.
5.0 Kesimpulan
H a l a m a n | 16
Daripada setiap isi yang telah dihuraikan, dapat disimpulkan bahawa
kesediaan belajar pelajar adalah sangat penting bagi pengajaran guru dan
pembelajaran murid. Kesedaran guru tentang pentingnya kesediaan belajar
pelajar dapat menjamin kesan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan
berjaya.
Bibliografi
1. Mok Soon Sang (2010) : Siri Pengajian Profesional : Psikologi Pendidikan untuk
Pengajaran & Pembelajaran (Edisi Kedua). Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.,
Puchong.
2. Boon Pong Ying & Ragbir Kaur (1998) : Siri Bimbingan Diploma Perguruan :
Psikologi II (Semester II). Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam.
3. Ee Ah Meng (1999) : Siri Bimbingan Diploma Perguruan : Psikologi Pendidikan
(Semester II). Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)Rafiza Diy
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnSALWANIERAZLI
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumNoradilah Hj Nain
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanAzizi Ahmad
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstTeori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstSanta Barbara
 
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikanBab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikanVince Here
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piagetperkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean PiagetCHIANG JIE CHYNG
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifVince Here
 

Mais procurados (20)

Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstTeori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
 
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikanBab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASATEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
 
Perkembangan bahasa,2
Perkembangan bahasa,2Perkembangan bahasa,2
Perkembangan bahasa,2
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piagetperkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 

Destaque

1 perkembangan kognitif
1 perkembangan kognitif1 perkembangan kognitif
1 perkembangan kognitifIsmail Hashim
 
Pengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaranPengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaransyamimo
 
Mengurus pembelajaran(update) grop1
Mengurus pembelajaran(update) grop1Mengurus pembelajaran(update) grop1
Mengurus pembelajaran(update) grop1dhiafaradila
 
Pengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaranPengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaranAisyah Ismail
 
Pengurusan pembelajaran (KPS3014)
Pengurusan pembelajaran (KPS3014)Pengurusan pembelajaran (KPS3014)
Pengurusan pembelajaran (KPS3014)Arz-zam Nawawi
 
pengurusan dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga)
pengurusan dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga)pengurusan dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga)
pengurusan dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga)Aamir Din
 
Pengurusan dan pembelajaran pelajar ( KPS3014)
Pengurusan dan pembelajaran pelajar ( KPS3014)Pengurusan dan pembelajaran pelajar ( KPS3014)
Pengurusan dan pembelajaran pelajar ( KPS3014)EMMA SAFWANAH SAHIRIN
 

Destaque (9)

1 perkembangan kognitif
1 perkembangan kognitif1 perkembangan kognitif
1 perkembangan kognitif
 
Pengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaranPengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaran
 
Mengurus pembelajaran(update) grop1
Mengurus pembelajaran(update) grop1Mengurus pembelajaran(update) grop1
Mengurus pembelajaran(update) grop1
 
Pengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaranPengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaran
 
Complete pengurusan pembelajaran
Complete pengurusan pembelajaranComplete pengurusan pembelajaran
Complete pengurusan pembelajaran
 
Pengurusan Murid
Pengurusan MuridPengurusan Murid
Pengurusan Murid
 
Pengurusan pembelajaran (KPS3014)
Pengurusan pembelajaran (KPS3014)Pengurusan pembelajaran (KPS3014)
Pengurusan pembelajaran (KPS3014)
 
pengurusan dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga)
pengurusan dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga)pengurusan dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga)
pengurusan dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga)
 
Pengurusan dan pembelajaran pelajar ( KPS3014)
Pengurusan dan pembelajaran pelajar ( KPS3014)Pengurusan dan pembelajaran pelajar ( KPS3014)
Pengurusan dan pembelajaran pelajar ( KPS3014)
 

Semelhante a Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)

Karakteristik Peserta Didik SD dan Prinsip-prinsip Pembelajaran yang Mendidik
Karakteristik Peserta Didik SD dan Prinsip-prinsip Pembelajaran yang MendidikKarakteristik Peserta Didik SD dan Prinsip-prinsip Pembelajaran yang Mendidik
Karakteristik Peserta Didik SD dan Prinsip-prinsip Pembelajaran yang MendidikFitri Yusmaniah
 
Pertemuan 8 Perkembangan Peserta Didik
Pertemuan 8 Perkembangan Peserta DidikPertemuan 8 Perkembangan Peserta Didik
Pertemuan 8 Perkembangan Peserta DidikmonichaSihombing
 
makalah psikologi perkembangan
makalah psikologi perkembanganmakalah psikologi perkembangan
makalah psikologi perkembanganIrwan Fauzi
 
Psikologi Pendidikan1
Psikologi Pendidikan1Psikologi Pendidikan1
Psikologi Pendidikan1eviprilawati
 
Profil Perkembangan Anak dari Masa Pranatal hingga Usia 12 Tahun
Profil Perkembangan Anak dari Masa Pranatal hingga Usia 12 TahunProfil Perkembangan Anak dari Masa Pranatal hingga Usia 12 Tahun
Profil Perkembangan Anak dari Masa Pranatal hingga Usia 12 TahunHariyatunnisa Ahmad
 
Karakteristik Psikomotorik Peserta Didik
Karakteristik Psikomotorik Peserta DidikKarakteristik Psikomotorik Peserta Didik
Karakteristik Psikomotorik Peserta DidikNoenu Nurjanna
 
Perkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didikPerkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didikEva Rahma
 
Perkembangan manusia pada masa anak usia 6 12 tinjauan dari aspek biologis,em...
Perkembangan manusia pada masa anak usia 6 12 tinjauan dari aspek biologis,em...Perkembangan manusia pada masa anak usia 6 12 tinjauan dari aspek biologis,em...
Perkembangan manusia pada masa anak usia 6 12 tinjauan dari aspek biologis,em...weny maniez
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikanmartinrusmaja
 
Perkembangan kanak kanak kumpulan 1
Perkembangan kanak kanak kumpulan 1Perkembangan kanak kanak kumpulan 1
Perkembangan kanak kanak kumpulan 1SK SUNGAI KAJANG
 
TT 2 _PDGK4104_Perspektif Pendidikan SD_ERFAN DWI KURNIAWAN_858716312.pdf
TT 2 _PDGK4104_Perspektif Pendidikan SD_ERFAN DWI KURNIAWAN_858716312.pdfTT 2 _PDGK4104_Perspektif Pendidikan SD_ERFAN DWI KURNIAWAN_858716312.pdf
TT 2 _PDGK4104_Perspektif Pendidikan SD_ERFAN DWI KURNIAWAN_858716312.pdfErfanDwiKurniawan
 
Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)
Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)
Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)Stephanie Unsil
 
Psikosastra kel 2
Psikosastra kel 2Psikosastra kel 2
Psikosastra kel 2syahrulnet
 

Semelhante a Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP) (20)

Karakteristik Peserta Didik SD dan Prinsip-prinsip Pembelajaran yang Mendidik
Karakteristik Peserta Didik SD dan Prinsip-prinsip Pembelajaran yang MendidikKarakteristik Peserta Didik SD dan Prinsip-prinsip Pembelajaran yang Mendidik
Karakteristik Peserta Didik SD dan Prinsip-prinsip Pembelajaran yang Mendidik
 
Pertemuan 8 Perkembangan Peserta Didik
Pertemuan 8 Perkembangan Peserta DidikPertemuan 8 Perkembangan Peserta Didik
Pertemuan 8 Perkembangan Peserta Didik
 
Makalah baru
Makalah baruMakalah baru
Makalah baru
 
Pengertian anak
Pengertian anakPengertian anak
Pengertian anak
 
makalah psikologi perkembangan
makalah psikologi perkembanganmakalah psikologi perkembangan
makalah psikologi perkembangan
 
Psikologi Pendidikan1
Psikologi Pendidikan1Psikologi Pendidikan1
Psikologi Pendidikan1
 
Profil Perkembangan Anak dari Masa Pranatal hingga Usia 12 Tahun
Profil Perkembangan Anak dari Masa Pranatal hingga Usia 12 TahunProfil Perkembangan Anak dari Masa Pranatal hingga Usia 12 Tahun
Profil Perkembangan Anak dari Masa Pranatal hingga Usia 12 Tahun
 
Profil Perkembangan Anak - PBPD
Profil Perkembangan Anak - PBPDProfil Perkembangan Anak - PBPD
Profil Perkembangan Anak - PBPD
 
Kecerdasan anak usia dini
Kecerdasan anak usia diniKecerdasan anak usia dini
Kecerdasan anak usia dini
 
Kecerdasan anak usia dini
Kecerdasan anak usia diniKecerdasan anak usia dini
Kecerdasan anak usia dini
 
2 teori belajar 1
2 teori belajar 12 teori belajar 1
2 teori belajar 1
 
Karakteristik Psikomotorik Peserta Didik
Karakteristik Psikomotorik Peserta DidikKarakteristik Psikomotorik Peserta Didik
Karakteristik Psikomotorik Peserta Didik
 
EK Teori perkembangan.pdf
EK Teori perkembangan.pdfEK Teori perkembangan.pdf
EK Teori perkembangan.pdf
 
Perkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didikPerkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didik
 
Perkembangan manusia pada masa anak usia 6 12 tinjauan dari aspek biologis,em...
Perkembangan manusia pada masa anak usia 6 12 tinjauan dari aspek biologis,em...Perkembangan manusia pada masa anak usia 6 12 tinjauan dari aspek biologis,em...
Perkembangan manusia pada masa anak usia 6 12 tinjauan dari aspek biologis,em...
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikan
 
Perkembangan kanak kanak kumpulan 1
Perkembangan kanak kanak kumpulan 1Perkembangan kanak kanak kumpulan 1
Perkembangan kanak kanak kumpulan 1
 
TT 2 _PDGK4104_Perspektif Pendidikan SD_ERFAN DWI KURNIAWAN_858716312.pdf
TT 2 _PDGK4104_Perspektif Pendidikan SD_ERFAN DWI KURNIAWAN_858716312.pdfTT 2 _PDGK4104_Perspektif Pendidikan SD_ERFAN DWI KURNIAWAN_858716312.pdf
TT 2 _PDGK4104_Perspektif Pendidikan SD_ERFAN DWI KURNIAWAN_858716312.pdf
 
Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)
Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)
Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)
 
Psikosastra kel 2
Psikosastra kel 2Psikosastra kel 2
Psikosastra kel 2
 

Último

1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdfsandi625870
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxssuser0239c1
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxrahmaamaw03
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxintansidauruk2
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxg66527130
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptNabilahKhairunnisa6
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 

Último (20)

1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 

Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)

  • 1. H a l a m a n | 1 Penghargaan Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan esei bertajuk Kesediaan Belajar yang telah diberi. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya, Encik Nordin bin Osman kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya berkenaan subjek Psikologi Pendidikan sehingga saya dapat melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang membantu saya secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi anda semua tidak akan saya lupakan. Semoga Allah melimpahkan keberkahan ke atas kalian. Akhir kata daripada saya, semoga tugasan ini menjadi suatu ilmu dan bekalan penting buat saya sebagai seorang bakal guru di kemudian hari dan semoga tugasan kecil ini mampu memberikan perkongsian ilmu seberapa banyak kepada orang lain.
  • 2. H a l a m a n | 2 1.0 Kesediaan Belajar 1.1 Maksud Kesediaan Belajar Kesediaan merupakan kata adjektif atau kata sifat yang menggambarkan telah ada, siap, lengkap, dapat, berkebolehan, kesanggupan, kerelaan, kesudian, kemampuan, keredaan, kemahuan, dan keinginan. Manakala, belajar merupakan kata kerja yang menunjukkan perlakuan bagi mendapat, memperoleh, menambah, dan mengetahui sesuatu ilmu, pengetahuan, kemahiran, kepandaian, dan kecekapan. Maka, kesediaan belajar bermaksud keadaan dalaman individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru. 1.2 Pendapat Ahli Psikologi
  • 3. H a l a m a n | 3 Tiga ahli psikologi iaitu Thorndike, Piaget dan Burner telah memberi pendapat mereka mengenai kesediaan belajar mengikut teori pembelajaran tertentu. Thorndike mengemukakan pendapatnya mengikut teori pembelajaran bermazhab Behavioris. Manakala Piaget dan Bruner memberi pendapat mereka berdasarkan teori pembelajaran bermazhab Kognitif. Edward Lee Thorndike (1874-1949) telah mengemukakan Hukum Kesediaan (1913) yang dirumuskan secara ringkas seperti berikut: Tahap Kesediaan Emosi a) Individu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan dan dapat membuatnya. Berasa puas b) Individu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan dan tidak dapat membuatnya. Dukacita c) Individu belum bersedia dan dipaksa untuk membuatnya. Dukacita Jean William Fritz Piaget (1896–1980) mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat pembelajaran mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu: a) peringkat deria motor (0-2 tahun) b) peringkat pra operasi (2-6 tahun) c) peringkat operasi konkrit (7-12 tahun) d) peringkat operasi formal (selepas 12 tahun) Jerome Seymour Bruner (1915 - ) dipercayai berusia 98 tahun pada tahun ini (2013), kini masih bertugas sebagai profesor penyelidikan Psikologi, felo penyelidik kanan di Fakulti Undang-undang Universiti New York. Beliau berpendapat bahawa kesediaan belajar merujuk kepada apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila masa peringkat perkembangannya (1966).
  • 4. H a l a m a n | 4 2.0 Jenis-jenis Kesediaan Belajar 2.1 Kesediaan Kognitif Kesediaan Kognitif merujuk kepada kesediaan mental untuk aktiviti seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensistensis (menbentuk konsep) dan menilai (menyelesaikan masalah). Kesediaan kognitif yang dimiliki oleh pelajar pada masa kini menentukan keberkesanan proses pembelajaran yang baru.
  • 5. H a l a m a n | 5 Seseorang pelajar mempunyai kesediaan kognitif untuk mempelajari sesuatu yang baru apabila seseorang pelajar sanggup dan dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran dan menerima faedahnya. Dengan erti kata yang lain, pencapaian ilmiahnya adalah sepadan dengan usaha dan latihan yang diperlukannya. Misalnya, pelajar Tahun Satu dikatakan telah mencapai kebolehan/kesediaan kognitif untuk pembelajaran Tahun Dua apabila dapat melaksanakan tugasan berikut: a) Dapat menyebut A hingga Z. b) Dapat membilang nombor 1 hingga 50. Mengikut konsep yang diutarakan oleh Piaget dalam Teori Perkembangannya, perkembangan intelek seseorang adalah berkadar secara terus dengan pertambahan umurnya. Murid-murid sekolah rendah hanya bersedia untuk belajar operasi konkrit (kesediaan kognitif rendah). Apabila memasuki sekolah menengah, mereka mula sanggup dan bersedia untuk belajar operasi yang kompleks (kesediaan kognitif tinggi). Ciri-ciri pelajar yang mempunyai kesediaan kognitif rendah dan tinggi dapat senaraikan seperti berikut: Kesediaan Kognitif Rendah Kesediaan Kognitif Tinggi Dapat melihat satu aspek sahaja dalam sesuatu objek/idea. Dapat melihat beberapa aspek dalam sesuatu objek. Egosentrik; tidak dapat melihat pandangan orang lain. Struktur pengetahuan mula menjadi formal. Memahami konsep abstrak. Membentuk hipotesis ketika menyelesaikan masalah.
  • 6. H a l a m a n | 6 2.2 Kesediaan Afektif Kesediaan afektif merujuk kepada sikap kesedaran, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Kesediaan afektif juga dapat dikaitkan dengan motivasi intrinsik. Motivasi intrinsik merupakan ransangan dalaman yang wujud apabila seseorang pelajar merasakan keperluan asas (contoh: rasa selamat, disayangi) dan keinginannya (minat) dipenuhi. Jika motivasi intrinsik pelajar adalah tinggi, maka pelajar akan bersedia untuk belajar (kesediaan afektif adalah tinggi) dan pelajar mendapat faedah yang banyak daripada proses pembelajaran. Sebaliknya, jika motivasi intrinsiknya rendah, maka kesediaan afektifnya juga adalah rendah. Perkara ini akan menyebabkan pembelajarannya tidak berkesan walaupun pelajar itu telah banyak kali melakukan aktiviti pembelajaran yang sama. Perkaitan antara kesediaan afektif dengan kesan pembelajaran adalah seperti berikut: Kesediaan afektif Pembelajaran Aktif dan agresif Tinggi Pasif dan lemah Rendah Perkara di atas bertepatan dengan pendapat yang dikemukakan oleh Stanford (1971) bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh sikap, dan bukan oleh berapa kali seorang pelajar mengulang kaji bahan pembelajaranya. 2.3 Kesediaan Psikomotor Psikomotor merujuk kepada tindakan fizikal. Kesediaan psikomotor pula bermaksud seseorang yang mempunyai potensi dan kematangan fizikal yang melibatkan otot, tulang anggota, dan pengawalan serta penyelarasan pergerakkan badan. Seseorang yang mempunyai kesediaan psikomotor telah bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam proses pembelajaran yang baru. Kesediaan psikomotor adalah tinggi apabila tubuh badan mencapai kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan. Peringkat kesediaan psikomotor kanak-kanak adalah berbeza bergantung kepada perkembangannya fizikalnya. Kesediaan psikomotor
  • 7. H a l a m a n | 7 pada kanak-kanak dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang memerlukan koordinasi pergerakan otot seperti: a) Mengikat tali kasut b) Menulis c) Melukis d) Memegang pensel e) Menyebut bunyi dan lain-lain Kesediaan psikomotor yang tinggi akan menentukan koordinasi pergerakan otot yang sempurna dan dapat memenuhi keperluan asas manusia. Kesediaan psikomotor bagi pelajar adalah penting dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup dan permainan alat muzik.
  • 8. H a l a m a n | 8 3.0 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Belajar Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar pelajar secara ringkasnya ialah kematangan, kemahiran asas dan pengalaman sedia ada, motivasi dalaman serta perhatian. 3.1 Kematangan Kematangan merujuk kepada perubahan yang berlaku hasil daripada perubahan fizikal dan biologi dalam badan individu. Kematangan tidak ada kaitan dengan pengalaman seorang individu. Kematangan sebenarnya ditentukan oleh pengaruh baka daripada ibu bapa. Terdapat beberapa jenis kematangan dan ia juga merupakan tahap perkembangan dan pertumbuhan: 3.1.1 Kematangan Fizikal (Tahap Perkembangan Psikomotor) Dalam topik jenis-jenis kesediaan belajar1 , terdapat pernyataan tentang kesediaan psikomotor kanak-kanak adalah berbeza bergantung kepada perkembangannya fizikalnya. Perkembangan fizikal atau perkembangan psikomotor inilah jugalah yang menunjukkan kematangan fizikal seseorang. 1 Nota 2.3 Kesediaan Psikomotor di halaman 5.
  • 9. H a l a m a n | 9 Berikut merupakan huraian ringkas mengenai aspek perkembangan psikomotor kanak-kanak yang dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu: Peringkat Umur (Tahun) Aspek Perkembangan Psikomotor Bayi 0-2  Mula memperolehi koordinasi dan kawalan otot. Tulang masih lembut.  Mula mengenal objek dalam alam sekitar melalui organ deria dan tangan.  Mula membezakan suara daripada keluarga dan orang lain.  Penglihatan dan pendengaran masih belum dikembangkan dengan sempurna. Awal Kanak- Kanak 2-6  Tubuh badan menjadi lebih besar, lebih tegap dan lebih tinggi.  Mempunyai satu set gigi susu.  Semakin aktif menggunakan kaki dan tangannya.  Otak berkembang menjadi lebih besar dan lebih terkawal. Kanak- Kanak 6-12  Penyelarasan motor dan kawalan tubuh badan bertambah baik.  Otot mata sudah matang untuk membaca.  Pendengaran bertambah tajam dan boleh membezakan bunyi-bunyi yang berlainan.  Sel-sel otak telah mencapai 60% berat orang dewasa. Kematangan fizikal berlaku dengan cepat pada peringkat bayi dan kanak-kanak. Proses pertumbuhan dalaman yang berlaku adalah asas, dan harus ada untuk pembelajaran yang efisyen. Guru tidak boleh memaksa pelajar untuk membuat sesuatu aktiviti jika pelajar tidak bersedia untuk melakukannya. Sebaliknya, guru haruslah menyediakan aktiviti pembelajaran yang selaras dengan kematangan fizikal pelajar. Misalnya, pelajar Tahun Satu dan Dua tidak mempunyai kematangan untuk bermain tenis kerana otot-ototnya belum berkembang untuk bermain tenis. Kematangan fizikal akan sempurna apabila pelajar mencapai umur 17 hingga 18 tahun.
  • 10. H a l a m a n | 10 Oleh itu, kematangan fizikal akan mempengaruhi kesediaan belajar mengikut peringkat perkembangan psikomotor. 3.1.2 Kematangan Mental (Tahap Perkembangan Kognitif) Perkembangan mental tidak ada hadnya dan ia akan berterusan sepanjang hidup individu. Mengikut konsep yang diutarakan oleh Piaget dalam Teori Perkembangannya, perkembangan intelek seseorang adalah berkadar secara terus dengan pertambahan umurnya. Piaget membahagikan empat peringkat ini seperti berikut:
  • 11. H a l a m a n | 11 Peringkat Umur (Tahun) Aspek Perkembangan Mental Deria motor 0-2  Mula mengenal objek dalam alam sekitar dengan menggunakan organ deria dan gerak-geri.  Mula mengaitkan objek dengan kata-kata. Pra Operasi 2-6  Mula menggunakan bahasa sebagai ganti gambaran benda.  Boleh membentuk konsep yang mudah.  Mempunyai imaginasi yang fantastik dalam dunia pura-pura.  Mula boleh mengelaskan objek berdasarkan ciri-ciri amnya. Operasi Formal 6-12  Menguasai konsep pengekalan tentang nombor, berat dan isipadu.  Boleh mengenal pasti objek dalam alam sekitar dan hubungannya dengan simbol bahasa. Operasi Formal Selepas 12  Boleh berfikir secara abstrak dan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.  Boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak.  Menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah.  Perkembangan kognitif biasanya mencapai kemuncak di penghujung umur 18-20 tahun.
  • 12. H a l a m a n | 12 Berdasarkan Kajian Piaget, kematangan kognitif kanak-kanak berkembang dan semakin meningkat dengan umurnya daripada operasi konkrit (mudah) kepada operasi kompleks. Kematangan kognitif ini mempengaruhi kesediaan belajar dan menjadi pra syarat untuk mempelajari mata pelajaran yang memerlukan kemahiran berfikir. Oleh itu, guru mesti memastikan yang objektif dan isi pelajaran yang dirancang sejajar dengan kematangan mental pelajar kerana kematangan mempengaruhi kesediaan belajar pelajar untuk menerima pembelajaran yang baru. 3.1.3 Kematangan Sosial dan Emosi Kematangan sosial berkaitan dengan kebolehan pelajar untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan pelajar lain dalam pembelajaran. Kematangan sosial merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar kerana kematangan sosial menentukan kesanggupan pelajar untuk berkongsi pengalaman dan menjalankan aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru. Kematangan sosial ini boleh dikembangkan dengan cara menggalakkan kegiatan sosial seperti aktiviti berkumpulan yang terdiri daripad pelajar yang mempunyai kematangan sosial yang tinggi dan rendah.
  • 13. H a l a m a n | 13 Kematangan emosi pula merujuk kepada darjah pencapaian kestabilan dalam perasaan yang berkaitan dengan minat, keinginan dan kepuasan dalaman pelajar terhadap pembelajaran. Kematangan emosi ini mempengaruhi kesediaan belajar pelajar. Berikut merupakan huraian ringkas tentang aspek kematangan emosi dan sosial berdasarkan peringkat perkembangan kanak-kanak. Peringkat Umur (Tahun) Aspek Perkembangan Emosi dan Sosial Bayi 0-2  Mempunyai rasa senang, rasa gelisah dan rasa keselamatan.  Mula ada perasaan cemburu dan iri hati. Awal Kanak- Kanak 2-6  Emosinya cepat berubah dan tidak kekal lama.  Mempunyai perasaan takut apabila menghadapi situasi baru.  Perasaan cemburu semakin bertambah.  Suka bermain sendiri.  Hanya suka bergaul dengan saudara mara yang berumur sama. Kanak- Kanak 6-12  Mula sedar tentang perasaan lain.  Emosi semakin stabil.  Suka bergaul dengan rakan sebaya.  Suka bermian secara berpasukan. 3.2 Kemahiran Asas dan Pengalaman Sedia Ada Sebelum mempelajari sesuatu ilmu atau kemahiran baru, pelajar hendaklah memperoleh kemahiran asas atau pengalaman yang berkaitan. Pengalaman ditentukan oleh persekitaran individu. Misalnya, pelajar yang mempunyai pengalaman tinggal di luar bandar akan lebih bersedia belajar topik pertanian daripada pelajar yang hanya tinggal di bandar. Jesteru itu, kemahiran asas dan pengalaman sedia ada merupakan faktor penting yang mempengaruhi kesediaan belajar pelajar. 3.3 Motivasi Dalaman Motivasi dalaman juga disebut dengan motivasi intrinsik. Motivasi dalaman yang merupakan faktor kesediaan belajar ini telah dihurai dalam topik jenis-jenis kesediaan belajar2 . Motivasi dalaman berkait rapat dengan minat dan sikap pelajar. Guru perlu memastikan pelajar mempunyai minat yang tinggi, sikap yang positif dan berusaha mendorong pelajar ke arah 2 Nota 3.3 Motivasi Dalaman di halaman 4.
  • 14. H a l a m a n | 14 mencapai sesuatu matlamat pembelajaran dengan cara menyediakan ransangan yang pelbagai dan menarik serta mengekalkan motivasi dalaman (intrinsik) pelajar agar mereka mempunyai kesediaan belajar. Mengikut Bruner (1966), kanak-kanak yang baru memasuki sekolah telah mempunyai dua jenis motivasi dalaman, iaitu intrinsik ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan. Kedua-dua intrinsik ini merupakan motivasi dalaman yang kuat untuk menggerakkan dan meningkatkan kesediaan belajar kanak- kanak supaya aktiviti pembelajaran berjalan dengan lebih aktif, mudah, seronok dan berkesan. 3.4 Perhatian Perhatian dan penumpuan pelajar yang tinggi dapat meningkatkan kesediaan belajar pelajar. Guru perlu meransang pelajar melalui strategi pembelajaran dengan pelbagai cara. Misalnya, guru perlu menggunakan set induksi yang menarik, alat bantuan mengajar yang canggih serta kaedah dan teknik pengajaran yang berkaitan dengan minat pelajar kerana ini akan mengekalkan perhatian dan kesediaan belajar mereka seterusnya bersedia untuk menerima ilmu pembelajaran yang baru. 4.0 Implikasi Kesediaan Belajar Terhadap Pengajaran & Pembelajaran Daripada segi bahasa, implikasi bermaksud kesan, akibat, hasil, ekoran, dan pengaruh. Kesediaan belajar memberikan beberapa implikasi terhadap pengajaran guru dan pembelajaran murid. Antara implikasi kesediaan belajar terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah: 4.1 Guru dapat menyelesaikan masalah perbezaan. a) Perbezaan individu. b) Perbezaan jantina. c) Perbezaan keyakinan diri. d) Perbezaan perkembangan mental. e) Perbezaan perkembangan fizikal. 4.2 Guru dapat mengambil langkah-langkah berikut untuk memenuhi perbezaan kesediaan belajar pelajar yang berlainan.
  • 15. H a l a m a n | 15 a) Strategi pembelajaran. Antara strategi pengajaran yang boleh dilaksanakan seperti pengajaran berkumpulan, pengajaran individu untuk melayani perbezaan individu, teknik peneguhan untuk memupuk kendiri positif murid, teknik menyoal dan kaedah inkuiri penemuan bagi membangkitkan naluri ingin tahu murid, serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. b) Isi kandungan pembelajaran. Guru dapat merancang isi kandungan pembelajaran yang berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar serta dapat memberi kemahiran asas yang kukuh melalui aktiviti pengukuhan sebelum pelajar mempelajari pembelajaran kemahiran yang baru dan kompleks. c) Pemeringkatan isi pelajaran. Perkembangan intelek seseorang pelajar adalah berkadar secara terus dengan pertambahan umurnya. Maka, guru perlu menyusun isi pelajaran mengikut perkembangan kognitif (mudah kepada kompleks, pengalaman sedia ada kepada pengalaman baru, dekat kepada jauh, umum kepada spesifik) kanak-kanak berdasarkan konsep yang diutarakan oleh Piaget dalam Teori Perkembangannya. d) Pelbagai alat bantuan mengajar. Menyediakan alat bantu mengajar yang berkaitan serta dapat menarik perhatian, mengekalkan minat dan menambah penumpuan pelajar. Perhatian dan penumpuan merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar pelajar bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran guru. 5.0 Kesimpulan
  • 16. H a l a m a n | 16 Daripada setiap isi yang telah dihuraikan, dapat disimpulkan bahawa kesediaan belajar pelajar adalah sangat penting bagi pengajaran guru dan pembelajaran murid. Kesedaran guru tentang pentingnya kesediaan belajar pelajar dapat menjamin kesan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berjaya. Bibliografi 1. Mok Soon Sang (2010) : Siri Pengajian Profesional : Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran & Pembelajaran (Edisi Kedua). Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong. 2. Boon Pong Ying & Ragbir Kaur (1998) : Siri Bimbingan Diploma Perguruan : Psikologi II (Semester II). Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam. 3. Ee Ah Meng (1999) : Siri Bimbingan Diploma Perguruan : Psikologi Pendidikan (Semester II). Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam.