SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 18
1
TUGASAN KUMPULAN:
KAHWIN MUDA
NAMA AHLI KUMPULAN :
ALVY WENDYLINE FLORENTIUS (D20101038311)
NOR DIANAH BINTI SAMI (D20101038334)
WONG YUN SHING (D20101038339)
NOOR AZURAH BINTI ABDUL RAZAK (D20101037502)
WAN NORAZWANI BINTI MAHUSIN (D20101037506)
IRA NUSRAT BINTI JAAFAR (D20101037533)
KUMPULAN : O
KOD KURSUS : KKD2063
NAMA
KURSUS
: PEMBANGUNAN SAHSIAH
SEMESTER : II 2010/2011
PENSYARAH : PN. NOR JUNAINAH MOHD ISA
2
ISI KANDUNGAN…
BIL TAJUK MUKA SURAT
1 1.0 Pendahuluan 1
2 2.0 Faktor-Faktor Kahwin Muda
2.1 Keterlanjuran
2.2 Kurang Minat Untuk Meneruskan
Pengajian
2.3 Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
2.4 Desakan Keluarga
2.5 Pelindungan dan Keselamatan
2-3
3 3.0 Ciri-Ciri Kahwin Muda
3.1 Usia Pasangan
3.2 Hubungan Percintaan
3.3 Persediaan Minda dan Rohani
3.4 Persediaan Ekonomi
3.5 Pegangan Agama
3-6
4 4.0 Kesan Kahwin Muda
4.1 Kebaikan Kahwin Muda
4.1.1 Membentuk Diri Ke Arah Lebih Baik
4.1.2 Menjaga Kesucian Maruah Diri,
Keluarga dan Agama
4.2 Keburukan Kahwin Muda
4.2.1 Peningkatan Kes Penceraian
4.2.2 Implikasi Kesihatan
7-10
5 5.0 Cara Mengatasi Gejala Kahwin Muda
5.1 Elakkan Gejala ‘Coupling’
5.2 Hadirkan Diri dalam Sesi Kaunseling
5.3 Ambil Iktibar Dari Kejayaan Orang Lain
5.4 Peranan sekolah atau Institusi Pengajian Tinggi
10-13
6 6.0 Kesimpulan 14
3
1.0 PENGENALAN
Dalam zaman pra merdeka, menamatkan zaman bujang seawal usia 14 tahun bagi wanita dan
18 tahun bagi lelaki bukan satu perkara yang asing malahan sesuatu yang lumrah dalam
kalangan semua kaum. Trend itu bagaimanapun berubah selepas negara merdeka. Anak muda
mula berlumba-lumba memantapkan diri masing-masing, khususnya daripada aspek ekonomi
dan pendidikan. Berkahwin lewat bukan lagi satu perkara memalukan sebaliknya lumrah dan
semakin diterima masyarakat. Namun, dalam zaman globalisasi ini, kahwin muda kembali
sebagai satu gaya hidup.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), kahwin bermaksud perikatan yang sah
antara lelaki dengan perempuan menjadi suami isteri, nikah. Manakala muda pula bermaksud
belum tua, masih remaja, gadis atau teruna, golongan orang muda dan generasi baru. Oleh
itu, kahwin muda boleh didefinisikan sebagai orang atau individu yang masih remaja dan
belum dewasa diikat secara sah dan membentuk satu institusi keluarga yang baru. Kahwin
muda juga membawa maksud perkahwinan kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun.
Perkahwinan adalah ikatan lahir batin antara seorang lelaki dengan seorang wanita yang pada
umumnya berasal dari lingkungan yang berbeza terutama dari lingkungan keluarga asalnya,
kemudian mengikatkan diri untuk mencapai tujuan keluarga yang kekal dan bahagia.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Shuhada Elis, et al (2010), dalam bancian
pada tahun 2000, terdapat 11,4000 remaja bawah 15 tahun telah berkahwin. Daripada jumlah
tersebut, 6,800 merupakan remaja perempuan dan 4,600 adalah remaja lelaki. Daripada
jumlah remaja perempuan tersebut, sebanyak 2,450 adalah dari kalangan kaum Melayu. Hal
ini menunjukkan bahawa kahwin muda ini lebih cenderung berlaku dalam keluarga Melayu.
Kahwin muda dalam kalangan anak remaja bawah umur tidak dinafikan dapat
memberikan manfaat, namun terdapat juga keburukan berkahwin dalam lingkungan usia ini.
Tidak dinafikan remaja yang berusia kurang daripada 18 tahun dikatakan sebagai ‘mentah’
dan ‘hijau’ untuk mengharungi kehidupan berumah tangga serta menempuh pelbagai asam
garam sebagai suami isteri.
4
2.0 FAKTOR-FAKTOR KAHWIN MUDA
Terdapat banyak faktor yang mendorong pasangan pada hari ini untuk berkahwin pada usia
yang masih muda. Berikut merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan
berlakunya kahwin muda :
2.1 Keterlanjuran
Dewasa ini, gejala sosial dalam kalangan masyarakat semakin meruncing. Hampir setiap hari
ada sahaja isu pembuangan bayi yang terpampang di muka depan akhbar harian. Nabi
Muhammad s.a.w. sendiri pernah bersabda bahawa di akhir zaman nanti akan lahirnya
manusia yang tidak berbapa dalam kuantiti yang banyak sekali. Kalau dibandingkan dengan
di luar negara sana, memang hampir 100% bayi yang dilahirkan itu adalah anak sebelum
bernikah.
Di negara Islam Hadhari ini iaitu Malaysia, lebih kurang 21% bayi yang dilahirkan itu
adalah anak luar nikah. Namun, masih ada lagi segelintir remaja yang mengambil langkah
baik dengan mendirikan rumah tangga setelah terlanjur. Walaupun mereka mengambil
keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia yang mentah, namun ini merupakan
cara yang terbaik daripada menanggung dosa dengan membunuh bayi yang tidak bersalah.
Perkahwinan juga dapat memastikan bayi yang dilahirkan itu mempunyai ibu dan juga ayah
setelah dilahirkan.
2.2 Kurang Minat untuk Meneruskan Pengajian
Pada zaman dahulu sekitar 50an dan 60an, berkahwin pada usia yang muda bukanlah suatu
yang ganjil. Ramai yang berkahwin pada usia muda, malah ada sesetengah itu menamatkan
zaman bujang ketika berumur 12 tahun dan 14 tahun. Mungkin pada ketika itu, peluang untuk
melanjutkan pelajaran tidak terbuka luas seperti hari ini. Tambahan pula mereka beranggapan
bahawa orang perempuan tidak perlu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
kerana cukuplah sekadar tahu memasak, mengemas dan menguruskan segala keperluan
berumah tangga.
Namun, pada zaman sekarang walaupun terdapat banyak peluang pendidikan yang
disediakan namun masih ada yang malas ataupun tidak mempunyai minat untuk belajar.
Ekoran itu, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin pada usia muda. Kajian
Hubungan Etnik oleh sekumpulan pelajar tahun dua Universiti Sains Malaysia (USM)
5
mendapati perkahwinan membabitkan pasangan berusia bawah 20 tahun semakin meningkat
khususnya dalam kalangan orang Melayu.
2.3 Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan adat resam orang Melayu yang agak konservatif turut mempengaruhi penularan
semula kahwin muda apabila masyarakat sering memandang serong terhadap anak gadis yang
lambat bertemu jodoh. Sering kali mereka di label dengan pelbagai gelaran seperti andartu
(anak dara tua) dan dianggap tidak laku.
Lebih teruk lagi, ada anak gadis yang diminta untuk mandi bunga bagi
mempercepatkan jodoh. Andai ada anak gadis yang di sunting dan andai ada anak teruna
yang masih bersendirian, nescaya pelbagai tohmahan dan kata-kata sinis akan menjadi
habuan. Ini membuatkan anak gadis sekarang bimbang untuk berkahwin lambat walaupun
mereka mempunyai pelbagai komitmen lain seperti pelajaran dan juga cita-cita yang ingin
dipenuhi.
2.4 Desakan Keluarga
Dalam konteks ini, desakan keluarga turut dianggap faktor peningkatan perkahwinan dalam
usia muda. Ini berkait rapat dengan latar belakang segelintir keluarga yang terlalu
mementingkan darjat, susur galur dan agama. Terdapat dua faktor yang mendesak keluarga
menamatkan zaman bujang anak mereka. Pertama, kerana khuatir anak mereka tidak akan
mendapat jodoh jika perkahwinan ditangguhkan. Mereka juga tidak mahu mendapat sindiran
sinis dan tohmahan dari masyarakat sekeliling.
Kedua, bagi keluarga miskin di kawasan pedalaman, anak perempuan mahu
dikahwinkan pada usia yang muda untuk mengurangkan beban. Tidak kurang juga keluarga
yang berpendapat bahawa perkahwinan akan menyelamatkan struktur ekonomi keluarga,
justeru anak perempuan wajar dikahwinkan pada usia muda. Kepercayaan anak perempuan
tidak perlu bekerja dan hanya perlu menyerahkan untung nasib mereka kepada suami masih
berlaku walaupun pada zaman yang kian global.
2.5 Perlindungan dan Keselamatan
Aspek perlindungan juga dikatakan memainkan peranan penting kerana kebanyakan ibu bapa
percaya anak gadis mereka akan dilindungi oleh suami sebaik sahaja berumah tangga. Aspek
ini lahir daripada kegusaran ibu bapa terhadap kemungkinan anak masing-masing diperkosa
6
atau melakukan hubungan kelamin di luar ikatan perkahwinan. Selain daripada itu, iba bapa
bimbang anak gadis mereka terlalu bebas sehingga melakukan perkara-perkara yang tidak
wajar. Ada anak gadis yang berfikir dari sudut positif. Mereka berkahwin pada usia muda
kerana mereka mahu berasa selamat di samping seorang lelaki yang mempunyai satu ikatan
yang sah dengan mereka. Mereka memilih satu ikatan perkahwinan dengan nawaitu kerana
Allah. Mereka teramat bimbang akan tersungkur ke lembah yang tidak sepatutnya.
Pada masa kini mereka mungkin melihat terlalu ramai kawan-kawan mereka yang
mengandung anak luar nikah. Terdapat juga banyak kes bersekedudukan. Lalu perasaan takut
dan bimbang mulai menjalar di hati mereka. Justeru itu mereka memilih untuk berkahwin
bagi mengelak daripada berlakunya maksiat.
3.0 CIRI-CIRI KAHWIN MUDA
Berikut merupakan ciri-ciri pasangan yang berkahwin pada usia yang muda :
3.1 Usia Pasangan
Pasangan yang berkahwin pada usia bawah 21 atau lebih tepat lagi berumur antara 15 tahun
hingga 21 tahun dianggap sebagai pasangan kahwin muda. Merujuk Seksyen 8 Akta Undang-
Undang Keluarga Islam, Wilayah Persekutuan 1984 dan Enakmen-Enakmen seumpamanya
di peringkat negeri memperuntukkan umur minimum untuk berkahwin. Akta tersebut
menyatakan bahawa tiada satu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah
Enakmen ini jika si lelaki berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan itu berumur
kurang daripada 16 tahun kecuali jika Hakim Syarie memberi kebenaran secara bertulis
dalam hal-hal atau keadaan tertentu. Bagi sesuatu permohonan berkahwin di bawah umur,
pemohon perlu mengisi dengan lengkap borang permohonan dan menyediakan segala
dokumen yang dikehendaki seperti salinan sijil berhenti sekolah, kad pengenalan, afidavit
dan lain-lain dokumen yang dikehendaki untuk memudahkan proses tersebut dilaksanakan.
Sebenarnya, usia bukanlah formula utama dalam perkahwinan yang berjaya tetapi keinginan
dan keupayaan melayari mahligai dan kehidupan yang dibina dengan matang dan penuh
tanggungjawab.
(Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin, 2011)
7
3.2 Hubungan Percintaan
Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Sebenarnya rasa cinta memang tidak
salah kerana ia merupakan fitrah semula jadi (instinct) yang Tuhan kurniakan kepada setiap
manusia di muka bumi ini. Bagi pasangan yang telah lama menjalinkan hubungan cinta,
mereka mungkin telah memahami sepenuhnya hati budi pasangan masing-masing
menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk menjadikan hubungan mereka sebagai
satu ikatan yang sah. Pasangan ini mungkin telah menjalinkan hubungan yang baik sejak dari
bangku sekolah lagi membuatkan sikap toleransi dan kepercayaan terhadap pasangan masing-
masing wujud dalam diri mereka. Perkenalan yang lama ini juga kemungkinan telah direstui
oleh kedua-dua belah keluarga. Hal ini mengukuhkan lagi alasan mereka untuk mendirikan
mahligai perkahwinan walaupun pada usia yang muda.
3.3 Persediaan Minda dan Rohani
Ramai yang beranggapan bahawa remaja yang berusia kurang daripada 20 tahun masih
‘mentah’ atau ‘hijau’ untuk mengharungi kehidupan berumah tangga serta menempuh
pelbagai asam garam sebagai suami isteri. Namun demikian, menurut beberapa pasangan
muda yang ditemubual, mereka tidak menyesal berkahwin muda malahan beranggapan status
baru sebagai suami isteri itu lebih mematangkan mereka, lebih-lebih lagi apabila bergelar
ayah dan ibu. Mungkin benar kata sesetengah pihak bahawa usia bukanlah formula utama
dalam perkahwinan yang berjaya. Hal ini kerana kematangan tidak semestinya menginjak
selari dengan usia seseorang malahan kematangan itu boleh dipupuk jika diberikan ruang dan
masa yang cukup. Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga pada usia muda,
mereka mungkin telah cukup matang dan mempunyai ilmu di dada menyebabkan mereka
membuat keputusan muktamad untuk mengakhiri zaman bujang mereka. Memandangkan
perkahwinan adalah komitmen seumur hidup dan pasangan pilihan itu akan menjadi teman
hidup sepanjang hayat, persiapan sebelum berkahwin tidak boleh diambil ringan.
(Hafidzah Hafidz, 2010)
Jika mental tidak bersedia sepenuhnya pasti rumah tangga itu akan bergolak terutama
sekali bagi pasangan yang berkahwin muda ini. Maksud persediaan mental di sini ialah
bersedia memikul tanggungjawab untuk membina sebuah keluarga. Pasangan yang membuat
keputusan untuk berkahwin harus ingat bahawa tanggungjawab dalam sesebuah ikatan
perkahwinan sangat berat dan jika mereka tidak memberi komitmen yang sepenuhnya rumah
tangga yang di bina pasti akan bergolak. Konsep tanggungjawab suami isteri amat luas dan
8
tidak hanya terbatas pada tanggungjawab tertentu sahaja tetapi apa yang paling penting ialah
tanggungjawab antara satu sama lain. Pasangan muda yang ingin mendirikan bahtera
perkahwinan ini kebiasaannya telah memahami segala konsep dan tanggungjawab yang perlu
mereka pikul dan bersedia sepenuhnya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami
isteri.
3.4 Persediaan Ekonomi
Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga perlu mempunyai persediaan kewangan
yang mencukupi. Ekonomi yang stabil amat diperlukan kerana banyak keperluan rumah perlu
disediakan. Perbelanjaan setiap bulan juga akan bertambah berbeza dengan kos perbelanjaan
semasa hidup bujang. Kebiasaannya, pasangan yang ingin berkahwin pada usia muda ini
telah mempunyai ekonomi yang kukuh terutamanya pihak lelaki untuk menyara hidup
apabila mereka berkeluarga kelak.
Ekonomi yang stabil datangnya dari pekerjaan yang menjamin. Ini sangat penting
kerana pekerjaan yang menjamin merupakan sumber pendapatan keluarga. Jika pendapatan
ini tidak mencukupi, keperluan rumah juga tidak dapat disediakan dengan sempurna.
Pasangan yang berkahwin muda ini mungkin mempunyai tabungan sendiri sebelum mereka
mendirikan rumah tangga untuk kegunaan masa hadapan dan kegunaan semasa kecemasan.
Apabila persediaan material kedua-dua belah pasangan mencukupi, perkahwinan yang bakal
dibina berkemungkinan tidak akan mendatangkan bebanan kepada mereka kerana sekurang-
kurangnya tiada pertengkaran mengenai masalah kewangan akan tercetus. Ekonomi yang
telah kukuh ini meyakinkan kedua-dua pasangan ini bahawa mereka mampu untuk hidup
berkeluarga. Justeru, mereka mengambil keputusan untuk berkongsi hidup.
(Siti Suriani Haji Othman, 2003)
3.5 Pegangan Agama
Agama merupakan asas yang menjadi panduan manusia untuk membuat segala keputusan
dalam kehidupan. Kekurangan didikan agama yang menjadi pedoman hidup remaja telah
menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan seterusnya terjebak dalam gejala-gejala
negatif seperti masalah sosial dan sebagainya. Masalah ini menjadi lebih parah apabila
remaja tersebut melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
sehingga melakukan perbuatan terlarang menyebabkan remaja perempuan mengandung
sebelum ada ikatan yang sah. Hal ini sudah tentu akan menconteng arang ke muka kedua-dua
9
keluarga pasangan tersebut. Ibu bapa mereka akan dituduh tidak pandai mendidik anak.
Untuk mengatasi masalah ini dan mengelakkan mendapat malu, pasangan yang terlanjur
dikahwinkan walaupun mereka masih muda malahan belum bersedia dari segi mental dan
fizikal.
Situasi ini berbeza pula dengan mereka yang mempunyai didikan agama yang cukup
di mana pasangan muda yang mempunyai perasaan suka antara satu sama lain akan
mengambil langkah berkahwin untuk mengelak gejala maksiat. Bagi yang beragama Islam,
kahwin muda merupakan salah satu tuntutan agama yang sunat untuk mengelakkan sebarang
fitnah atau zina.
4.0 KESAN KAHWIN MUDA
Berkahwin pada usia yang muda sebenarnya mempunyai pro dan kontranya tersendiri. Kesan
kebaikan kahwin muda merangkumi faedah kepada diri sendiri, pasangan suami isteri itu
sendiri, agama serta masyarakat sekeliling. Manakala keburukan merangkumi permasalahan
kepada pasangan suami isteri tersebut.
4.1 Kebaikan Kahwin Muda
Berikut merupakan antara kebaikan kahwin muda:
4.1.1 Membentuk Diri ke Arah Yang Lebih Baik
Seperti yang kita ketahui, alam perkahwinan memerlukan tanggungjawab yang besar sebagai
seorang suami yang bergelar ayah serta isteri yang bergelar ibu. Apabila seseorang itu
berkahwin, maka secara tidak langsung kedua-dua pasangan ini akan membentuk diri ke arah
yang lebih baik dari segala aspek. Sebagai contoh, kita boleh melihat isteri mulai
menjalankan tugas menjaga kebajikan suami termasuk makan minum dan pakaian serta
melakukan rutin harian di rumah. Bagi suami pula, sikap tanggungjawab yang tinggi mulai
hadir kerana segala nafkah keluarga terletak di tangan mereka. Rasa tanggungjawab ini mulai
meningkat apabila mereka bergelar ayah dan ibu kepada anak-anak. Perhatian yang lebih
amat diperlukan. Didikan yang sempurna dan secukupnya sama ada dari segi ilmu dunia dan
ilmu agama perlu diberi kepada mereka. Segala keperluan anak-anak perlu dititik beratkan.
Berkahwin di usia muda merupakan satu cabaran yang sangat besar. Bagi mereka
yang mengambil keputusan untuk berkahwin di usia muda, mereka telah mengambil satu
risiko yang besar dan berani meninggalkan keseronokan dunia remaja mereka untuk memikul
10
satu tanggungjawab yang sangat berat ini. Selain itu, seseorang yang telah berkahwin akan
berdikari dan bersikap matang. Hal ini kerana nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan
dan juga membina kematangan. Matang di sini bermaksud pasangan mampu membahagikan
masa antara keluarga dan kerjaya. Di samping itu, ia mampu menyelesaikan pelbagai masalah
bersama pasangan masing-masing dengan rasional dan matang. Persefahaman antara suami
isteri dalam menyelesaikan masalah juga dapat melatih diri supaya lebih matang. Selain itu,
berusaha dalam meningkatkan kerjaya dan pendapatan keluarga ke arah yang lebih baik
mendidik diri supaya berdikari dalam menguruskan hidup bersama keluarga. Mereka juga
akan menjadi lebih berpengalaman dan lebih berkeyakinan dalam menempuh alam baru ini.
4.1.2 Menjaga Kesucian Maruah Diri, Keluarga dan Agama
Seperti yang sedia maklum, setiap agama menyatakan perkahwinan merupakan satu ikatan
yang suci dan tulus. Menurut Islam, perkahwinan bertujuan untuk memelihara diri daripada
perbuatan terlarang iaitu untuk membentengi diri agar tidak terjerumus ke dalam lembah
perzinaan dan semua perilaku terkutuk lainnya, bukan semata-mata untuk melampiaskan
kehendak nafsu syahwat. Perkahwinan juga adalah peraturan daripada Allah S.W.T untuk
menyekat pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan yang boleh membawa kepada
perbuatan zina. Ia merupakan ibadah kepada Allah. Malah, perkahwinan menghalalkan
segala-galanya. Secara tidak langsung, perkahwinan dapat menjaga maruah seseorang
daripada melakukan perkara terkutuk yang diharamkan dalam syariah. Sebagai contoh, kini
kebanyakan remaja terlibat dengan kes jenayah seperti seks sebelum kahwin dan
pembuangan bayi . Hal ini berlaku kerana keinginan mereka untuk berkahwin di usia muda
mungkin ditentang oleh kedua-dua ibu bapa mereka. Maka, mereka mengambil jalan mudah
dengan melakukan hubungan seks tanpa sebarang ikatan yang sah. Apabila sudah terlanjur,
mereka menutup malu dengan membuang bayi hasil daripada hubungan yang haram itu. Ini
akan mencalarkan maruah diri, keluarga dan agama mereka sendiri.
Dari sudut agama Islam, maruah seseorang terletak pada imannya. Hubungan antara
lelaki dan perempuan yang bukan muhrim mempunyai batas tertentu yang perlu dijaga.
Melalui perkahwinan, secara tidak langsung maruah keluarga dan kesucian agama dapat
dipelihara dengan baik. Seperti yang kita ketahui, keturunan yang baik menghasilkan benih
yang baik. Jika maruah keluarga terpelihara, maka keturunan sesebuah keluarga itu dianggap
mulia dan dihormati masyarakat. Malah, Allah S.W.T sendiri menyatakan bahawa
perkahwinan itu sebagai satu ibadah kepada-Nya. Ibadah di dalam Islam amat luas. Islam
11
memandang setiap amal perbuatan yang dilakukan oleh seseorang demi keredhaan Allah
S.W.T adalah ibadah dan mendapat pahala. Maka dari sini kita dapat simpulkan bahawa
kahwin di usia muda dapat membantu pasangan tersebut memelihara maruah diri, keluarga
dan agama dengan baik.
4.2 Keburukan Kahwin Muda
Berikut merupakan keburukan-keburukan berkahwin pada usia yang muda:
4.2.1 Peningkatan Kes Penceraian
Antara keburukan kahwin muda ialah berlakunya peningkatan dalam masalah penceraian.
Hal ini berlaku kerana kebanyakan pasangan yang berkahwin pada usia muda adalah dalam
sekitar usia tujuh belas tahun hingga dua puluh satu tahun, pada usia ini, kematangan mereka
masih belum mencukupi untuk mengharungi alam berumah tangga. Kedua-dua pihak masih
belum mampu untuk berfikir dengan baik terhadap kesan yang akan berlaku sekiranya
mereka bercerai. Ini lebih buruk jika pasangan berkenaan sudah mempunyai cahaya mata.
Mereka tidak berfikir terhadap kesan masa panjang terhadap masa depan anak tersebut.
Sebagai contoh, persoalan seperti apakah akan berlaku apabila mereka bercerai? Bagaimana
pula dengan anak-anak mereka kelak? tidak bermain di minda mereka dengan jelasnya. Ini
kerana masing-masing mempunyai ego tersendiri. Si suami dengan sikap panas baran, dan
merasa diri masih bujang. Setiap malam pulang ke rumah lambat kerana melepak bersama
rakan. Manakala, Si isteri sibuk bergaya bukan untuk tatapan suami tetapi untuk lelaki lain di
luar sana kerana merasa diri masih anak dara. (Hafiz Mohd., 2010)
Oleh itu, kebanyakan pasangan merasa masih belum puas menikmati zaman remaja
lalu bercerai dan mendapat status janda dan muda pada usia dua puluh- an. Ungkapan cerai
atau talak seperti satu ungkapan yang dianggap permainan. Bagi mereka, penceraian dapat
menyelesaikan semua masalah yang dihadapi tanpa berfikir panjang. Jika mereka mempunyai
anak, maka kesan penceraian tersebut akan dirasai oleh kanak-kanak berkenaan ketika proses
pembesarannya berlaku. Kedua-dua pasangan mengambil sikap sambil lewa dalam
menguruskan rumah tangga masing-masing. Mereka tidak serius dalam menjalankan
tanggungjawab sebagai suami isteri antara satu sama lain serta ayah dan ibu terhadap anak-
anak.
12
4.2.2 Implikasi Kesihatan
Selain itu, berkahwin pada usia yang muda akan mengakibatkan implikasi kesihatan.
Menurut Pakar Perunding Obstetriks dan Ginekologi Hospital Universiti Kebangsaan
Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj, kebanyakan remaja perempuan
yang berkahwin akan hamil dalam usia yang muda dan berhadapan dengan banyak
komplikasi dan masalah kesihatan semasa hamil (antenatal), ketika melahirkan (intrapartum)
dan juga selepas kelahiran (post-partum). Kadar kematian ibu dan bayi juga meningkat dalam
kalangan remaja belia yang hamil. Hal ini bukan sahaja kerana komplikasi semasa proses
kehamilan dan kelahiran malahan juga disebabkan faktor persekitaran yang menyukarkan
remaja terbabit mendapatkan kemudahan dan penjagaan kesihatan yang optimum. Menurut
beliau lagi, golongan tersebut tidak mendapat nasihat yang tepat mengenai kontrasepsi dan
perancangan keluarga di samping kesukaran membeli sendiri ubatan yang diperlukan untuk
tujuan tersebut.
(Syedz, 2011)
Tambahan lagi, pemakanan yang kurang seimbang boleh menyebabkan kekurangan
zat, kepucatan dan malnutrisi kepada remaja terbabit. Perkahwinan bawah umur juga
dikaitkan dengan kadar keganasan rumah tangga yang menyebabkan gangguan kesihatan
emosi dan mental remaja itu. Malah, gadis bawah umur yang sudah berkahwin terpaksa
berhadapan dengan realiti hidup berkeluarga yang memerlukan kemahiran membuat
keputusan dan penyelesaian masalah, pengurusan kewangan serta emosi terhadap
kematangan serta keupayaan berkomunikasi yang baik. Jika sebarang persediaan tidak dibuat
oleh kedua-dua pasangan tersebut, maka perkahwinan pada usia muda ini akan memberi satu
cabaran yang hebat dalam diri masing-masing.
5.0 CARA MENGATASI GEJALA KAHWIN MUDA
5.1 Elakkan Gejala 'Coupling'
Salah satu cara untuk mengatasi gejala remaja kahwin dalam usia muda adalah dengan
mengelakkan diri daripada bercinta atau ‘coupling’. Gejala ‘coupling’ yang sering menular
dalam golongan remaja ini hanya akan membawa kepada dua perkara iaitu ke arah positif
atau ke arah negatif. Pasangan bercinta yang positif merupakan salah satu cara pergaulan
yang sihat kerana dengan adanya pasangan yang seusia dengan kita, ianya akan mendorong
kita untuk sama-sama berlumba untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam pelajaran.
13
Bukan itu sahaja, sekiranya kita telah mempunyai seseorang yang dianggap boleh memberi
inspirasi, sudah pastinya akan memberi semangat untuk kita terus belajar dan masing- masing
akan saling membantu untuk mencapai kejayaan. Dalam masa yang sama, mereka dapat
saling menasihati ke arah kebaikan.
Pasangan bercinta yang negatif pula berbeza caranya. Tanpa mereka sedari, fokus
mereka terhadap pelajaran akan semakin berkurang. Selain itu, keadaan ini akan membazir
masa, wang, tenaga dan perasaan. Masa yang sepatutnya diluangkan untuk menelaah, wang
yang sepatutnya digunakan untuk membeli bahan ilmiah dibuang begitu sahaja. Sudah
pastinya pasangan yang bercinta tidak lepas dari membuat pertemuan, berdua-duaan dan hal
ini sudah pasti akan menimbulkan fitnah. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan
keinginan remaja untuk menamatkan zaman bujang dalam usia yang muda tanpa memikirkan
kesan buruknya nanti. Oleh itu, remaja digalakkan supaya menghindarkan diri dari gejala
‘coupling’. Dengan ini, keinginan mereka untuk berkahwin dalam usia muda akan terhakis
sedikit demi sedikit.
5.2 Hadirkan Diri Dalam Sesi Kaunseling
Menghadirkan diri dalam sesi kaunseling tanpa sebarang paksaan dan desakan dari pihak luar
merupakan salah satu perkara yang dapat dibanggakan. Hal ini demikian kerana tidak semua
orang sanggup menerima sebarang pendapat daripada orang lain tambahan lagi sekiranya dia
dalam keadaan stress sehingga boleh melakukan sesuatu perkara buruk di luar kawalan dan
akhirnya mereka akan kembali normal serta kembali pulih seperti mana kehidupan mereka
sebelum ini. Perkara buruk di sini bukanlah merujuk kepada gejala kahwin dalam usia muda
semata- mata malah kepada perkara yang seumpama dengannya tetapi yang tidak melibatkan
kehidupan pelajar. Contohnya, sesi kaunseling mampu mengembalikan keharmonian
rumahtangga bagi mereka yang menghadapi krisis rumahtangga sehingga hampir bercerai.
Hal ini kerana dalam sesi kaunseling, mereka yang menghadapi masalah pada ketika ini akan
diberi kesempatan untuk menceritakan segala masalah yang dihadapi kepada kaunselor.
Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana segala masalah yang diceritakan hanya antara
mereka dan kaunselor.
Pada ketika ini, kaunselor akan membuat pengenalpastian punca atau faktor
berlakunya sesuatu masalah. Dengan ini, kedua- dua pihak dapat mencari jalan penyelesaian
bagi masalah tersebut. Tanpa disedari, mereka secara tidak langsung mempunyai kesedaran
tentang kepentingan membuat keputusan yang terbaik dalam hidup mereka. Begitu juga
14
dengan usaha kita untuk menghindari gejala kahwin muda ini. Amat penting bagi kita
memanfaatkan sedikit masa untuk menghadiri sesi kaunseling dalam usaha memupuk
kesedaran dalam menentukan sama ada betul atau tidak keputusan yang kita pilih dalam
hidup kita termasuklah berkahwin dalam usia yang muda dan semasa masih dalam pengajian.
Oleh itu, sesi kaunseling mesti menjadi salah satu perkara yang mesti diutamakan supaya kita
selalu mendapat bimbingan dari saluran yang betul dan sudah pasti kita tidak akan terpesong
walaupun sedikit.
5.3 Ambil Iktibar Dari Kejayaan Orang Lain
Bukan itu sahaja, kita seharusnya mengambil iktibar dari orang lain yang sudah mencapai
cita- cita mereka terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga. Untuk mencapai sesuatu
yang terbaik dalam hidup kita, setiap apa yang ingin dan melihat apa yang akan terjadi
seterusnya. Sedangkan kita tahu bahawa sekali kita mengambil keputusan untuk berkahwin
dalam usia muda, kita tidak dapat berpatah balik daripada keputusan yang telah dibuat. Oleh
itu, lihatlah kesan buruk dan kesan baik berkahwin awal daripada orang lain. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa ada kesan positifnya tetapi terdapat juga impak negatifnya berkahwin
di usia muda ini. Bandingkan pula dengan kehidupan mereka yang berjaya terlebih dahulu
sebelum berkahwin. Kehidupan mereka lebih terjamin, dan perkara yang akan mengundang
kepada masalah rumahtangga juga kurang berlaku. Hal ini demikian kerana, masing-masing
telah matang dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga dan berusaha sedaya upaya untuk
mempertahan institusi kekeluargaan.
Di samping itu, remaja perlu memotivasikan diri sendiri supaya tidak akan berkahwin
awal. Segalanya bermula dari hati. Remaja seharusnya menanam dalam diri bahawa
banyaknya kesan buruk sekiranya kita mendirikan rumahtangga dalam usia yang masih muda
dan terutamanya ketika kita masih dalam alam pengajian. Dalam usaha kita untuk
memotivasikan diri daripada berkahwin awal, kita seharusnya melihatkan kesannya dari
sudut yang negatif. Contohnya, masalah kewangan yang akan melanda, serta masalah
rumahtangga sehingga menyebabkan fokus kita terhadap pelajaran menjadi kurang. Secara
tidak langsung, remaja akan gerun untuk masuk ke alam rumahtangga dalam usia yang masih
muda.
15
5.4 Peranan Sekolah atau Institusi Pengajian Tinggi
Pelbagai cara dapat diambil untuk mengikis gejala ini dalam kalangan remaja sebelum ianya
menular dalam kalangan mereka. Antaranya ialah dengan mengadakan kempen membina
kerjaya di usia muda. Sesi ceramah dalam kempen ini mestilah dapat memberikan informasi
yang lebih intensif mengenai erti sebuah perkahwinan, umur perkahwinan yang ideal, akibat-
akibat perkahwinan di usia muda, dan manfaat pendewasaan dalam perkahwinan. Kempen
ini merupakan kaedah yang agak efektif dilaksanakan untuk memberi kesan kepada pelajar-
pelajar supaya meletakkan perkahwinan sebagai keperluan kedua selepas memiliki profesion.
Secara tidak langsung, remaja akan lebih jelas dalam memilih sesuatu yang menjadi prioriti
dalam hidupnya.
Pihak sekolah dan pengajian tinggi juga harus menjadikan pelajar-pelajarnya berada
di bawah tanggungjawabnya. Pihak yang bertanggungjawab haruslah memantau aktiviti dan
pergaulan pelajar- pelajarnya dengan selalu memberi peringatan supaya menjaga batas- batas
pergaulan antara lelaki dan perempuan. Melalui intensif yang telah diambil, remaja sudah
pasti dapat menilai apa yang terbaik bagi diri dan kehidupannya. Segala kekeliruan dapat
diperjelaskan dan segala yang terpesong dapat diperbetulkan tanpa perlu bertindak secara
keras. Tetapi cara ini sekurang-kurangnya dapat memupuk hati mereka sendiri supaya sedar
bahawa perkahwinan pada usia muda tidak akan membawa mereka ke mana- mana selagi
tidak mempunyai profesion yang baik dan kewangan yang kukuh.
6.0 KESIMPULAN
Kebahagiaan sesebuah rumah tangga tidak semestinya diukur melalui usia pasangan
tersebut tetapi lebih kepada cara mereka menguruskan rumah tangga yang dibina.
Kematangan seseorang individu juga tidak terletak 100 peratus pada usia malahan
kematangan tersebut boleh diwujudkan melalui pengalaman dan cabaran yang dihadapi
dalam kehidupan setiap individu. Berkahwin pada usia yang muda ternyata mempunyai
implikasi baik dan buruknya tersendiri. Dalam hal ini sebenarnya terpulang pada pasangan
tersebut sama ada mahu mengambil tindakan secara positif atau sebaliknya dalam menangani
masalah rumah tangga. Setiap pasangan yang berkahwin muda sebenarnya harus bersabar dan
tabah dalam menjalani bahtera rumah tangga. Persediaan dari segi mental, fizikal, kewangan
dan lain-lain haruslah mantap jika ingin mahligai yang dibina terus kekal bahagia.
16
Kebahagiaan rumah tangga juga bukanlah terletak dari aspek materialistik semata-
mata tetapi faktor utama dalam kebahagiaan sesebuah perkahwinan ialah sikap toleransi,
kerjasama dan kefahaman. Setelah berkahwin, sikap ego dalam diri masing-masing perlu
dikikis agar setiap masalah yang timbul dapat diselesaikan secara berhemah. Berkahwinlah
atas dasar tanggungjawab kepada Allah S.W.T dan tanggungjawab kepada sesama manusia.
Hanya diri sendiri yang dapat membuat keputusan sama ada mampu atau tidak untuk
menjalankan tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri pada usia yang muda. Walaupun
usia bukanlah formula utama dalam perkahwinan yang hakiki, tetapi pasangan tersebut
perlulah berfikir semasak-masaknya pro dan kontranya berkahwin pada usia yang awal agar
perkahwinan yang bakal dibina tidak kandas di tengah jalan.
17
BIBLIOGRAFI
Abdul Halim Sholeh (2008). Ingin kahwin? cepat kahwin. Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publications
Abdul Rahim Abdul Rashid (2006). Krisis dan konflik institusi keluarga. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Amina Hj Noor (2001). Hikmah menjauhi seks bebas. Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Hajah Noresah Baharom, Rosli Abdul Ghani, Mohd Nor bin Abdul Ghani, Ibrahim bin
Ahmad, Aziah binti Tajudin, Salmah binti Jabbar, et al,(1997). Kamus dewan
edisi ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka
Hafidzah Hafidz (2010). Kahwin muda. Diperoleh pada 18 Februari 2011 daripada
http://chempakaituaku.blogspot.com/2010/10/kahwin-muda-final-project-
parenting.html
Hafiz Mohd. (2010). Kahwin muda : antara kebaikan dan keburukan. Diperoleh pada 20
Februari daripada http://www.hafizmohd.com/kahwin-muda-antara-kebaikan-dan-
keburukan/
Maszlee Malik dan Hamidah Mat (2007). Cinta IPT rahsia yang perlu anda ketahui. Petaling
Jaya : Edusystem Sdn. Bhd
Mommy Lyna (2010). Kahwin muda vs langkah mengatasi pembuangan bayi. Diperoleh
pada 25 Februari 2011 daripada http://mysuperkids.net/kahwin-muda-vs-
langkahmengatasi-pembuangan-bayi/
Muhammad Ali Quthb (2005). Mutiara perkahwinan menurut ajaran Islam. Kula Lumpur:
Pustaka Haji Abdul Majid
Noraini (2010). Alasan kahwin muda. Diperoleh pada 25 Februari 2011 daripada
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Alasankahwinmuda/Article/index
Nur Islam (2011). Persoalan sebuah perkahwinan. Diperoleh pada 25 Februari 2011 daripada
http://www.ataphijau.com/2011/02/24/persoalan-sebuah-perkahwinan/
Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin (2011). Kahwin bawah umur : galak belajar v galak
kahwin. Diperoleh pada 25 Februari 2011 daripada
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=22
66&cmd=resetall
Siti Suriani Haji Othman (2003). Pro dan kotra kahwin muda. Diperoleh pada 20 Februari
2011 daripada http://www.hanan.com.my/viewtopic.php?topic=960&forum=14
Skyjamil (2010). Pemerhatian : isu kahwin muda. Diperoleh pada 15 Februari 2011 daripada
http://nihayahsaidah-skyjamil.blogspot.com/2010/11/pemerhatian-isu-kahwin-
muda.html
Shuhada Elis, Ili Liyana Mokhtar & Rozanna Latiff (2010). NEWSFOCUS: Too young to
wed?. Diperoleh pada 25 Februari 2011 daripada
http://www.nst.com.my/nst/articles/20ynshu/Article/
18
Syedz (2011). Kontroversi nikah bawah umur. Diperoleh pada 28 Februari 2011 daripada
http://berita-harian-online.com/kontroversi-nikah-bawah-umur/

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Punca penyalahgunaan
Punca penyalahgunaanPunca penyalahgunaan
Punca penyalahgunaanmanisa_aniesz
 
Institusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islamInstitusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islamShahirah Zafirah
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiamothy
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)Mohd Fadzil Ambok
 
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Ila Ali
 
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI Nur Osman
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografinaninami
 
Adat dan kepercayaan orang asli
Adat dan kepercayaan orang asliAdat dan kepercayaan orang asli
Adat dan kepercayaan orang asliTika Daud
 
17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utamaMARTIN JANTAI
 
Bab 5 francais
Bab 5    francaisBab 5    francais
Bab 5 francaisWanBK Leo
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaannasywah79
 
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIALAsri Mohad
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanSRMORAD
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISINur Fareha
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysianorazmiyazid
 
Penulisan mengikut format apa
Penulisan mengikut  format apaPenulisan mengikut  format apa
Penulisan mengikut format apaNorlasbtintah
 
isu semasa teknologi maklumat
isu semasa teknologi maklumatisu semasa teknologi maklumat
isu semasa teknologi maklumatJus Oren
 

Mais procurados (20)

Punca penyalahgunaan
Punca penyalahgunaanPunca penyalahgunaan
Punca penyalahgunaan
 
Institusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islamInstitusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islam
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
 
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
 
Adat dan kepercayaan orang asli
Adat dan kepercayaan orang asliAdat dan kepercayaan orang asli
Adat dan kepercayaan orang asli
 
Contoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPGContoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPG
 
17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama
 
Bab 5 francais
Bab 5    francaisBab 5    francais
Bab 5 francais
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaan
 
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaan
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
 
Penulisan mengikut format apa
Penulisan mengikut  format apaPenulisan mengikut  format apa
Penulisan mengikut format apa
 
isu semasa teknologi maklumat
isu semasa teknologi maklumatisu semasa teknologi maklumat
isu semasa teknologi maklumat
 

Destaque

Isu Perkahwinan 09
Isu Perkahwinan 09Isu Perkahwinan 09
Isu Perkahwinan 09arizal
 
Pernikahan Pro & Kontra 09
Pernikahan Pro & Kontra 09Pernikahan Pro & Kontra 09
Pernikahan Pro & Kontra 09arizal
 
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islamPerkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islamArra Asri
 
Menangani respon yang salah
Menangani respon yang salahMenangani respon yang salah
Menangani respon yang salahcik noorlyda
 
Tentu ada cinta secara islam
Tentu ada cinta secara islamTentu ada cinta secara islam
Tentu ada cinta secara islammuzakkir142
 
Statistik Internet tahun 2010-2011 di dunia dan Indonesia
Statistik Internet tahun 2010-2011 di dunia dan IndonesiaStatistik Internet tahun 2010-2011 di dunia dan Indonesia
Statistik Internet tahun 2010-2011 di dunia dan Indonesiafirmansyahw
 
Assignment Antropologi Perkahwinan
Assignment Antropologi PerkahwinanAssignment Antropologi Perkahwinan
Assignment Antropologi PerkahwinanRATIEQAH NAJEEHAH
 
Micro Pensions - Helping the Poor to Save for the Future
Micro Pensions - Helping the Poor to Save for the FutureMicro Pensions - Helping the Poor to Save for the Future
Micro Pensions - Helping the Poor to Save for the FutureAegon
 
Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)
Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)
Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)Akhy Sham
 
Smart ways to save money
Smart ways to save moneySmart ways to save money
Smart ways to save moneyPaul_Martins
 

Destaque (20)

Young marriage
Young marriageYoung marriage
Young marriage
 
Isu Perkahwinan 09
Isu Perkahwinan 09Isu Perkahwinan 09
Isu Perkahwinan 09
 
Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini
Isu dan Cabaran Rumahtangga MasakiniIsu dan Cabaran Rumahtangga Masakini
Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini
 
Pernikahan Pro & Kontra 09
Pernikahan Pro & Kontra 09Pernikahan Pro & Kontra 09
Pernikahan Pro & Kontra 09
 
Perkahwinan
PerkahwinanPerkahwinan
Perkahwinan
 
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islamPerkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam
 
Menangani respon yang salah
Menangani respon yang salahMenangani respon yang salah
Menangani respon yang salah
 
Dunia akhir zaman
Dunia akhir zamanDunia akhir zaman
Dunia akhir zaman
 
Tentu ada cinta secara islam
Tentu ada cinta secara islamTentu ada cinta secara islam
Tentu ada cinta secara islam
 
Logoterapi - Viktor E. Frankl
Logoterapi - Viktor E. FranklLogoterapi - Viktor E. Frankl
Logoterapi - Viktor E. Frankl
 
Statistik Internet tahun 2010-2011 di dunia dan Indonesia
Statistik Internet tahun 2010-2011 di dunia dan IndonesiaStatistik Internet tahun 2010-2011 di dunia dan Indonesia
Statistik Internet tahun 2010-2011 di dunia dan Indonesia
 
Kaifiah perkahwinan
Kaifiah perkahwinanKaifiah perkahwinan
Kaifiah perkahwinan
 
Assignment Antropologi Perkahwinan
Assignment Antropologi PerkahwinanAssignment Antropologi Perkahwinan
Assignment Antropologi Perkahwinan
 
Micro Pensions - Helping the Poor to Save for the Future
Micro Pensions - Helping the Poor to Save for the FutureMicro Pensions - Helping the Poor to Save for the Future
Micro Pensions - Helping the Poor to Save for the Future
 
Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)
Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)
Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)
 
Smart ways to save money
Smart ways to save moneySmart ways to save money
Smart ways to save money
 
Pentingnya tabungan
Pentingnya tabunganPentingnya tabungan
Pentingnya tabungan
 
Remaja
RemajaRemaja
Remaja
 
Tips Menabung
Tips MenabungTips Menabung
Tips Menabung
 
Alam remaja
Alam remajaAlam remaja
Alam remaja
 

Semelhante a isu Kahwen muda

ppt Dampak pernikahan di usia muda.pptx
ppt Dampak pernikahan di usia muda.pptxppt Dampak pernikahan di usia muda.pptx
ppt Dampak pernikahan di usia muda.pptxNoviaMelaDewi1
 
Aku menoba untuk tabah
Aku menoba untuk tabahAku menoba untuk tabah
Aku menoba untuk tabahesa nugraha
 
ekonomi kependudukan
ekonomi kependudukanekonomi kependudukan
ekonomi kependudukanDissa MeLina
 
Pencegahan Perkawinan Usia Anak.pdf
Pencegahan Perkawinan Usia Anak.pdfPencegahan Perkawinan Usia Anak.pdf
Pencegahan Perkawinan Usia Anak.pdfariecahyono2
 
Dampak Negatif Perkawinan Di Usia Anak
Dampak Negatif Perkawinan Di Usia AnakDampak Negatif Perkawinan Di Usia Anak
Dampak Negatif Perkawinan Di Usia AnakNimahAzizah
 
REMAJA & PERMASALAHANNYA.pptx
REMAJA & PERMASALAHANNYA.pptxREMAJA & PERMASALAHANNYA.pptx
REMAJA & PERMASALAHANNYA.pptxauliyaulanam1
 
PPT PERNIKAHAN DINI.pptx
PPT PERNIKAHAN DINI.pptxPPT PERNIKAHAN DINI.pptx
PPT PERNIKAHAN DINI.pptxbisnisrezaagus
 
pernikahan dini.pptx
pernikahan dini.pptxpernikahan dini.pptx
pernikahan dini.pptxAMIR235502
 
1. MATERI AKIS-WEBINAR-PERNIKAHAN DINI.pdf
1. MATERI AKIS-WEBINAR-PERNIKAHAN DINI.pdf1. MATERI AKIS-WEBINAR-PERNIKAHAN DINI.pdf
1. MATERI AKIS-WEBINAR-PERNIKAHAN DINI.pdfpiaudftik0123
 
Salinan Materi Pernikahan Dini.pptx
Salinan Materi Pernikahan Dini.pptxSalinan Materi Pernikahan Dini.pptx
Salinan Materi Pernikahan Dini.pptxMuhammadRanim
 
Ppt makala filsfat
Ppt makala filsfatPpt makala filsfat
Ppt makala filsfatalmeidanisa1
 
pernikahandini-130429075135-phpapp02.pdf
pernikahandini-130429075135-phpapp02.pdfpernikahandini-130429075135-phpapp02.pdf
pernikahandini-130429075135-phpapp02.pdfMuhammadRanim
 
2. SLIDE PPt DAN ICE BREAKING - PERNIKAHAN DI USIA MUDA DAN PERMASALAHANNYA.pptx
2. SLIDE PPt DAN ICE BREAKING - PERNIKAHAN DI USIA MUDA DAN PERMASALAHANNYA.pptx2. SLIDE PPt DAN ICE BREAKING - PERNIKAHAN DI USIA MUDA DAN PERMASALAHANNYA.pptx
2. SLIDE PPt DAN ICE BREAKING - PERNIKAHAN DI USIA MUDA DAN PERMASALAHANNYA.pptxsriwulanalvionita11
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayiArra Asri
 

Semelhante a isu Kahwen muda (20)

ppt Dampak pernikahan di usia muda.pptx
ppt Dampak pernikahan di usia muda.pptxppt Dampak pernikahan di usia muda.pptx
ppt Dampak pernikahan di usia muda.pptx
 
Aku menoba untuk tabah
Aku menoba untuk tabahAku menoba untuk tabah
Aku menoba untuk tabah
 
ekonomi kependudukan
ekonomi kependudukanekonomi kependudukan
ekonomi kependudukan
 
Pencegahan Perkawinan Usia Anak.pdf
Pencegahan Perkawinan Usia Anak.pdfPencegahan Perkawinan Usia Anak.pdf
Pencegahan Perkawinan Usia Anak.pdf
 
Dampak Negatif Perkawinan Di Usia Anak
Dampak Negatif Perkawinan Di Usia AnakDampak Negatif Perkawinan Di Usia Anak
Dampak Negatif Perkawinan Di Usia Anak
 
REMAJA & PERMASALAHANNYA.pptx
REMAJA & PERMASALAHANNYA.pptxREMAJA & PERMASALAHANNYA.pptx
REMAJA & PERMASALAHANNYA.pptx
 
PPT PERNIKAHAN DINI.pptx
PPT PERNIKAHAN DINI.pptxPPT PERNIKAHAN DINI.pptx
PPT PERNIKAHAN DINI.pptx
 
PERNIKAHAN DINI DALAM ISLAM.pptx
PERNIKAHAN DINI DALAM ISLAM.pptxPERNIKAHAN DINI DALAM ISLAM.pptx
PERNIKAHAN DINI DALAM ISLAM.pptx
 
Proposal penelitian pendidikan
Proposal penelitian pendidikanProposal penelitian pendidikan
Proposal penelitian pendidikan
 
Modul 6 kb 1
Modul 6 kb 1Modul 6 kb 1
Modul 6 kb 1
 
MATERI GENRE LAMBAR.pptx
MATERI GENRE LAMBAR.pptxMATERI GENRE LAMBAR.pptx
MATERI GENRE LAMBAR.pptx
 
pernikahan dini.pptx
pernikahan dini.pptxpernikahan dini.pptx
pernikahan dini.pptx
 
1. MATERI AKIS-WEBINAR-PERNIKAHAN DINI.pdf
1. MATERI AKIS-WEBINAR-PERNIKAHAN DINI.pdf1. MATERI AKIS-WEBINAR-PERNIKAHAN DINI.pdf
1. MATERI AKIS-WEBINAR-PERNIKAHAN DINI.pdf
 
Salinan Materi Pernikahan Dini.pptx
Salinan Materi Pernikahan Dini.pptxSalinan Materi Pernikahan Dini.pptx
Salinan Materi Pernikahan Dini.pptx
 
Ppt makala filsfat
Ppt makala filsfatPpt makala filsfat
Ppt makala filsfat
 
Pernikahan dini
Pernikahan diniPernikahan dini
Pernikahan dini
 
Pernikahan dini
Pernikahan diniPernikahan dini
Pernikahan dini
 
pernikahandini-130429075135-phpapp02.pdf
pernikahandini-130429075135-phpapp02.pdfpernikahandini-130429075135-phpapp02.pdf
pernikahandini-130429075135-phpapp02.pdf
 
2. SLIDE PPt DAN ICE BREAKING - PERNIKAHAN DI USIA MUDA DAN PERMASALAHANNYA.pptx
2. SLIDE PPt DAN ICE BREAKING - PERNIKAHAN DI USIA MUDA DAN PERMASALAHANNYA.pptx2. SLIDE PPt DAN ICE BREAKING - PERNIKAHAN DI USIA MUDA DAN PERMASALAHANNYA.pptx
2. SLIDE PPt DAN ICE BREAKING - PERNIKAHAN DI USIA MUDA DAN PERMASALAHANNYA.pptx
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi
 

Mais de Azurah Razak

Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitarPemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitarAzurah Razak
 
Bab 6 tanah dan sumbernya
Bab 6 tanah dan sumbernyaBab 6 tanah dan sumbernya
Bab 6 tanah dan sumbernyaAzurah Razak
 
Fibre, nylon & polyester
Fibre, nylon & polyesterFibre, nylon & polyester
Fibre, nylon & polyesterAzurah Razak
 
Dasar pendidikan terbuka
Dasar pendidikan terbukaDasar pendidikan terbuka
Dasar pendidikan terbukaAzurah Razak
 
Organic electronic
Organic electronicOrganic electronic
Organic electronicAzurah Razak
 
Pengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan muridPengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan muridAzurah Razak
 
analogy of cell-cell is like chocolate factory
analogy of cell-cell is like chocolate factoryanalogy of cell-cell is like chocolate factory
analogy of cell-cell is like chocolate factoryAzurah Razak
 
Learning english by using weblogs
Learning english by using weblogsLearning english by using weblogs
Learning english by using weblogsAzurah Razak
 
Data logging- straight line motion
Data logging- straight line motionData logging- straight line motion
Data logging- straight line motionAzurah Razak
 
Trigonometric function
Trigonometric functionTrigonometric function
Trigonometric functionAzurah Razak
 
Acid base equilibrium
Acid base equilibriumAcid base equilibrium
Acid base equilibriumAzurah Razak
 

Mais de Azurah Razak (18)

Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitarPemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
 
Bab 6 tanah dan sumbernya
Bab 6 tanah dan sumbernyaBab 6 tanah dan sumbernya
Bab 6 tanah dan sumbernya
 
6.1 TEKANAN UDARA
6.1 TEKANAN UDARA6.1 TEKANAN UDARA
6.1 TEKANAN UDARA
 
Asid dan alkali
Asid dan alkaliAsid dan alkali
Asid dan alkali
 
Fibre, nylon & polyester
Fibre, nylon & polyesterFibre, nylon & polyester
Fibre, nylon & polyester
 
Dasar pendidikan terbuka
Dasar pendidikan terbukaDasar pendidikan terbuka
Dasar pendidikan terbuka
 
sumber tenaga
sumber tenaga sumber tenaga
sumber tenaga
 
Organic electronic
Organic electronicOrganic electronic
Organic electronic
 
Pengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan muridPengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan murid
 
analogy of cell-cell is like chocolate factory
analogy of cell-cell is like chocolate factoryanalogy of cell-cell is like chocolate factory
analogy of cell-cell is like chocolate factory
 
Benzene
BenzeneBenzene
Benzene
 
Pemakanan & stres
Pemakanan & stresPemakanan & stres
Pemakanan & stres
 
Learning english by using weblogs
Learning english by using weblogsLearning english by using weblogs
Learning english by using weblogs
 
Data logging- straight line motion
Data logging- straight line motionData logging- straight line motion
Data logging- straight line motion
 
Trigonometric function
Trigonometric functionTrigonometric function
Trigonometric function
 
Acid base equilibrium
Acid base equilibriumAcid base equilibrium
Acid base equilibrium
 
Acid rain
Acid rainAcid rain
Acid rain
 
Smart school
Smart schoolSmart school
Smart school
 

isu Kahwen muda

  • 1. 1 TUGASAN KUMPULAN: KAHWIN MUDA NAMA AHLI KUMPULAN : ALVY WENDYLINE FLORENTIUS (D20101038311) NOR DIANAH BINTI SAMI (D20101038334) WONG YUN SHING (D20101038339) NOOR AZURAH BINTI ABDUL RAZAK (D20101037502) WAN NORAZWANI BINTI MAHUSIN (D20101037506) IRA NUSRAT BINTI JAAFAR (D20101037533) KUMPULAN : O KOD KURSUS : KKD2063 NAMA KURSUS : PEMBANGUNAN SAHSIAH SEMESTER : II 2010/2011 PENSYARAH : PN. NOR JUNAINAH MOHD ISA
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN… BIL TAJUK MUKA SURAT 1 1.0 Pendahuluan 1 2 2.0 Faktor-Faktor Kahwin Muda 2.1 Keterlanjuran 2.2 Kurang Minat Untuk Meneruskan Pengajian 2.3 Budaya dan Adat Resam Orang Melayu 2.4 Desakan Keluarga 2.5 Pelindungan dan Keselamatan 2-3 3 3.0 Ciri-Ciri Kahwin Muda 3.1 Usia Pasangan 3.2 Hubungan Percintaan 3.3 Persediaan Minda dan Rohani 3.4 Persediaan Ekonomi 3.5 Pegangan Agama 3-6 4 4.0 Kesan Kahwin Muda 4.1 Kebaikan Kahwin Muda 4.1.1 Membentuk Diri Ke Arah Lebih Baik 4.1.2 Menjaga Kesucian Maruah Diri, Keluarga dan Agama 4.2 Keburukan Kahwin Muda 4.2.1 Peningkatan Kes Penceraian 4.2.2 Implikasi Kesihatan 7-10 5 5.0 Cara Mengatasi Gejala Kahwin Muda 5.1 Elakkan Gejala ‘Coupling’ 5.2 Hadirkan Diri dalam Sesi Kaunseling 5.3 Ambil Iktibar Dari Kejayaan Orang Lain 5.4 Peranan sekolah atau Institusi Pengajian Tinggi 10-13 6 6.0 Kesimpulan 14
  • 3. 3 1.0 PENGENALAN Dalam zaman pra merdeka, menamatkan zaman bujang seawal usia 14 tahun bagi wanita dan 18 tahun bagi lelaki bukan satu perkara yang asing malahan sesuatu yang lumrah dalam kalangan semua kaum. Trend itu bagaimanapun berubah selepas negara merdeka. Anak muda mula berlumba-lumba memantapkan diri masing-masing, khususnya daripada aspek ekonomi dan pendidikan. Berkahwin lewat bukan lagi satu perkara memalukan sebaliknya lumrah dan semakin diterima masyarakat. Namun, dalam zaman globalisasi ini, kahwin muda kembali sebagai satu gaya hidup. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), kahwin bermaksud perikatan yang sah antara lelaki dengan perempuan menjadi suami isteri, nikah. Manakala muda pula bermaksud belum tua, masih remaja, gadis atau teruna, golongan orang muda dan generasi baru. Oleh itu, kahwin muda boleh didefinisikan sebagai orang atau individu yang masih remaja dan belum dewasa diikat secara sah dan membentuk satu institusi keluarga yang baru. Kahwin muda juga membawa maksud perkahwinan kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun. Perkahwinan adalah ikatan lahir batin antara seorang lelaki dengan seorang wanita yang pada umumnya berasal dari lingkungan yang berbeza terutama dari lingkungan keluarga asalnya, kemudian mengikatkan diri untuk mencapai tujuan keluarga yang kekal dan bahagia. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Shuhada Elis, et al (2010), dalam bancian pada tahun 2000, terdapat 11,4000 remaja bawah 15 tahun telah berkahwin. Daripada jumlah tersebut, 6,800 merupakan remaja perempuan dan 4,600 adalah remaja lelaki. Daripada jumlah remaja perempuan tersebut, sebanyak 2,450 adalah dari kalangan kaum Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa kahwin muda ini lebih cenderung berlaku dalam keluarga Melayu. Kahwin muda dalam kalangan anak remaja bawah umur tidak dinafikan dapat memberikan manfaat, namun terdapat juga keburukan berkahwin dalam lingkungan usia ini. Tidak dinafikan remaja yang berusia kurang daripada 18 tahun dikatakan sebagai ‘mentah’ dan ‘hijau’ untuk mengharungi kehidupan berumah tangga serta menempuh pelbagai asam garam sebagai suami isteri.
  • 4. 4 2.0 FAKTOR-FAKTOR KAHWIN MUDA Terdapat banyak faktor yang mendorong pasangan pada hari ini untuk berkahwin pada usia yang masih muda. Berikut merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan berlakunya kahwin muda : 2.1 Keterlanjuran Dewasa ini, gejala sosial dalam kalangan masyarakat semakin meruncing. Hampir setiap hari ada sahaja isu pembuangan bayi yang terpampang di muka depan akhbar harian. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah bersabda bahawa di akhir zaman nanti akan lahirnya manusia yang tidak berbapa dalam kuantiti yang banyak sekali. Kalau dibandingkan dengan di luar negara sana, memang hampir 100% bayi yang dilahirkan itu adalah anak sebelum bernikah. Di negara Islam Hadhari ini iaitu Malaysia, lebih kurang 21% bayi yang dilahirkan itu adalah anak luar nikah. Namun, masih ada lagi segelintir remaja yang mengambil langkah baik dengan mendirikan rumah tangga setelah terlanjur. Walaupun mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia yang mentah, namun ini merupakan cara yang terbaik daripada menanggung dosa dengan membunuh bayi yang tidak bersalah. Perkahwinan juga dapat memastikan bayi yang dilahirkan itu mempunyai ibu dan juga ayah setelah dilahirkan. 2.2 Kurang Minat untuk Meneruskan Pengajian Pada zaman dahulu sekitar 50an dan 60an, berkahwin pada usia yang muda bukanlah suatu yang ganjil. Ramai yang berkahwin pada usia muda, malah ada sesetengah itu menamatkan zaman bujang ketika berumur 12 tahun dan 14 tahun. Mungkin pada ketika itu, peluang untuk melanjutkan pelajaran tidak terbuka luas seperti hari ini. Tambahan pula mereka beranggapan bahawa orang perempuan tidak perlu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana cukuplah sekadar tahu memasak, mengemas dan menguruskan segala keperluan berumah tangga. Namun, pada zaman sekarang walaupun terdapat banyak peluang pendidikan yang disediakan namun masih ada yang malas ataupun tidak mempunyai minat untuk belajar. Ekoran itu, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin pada usia muda. Kajian Hubungan Etnik oleh sekumpulan pelajar tahun dua Universiti Sains Malaysia (USM)
  • 5. 5 mendapati perkahwinan membabitkan pasangan berusia bawah 20 tahun semakin meningkat khususnya dalam kalangan orang Melayu. 2.3 Budaya dan Adat Resam Orang Melayu Budaya dan adat resam orang Melayu yang agak konservatif turut mempengaruhi penularan semula kahwin muda apabila masyarakat sering memandang serong terhadap anak gadis yang lambat bertemu jodoh. Sering kali mereka di label dengan pelbagai gelaran seperti andartu (anak dara tua) dan dianggap tidak laku. Lebih teruk lagi, ada anak gadis yang diminta untuk mandi bunga bagi mempercepatkan jodoh. Andai ada anak gadis yang di sunting dan andai ada anak teruna yang masih bersendirian, nescaya pelbagai tohmahan dan kata-kata sinis akan menjadi habuan. Ini membuatkan anak gadis sekarang bimbang untuk berkahwin lambat walaupun mereka mempunyai pelbagai komitmen lain seperti pelajaran dan juga cita-cita yang ingin dipenuhi. 2.4 Desakan Keluarga Dalam konteks ini, desakan keluarga turut dianggap faktor peningkatan perkahwinan dalam usia muda. Ini berkait rapat dengan latar belakang segelintir keluarga yang terlalu mementingkan darjat, susur galur dan agama. Terdapat dua faktor yang mendesak keluarga menamatkan zaman bujang anak mereka. Pertama, kerana khuatir anak mereka tidak akan mendapat jodoh jika perkahwinan ditangguhkan. Mereka juga tidak mahu mendapat sindiran sinis dan tohmahan dari masyarakat sekeliling. Kedua, bagi keluarga miskin di kawasan pedalaman, anak perempuan mahu dikahwinkan pada usia yang muda untuk mengurangkan beban. Tidak kurang juga keluarga yang berpendapat bahawa perkahwinan akan menyelamatkan struktur ekonomi keluarga, justeru anak perempuan wajar dikahwinkan pada usia muda. Kepercayaan anak perempuan tidak perlu bekerja dan hanya perlu menyerahkan untung nasib mereka kepada suami masih berlaku walaupun pada zaman yang kian global. 2.5 Perlindungan dan Keselamatan Aspek perlindungan juga dikatakan memainkan peranan penting kerana kebanyakan ibu bapa percaya anak gadis mereka akan dilindungi oleh suami sebaik sahaja berumah tangga. Aspek ini lahir daripada kegusaran ibu bapa terhadap kemungkinan anak masing-masing diperkosa
  • 6. 6 atau melakukan hubungan kelamin di luar ikatan perkahwinan. Selain daripada itu, iba bapa bimbang anak gadis mereka terlalu bebas sehingga melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Ada anak gadis yang berfikir dari sudut positif. Mereka berkahwin pada usia muda kerana mereka mahu berasa selamat di samping seorang lelaki yang mempunyai satu ikatan yang sah dengan mereka. Mereka memilih satu ikatan perkahwinan dengan nawaitu kerana Allah. Mereka teramat bimbang akan tersungkur ke lembah yang tidak sepatutnya. Pada masa kini mereka mungkin melihat terlalu ramai kawan-kawan mereka yang mengandung anak luar nikah. Terdapat juga banyak kes bersekedudukan. Lalu perasaan takut dan bimbang mulai menjalar di hati mereka. Justeru itu mereka memilih untuk berkahwin bagi mengelak daripada berlakunya maksiat. 3.0 CIRI-CIRI KAHWIN MUDA Berikut merupakan ciri-ciri pasangan yang berkahwin pada usia yang muda : 3.1 Usia Pasangan Pasangan yang berkahwin pada usia bawah 21 atau lebih tepat lagi berumur antara 15 tahun hingga 21 tahun dianggap sebagai pasangan kahwin muda. Merujuk Seksyen 8 Akta Undang- Undang Keluarga Islam, Wilayah Persekutuan 1984 dan Enakmen-Enakmen seumpamanya di peringkat negeri memperuntukkan umur minimum untuk berkahwin. Akta tersebut menyatakan bahawa tiada satu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah Enakmen ini jika si lelaki berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada 16 tahun kecuali jika Hakim Syarie memberi kebenaran secara bertulis dalam hal-hal atau keadaan tertentu. Bagi sesuatu permohonan berkahwin di bawah umur, pemohon perlu mengisi dengan lengkap borang permohonan dan menyediakan segala dokumen yang dikehendaki seperti salinan sijil berhenti sekolah, kad pengenalan, afidavit dan lain-lain dokumen yang dikehendaki untuk memudahkan proses tersebut dilaksanakan. Sebenarnya, usia bukanlah formula utama dalam perkahwinan yang berjaya tetapi keinginan dan keupayaan melayari mahligai dan kehidupan yang dibina dengan matang dan penuh tanggungjawab. (Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin, 2011)
  • 7. 7 3.2 Hubungan Percintaan Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Sebenarnya rasa cinta memang tidak salah kerana ia merupakan fitrah semula jadi (instinct) yang Tuhan kurniakan kepada setiap manusia di muka bumi ini. Bagi pasangan yang telah lama menjalinkan hubungan cinta, mereka mungkin telah memahami sepenuhnya hati budi pasangan masing-masing menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk menjadikan hubungan mereka sebagai satu ikatan yang sah. Pasangan ini mungkin telah menjalinkan hubungan yang baik sejak dari bangku sekolah lagi membuatkan sikap toleransi dan kepercayaan terhadap pasangan masing- masing wujud dalam diri mereka. Perkenalan yang lama ini juga kemungkinan telah direstui oleh kedua-dua belah keluarga. Hal ini mengukuhkan lagi alasan mereka untuk mendirikan mahligai perkahwinan walaupun pada usia yang muda. 3.3 Persediaan Minda dan Rohani Ramai yang beranggapan bahawa remaja yang berusia kurang daripada 20 tahun masih ‘mentah’ atau ‘hijau’ untuk mengharungi kehidupan berumah tangga serta menempuh pelbagai asam garam sebagai suami isteri. Namun demikian, menurut beberapa pasangan muda yang ditemubual, mereka tidak menyesal berkahwin muda malahan beranggapan status baru sebagai suami isteri itu lebih mematangkan mereka, lebih-lebih lagi apabila bergelar ayah dan ibu. Mungkin benar kata sesetengah pihak bahawa usia bukanlah formula utama dalam perkahwinan yang berjaya. Hal ini kerana kematangan tidak semestinya menginjak selari dengan usia seseorang malahan kematangan itu boleh dipupuk jika diberikan ruang dan masa yang cukup. Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga pada usia muda, mereka mungkin telah cukup matang dan mempunyai ilmu di dada menyebabkan mereka membuat keputusan muktamad untuk mengakhiri zaman bujang mereka. Memandangkan perkahwinan adalah komitmen seumur hidup dan pasangan pilihan itu akan menjadi teman hidup sepanjang hayat, persiapan sebelum berkahwin tidak boleh diambil ringan. (Hafidzah Hafidz, 2010) Jika mental tidak bersedia sepenuhnya pasti rumah tangga itu akan bergolak terutama sekali bagi pasangan yang berkahwin muda ini. Maksud persediaan mental di sini ialah bersedia memikul tanggungjawab untuk membina sebuah keluarga. Pasangan yang membuat keputusan untuk berkahwin harus ingat bahawa tanggungjawab dalam sesebuah ikatan perkahwinan sangat berat dan jika mereka tidak memberi komitmen yang sepenuhnya rumah tangga yang di bina pasti akan bergolak. Konsep tanggungjawab suami isteri amat luas dan
  • 8. 8 tidak hanya terbatas pada tanggungjawab tertentu sahaja tetapi apa yang paling penting ialah tanggungjawab antara satu sama lain. Pasangan muda yang ingin mendirikan bahtera perkahwinan ini kebiasaannya telah memahami segala konsep dan tanggungjawab yang perlu mereka pikul dan bersedia sepenuhnya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri. 3.4 Persediaan Ekonomi Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga perlu mempunyai persediaan kewangan yang mencukupi. Ekonomi yang stabil amat diperlukan kerana banyak keperluan rumah perlu disediakan. Perbelanjaan setiap bulan juga akan bertambah berbeza dengan kos perbelanjaan semasa hidup bujang. Kebiasaannya, pasangan yang ingin berkahwin pada usia muda ini telah mempunyai ekonomi yang kukuh terutamanya pihak lelaki untuk menyara hidup apabila mereka berkeluarga kelak. Ekonomi yang stabil datangnya dari pekerjaan yang menjamin. Ini sangat penting kerana pekerjaan yang menjamin merupakan sumber pendapatan keluarga. Jika pendapatan ini tidak mencukupi, keperluan rumah juga tidak dapat disediakan dengan sempurna. Pasangan yang berkahwin muda ini mungkin mempunyai tabungan sendiri sebelum mereka mendirikan rumah tangga untuk kegunaan masa hadapan dan kegunaan semasa kecemasan. Apabila persediaan material kedua-dua belah pasangan mencukupi, perkahwinan yang bakal dibina berkemungkinan tidak akan mendatangkan bebanan kepada mereka kerana sekurang- kurangnya tiada pertengkaran mengenai masalah kewangan akan tercetus. Ekonomi yang telah kukuh ini meyakinkan kedua-dua pasangan ini bahawa mereka mampu untuk hidup berkeluarga. Justeru, mereka mengambil keputusan untuk berkongsi hidup. (Siti Suriani Haji Othman, 2003) 3.5 Pegangan Agama Agama merupakan asas yang menjadi panduan manusia untuk membuat segala keputusan dalam kehidupan. Kekurangan didikan agama yang menjadi pedoman hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan seterusnya terjebak dalam gejala-gejala negatif seperti masalah sosial dan sebagainya. Masalah ini menjadi lebih parah apabila remaja tersebut melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sehingga melakukan perbuatan terlarang menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum ada ikatan yang sah. Hal ini sudah tentu akan menconteng arang ke muka kedua-dua
  • 9. 9 keluarga pasangan tersebut. Ibu bapa mereka akan dituduh tidak pandai mendidik anak. Untuk mengatasi masalah ini dan mengelakkan mendapat malu, pasangan yang terlanjur dikahwinkan walaupun mereka masih muda malahan belum bersedia dari segi mental dan fizikal. Situasi ini berbeza pula dengan mereka yang mempunyai didikan agama yang cukup di mana pasangan muda yang mempunyai perasaan suka antara satu sama lain akan mengambil langkah berkahwin untuk mengelak gejala maksiat. Bagi yang beragama Islam, kahwin muda merupakan salah satu tuntutan agama yang sunat untuk mengelakkan sebarang fitnah atau zina. 4.0 KESAN KAHWIN MUDA Berkahwin pada usia yang muda sebenarnya mempunyai pro dan kontranya tersendiri. Kesan kebaikan kahwin muda merangkumi faedah kepada diri sendiri, pasangan suami isteri itu sendiri, agama serta masyarakat sekeliling. Manakala keburukan merangkumi permasalahan kepada pasangan suami isteri tersebut. 4.1 Kebaikan Kahwin Muda Berikut merupakan antara kebaikan kahwin muda: 4.1.1 Membentuk Diri ke Arah Yang Lebih Baik Seperti yang kita ketahui, alam perkahwinan memerlukan tanggungjawab yang besar sebagai seorang suami yang bergelar ayah serta isteri yang bergelar ibu. Apabila seseorang itu berkahwin, maka secara tidak langsung kedua-dua pasangan ini akan membentuk diri ke arah yang lebih baik dari segala aspek. Sebagai contoh, kita boleh melihat isteri mulai menjalankan tugas menjaga kebajikan suami termasuk makan minum dan pakaian serta melakukan rutin harian di rumah. Bagi suami pula, sikap tanggungjawab yang tinggi mulai hadir kerana segala nafkah keluarga terletak di tangan mereka. Rasa tanggungjawab ini mulai meningkat apabila mereka bergelar ayah dan ibu kepada anak-anak. Perhatian yang lebih amat diperlukan. Didikan yang sempurna dan secukupnya sama ada dari segi ilmu dunia dan ilmu agama perlu diberi kepada mereka. Segala keperluan anak-anak perlu dititik beratkan. Berkahwin di usia muda merupakan satu cabaran yang sangat besar. Bagi mereka yang mengambil keputusan untuk berkahwin di usia muda, mereka telah mengambil satu risiko yang besar dan berani meninggalkan keseronokan dunia remaja mereka untuk memikul
  • 10. 10 satu tanggungjawab yang sangat berat ini. Selain itu, seseorang yang telah berkahwin akan berdikari dan bersikap matang. Hal ini kerana nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Matang di sini bermaksud pasangan mampu membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya. Di samping itu, ia mampu menyelesaikan pelbagai masalah bersama pasangan masing-masing dengan rasional dan matang. Persefahaman antara suami isteri dalam menyelesaikan masalah juga dapat melatih diri supaya lebih matang. Selain itu, berusaha dalam meningkatkan kerjaya dan pendapatan keluarga ke arah yang lebih baik mendidik diri supaya berdikari dalam menguruskan hidup bersama keluarga. Mereka juga akan menjadi lebih berpengalaman dan lebih berkeyakinan dalam menempuh alam baru ini. 4.1.2 Menjaga Kesucian Maruah Diri, Keluarga dan Agama Seperti yang sedia maklum, setiap agama menyatakan perkahwinan merupakan satu ikatan yang suci dan tulus. Menurut Islam, perkahwinan bertujuan untuk memelihara diri daripada perbuatan terlarang iaitu untuk membentengi diri agar tidak terjerumus ke dalam lembah perzinaan dan semua perilaku terkutuk lainnya, bukan semata-mata untuk melampiaskan kehendak nafsu syahwat. Perkahwinan juga adalah peraturan daripada Allah S.W.T untuk menyekat pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan yang boleh membawa kepada perbuatan zina. Ia merupakan ibadah kepada Allah. Malah, perkahwinan menghalalkan segala-galanya. Secara tidak langsung, perkahwinan dapat menjaga maruah seseorang daripada melakukan perkara terkutuk yang diharamkan dalam syariah. Sebagai contoh, kini kebanyakan remaja terlibat dengan kes jenayah seperti seks sebelum kahwin dan pembuangan bayi . Hal ini berlaku kerana keinginan mereka untuk berkahwin di usia muda mungkin ditentang oleh kedua-dua ibu bapa mereka. Maka, mereka mengambil jalan mudah dengan melakukan hubungan seks tanpa sebarang ikatan yang sah. Apabila sudah terlanjur, mereka menutup malu dengan membuang bayi hasil daripada hubungan yang haram itu. Ini akan mencalarkan maruah diri, keluarga dan agama mereka sendiri. Dari sudut agama Islam, maruah seseorang terletak pada imannya. Hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim mempunyai batas tertentu yang perlu dijaga. Melalui perkahwinan, secara tidak langsung maruah keluarga dan kesucian agama dapat dipelihara dengan baik. Seperti yang kita ketahui, keturunan yang baik menghasilkan benih yang baik. Jika maruah keluarga terpelihara, maka keturunan sesebuah keluarga itu dianggap mulia dan dihormati masyarakat. Malah, Allah S.W.T sendiri menyatakan bahawa perkahwinan itu sebagai satu ibadah kepada-Nya. Ibadah di dalam Islam amat luas. Islam
  • 11. 11 memandang setiap amal perbuatan yang dilakukan oleh seseorang demi keredhaan Allah S.W.T adalah ibadah dan mendapat pahala. Maka dari sini kita dapat simpulkan bahawa kahwin di usia muda dapat membantu pasangan tersebut memelihara maruah diri, keluarga dan agama dengan baik. 4.2 Keburukan Kahwin Muda Berikut merupakan keburukan-keburukan berkahwin pada usia yang muda: 4.2.1 Peningkatan Kes Penceraian Antara keburukan kahwin muda ialah berlakunya peningkatan dalam masalah penceraian. Hal ini berlaku kerana kebanyakan pasangan yang berkahwin pada usia muda adalah dalam sekitar usia tujuh belas tahun hingga dua puluh satu tahun, pada usia ini, kematangan mereka masih belum mencukupi untuk mengharungi alam berumah tangga. Kedua-dua pihak masih belum mampu untuk berfikir dengan baik terhadap kesan yang akan berlaku sekiranya mereka bercerai. Ini lebih buruk jika pasangan berkenaan sudah mempunyai cahaya mata. Mereka tidak berfikir terhadap kesan masa panjang terhadap masa depan anak tersebut. Sebagai contoh, persoalan seperti apakah akan berlaku apabila mereka bercerai? Bagaimana pula dengan anak-anak mereka kelak? tidak bermain di minda mereka dengan jelasnya. Ini kerana masing-masing mempunyai ego tersendiri. Si suami dengan sikap panas baran, dan merasa diri masih bujang. Setiap malam pulang ke rumah lambat kerana melepak bersama rakan. Manakala, Si isteri sibuk bergaya bukan untuk tatapan suami tetapi untuk lelaki lain di luar sana kerana merasa diri masih anak dara. (Hafiz Mohd., 2010) Oleh itu, kebanyakan pasangan merasa masih belum puas menikmati zaman remaja lalu bercerai dan mendapat status janda dan muda pada usia dua puluh- an. Ungkapan cerai atau talak seperti satu ungkapan yang dianggap permainan. Bagi mereka, penceraian dapat menyelesaikan semua masalah yang dihadapi tanpa berfikir panjang. Jika mereka mempunyai anak, maka kesan penceraian tersebut akan dirasai oleh kanak-kanak berkenaan ketika proses pembesarannya berlaku. Kedua-dua pasangan mengambil sikap sambil lewa dalam menguruskan rumah tangga masing-masing. Mereka tidak serius dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri antara satu sama lain serta ayah dan ibu terhadap anak- anak.
  • 12. 12 4.2.2 Implikasi Kesihatan Selain itu, berkahwin pada usia yang muda akan mengakibatkan implikasi kesihatan. Menurut Pakar Perunding Obstetriks dan Ginekologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj, kebanyakan remaja perempuan yang berkahwin akan hamil dalam usia yang muda dan berhadapan dengan banyak komplikasi dan masalah kesihatan semasa hamil (antenatal), ketika melahirkan (intrapartum) dan juga selepas kelahiran (post-partum). Kadar kematian ibu dan bayi juga meningkat dalam kalangan remaja belia yang hamil. Hal ini bukan sahaja kerana komplikasi semasa proses kehamilan dan kelahiran malahan juga disebabkan faktor persekitaran yang menyukarkan remaja terbabit mendapatkan kemudahan dan penjagaan kesihatan yang optimum. Menurut beliau lagi, golongan tersebut tidak mendapat nasihat yang tepat mengenai kontrasepsi dan perancangan keluarga di samping kesukaran membeli sendiri ubatan yang diperlukan untuk tujuan tersebut. (Syedz, 2011) Tambahan lagi, pemakanan yang kurang seimbang boleh menyebabkan kekurangan zat, kepucatan dan malnutrisi kepada remaja terbabit. Perkahwinan bawah umur juga dikaitkan dengan kadar keganasan rumah tangga yang menyebabkan gangguan kesihatan emosi dan mental remaja itu. Malah, gadis bawah umur yang sudah berkahwin terpaksa berhadapan dengan realiti hidup berkeluarga yang memerlukan kemahiran membuat keputusan dan penyelesaian masalah, pengurusan kewangan serta emosi terhadap kematangan serta keupayaan berkomunikasi yang baik. Jika sebarang persediaan tidak dibuat oleh kedua-dua pasangan tersebut, maka perkahwinan pada usia muda ini akan memberi satu cabaran yang hebat dalam diri masing-masing. 5.0 CARA MENGATASI GEJALA KAHWIN MUDA 5.1 Elakkan Gejala 'Coupling' Salah satu cara untuk mengatasi gejala remaja kahwin dalam usia muda adalah dengan mengelakkan diri daripada bercinta atau ‘coupling’. Gejala ‘coupling’ yang sering menular dalam golongan remaja ini hanya akan membawa kepada dua perkara iaitu ke arah positif atau ke arah negatif. Pasangan bercinta yang positif merupakan salah satu cara pergaulan yang sihat kerana dengan adanya pasangan yang seusia dengan kita, ianya akan mendorong kita untuk sama-sama berlumba untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam pelajaran.
  • 13. 13 Bukan itu sahaja, sekiranya kita telah mempunyai seseorang yang dianggap boleh memberi inspirasi, sudah pastinya akan memberi semangat untuk kita terus belajar dan masing- masing akan saling membantu untuk mencapai kejayaan. Dalam masa yang sama, mereka dapat saling menasihati ke arah kebaikan. Pasangan bercinta yang negatif pula berbeza caranya. Tanpa mereka sedari, fokus mereka terhadap pelajaran akan semakin berkurang. Selain itu, keadaan ini akan membazir masa, wang, tenaga dan perasaan. Masa yang sepatutnya diluangkan untuk menelaah, wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli bahan ilmiah dibuang begitu sahaja. Sudah pastinya pasangan yang bercinta tidak lepas dari membuat pertemuan, berdua-duaan dan hal ini sudah pasti akan menimbulkan fitnah. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan keinginan remaja untuk menamatkan zaman bujang dalam usia yang muda tanpa memikirkan kesan buruknya nanti. Oleh itu, remaja digalakkan supaya menghindarkan diri dari gejala ‘coupling’. Dengan ini, keinginan mereka untuk berkahwin dalam usia muda akan terhakis sedikit demi sedikit. 5.2 Hadirkan Diri Dalam Sesi Kaunseling Menghadirkan diri dalam sesi kaunseling tanpa sebarang paksaan dan desakan dari pihak luar merupakan salah satu perkara yang dapat dibanggakan. Hal ini demikian kerana tidak semua orang sanggup menerima sebarang pendapat daripada orang lain tambahan lagi sekiranya dia dalam keadaan stress sehingga boleh melakukan sesuatu perkara buruk di luar kawalan dan akhirnya mereka akan kembali normal serta kembali pulih seperti mana kehidupan mereka sebelum ini. Perkara buruk di sini bukanlah merujuk kepada gejala kahwin dalam usia muda semata- mata malah kepada perkara yang seumpama dengannya tetapi yang tidak melibatkan kehidupan pelajar. Contohnya, sesi kaunseling mampu mengembalikan keharmonian rumahtangga bagi mereka yang menghadapi krisis rumahtangga sehingga hampir bercerai. Hal ini kerana dalam sesi kaunseling, mereka yang menghadapi masalah pada ketika ini akan diberi kesempatan untuk menceritakan segala masalah yang dihadapi kepada kaunselor. Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana segala masalah yang diceritakan hanya antara mereka dan kaunselor. Pada ketika ini, kaunselor akan membuat pengenalpastian punca atau faktor berlakunya sesuatu masalah. Dengan ini, kedua- dua pihak dapat mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut. Tanpa disedari, mereka secara tidak langsung mempunyai kesedaran tentang kepentingan membuat keputusan yang terbaik dalam hidup mereka. Begitu juga
  • 14. 14 dengan usaha kita untuk menghindari gejala kahwin muda ini. Amat penting bagi kita memanfaatkan sedikit masa untuk menghadiri sesi kaunseling dalam usaha memupuk kesedaran dalam menentukan sama ada betul atau tidak keputusan yang kita pilih dalam hidup kita termasuklah berkahwin dalam usia yang muda dan semasa masih dalam pengajian. Oleh itu, sesi kaunseling mesti menjadi salah satu perkara yang mesti diutamakan supaya kita selalu mendapat bimbingan dari saluran yang betul dan sudah pasti kita tidak akan terpesong walaupun sedikit. 5.3 Ambil Iktibar Dari Kejayaan Orang Lain Bukan itu sahaja, kita seharusnya mengambil iktibar dari orang lain yang sudah mencapai cita- cita mereka terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga. Untuk mencapai sesuatu yang terbaik dalam hidup kita, setiap apa yang ingin dan melihat apa yang akan terjadi seterusnya. Sedangkan kita tahu bahawa sekali kita mengambil keputusan untuk berkahwin dalam usia muda, kita tidak dapat berpatah balik daripada keputusan yang telah dibuat. Oleh itu, lihatlah kesan buruk dan kesan baik berkahwin awal daripada orang lain. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada kesan positifnya tetapi terdapat juga impak negatifnya berkahwin di usia muda ini. Bandingkan pula dengan kehidupan mereka yang berjaya terlebih dahulu sebelum berkahwin. Kehidupan mereka lebih terjamin, dan perkara yang akan mengundang kepada masalah rumahtangga juga kurang berlaku. Hal ini demikian kerana, masing-masing telah matang dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga dan berusaha sedaya upaya untuk mempertahan institusi kekeluargaan. Di samping itu, remaja perlu memotivasikan diri sendiri supaya tidak akan berkahwin awal. Segalanya bermula dari hati. Remaja seharusnya menanam dalam diri bahawa banyaknya kesan buruk sekiranya kita mendirikan rumahtangga dalam usia yang masih muda dan terutamanya ketika kita masih dalam alam pengajian. Dalam usaha kita untuk memotivasikan diri daripada berkahwin awal, kita seharusnya melihatkan kesannya dari sudut yang negatif. Contohnya, masalah kewangan yang akan melanda, serta masalah rumahtangga sehingga menyebabkan fokus kita terhadap pelajaran menjadi kurang. Secara tidak langsung, remaja akan gerun untuk masuk ke alam rumahtangga dalam usia yang masih muda.
  • 15. 15 5.4 Peranan Sekolah atau Institusi Pengajian Tinggi Pelbagai cara dapat diambil untuk mengikis gejala ini dalam kalangan remaja sebelum ianya menular dalam kalangan mereka. Antaranya ialah dengan mengadakan kempen membina kerjaya di usia muda. Sesi ceramah dalam kempen ini mestilah dapat memberikan informasi yang lebih intensif mengenai erti sebuah perkahwinan, umur perkahwinan yang ideal, akibat- akibat perkahwinan di usia muda, dan manfaat pendewasaan dalam perkahwinan. Kempen ini merupakan kaedah yang agak efektif dilaksanakan untuk memberi kesan kepada pelajar- pelajar supaya meletakkan perkahwinan sebagai keperluan kedua selepas memiliki profesion. Secara tidak langsung, remaja akan lebih jelas dalam memilih sesuatu yang menjadi prioriti dalam hidupnya. Pihak sekolah dan pengajian tinggi juga harus menjadikan pelajar-pelajarnya berada di bawah tanggungjawabnya. Pihak yang bertanggungjawab haruslah memantau aktiviti dan pergaulan pelajar- pelajarnya dengan selalu memberi peringatan supaya menjaga batas- batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Melalui intensif yang telah diambil, remaja sudah pasti dapat menilai apa yang terbaik bagi diri dan kehidupannya. Segala kekeliruan dapat diperjelaskan dan segala yang terpesong dapat diperbetulkan tanpa perlu bertindak secara keras. Tetapi cara ini sekurang-kurangnya dapat memupuk hati mereka sendiri supaya sedar bahawa perkahwinan pada usia muda tidak akan membawa mereka ke mana- mana selagi tidak mempunyai profesion yang baik dan kewangan yang kukuh. 6.0 KESIMPULAN Kebahagiaan sesebuah rumah tangga tidak semestinya diukur melalui usia pasangan tersebut tetapi lebih kepada cara mereka menguruskan rumah tangga yang dibina. Kematangan seseorang individu juga tidak terletak 100 peratus pada usia malahan kematangan tersebut boleh diwujudkan melalui pengalaman dan cabaran yang dihadapi dalam kehidupan setiap individu. Berkahwin pada usia yang muda ternyata mempunyai implikasi baik dan buruknya tersendiri. Dalam hal ini sebenarnya terpulang pada pasangan tersebut sama ada mahu mengambil tindakan secara positif atau sebaliknya dalam menangani masalah rumah tangga. Setiap pasangan yang berkahwin muda sebenarnya harus bersabar dan tabah dalam menjalani bahtera rumah tangga. Persediaan dari segi mental, fizikal, kewangan dan lain-lain haruslah mantap jika ingin mahligai yang dibina terus kekal bahagia.
  • 16. 16 Kebahagiaan rumah tangga juga bukanlah terletak dari aspek materialistik semata- mata tetapi faktor utama dalam kebahagiaan sesebuah perkahwinan ialah sikap toleransi, kerjasama dan kefahaman. Setelah berkahwin, sikap ego dalam diri masing-masing perlu dikikis agar setiap masalah yang timbul dapat diselesaikan secara berhemah. Berkahwinlah atas dasar tanggungjawab kepada Allah S.W.T dan tanggungjawab kepada sesama manusia. Hanya diri sendiri yang dapat membuat keputusan sama ada mampu atau tidak untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri pada usia yang muda. Walaupun usia bukanlah formula utama dalam perkahwinan yang hakiki, tetapi pasangan tersebut perlulah berfikir semasak-masaknya pro dan kontranya berkahwin pada usia yang awal agar perkahwinan yang bakal dibina tidak kandas di tengah jalan.
  • 17. 17 BIBLIOGRAFI Abdul Halim Sholeh (2008). Ingin kahwin? cepat kahwin. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publications Abdul Rahim Abdul Rashid (2006). Krisis dan konflik institusi keluarga. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Amina Hj Noor (2001). Hikmah menjauhi seks bebas. Kuala Lumpur: Darul Nu’man. Hajah Noresah Baharom, Rosli Abdul Ghani, Mohd Nor bin Abdul Ghani, Ibrahim bin Ahmad, Aziah binti Tajudin, Salmah binti Jabbar, et al,(1997). Kamus dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka Hafidzah Hafidz (2010). Kahwin muda. Diperoleh pada 18 Februari 2011 daripada http://chempakaituaku.blogspot.com/2010/10/kahwin-muda-final-project- parenting.html Hafiz Mohd. (2010). Kahwin muda : antara kebaikan dan keburukan. Diperoleh pada 20 Februari daripada http://www.hafizmohd.com/kahwin-muda-antara-kebaikan-dan- keburukan/ Maszlee Malik dan Hamidah Mat (2007). Cinta IPT rahsia yang perlu anda ketahui. Petaling Jaya : Edusystem Sdn. Bhd Mommy Lyna (2010). Kahwin muda vs langkah mengatasi pembuangan bayi. Diperoleh pada 25 Februari 2011 daripada http://mysuperkids.net/kahwin-muda-vs- langkahmengatasi-pembuangan-bayi/ Muhammad Ali Quthb (2005). Mutiara perkahwinan menurut ajaran Islam. Kula Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid Noraini (2010). Alasan kahwin muda. Diperoleh pada 25 Februari 2011 daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Alasankahwinmuda/Article/index Nur Islam (2011). Persoalan sebuah perkahwinan. Diperoleh pada 25 Februari 2011 daripada http://www.ataphijau.com/2011/02/24/persoalan-sebuah-perkahwinan/ Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin (2011). Kahwin bawah umur : galak belajar v galak kahwin. Diperoleh pada 25 Februari 2011 daripada http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=22 66&cmd=resetall Siti Suriani Haji Othman (2003). Pro dan kotra kahwin muda. Diperoleh pada 20 Februari 2011 daripada http://www.hanan.com.my/viewtopic.php?topic=960&forum=14 Skyjamil (2010). Pemerhatian : isu kahwin muda. Diperoleh pada 15 Februari 2011 daripada http://nihayahsaidah-skyjamil.blogspot.com/2010/11/pemerhatian-isu-kahwin- muda.html Shuhada Elis, Ili Liyana Mokhtar & Rozanna Latiff (2010). NEWSFOCUS: Too young to wed?. Diperoleh pada 25 Februari 2011 daripada http://www.nst.com.my/nst/articles/20ynshu/Article/
  • 18. 18 Syedz (2011). Kontroversi nikah bawah umur. Diperoleh pada 28 Februari 2011 daripada http://berita-harian-online.com/kontroversi-nikah-bawah-umur/